? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 29, 2009

KEGANASAN PENONTON BOLASEPAK BERLAKU LAGI

PEMAIN Perlis meraikan kejayaan muncul juara Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman, malam tadi.
Perlawanan dihenti 10 minit di Stadium Darulaman gara-gara insiden keganasan penyokong
INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. Perlawanan itu turut menyaksikan dua pemain dibuang padang, masing-masing penjaring gol pertama, Romdhi Zat Jamian pada minit ke-82 buat Perlis dan Fazliata Taib tiga minit kemudian buat Kedah yang mencetus insiden rusuhan penyokong yang memaksa pengadil, Mohd Najib Mohd Said menangguhkan permainan buat seketika.
Romdi dilayangkan kad merah kerana mengasari pertahanan, Muammar Nur Rahim manakala Fazliata diarahkan keluar selepas terbabit dalam insiden bertumbuk. Romdhi sebelum itu membuka jaringan buat pelawat apabila merembat kencang sepakan sudut Mohd Iqmal Azmi yang gagal dikeluarkan kemas untuk mengejutkan 35,000 penyokong yang membanjiri gelanggang keramat skuad Hijau Kuning itu pada minit keempat. Peminat tuan rumah terus tergamam pada minit ke-18 apabila Adrian Jurad Chamrong melebarkan jurang buat pelawat.
Adrian Jurad yang lebih dikenali dengan lontaran jarak jauhnya, membuktikan bisa itu juga terletak pada kakinya apabila meledakkan sepakan percuma dari jarak 35 meter. Kedah banyak menguasai perlawanan namun penjaring terbanyak mereka, Faizal Abu Bakar kerap kali dikecewakan benteng pertahanan yang diketuai kapten, Adrian Jurad. -Berita Harian
Tahniah diucapkan kepada pasukan Perlis kerana dinobatkan Juara pertandingan bolasepak piala emas raja-raja semalam.Semangat kesukanan ini telah tercemar dengan aksi-aksi ganas penonton dan pemain dipadang.Ternyata keganasan penonton Kelantan telah menular ke Kedah sehingga ada yang merosakkan harta benda stadium semalam......

9 comments:

F I T said...

perghh ada rusuhan gk ke?ingatkan dh reda..adoiii..dah macam adat je rusuhan2 ni..

apapun tahniah wat team perlis..i'm proud to be perlisian..hehehe

MPP said...

Salam,

Depa belajaq kat penyokong bola Kelantan skill merusuh tuu. Mabuk ikan pekasam gamaknya...kekeke.

Anonymous said...

Akan lahirlah keganasan di setiap negeri parti pembangkang kerana ianya pun bermula daripada PKR dan meresap ke ahli-ahli pas dan kini di setiap negeri jajahan mereka..lihat di pulau pinang sudahlah..sebelum ini tidak pernah pun trjadi sedemikian..

http://suarabaling.blogspot.com/

lagenda said...

Salam Ziarah semua

fit-Memang ada dengar dalam berita ada peminat jatuh dari stadium.Tahniah kepada negeri anda kerana juara

Che Wan-Memang la benda ni nampak macam berjangkit pula yer

kaheran08-Selamat Mengenali anda nanti sy link blog anda ke blog saya.Memang benar semakin menjadi-jadi pula yer kebetulan semuanya di negeri Pakatan.....

Jogger said...

adehs.... kalo tgk dgn aman x boleh ker??? amek laaa cth EPL, dorang boleh tgk dekat tanpa merusuh

Admin CCZ said...

penyokong bola tu penyokong PAS lah..suruh Azizan jawablah..perangai menjahanamkan harta benda awam dan tunjuk tanda tak puas hati guna kepalalutut ni tak dak orang lain dah..didikan TGNA!

Admin CCZ said...

identiti penyokong Pas..

zuwairiaiman said...

oh ni la yg masuk berita tgah hari td.. bakar kerusi siot

YANG GAMBI said...

Salam Lagenda, inilah pembangunan insan, pembangunan rohani yang PAS bawak untuk rakyat sehingga tidak dapat mengawal perasaan....