? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, May 31, 2009

UMNO GILA MEROYAN ADAKAN CERAMAH DI PENANTI




Angkatan Muda Keadilan membuat laporan polis terhadap Umno kerana mengadakan ceramah politik ketika kempen pilihan raya N12 Penanti walaupun parti tersebut mengumumkan ia tidak bertanding.Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa di balai polis Kubang Semang kira-kira pukul 4 petang tadi."Kebetulan dalam kerja lapangan kami, AMK berjaya mengesan sepanduk ceramah umno di Penanti."Oleh itu kami meminta pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menghalang ceramah itu kerana BN tidak bertanding dalam pilihan raya ini," tegas Fariz.Beliau menjelaskan walaupun ceramah ini tidak dianggap berkempen secara langsung, namun ia boleh mempengaruhi perjalanan pilihan raya di DUN Penanti."Saya menggesa pihak polis untuk tidak mengambil sikap berat sebelah mengambil tindakan Umno. Umno tidak perlu berada di sini," kata Fariz lagi.Semasa berkempen pimpinan Pakatan Rakyat sering mengungkap bahawa walaupun UMNO tidak bertanding namun roh parti itu berkeliaran secara aktif di Penanti.

3 comments:

lagenda said...

Awat la hempa takut sangat dekat UMNO ni aku pun heran kita kan negara demokrasi biaq pi la UMNO dok ceramah nak habaq pasai pa dia tak tanding yang tu saja yang hempa dok kalut pasai pa hempa dok ceramah dok kutip derma tak kira waktu mana UMNO tak pernah kacau pun hempa.Hempa kata hempa kuat dan yakin leh menang besaq di penanti jadi tak sangka pulak hempa semua ni bacoi jugak ye .

Anak Perelih said...

kalau PAS bertanding... DAP dan PKR tak boleh buat ceramah... perlit polis tidak diberi atas alasan... PKR dan DAP tak bertanding... tapi di Penanti pasai apa UMNO yg tak bertanding boleh buat ceramah... nampak sangat double standard polis....

lagenda said...

Hempa kena tengok pulak UMNO ceramah di mana di dewan UMNO kan kalau hempa tu x kira tempat kalau boleh dalam laut pun hempa nak ceramah .Pas ceramah dok maki-maki orang fitnah sana-sini hempa lagi double standard dari polis.......