? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 11, 2009

Ada juga penyokong PAS yang sokong Kerajaan Perpaduan ni ye




Penulis Tamu - moniermatdin


Melayari blog dan berbagai laman diskusi yg pro-Pakatan, saya rasa agak terkejut dan terkedu - begitu teruk sekali TG Haji Hadi, Ustaz Nasharudin, Dewan Ulamak serta tokoh-tokoh PAS yang disinonimkan dengan UG (Unity Government) itu dihentam bertubi-tubi.Melihatkan ulasan serta komen-komen pedas yang menyusul, tidak salah kalau saya katakan TG Presiden, Timbalan serta Alim Ulamak yang bersama-sama dengan Dewan Ulamak PAS Pusat ini kelihatannya pada mata ahli benar-benar berbuat salah dan melawan arus kehendak ahli.Persoalannya, memandangkan bukan satu rahsia lagi bahawa media alternative di alam siber ini didominasi sepenuhnya oleh penulis dan juru komen pro-Pakatan; maka apakah benar ulasan-ulasan dan komen-komen pedas (yg kadang-kadang tidak langsung melambangkan akhlak ahli-ahli PAS) itu mampu menggambarkan senario yang sebenarnya di luar sana? Apakah ianya benar-benar melambangkan pendapat dan suara hati pendokong tegar PAS yang bersama-sama dengan parti sejak di zaman susahnya hinggalah ke zaman ini di mana PAS kini sudah pun menjadi penentu kpd perimbangan kuasa politik negara.Apakah mungkin mereka-mereka yang selama ini mengharapkan PAS menjadi kuda tunggangan untuk ke puncak kuasa - kini terasa terancam andainya PAS memilih untuk tidak mahu lagi terus diperkudakan sedemikian rupa? Jika benar begitu, maka malang sungguhlah ahli-ahli PAS yang termakan dengan umpan mereka, sehinggakan PAS sebagai sebuah parti hatta Presiden, Timbalan Presiden serta Dewan Ulamaknya sudah tidak lagi mampu membuat pendirian yang tersendiri. PAS terpaksa terus-terusan dipertunggangkan sedemikian rupa-rupa kerana ahli-ahlinya gemarkan suasana yang sebegini.Lantaran itu, ahli-ahli PAS daripada perkumpulan ini akan cepat melenting dan terus naik histeria, marah dan memaki hamun secara membabi buta apabila Presidennya sendiri - yang perjuangan politiknya bukan setakat di Marang, Tganu tetapi sudah menjangkau jauh ke persada antarabangsa bersama-sama dengan Gerakan Islam yang lain di seluruh dunia hinggakan ke tahap ada Media Asing pernah menuduhnya sebagai Militan kerana pernah bersama-sama dengan Pemimpin Sebuah Gerakan Mujahidin di sebuah negara asing suatu ketika dahulu - apabila Presidennya ini mengeluarkan suatu gagasan atas dasar kemaslahatan perjuangan, maka ahli-ahlinya secara tiba-tiba tanpa memahami manevour politiknya ini terus menghentam membuta tuli?Apakah mereka ingat gagasan itu dibuat atas keputusan peribadi, tanpa merujuk kepada rakan-rakannya yang lain di seluruh dunia yang sudah masak dan lali dengan jatuh bangun gerakan Islam di negara lain dalam mengharungi alam politik ber-pilihanraya sistem demokrasi yang semua kita tau mana mai asalnya ini?Saya secara peribadi, memang tidak berkenan langsung dengan UMNO Bar** ini; apatah lagi dulu saya pernah bersama dengan UMNO, dan saya bersama-sama dengan PAS kerana mahu lari daripada dunia UMNO ini. Maka apakah logik saya sewenang-wenangnya boleh bersetuju dengan apa jua cadangan yg dikaitkan dengan UG bersama-sama UMNO itu? Kalaulah nak dikira benci UMNO, sayalah yg paling benci sbb saya pernah bersama mereka dan masuk PAS kerana tahu apa bezanya.Dalam ceramah-ceramah saya sewaktu dijemput menceritakan kenapa saya keluar UMNO dan masuk PAS suatu ketika dulu, perkara pertama yang saya sebut ialah Mereka-Mereka yang dilahirkan PAS, yang keluar keluar saja drpd perut ibu mereka sudah pun PAS, mereka tidak akan dapat appreciate atau pun menghargai nikmat Tuhan yang melahirkan mereka sebagai PAS itu; samalah juga dengan kita yang dilahirkan Islam, kita kurang menghargai nikmat Islam kita ini kalau nak dibandingkan dengan org bukan Islam yang menganut ajaran Islam setelah lama mengkajinya. Samalah dengan saya yang masuk PAS, saya boleh nampak PAS dari kaca mata org luar yg melihat PAS seperti bulan yang bergemerlapan - yg mungkin tidak sama dengan pandangan mata kasar org PAS sendiri .Dalam proses mencari jalan pulang, saya pernah bersama-sama dengan Tabligh, kemudian pernah