? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 27, 2009

INILAH NEGERI DI BAWAH PAKATAN RAKYAT.....



KASIHAN ANGGOTA RELA NI DISERANG DENGAN TOPI KELEDAR

GEORGE TOWN: Hiruk-pikuk sambutan Hari Natal malam tadi bertukar menjadi ganas apabila dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibelasah teruk dan diserang dengan topi keledar oleh orang ramai yang sedang berpesta di sini.Seorang jurukamera Bernama TV turut menjadi mangsa apabila dia ditumbuk pada bibir dan wartawan bertugas ditolak oleh pengunjung yang asyik berpesta sementara motosikal dan kenderaan yang melintasi Persiaran Gurney itu turut disembur dengan buih aerosol.Pasukan petugas khas terpaksa campur tangan apabila sambutan yang disifatkan terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang itu semakin tidak terkawal.Sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 10 orang tiba-tiba membelasah anggota Rela yang sebelum itu menahan rakan mereka kerana menyembur buih aerosol kepada pemilik kenderaan yang lalu dikawasan itu.Dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.30 malam itu, kumpulan lelaki itu bertindak ganas menendang dan menumbuk anggota Rela terbabit dalam percubaan menarik rakan mereka yang dalam lingkungan 20-an dari ditahan.Serangan berlaku apabila anggota dan polis yang berpakaian preman sedang membawa suspek ke balai polis berdekatan.Kejadian yang berterusan beberapa minit itu bagaimanapun berakhir apabila sekumpulan anggota Rela, polis dan pasukan petugas khas datang membantu mangsa dari terus diserang.Kedua-dua mangsa mengalami lebam pada badan dan mengadu berasa pening selepas serangan itu.Sementara orang awam yang melintasi jalan terkejut dengan situasi tersebut.Terdahuluh wartawan bertugas diasak oleh pengunjung liar yang leka berpesta. Mereka kemudiannya diiringi angota polis keluar dari tempat kejadian.Jurukamera Bernama TV, Gary Yeap, 20, yang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani mendakwa dia ditumbuk dibibir.Yeap turut melaporkan seorang lelaki mengugut untuk mencederakannya jika rakaman yang dibuat disiarkan di kaca televisyen.Pada malam kejadian, ribuan pengunjung memenuhi kawasan popular di Pulau Pinang itu bersikap liar selain trafik juga menjadi buruk apabila pengunjung memenuhi jalan raya.Kebanyakan mereka terutamanya anak-anak muda memegang tin semburan buih dan menyemburnya pada cermin kereta dan penunggang motosikal yang lalu di situ.Ada di antara mereka mengangkat pengelap cermin kereta untuk mengelak pemandu mengelap semburan pada tingkap kereta mereka.Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Men berkata, seorang pekerja kilang berusia 17 tahun ditahan selepas kejadian bagi membantu siasatan.Beliau berkata, lima sekatan jalan raya telah dilakukan oleh pasukan polis pada hari itu supaya keadaan terkawal.Gan berkata pihak polis sentiasa bersedia dengan kejadian seperti ini apabila sentiasa meletakkan unitnya pada tempat-tempat yang menjadi tumpuan terutamanya pada malam tahun baru.mstar

Rasa simpati kepada anggota-anggota rela yang diserang oleh anak-anak muda yang bertindak ganas menyerang dan memukul anggota RELA yang menjalankan tugas.Inilah yang terjadi jika tiada sifat keperimanusiaan sesama insan dan menurut nafsu semata-mata.Apa yang menyedihkan samseng-samseng ini ada di Negeri Pakatan Rakyat pula tu di Pulau Pinang.

4 comments:

Admin CCZ said...

Semua nak tiru budaya dari sebelah sana. Baguslah. Yang tak elok semua nak ikut, yang elok dari dulu iaitu tertib dan jaga tatasusila dah pupus dalam Malaysia nih

Unknown said...

ini blog politik ke?? hehe :)

Anonymous said...

INILAH YG KETUA MENTERI JAMBAN BANGGAKAN SGT. KONON2 NK TUNJUKKAN KEPIMPINAN KHALIFAH KAT PENANG. TP APE DH JADI?? LEPAS KELANTAN, BUDAYA SAMSENG DH MENULAR KAT PULAU MUTIARA LA PLAK..SYABASS MISTER JAMBAN WEIII!! KEHKEHKEH

lagenda said...

Salam

CCZ-Betol tu budaya yang tak elok ditiru nak buat macam mana sudah diajar oleh pemimpin depa macam tu

CIK EPAL-Memang banyak membincangkan politik di blog ini demi untuk agama bangsa dan negara Thank kerana sudi melawat......

JEFFRY-Setuju dengan anda bro budaya keganasan ni sudah semakin melampau terutama di negeri PR apa nak jadi la