? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 2, 2009

Kawan-kawan yang bijak laksana tolong komen sat pasai ni

MAK cik adalah warga emas berusia 63 tahun. Rahmat dan nikmat Allah terlalu murah dan melimpah di bumi yang mak cik pijak ini.
Ketenteraman dan keharmonian menjadi asas pegangan hidup kami sejak merdeka. Negara makmur dan maju di bawah Parti Perikatan yang kini Barisan Nasional (BN).
Walau pun terdapat parti-parti lawan tetapi tiada kebiadaban. Walau pun Pas bermusuhan dengan UMNO, Pas ada alasan tersendiri.
Pas mendakwa berjuang atas prinsip menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Mak cik amat menghormati dan kagum dengan Pas yang lantang mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Jadi tidak hairanlah jika UMNO dituduh sebagai kafir sebab berjuang bersama bukan Islam. Hanya Allah ada hak untuk mengkafir, bukan hak Pas. Astaghfirullah.
Anwar Ibrahim semasa dalam BN mengutuk keras kebiadaban Pas mengkafiri beliau. DAP juga dibidas oleh Anwar. Sekarang niat Anwar dah terbalik.
Kalau Anwar nak tumbangkan UMNO dengan apa cara pun sekarang, kita memang faham dan simpati. Sebabnya dia ada dendam terhadap parti yang hampir-hampir dia terajui. Tapi Allah Maha Mengetahui! Soalan mak cik kepada Pas, khususnya kepada Husam Musa:
Apa alasan yang ada pada saudara sekarang nak tumbangkan UMNO, parti yang mungkin menyumbang pada saudara?Dan Kalau UMNO kafir, apakah Pas sekarang?Kenapa ghairah sangat nak tumbangkan UMNO yang orang-orangnya Islam sedangkan Pas sekarang bukan boleh digelar parti Islam! Pencerobohan dalam Pas dan bersekongkol dengan bukan Islam telah melemahkan perjuangan Islam itu.Kenapa Husam, prinsip Pas boleh dimanipulasi? Kenapa musuh Pas berdekad-dekad sekarang boleh jadi teman karib? Siapa sekarang melemahkan siapa? Semua kerana kuasa!Adakah Islam ajar kita:Dan Biadab sesama kita?Puasa lapar?Kompromi prinsip kerana nak kuasa?Kalau niat saudara murni, tegakkanlah model 'Islamic state' pada negeri-negeri di bawah Pas sekarang. Allah akan berkati saudara. Tapi kalau cakap tak serupa bikin, itupun Allah Amat Mengetahui.UMNO - dulu, sekarang dan selama-lamanya - berjuang atas prinsip yang sama dan komponen BN adalah 'gentlemen.'Mak cik rindukan Pas yang lantang dan mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan negara Islam dan amat kecewa dengan Pas yang ada kini.Sayang sekali yang dulu musuh nampaknya menjadi penyuluh.

MAK ANI Kuala Lumpur

Hempa renungkan-renungkan la sat kata-kata Mak Cik ni .Walaupun UMNO lama dah bekerjasama dengan MCA MIC GERAKAN tapi UMNO tak sewenang-wenangnya nak mengkafirkan parti lain.Tapi yang aku heran PAS dok kerjasama dengan DAP tak pa pulak okey ja.Memang benarlah apa yang biasa aku dengaq apabila dok biasa sangat dok kata kat orang yang tu tak kena, yang ni tak kena, kafir sana sini, fitnah sana sini ,tak mustahil segala apa yang kita kata kat orang tu akan balik semula kat kita.Satu jari dok tunjuk kat orang empat jari lagi dok tunjuk kat kita. Jadi kepada puak-puak yang berkenaan Cermin-cerminlah diri anda semoga ALLAH melindungi kita semua AMIN...........................................

4 comments:

Zanie said...

