? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, May 11, 2009

Mat Sabu pertahan pendirian

TASEK GELUGOR 10 Mei – Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan pendiriannya bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu boleh dipegang oleh sesiapa sahaja dan tidak semestinya dalam kalangan golongan ulama.
Beliau berkata, kenyataan daripada beberapa pemimpin parti termasuk Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamad Daud Iraqi yang bertegas mahu golongan ulama memegang dua jawatan tertinggi parti itu hanyalah bersifat peribadi.
“Kita (pemimpin tertinggi parti) sudah bermesyuarat dan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam mukadimah bersetuju bahawa kita tidak boleh terpengaruh dengan isu-isu ini.
“Sebabnya, sejak ia wujud, Pas boleh menerima sesiapa sahaja yang layak sebagai pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong Pas Pulau Pinang di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Mohamad Daud yang bertegas mahukan golongan ulama dipilih untuk memegang kedua-dua jawatan tertinggi parti selain salah satu jawatan Naib Presiden.
Tambahnya, kalau benar Pas mahu melaksanakan Islam, mereka mesti memastikan kedua-dua jawatan tertinggi dipilih dalam kalangan calon yang mempunyai kelulusan ilmu agama secara formal sekurang-kurangnya ijazah pertama.

Awat dia tak pertahan dia pun dok nak juga jawatan-jawatan ni semua....

4 comments:

Anonymous said...

Salam, Tuan/puan dipelawa untuk buat komen dalam blogs atau memberi idea yang berguna,walaupun fahaman berbeza,saya tidak kisah. http://penpusaka.blogspot.com

Anonymous said...

Salam,
Tuan/puan dipelawa untuk buat komen dalam blogs atau memberi idea yang berguna,walaupun fahaman berbeza,saya tidak kisah.
http://penpusaka.blogspot.com

Unknown said...

mat sabu, hang nak cakap apa pun cakap lah pasal mulut hang memang celupar. tapi secelupar mulut hang, tetap tunduk dan sembah anwar walaupun dulu hang yang celupar kutuk dia. tak apalah, kita bukan maksum.

lagenda said...

lagenda sokong riza memang dulu si Mat Sabu ni paling benci anwar ni sampai dalam ceramah2 dia pernah gelar anwar ibrahim al j_b_ri la ni yang al j_b_ri ni jugak yang dia dok ikut memang dasar politik betoi la Mat Sabu ni