? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 11, 2009

Peperangan antara Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz

















KOTA BHARU: Mursyidul


Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti."Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.


Sumber dari :Harian Metro 11 jun 2009

Sampai hati Tuan guru Nik Aziz dok tuduh golongan yang menyokong cadangan Tuan Guru Hj Hadi ni boneka UMNO ye.Memang marah betoi ye Tuan Guru Nik Aziz kita ni kat UMNO ye pasai apa pun tak tau .Nak kata kerajaan Pusat tak bantu Kerajaan Negeri Kelantan tak munasabah sangat macam-macam kerajaan pusat dok bantu dah disana.Kalau macam ni lah caranya untuk menyatupadukan orang-orang melayu dan islam tapi dihalang sampai bila-bila orang-orang melayu kita tak kan dapat bersatu ,daripada berpecah 2 dah jadi 18 dah ni .Kepada Tuan Guru Haji Hadi Usahakanlah semoga berjaya Kerajaan Perpaduan ini rakyat di bawah mahukan ianya semoga berjaya .Dan kepada Tuan Guru Nik Aziz diharap lembutkanlah hati tu untuk menerima kerajaan perpaduan ini demi untuk kesejahteraan rakyat. Kepada kawan-kawan semua yang membaca blog ini sila berikan komen sat tentang isu ini PRO dan KONTRA mengenai Kerajaan Perpaduan.......

6 comments:

tempursakti said...

alahai nik aziz.....MB Kelantan PAS ni...dia ulamak politik PAS Jer...sebab tu dia tak mahu PAS berpadu dengan UMNO,kalau berpadu dengan DAP boleh aje...dengan Setan lagikan boleh...apa dia ingat boleh tongkat dunia ni dengan cara politik dia jer ke?....inilah masaalahnya bila hanya layak mengajar agama saja,tapi diangkat jadi pemimpin politik...haru 'blue' jadinya.........

Senjaliza said...

Masalahnya bukan pada TGNA keseluruhannya. Ada pihak yang ditanam Anwar dalam PAS sendiri bagi mempengaruhi PAS supaya menyokong Pakatan Rakyat. PKR hanyalah boneka DAP. Jika PAS menyokong Pakatan Rakyat bermakna PAS menyokong DAP. Tak payah sebut hukumnya. Mereka semua tahu.

lagenda said...

Sokong Tempursakti dan Senjaliza .Orang-orang Anwar telah berada didalam PAS oleh itu sebarang cadangan oleh TGHA akan ditentang habis-habisan oleh puak-puak yang menentang sebarang usaha untuk menyatupadukan orang melayu.Terima kasih atas komen anda berdua...

AKU ANAK GURUN said...

Salam ziarah saya dah malas dengan isu UG ni apa apa pun tuan renunglah cerita dibawah dari
http://zabidi-morad.blogspot.com

Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghormati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dewan Pemuda Pas berpendirian peluang perlu diberikan sepenuhnya kepada Abdul Hadi untuk memberi penjelasan lanjut dan bukan membahaskannya berdasarkan sentimen dan emosi.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebagai seorang yang berilmu dalam bidang agama, mustahil Abdul Hadi akan mengemukakan sesuatu yang bertentangan dengan nas, justeru mereka harus lebih bertenang, bersabar serta tidak mudah melatah apabila membicarakan idea berkenaan.

"Datuk Seri (Abdul Hadi) adalah seorang yang berilmu, berpengalaman dan bukan seorang yang jahil. Beliau merupakan ketua kami dan juga seorang ulama. Beliau berkelayakan untuk melontarkan apa jua idea yang mampu memberi manfaat kepada agama, rakyat dan negara.

"Cetusan idea kerajaan perpaduan ini dibuat secara ilmiah iaitu dengan bersandarkan nas serta dalil di dalam Islam. Mustahil Datuk Seri akan mengemukakan satu idea yang boleh mendatangkan keburukan. Sehubungan itu jika hendak dibahas sekalipun ia perlu dilakukan dalam konteks disiplin ilmu yang tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas bantahan beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang berhubung idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.

Idea itu pernah dikemukakan sebelum ini tetapi senyap seketika apabila mendapat bantahan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi ia timbul semula dalam Muktamar Pas Ke-55 yang berakhir Ahad lalu.

Dalam muktamar tersebut Abdul Hadi serta barisan kepimpinan kanan parti komited untuk meneruskan gagasan kerajaan perpaduan kerana ia mampu menyelesaikan banyak masalah dalam negara.

Nasrudin berkata, pemimpin pakatan pembangkang juga harus sedar selama ini Pas sentiasa menyokong setiap idea yang dikemukakan atas semangat setia kawan walaupun ada masanya parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Menjawab satu soalan, Nasrudin mengakui, perbahasan secara emosi dan sentimen peribadi boleh menyebabkan ia dilihat mengikut perspektif yang sempit dan negatif.

"Ini ditambahkan lagi dengan kenyataan yang menyebut, idea kerajaan perpaduan itu sama dengan usaha untuk membawa Pas menyertai UMNO. Saya ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak akan berlaku dan mustahil berlaku. Tidak akan ada pemimpin dalam Pas akan berbuat demikian.

"Ideologi Pas tidak sama dengan UMNO. Dasar perjuangan parti pun tidak sama tetapi bukan bermaksud kita harus menjauhi diri daripada mereka. Kita harus mendekati mereka bagi tujuan dakwah kita selain berusaha untuk menyelesaikan banyak masalah rakyat dan negara," katanya.

Beliau berkata, al-Quran ada menyatakan dengan maksudnya ‘hendaklah kamu bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara jahat dan dosa’, merupakan arahan Allah kepada setiap hamba-Nya supaya menjalinkan kerjasama di dalam perkara yang berasaskan ketaqwaan.

"Arahan ini jelas yang mana Allah menyuruh kita bekerjasama dalam perkara yang mendatangkan kebaikan iaitu dengan meletakkan taqwa sebagai asas dan dalam masa sama Allah melarang kita bekerjasama dalam perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa," ujarnya.

AKU ANAK GURUN said...

Nasihat saya layarilah blog http://zabidi-morad.blogspot.com

lagenda said...

Terima kasih kepada Aku Anak Gurun diatas komen ini.Apapun memang diakui TG HJ Hadi memang orang yang berilmu dan beliau berfikir dengan sedalam-dalamnya barulah beliau mengeluarkan idea UG ini.Kalau saudara mengatakan ideologi PAS dan UMNO tidak sama memang diakui.Tetapi adakah saudara terfikir bahawa ideologi PAS dan DAP sama?Adakah Ideologi PAS dan PKR itu sama .Jika saudara renung-renung balik lebih baik bekerjasama dengan UMNO dari DAP yang terang-terang tidak menghormtai orang melayu dan islam.Adalah lebih kita semua bersatu atas nama islam.Apapun teriam kasih banyak-banyak atas komen ini.Kita semua adalah bersaudara PAS untuk semua!UMNO juga untuk semua.Jadi saya mendoakan Kerajaan Perpaduan ini tetap akan menjadi kenyataan........Insyaallah