? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 16, 2009

NAZRI AZIZ MENGGAGALKAN USAHA ANWAR

Nampak gayanya usaha Anwar untuk cuba menggulingkan kerajaan hampir berjaya semalam tetapi atas keprihatinan dan tindakan cepat Dato Nazri Aziz berjaya untuk menggagalkan usaha Anwar itu.Walaupun dihimpit dengan kontroversi demi kontroversi mengenai isu BTN,isu Rasis dan juga Isu Teksi setidak-tidaknya beliau semalam menjadi hero apabila dapat menghidu niat jahat DSAI dan patutnya kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau sekurang-kurangnya BN masih berkuasa .Berbalik kepada ketidak hadiran MP-MP BN yang tidak hadir semalam sepatutnya tidak berlaku kerana semalam ialah hari penting pengundian untuk meluluskan bajet.Ketidak hadiran MP-MP BN ini pula dijadikan isu oleh PAS melalui Ketua Peneranganya, Ustaz Idris Ahmad menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir. Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi katanya didalam harakahdaily.Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat , Tan Sri Pandikar Amin Mulia didalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.
“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.Inilah implikasi yang akan berlaku jika MP-MP BN masih leka dan berasa selesa tidak mustahil Kerajaan akan tumbang dengan cara ini pada masa akan datang.Nampak gayanya BN masih belum mengambil iktibar dari isu DUN Kota Seputeh yang masih lagi dalam rayuan.Kelebihan 3 Undi adalah nasib tetapi takkan selama-lamanya kita mengharapkan kepada nasib semata-mata untuk hala tuju masa depan negara.Renung-renungkan Fikir-fikirkan...................

5 comments:

YANG GAMBI said...

Bro, kawan mengucap syukur dan berterima kasih dengan Nazri Aziz..... sepatutnya ini tidak berlaku kepada YB-YB BN tak kiralah sama ada dari Parlimen atau ADUN..... mereka wajib peka dengan ini semua....

jebat berkokok said...

salam lagenda..benar seperti apa yang lagenda kemukakan..ahli ahli parlimen BN tidak pernah belajar dari kesilapan dan mengambil sikap sambil lewa..apalagi yang boleh kita katakan dan harapkan selain dari penuh berharap ahli ahli BN akan cepat belajar dari kesilapan lalu..mudah mudahan

Ashley Ahmed said...

Salam,

ni la Wakil Rakyat pemalas, nasib baik.

lagenda said...

Salam....

Yang Gambi,Betol tu saya setuju dengan saudara jika inilah sikap MP-MP BN maka mudahlah Anwar mencari peluang

Jebat Berkokok....Kita dok nampak MP-MP BN tak ambil iktibar pun itu yang kita takut betapa mudahnya Anwar nak mengulingkan kerajaan jika masih terlena dan terleka

Junah ,Salah satu sebabnya pemalaslah senang cerita walaupun depa ada urusan lain tetapi pengundian bajet lebih penting dari itu

Anonymous said...

ALHAMDULLILAHH BROO..TP APE YG DI KESALKAN YB2 BN YG ASIK PONTENG MANJANG. INI SATU PENGAJARAN YG MESTI DI INGAT SAMPAI BILE2 SBB GROMBOLAN PENYANGAK FUCKATAN AKANN SENTIASA MENCARI PELUANG IKUT MANA2 PINTU SEKALI PUN WLUPUN IKUT 'PINTU BELAKANG'..ISHHH