? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, November 22, 2009

SAPA KATA WAKIL RAKYAT BN BERMASAALAH ?

YB. DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH

YB. DATO' SERI DIRAJA MAHDZIR KHALID
DUN Kedah kecoh kerana jawapan
ALOR SETAR 22 Nov — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kecoh hari ini apabila anggota-anggota DUN dari Barisan Nasional (BN) bangun beramai-ramai membantah jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat berhubung pengurangan jumlah bantuan bencana dan tragedi pada 2008 dan 2009.
Semasa menggulung perbahasan bajet 2010, pengerusi jawatankuasa itu Siti Aishah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) berkata bantuan itu dikurangkan kerana ramai daripada mangsa bencana bukan dari golongan miskin atau yang memerlukan bantuan.
"Sehingga Sept lepas kerajaan negeri mengeluarkan bantuan berjumlah lebih RM289,000. Itu tidak termasuk bantuan am,” katanya menyebabkan beberapa ADUN BN bangun meminta laluan untuk bertanya soalan.
Kedegilan Pengerusi Jawatankuasa itu tidak memberi laluan menyebabkan Speaker Datuk Dr Isa Ismail mencelah: "YB Merbau Pulas, kalau depa minta, kita bagi depa tanya. Bagilah peluang depa tanya.” Celahan Dr Isa mendapat tepukan Dewan menyebabkan Siti Aishah terpaksa memberi laluan untuk menjawab soalan.
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) bertanya mengenai senarai penerima bantuan e-Sinar (senarai kerajaan negeri) sahaja atau termasuk senarai e-Kasih (senarai BN); manakala Tajuddin Abdullah (BN-Belantik) meminta kerajaan negeri mengkaji semula bantuan bulanan RM80 yang kini tidak relevan.
Sementara Dr Mohd Hamdan Khalib (PAS-Tanjung Dawai) ketika menggulung perbahasan berkaitan portfolionya, Belia, Sukan, Kesenian dan Kebudayaan serta Warisan berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong semua program kerajaan pusat untuk faedah rakyat Kedah.
Beliau menjelaskan kegagalan pasukan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertahankan kejuaraan ”double treble” yang disandang pada 2007 dan 2008 sebagai bukan kekalahan tetapi kerana tidak dapat menjaringkan gol.
Dr Mohd Hamdan turut menuduh kepimpinan KFA yang lepas ”penuh dengan noda dan dosa” kerana meninggalkan hutang lebih RM4.79 juta.
Jawapan beliau membangkitkan kemarahan Ahmad Bashah yang berkata kegagalan itu berpunca dari kelemahan kepimpinan KFA kerana tidak cekap dan tidak bijak.
— BERNAMA
Telah terbukti bahawa wakil-wakil rakyat BN tidak berpuak-puak dan mereka ini bersatu untuk menjawab dan mempersoalkan Kerajaan Negeri .Macam inilah kita mahu wakil-wakil rakyat BN sentiasa aktif untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka demi untuk rakyat Negeri Kedah.......


3 comments:

Admin CCZ said...

Alhamdulillah..cuma yang masih menjadi masalah ialah ketua-ketua bahagian yang bertanding ADUN yang kalah. Masih lagi mengamalkan sikap sombong.

YANG GAMBI said...

Salam Lagenda, pembangkang ni, kerja mereka hanya mencari kesalahan orang lain, mencaci orang laian. Bila Allah beri dia berkuasa sekejap, dia tak reti buat apa, macam kera kena belacan, lepas tu nak salah-salahkan kerajaan terdahulu...... hamPAS haprak ni.....

Anonymous said...

Beliau menjelaskan kegagalan pasukan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertahankan kejuaraan ”double treble” yang disandang pada 2007 dan 2008 sebagai bukan kekalahan tetapi kerana tidak dapat menjaringkan gol.

NMPK SGT MAMAT NI KAKI BANGKU..BIARPUN DIORANG SUMBAT GOL BERDOZEN2 TP KLU KALAH DGN PERBEZAAN 1 GOL PUN TETAP KALAH JUGAK..AMEENDEEE LA DIA NI ADOIYAII!..BAIK MAIN GULI LA YB OIII!!