? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 8, 2009

Sertai Perhimpunan Umat Bersama Rakyat Palestin


PULAU PINANG 7 Jan. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Citizens International (CI) mengajak kerajaan dan orang awam di negara ini memboikot barangan dan perkhidmatan dari Israel, AS dan Eropah yang merupakan penyokong kuat Israel.
Pengerusi CI, S. M. Mohamed Idris juga turut mengajak orang ramai menyertai Perhimpunan Umat Bersama Rakyat Palestin yang akan diadakan pada 9 Januari ini.
"Ia akan bermula selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.15 petang bertempat di Masjid Kapitan Keling di sini," katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini hari ini.
Beliau berkata: "Antara barangan yang boleh diboikot adalah seperti Coca-Cola, Sprite, Fanta, Sunkist, Pepsi-Cola, IBM, Intel, Apple Computers, Kleenex, Kotex, Hush Puppies, Revlon dan Timberland.
"Lain-lain yang boleh diboikot ialah Marlboro, Dunhill, Rothmans, Kraft, Citibank, Mastercard, American Express, Federal Express, Disney, Haagen Dazs dan banyak lagi."
Dalam pada itu, S. M. Mohamed menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk mendapatkan persetujuan negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membincangkan dan mengambil tindakan terhadap serangan Israel di Gaza.
Bagaimanapun, menurut beliau yang juga Presiden CAP, pihaknya memuji inisiatif awal kerajaan untuk meminta sidang khas kecemasan Perhimpunan Agung PBB supaya melaksanakan Resolusi 377 A(V), Bersatu Untuk Keamanan.
"Perhimpunan Agung PBB itu boleh mengadakan pertemuan dalam sesi khas kecemasan dalam tempoh 24 jam atas permintaan sebilangan besar anggota.
"Kecaman dan resolusi di atas kertas sahaja tidak mencukupi untuk menghentikan tindakan ganas Israel. Kami memerlukan tindakan terhadap Israel dan pelindung serta pembiaya rejim berkenaan, Amerika Syarikat (AS)," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa pelbagai pihak di seluruh dunia melakukan sesuatu agar kekejaman Israel dapat dihentikan.
Katanya, kerajaan Mesir juga diminta membuka segera Laluan Rafah bagi membolehkan makanan, ubat-ubatan dan pekerja bantuan kemanusiaan memasuki Gaza serta memberi bantuan kepada mangsa serangan Israel.
"Kerajaan negara Arab dan negara dunia ketiga yang progresif perlu memutuskan semua hubungan dengan Israel, manakala semua kerajaan dan rakyat yang cintakan keamanan menyokong Tentera Bantuan Palestin di Gaza," jelasnya.

0 comments: