? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 14, 2009

LIM KIT SIANG TUNTUT,SEMUA KAUM SEBAGAI PEMILIK BERSAMA NEGARA...........



Isytihar semua kaum ‘pemilik bersama’ negara

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diminta perjelaskan kepada rakyat bahawa konsep 1Malaysia tidak bermaksud ‘Ketuanan Melayu’ dan mengisytiharkan semua rakyat Malaysia adalah ‘pemilik bersama’ negara ini, tidak kira apa pun bangsa mereka. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak lagi mengelak dari isu ini dan perlu menyatakan pandangan masing-masing dengan jelas serta mengiktiraf hak semua kaum. “Ia bukan sahaja mengejutkan, malah terlalu melampau apabila menteri daripada MCA, Gerakan, MIC, dari Sabah dan Sarawak terus menerima konsep ’Ketuanan Melayu’ sebagai dasar dan doktrin BN. “Malah mereka mengiringi mesej-mesej benci dan ketidaksanggupan seperti menggambarkan Cina di Malaysia sebagai orang Yahudi di Asia dan bukan Melayu sebagai ‘orang tumpang’,” kata Kit Siang dalam kenyataannya semalam. Selain itu, Kit Siang mengkritik pihak yang mengatakan orang Melayu yang berfikiran rasional dan tidak menyokong ‘Ketuanan Melayu’ sebagai ‘pembelot bangsa Melayu’. Mengenai isu Biro Tata Negara (BTN), Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, membidas kenyataan Najib yang mahukan polemik mengenainya dihentikan dan akan membuat keputusan terhadap isu ini nanti.: Katanya, keputusan menentukan nasib BTN tidak harus dibuat oleh Perdana Menteri seorang sahaja, tetapi beliau hendaklah mengambil kira pandangan pemimpin BN yang lain. “Tindakan ini menggambarkan betapa tidak sihat, tidak demokratik dan penumpuan kuasa yang berbahaya di tangan Perdana Menteri seorang sahaja untuk menentukan satu-satu keputusan,” katanya. Najib, katanya, tidak boleh lagi mengelak bahawa konsep 1Malaysia yang dibawanya bertentangan dengan kursus indoktrinasi BTN yang bersifat perkauman, menghasut dan menyebabkan kebencian kaum serta memudaratkan objektif pembangunan bangsa dan perpaduan negara.

Di petik dari : Akhbar Sinar Harian

Bertambah lancang mulut puak-puak ni yer lepas satu satu depa dok minta lama-lama habis la negara kita ni ye.Kalau orang melayu , akhbar melayu cakap tulis lebih sikit kata rasis. Kalau depa akhbar depa tak apa bukan rasis.Berlaku adillah wahai Lim Kit Siang kepada orang melayu sudah lama orang melayu bersabar dan bertolak ansur terhadap lain-lain kaum demi semangat perpaduan.Janganlah meminta yang bukan-bukan .Kerajaan Malaysia sejak dulu hingga sekarang telah berlaku adil terhadap semua kaum di negara ni.Kerajaan tidak pernah menyekat kaum-kaum lain untuk berjaya dalam segala bidang .Cubalah tengok orang yang terkaya di Malaysia sapa bukan Kaum Cina dan India ka ..................

2 comments:

Admin CCZ said...

A;kum lagenda..Lim Kit Siang tahu kalau bercakap banyak-banyak pun bukan ada siapa nak tangkap dia. Sebab dia bercakap atas pentas politik. Kita semua tahu jika Lim Kit Siang berlembut maka hanurlah DAP. Jika masih lantang maka DAP akan hidup. Jangan dilempar kasut di tengah jalan sudah.

Ashley Ahmed said...

Salam,

Betul kata dia semua kaum Melayu, bumiputra sabah dan sarawak serta penduduk asal nusantara harus diisytihar pemilik bersama,

TETAPI

kaum pendatang dari benua lain mesti digugurkan hak mengundi, bagi yang menidakkan Islam, kuasa sultan dan hak istimewa harus digugurkan kerakyatan.

baru keadilan