? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 28, 2009

PURDAH KE BOHEMIAN KE TETAP HARAM ROZITA CHE WAN OIII.....

Siapakah gerangan Wanita yang ini sungguh ayu dan sopan la .......
Pakaian 'Bohemian' yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.FOTO THE STAR -Oleh SAMUEL ONG


Ambil gambar paras dada dah ok sopan santun bertudung litup, mai ke bawah bertudung lutut la pula ......
KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.
Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.
Kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.
Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.
Rozita ketika dihubungi mStar Online untuk memperjelaskan isu ini berkata, fesyen pakaian yang digayakan pada malam tersebut adalah Bohemian bukan Purdah.
"Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby.
"Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung),
"Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini" ujar Rozita yang pernah digosipkan dengan pemain bola Selangor, Asrarudin Putra Omar.
Saat ditanya tentang pemilihan baju tersebut, Rozita berkata, sebelum itu adiknya ada memberi beberapa rekaan pakaian yang bertemakan Arabian namun dia memilih untuk mengenakan pakaian tersebut kerana ia unik dan lain dari yang lain.
"Saya pilih pakaian ini kerana nampak unik dan sesuai dengan tema pada malam tersebut dan saya tidak sangka pula perkara ini jadi kontroversi, pada malam itu (ASK) tiada pula rakan artis yang menegur tentang pakaian saya itu," ujar Rozita yang sibuk dengan pengambaran drama 26 episod terbitan RTM berjudul Cikgu Kamisah Kerby.
Namun begitu Rozita memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat di Malaysia.
"Ini merupakan satu pengajaran kepada saya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berpakaian.
"Mungkin pada pandangan saya lain dan orang pula tafsirkan lain, namun saya terima semua kritikan dengan positif," ujar Ibu kepada dua cahaya mata ini.-MSTAR ONLINE
Jawapan nak melepaskan diri ja ni biasalah artis kot mana pun memang pandai berlakon.Bohemian ka Purdah ka Cik Puan Rozita oii tetap haram nampak lutut tu.Tak kan tak tau kot.Cik Puan memang la mengatakan tidak seksi pakaian ni tetapi yang melihat tu tersiksa melihatnya.Apapun ambillah sebagai iktibar segala teguran-teguran ni kalau buat lagi memang anda pelakon yang hebatlah......

9 comments:

Anonymous said...

salam ziarah, terima kasih sudi dtg melawat blog sy...

Unknown said...

nanti jadi ikutan orang muda lak

ayisy said...

salam. pening tgok gelagat artis ni. bergaya pelik2 jek. emmm.. perempuan tak payah la nak tayang lutut, bukan seksi pun. tak sesuai dgn imej Melayu kita. berfesyen kena ikut kesesuaian. tutup aurat pun kalau kena gaya memang cantik. seksi2 kalau tak kena gaya nampak hodoh adalah. hehe..

Unknown said...

aish, macam2 la sekarang..dunia akhir zaman..huhu

salam ziarah..=)

Admin CCZ said...

ccz nak pakai macam tu jugaklah..mesti jadi pisang goreng panas macam rozita..kami share title tu..

HEMY said...

aku sll terpikir..apa perasaan anak2 dia ek..hmm hmm

lagenda said...

Salam Ziarah semua

eyfagroove-Ok Thank

Touyakaruma-Memang betol mesti kan jadi ikutan punyalah

ayisy-Bukan setakat pempuan je tayang lutut tak cantik yang lelakipun nampak hodoh gak

zihnun-Memangpun dunia dah nak akhir zaman ni

ccz-opp lupa pula ccz punya geng la yer tapi tak pe ccz pakai lagi gempaq apa....

hemy-nak buat macam mana mama mereka cari makan dengan dunia seni kena telan la pahit atau manis

i.z.m.a said...

atas tutup, bawah terdedah... hurm, kan ke bagus kalau die tutup semua, dapat jugak pahala menjaga aurat..

~UmmU SoLehah~ said...

ini mnusia permainkan agama..!
mempersenda habis2 habisan..
T____T ngeee...

ape nk jadi ngn dunia nih..?