? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 9, 2009

YB PAS DOK BUAT APA NAK JUMPA PUN SUSAH




ABDUL Rahman Talib menunjukkan hakisan tebing Sungai Ketil yang hampir mendekati kawasan penempatan penduduk di Kampung Mengkuang Masjid Kuala Pegang, Baling, Kedah, semalam. - utusan/Azman Md Noor






Hakisan tebing Sg. Ketil serius

Oleh AZMAN MD. mailto:NOORutusankedah@utusan.com.my

BALING 8 Jun - Ketika pemimpin parti sibuk bermesyuarat menentu hala tuju parti dan kepimpinan Pas, segelintir penyokong parti tersebut kecewa dengan sikap wakil rakyat mereka yang gagal ditemui bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Ini berikutan masalah hakisan tebing Sungai Ketil di Kampung Mengkuang Masjid yang semakin membimbangkan penduduk dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan termasuk wakil rakyat.
Malah masalah itu dibangkitkan sendiri oleh penyokong parti itu kepada Utusan Malaysia yang membuat tinjauan mengenai hakisan tebing sungai tersebut.
Setiausaha Pas cawangan Kampung Mengkuang, Abdul Rahman Talib mengakui mereka sudah ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang, Johari Abdullah sebanyak empat kali bagi mengemukakan masalah hakisan.
''Sudah empat kali saya ke pejabat wakil rakyat ini tetapi masih gagal menemuinya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun telah menemui setiausaha wakil rakyat berkenaan namun masalah yang menghantui penduduk masih belum selesai.
Abdul Rahman berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak setahun lalu dan penduduk semakin bimbang kerana setiap kali banjir, tebing akan runtuh dan menghampiri rumah mereka.
Katanya, kepada siapa lagi penduduk hendak mengadu kerana sebagai wakil rakyat sepatutnya dia turun padang untuk mengetahui masalah rakyat.
Seorang lagi penduduk, Kamariah Saman,68, berharap pihak berkenaan datang melihat kawasan tebing sungai berkenaan yang semakin hari semakin membimbangkan.
''Kami semakin bimbang kerana hakisan sering berlaku selepas air sungai melimpah," katanya
Masalah hakisan tersebut cuba dibawa kepada pengetahuan wakil rakyat kawasan itu tetapi masih gagal.
Beliau berharap masalah penduduk ini dapat diatasi bagi membuktikan wakil rakyat bertanggungjawab terhadap masalah rakyat seperti yang dijanjikan semasa dalam kempen pilihan raya lalu.



1 comments:

lagenda said...

Hempa dok buat apa pemimpin PAS Oii masalah macam ni pu tak kan nak suruh UMNO juga nak pi selesaikan .Hempa kata hempa bijak segalanya prihatin dekat rakyat ni orang-orang hempa sendiri pi jumpa sampai 4 5 6 kali pun tak leh nak jumpa lagi .Yang aku tau lepas ni mesti hempa akan kata dah adukan dekat pihak berwajib tapi tak dak apa tindakan susulan .Lepas tu dok salah kerajaan pusat la kerajaan negeri tak salah jugak.Politik oh politik...............?