? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, June 21, 2009

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIII
AL-WATHIQU BILLAH AL-SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH




WASIAT RAJA-RAJA MELAYU DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG DIPERBUAT SEMASA MERDEKA PADA TANGGAL 31 OGOS 1957



"Kami wasiatkan kepada
zuriat keturunan kami
7 perkara yang mana
jika kamu bersatu padu
dan berpegang teguh
kepadanya selama itulah
kamu akan aman damai
dan selamat sejahtera"




Tujuh Perkara itu ialah :



PERTAMA, Kami namakan dan kami panggil akan dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung,PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (Sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA),


KEDUA, Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu ,selain gunung-ganang,tasik dan hutan simpan,TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,



KETIGA, Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu,Kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,


KEEMPAT, Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,



KELIMA , Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,


KEENAM , Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU,dan



KETUJUH, Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)





Dipetik dari : Risalah Jabatan Penerangan Malaysia

1 comments:

lagenda said...

Bersama-samalah kita semua menghayati 7 wasiat ini agar zuriat keturunan kita khususnya kaum melayu hidup dalam keadaan aman damai sampai bila-bila.Janganlah kita melupakan 7 wasiat ini sematkanlah ke dalam hati agar 7 wasiat ini terus terpelihara sampai bila-bila.Buat pemimpin melayu islam UMNO PAS PKR diharap hayatilah 7 wasiat ini agar kita tidak kehilangan sebuah negara yang bertuah ni kepada pihak lain.Kita takut negara yang kita pijak ini menjadi milik orang.Renung-renungkanlah semua......