? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 11, 2009

SELAMATLAH ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT PAS DI KEDAH TAK JADI JANDA


Tiada baiah jatuh talak tiga di Kedah: Azizan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata tiada amalan baiah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti. Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan baiah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada baiah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain. "Saya memang baiah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.
"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini. Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mengenai wujudnya amalan baiah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti. Azizan berkata, perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (baiah jatuh talak tiga) terlebih dahulu.
"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? Dahlah kena tinggal, jatuh talak pula. "Hat ni (Yang ini) belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? Masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?" katanya. - Bernama


Tu dia MB Kedah bawa keluar kenyataan dah.Selamatlah bini-bini wakil rakayat PAS diKedah dari jadi janda.Jadi apa dok tunggu lagi pakatlah lompat parti tingailah PAS ni dan masuklah parti yang tak mainkan institusi kekeluargaan demi kepentingan politik.Nak kata betoi tak betoi geng-geng hempa jugak yang dok keluar kenyataan macam-macam nak bukti apa lagi sudah jelas nyata.Jadi kepada kawan-kawan yang ingin ulas isu ni dipersilakanlah ye.

2 comments:

Nasionalis1982 said...

Bila si isteri tercinta diperjudikan...

Salam Ziarah..
MLY

Admin CCZ said...

A'kum lagenda..CCZ rasa kesetiaan mereka waluapun tidak berbai'ah dengan talak tiga sangat kuat. Jangan haraplah mereka nak keluar dari parti ini kecuali kalau diberi surat pelantikan menjadi Menteri. Tapi itulah yang sayangnya. Setia secara buta tuli pun tak membawa apa-apa sebab ada akal tai tak fikir. Itu saja.