Makcik Ani,

Sebelum kita bicara pasal Husam, saya nak tanya,siapa yang mengkafirkan UMNO? Cuba bagi satu ayat dari pemimpin PAS yang jelas mengatakan UMNO itu kafir. Ucapan Tn Guru haji Abdul Hj hadi di Banggol Pradong pada 1981 dulu tidak menyatakan UMNO itu kafir.makcik boleh baca ucapan itu di internet, bukan susahpun nak cari. Seingat saya kata-kata DS Hadi ialah berbunyi,
"Saudara, percayalah,kita menentang UMNo bukan kerana dia UMNo, kita menentang Barisan nasional bukan kerana mereka Barisan Nasional tetapi kita menentang mereka kerana mereka mengekalkan undang-undang penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah, oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka"
Adakah Tn Hj hadi kata UMNO itu kafir? Dan bila pula PAS kata Anwar Ibrahim kafir? Cuba jelaskan dengan fakta, jangan pakai tibai saja.

PAS tidak pernah berselindung dengan agenda negara Islamnya. Malah PAS di Kelantan pernah cuba mewujudkan undang-undang Islam, yakni undang-undang hudud di negeri itu tapi apa kata Mahathir ketika itu? BN akan menyaman dan menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan jika melaksanakan hudud yang bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid!

Jadi siapa yang bersalah? PAS kini memahami bahawa PAs sendirian tidak akan dapat menumbangkan kerajaan korup BN dan UMNO. PAs perlukan pertolongan komponen parti lain yang memperjuangkan isu kebenaran dan keadilan.PAS berjaya meyakinkan parti pembangkang lain untuk bersama bekerja menumbangkan kerajaan yang korup atas dasar masing-masing inginkan keadilan dan bencikan kezaliman dan salahlaku. Sehingga setakat itu, kerjasama itu sangat bermakna. Perjuangan seterusnya ialah meyakinkan rakan-rakan parti pakatan rakyat supaya membenarkan hukum hudud dijalankan, sekurang-kurangnya untuk orang Islam di negeri majoriti Melayu seperti Kelantan dan Terengganu. kalau mereka boleh menerima orang Islam tertakluk kepada hukum syariah mengapa pula mereka nak berbalah jika hukum hudud dilaksanakan untuk kaum muslim? Mereka boleh kekal dengan sistem mereka kerana kita tidak bertanggungjawab terhadap pegangan agama mereka.

lagenda said...

Terima kasih kepada Zanie kerana memberi komen yang panjang berjela apapun kita semua ada prinsip masing-masing terpulang kepada diri sendiri untuk menentukan parti mana yang terbaik tetapi untuk mengatakan UMNO dan BN penuh dengan korup Pakatan Rakyat juga tidak mustahil selepas ini akan ada melakukannya .Mengenai hukum hudud sudah berapa lama PAS memerintah di Kelantan mengapa tidak dilaksanakan terlebih dahulu di sana sebagai contoh kepada negeri-negeri lain .Jika mengatakan Kerajaan pusat tidak beri izin mengapa perlu takut kepada kerajaan pusat kita kena labih takut kepada ALLAH S.W.T .Saya juga menyokong Hukum Hudud dilaksanakan dinegara kita tetapi saya nak lihat negeri Kelantan buat dulu baru diikuti oleh negeri-negeri lain.........Apapun terima kasih atas segala komen yang diberi

Faizal@poyan said...

slm to zanie...
emmm di kedah pas telah memerintah, sebelum memerintah mcm-mcm nak buat bila dah perintah tak tau apa nak buat habuk pun tak nampak bukan setakan hukum hudud nak kuatkusakan undang-undang yang ada pun tak sempat..

sebagai contoh pas kedah perlu meramaikan lagi penguatkusa untuk mencegai kes-kes khalwat tapi penguatkuasa yang ada sekarang tak di tambah-tambah...

klu nak wat hudud tak boleh di sebabkan halangan perlembagaan cuba la wat benda yang mudah dulu....ni tak masih di tahap mcmna BN memerintah...

ingatlah Allah dah makbulkan impian pas untuk memerintah kedah sekarang telah sampai masanya untuk menegakkan syiar Islam setakat mana bekemampuan...jgn tamak dan ego nak buat benda yang sukar cuba buat dahulu benda yang mudah dan senang pas buat...seperti saya katakan tadi ramaikan penguatkuasa dan perkasakanlah Jabatan agama islam, pejabat agama dan mahkamah Syariah klu itu pun tak leh buat jgn beri harapan palsu dan janji kosong....sekian

Detguaq said...

Salam ziarah....