hampir-hampir menjadi penyokong Abuya yang tegar (x pernah miss beli buku koleksi tulisan Abuya waktu itu). Kemudian masuk d.a.p (duduk atas pagar) untuk beberapa waktu sehinggalah saya ditakdirkan hadir dalam satu ceramah TG Hj Hadi di Kedah waktu itu. Meringkaskan cerita, pencarian saya berakhir setelah diberi hidayah melalui ceramah TG Hj Hadi itu yang penuh berilmu, padat dan berisi dengan ayat Quran dan sirah Nabi.Untuk pengetahuan tuan-tuan, secara rendah diri saya nak habag, malam itulah pertama kalinya dalam hidup saya, saya mengetahui bahawa dalam Quran ada Surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47. Dan malam itu jugalah saya memahami ayat-ayat berkenaan hukum mencuri, zina, bab hudud qisas dsg. Saya masih ingat kata-kata TG Hj Hadi:"Kepada orang-orang UMNO yang ada mendengar ceramah saya malam ini, kalau tidak percaya dengan apa yang saya cakapkan ini, kalau ingat saya penipu, baliklah semak dalam Quran surah-surah yang saya sebut tadi"Malam itu juga saya balik cek Al-Quran; memang wujud surah-surah itu.Semenjak itu saya mula merapatkan diri dengan PAS; dan secara ironiknya pula saya kemudiannya diberi kekuatan untuk mengisi borang PAS (bukan senang utk org UMNO totok mcm saya utk isi borang PAS) selepas berkesempatan bersalam dan menyentuh tangan seorang Ulamak yang begitu menonjol auranya di mata saya - iaitulah TG Nik Aziz sewaktu beliau datang merasmikan sebuah masjid di Permatang Pauh - tak silap saya masjid Kg Sama Gagah, kalau tak salah saya.Sejak hari tu, saya mendokong dan menatang PAS seperti menatang dulang yang penuh; dalam siri-siri Usrah dan Tarbiyah PAS yg saya sertai selepas itu, saya ditarbiyahkan tentang bab WALA, bab IJTIHAD seorang Amir, bab PAS INI SEBENARNYA ADALAH BADAN DAKWAH - PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berselindung dan mengambil kesempatan di sebalik kebebasan untuk bersuara dan berceramah sewaktu p.raya untuk menyampaikan mesej dakwah, bab yang mengatakan bahasa Pas masuk p.raya bukan semata-mata kerana nak menang p.raya, bukan semata-mata nak jadi PEMERINTAH, tapi skop PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sebagai sebuah Badan Dakwah sebagai penegak yang hak dan penolak yang batil (amar makruf nahi mungkar) adalah lebih dari itu. Perjuangan PAS bukan setakat di Malaysia atau di dunia ini sahaja, tapi perjuangan kita insyallah akan sampai ke SANA - kita semua akan ditanya di SANA nanti apa yang sudah kita lakukan untuk menjadikan Islam sebagai Sistem Hidup sewaktu kita di dunia ini!Lantaran itu, melihatkan pertelingkahan dan debat serta komen yang amat kurang sopan antara sesama ahli (dan juga mungkin ada org luar yang menyondol masuk sebagai batu api), saya tertanya-tanya: Apa sudah jadi pada PAS yang aku kenali dulu? Manakah perginya Wala' dan akhlak ahli-ahli PAS sebagai anggota sebuah Gerakan Islam sebuah Badan Dakwah ini?Entahlah - mungkin inilah akibatnya apabila PAS sebagai sebuah parti terlalu membenarkan mereka-mereka daripada pelbagai FIKRAH cuba memaksakan nilai-nilai dan matlamat perjuangan mereka kepada parti (to force their values onto PAS).Lantaran itu, berdasarkan tarbiyah yg saya terima sejak saya menyertai PAS itu, buat masa ini saya akan bersama-sama dengan Pimpinan PAS, Tuan Presiden TG Hj Hadi, Timbalan dan Dewan Ulamaknya.Dan saya yakin mereka-mereka yang melalui prosess tarbiyah yang sama akan juga mempunyai pendapat dan pandangan yang sama dalam perkara ini.Saya memilih untuk berbeza pendapat dengan para pendokong PAS yang memilih untuk berbeza pendapat dalam hal ini.Wallah hu aklam.



Di Petik dari :http://kedahlanie.blogspot.com/





2 comments:

han said...

ya. ahli/pemimpin dalam majlis syura dan ajk pas pusat tidak tahu mengenai perbincangan tersebut. ada yg menafikan (seperti ketua penerangan) kemudian terpaksa meminta maaf kerana tidak diberitahu.

perbincangan, kata mereka, adalah secara individu. dalam gelap.

lagenda said...

Apa pun tak pa la janji kita semua boleh bersatu .Tidak semua dikalangan orang PAS yang tidak menyokong saranan yang dibuat oleh Tuan Guru Haji Hadi ni yang menentang ialah golongan ynag tidak mahu melayu menjadi kuat.