? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 11, 2009

PAKAT-PAKAT LA SOKONG T.P.M KITA NI



UTUSAN/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.
Beliau menyifatkan bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu.
Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain.
“Seolah-olah kita berkompromi terlalu banyak (untuk kaum lain), ingatan tegas daripada saya bahawa, itu adalah tidak betul dan selagi UMNO dan BN mentadbir negara, ia tidak akan berlaku.
“Sekarang ini ada Melayu tidak mahu menolong Melayu tetapi mengkhianati Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.
Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam dirinya dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik.
“Saya sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya sudah tidak ada apa lagi, tetapi saudara-saudara semua ini yang saya risau,” katanya.
Muhyiddin bakal berhadapan dengan tindakan saman berjumlah RM100 juta daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat Melayu.
Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Nor yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.
Sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin itu juga kini bergema di seluruh negara.



Semua pihak khsusnya orang-orang melayu seharusnya menyokong T.P.M kita ini bahawa DSAI adalah pengkianat bangsa melayu.Apa yang DSAI buat telah banyak menguris perasan dan hati orang-orang melayu.Pengkianat sebegini tidak seharusnya dibiarkan bermaharajalela di Negara kita yang di cintai ini .Orang-orang melayu semua tidak kira dari Parti UMNO,PAS ,PKR harus sedar bahawa melayu kini telah berpecah kepada banyak puak.Apabila ini terjadi mudahlah pihak-pihak yang inginkan negara kita ini kucar-kacir memainkan peranan untuk terus menghancurkan negara kita yang kita cintai ini .Apa pun kepada orang melayu ayuh bangkitlah dari lamunan kita tentang habis-habisan pengkianat kepada bangsa kita ini sehingga ke akar umbi.Hidup Melayu.......................

3 comments:

Admin CCZ said...

Jika Anwar ditempat Muhyiddin semasa era pentadbiran Pak lah, lagu mana agaknya dia akan bertindak? Samada berani mengeur atau berani mencatas secara yang paling hina..Tabik kepada TUn Mahathir kerana berjaya mengusir petualang Melayu ini walaupun kesannya ke hari ini. Wujudnya si mata satu yang tak pernah nafsunya dengan kekuasaan.

lagenda said...

Setuju dengan CCZ .Tun M sudah nampak petualang yang nak menghancurkan orang melayu sebab tu awai2 lagi dia pecat.......

Anonymous said...

Gandingan Najib dan Mahyuddin sunguh hebat. Saya yakin dengan pimpinan yang mantap dan komitted ini BARISAN NASIONAL akan mendapat kejayaan yang cemerlang pada PRU 13.

Kaum Melayu cukup lah berpolitik. Walau pun anda dipihak UMNO atau PAS kita semua beragama ISLAM. Yang menjawab diakhirat ANDA bukan Parti.

Saudara kita dalam PAS sadarlah. Tanpa sokongan ANDA PKR dan DAP tak bolih Berkuasa di Selangor dan Perak. Satelah menang DAP yang berkuasa. PAS sekadar kuasai Mesjid, Surau dan JKK. Projek dalam Majlis Daerah pun disapu olih DAP dan PKR.Tengok sajalah apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Dimana kedudukan PAS.

Ketepikan kah politik dan UTAMAKAN LAH kepentingan Bangsa dan Agama.Kalau UMNO dan PAS bolih sepakat KUASA akan berada ditangan orang Melayu. Bila ini berlaku kaum lain akan berbaik dan menghormati kaum Melayu.

Saya amat sedih menengok Orang Melayu dah Berpecah Tiga dan Kaum Lain dah jadi kuasa Penentu. Apabila ini berlaku Kaum Penentulah yang akan Berkuasa.

Fikir Fikirkan Lah

PEJUANG