? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 21, 2009

100 juta saham percuma














NAJIB Tun Razak meletakkan replika nanas emas sebagai simbolik kepada perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Johor Bahru, semalam. Upacara itu disaksikan (dari kiri), Ahmad Sarji Abdul Hamid, Muhyiddin Yassin, Abdul Ghani Othman dan Hamad Kama Piah Che Othman.– Utusan / ishak rahmad

JOHOR BAHRU 20 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan percuma 100 juta unit Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di negara ini.
Peruntukan yang dibuat melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selari dengan langkah yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Peruntukan itu tidak termasuk penambahan unit ASW dan juga Amanah Saham Malaysia (ASM), kesemuanya berjumlah 5.33 bilion unit yang turut diumumkan hari ini.
Daripada jumlah itu, 3.33 bilion unit adalah ASM yang mula dijual esok dan dua bilion unit ASW 2020 boleh dilanggani mulai 27 April ini. Kedua-dua dana berkenaan ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.
ASM dan ASW 2020 merupakan dana ekuiti pendapatan yang dibuka jualannya kepada rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.
Pengumuman tersebut dibuat Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali ke-10 di Padang Plaza Angsana, dekat sini hari ini.
Najib berkata, tawaran jualan unit baru ASM dan ASW 2020, terhad kepada pelaburan maksimum 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun untuk memastikan penyertaan yang saksama.
Bagi penawaran ASW 2020 percuma, beliau berkata, lebih 20,000 orang daripada pelbagai kaum akan menerima faedah.
‘‘Saya berharap penawaran unit-
unit baru (ASW 2020 dan ASM) akan memberi lebih peluang kepada seluruh masyarakat Malaysia bersama-sama membuat pelaburan untuk masa depan kewangan yang lebih terjamin,” katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri diiringi oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Idris Kechot memberitahu Utusan Malaysia, PNB akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menetapkan model pengagihan ASW 2020 yang diberikan percuma itu.
‘‘Saya tidak boleh mengulas bagaimana pengagihan akan dibuat, kena tunggu rundingan bersama EPU,’’ kata beliau.
Jelasnya, mengambil kira pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun, setiap golongan miskin itu akan menerima unit amanah bernilai RM5,000 seorang.
ASM pertama kali dilancarkan pada April 2000 dengan dana permulaan dua bilion unit dan pertambahan unit baru akan menjadikan saiz keseluruhan dana tersebut berjumlah 10.95 bilion unit, ASW 2020 yang dilancarkan pada Ogos 1996 kini bersaiz 12.42 bilion.
Pelaksanaan had pelaburan maksimum bagi ASM berkuatkuasa sepanjang tempoh tawaran bermula 21 April sehingga 27 Julai 2009, tertakluk kepada unit-unit yang masih ada untuk dilanggan dan bagi unit-unit ASW 2020, had pelaburannya adalah sepanjang tempoh tujuh hari bekerja mulai 27 April ini.
PNB dalam kenyataannya di sini menyebut, sebanyak 50 peratus daripada unit baru ASM itu diperuntukkan untuk pelabur bumiputera, Cina (30 peratus), India (15 peratus) dan lain-lain kaum (lima peratus).
Pecahan langganan itu berdasarkan peratusan penduduk mengikut kaum.
Langganan ASW 2020 pula masih mengikut peruntukkan kuota 51 peratus kepada bumiputera dan 49 peratus bukan bumiputera.
Kaunter-kaunter Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan Pos Malaysia akan mula menjual dana-dana tersebut mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang manakala agen-agen Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank beroperasi pada pukul 9.15 pagi hingga 4 petang.

P/S Rakyat diDahulukan , Pencapaian Diutamakan , Telah terbukti dengan pemberian 100 Juta Saham percuma ini untuk rakyat yang memerlukan Kepimpinan negara kita sekarang membuktikan slogan Rakyat didahulukan ini bukan hanya cakap kosong .Diharap pengagihan 1OO Juta saham ini benar-benar sampai kepada golongan-golongan yang memerlukan .