? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 31, 2009

Hadiah Tahun Baru Untuk Pelajar Cemerlang

Wajah-wajah pelajar cemerlang UPSR 2009 .Tahniah diucapkan
Banner Selamat Datang Kepada Timbalan Meteri Pelajaran Malaysia Ke Daerah Baling

Ybhg.Dato Hj Abd Azeez bin Abd Rahim memperkatakan sesuatu kepada Y.B Dr.Hj Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajar Malaysia.Turut Kelihatan YB.Senator Dato Dr Mashitah binti Hj.Ibrahim,Pegawai Daerah Baling Tuan Hj Ahmad Fisol bin Md Noor ,Ybhg Dato Shuhaimi bin Ibrahim dan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah




Timbalan menteri Pelajaran menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang 5A/7A UPSR 2009 Parlimen Baling




Dewan kompleks Rakan Muda yang penuh sesak dengan waris pelajar dan orang ramai


Terlebih dahulu ucapan tahniah diucapkan kepada Pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2009 ini kerana mereka telah berjaya memperolehi 5A dan 7A pada peperiksaan yang lalu dan tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu Penyelaras Parlimen Baling,Dengan Kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik,Majlis Guru Besar Daerah Baling,Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Baling,Mayang Parlimen Baling serta Bank Rakyat Cawangan Baling.Inilah hadiah sempena tahun baru yang amat bernilai telah diberikan kepada pelajar-pelajar ini setelah bertungkus lumus belajar dan akhirnya mereka berjaya.Ini telah membuktikan bahawa anak-anak-anak luar bandar juga boleh berjaya jika mereka bersusaha.Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru yang mengajar mereka tanpa mengenal letih dan penat .Turut diadakan pada majlis ini ialah penyampaian sumbangan pakaian sekolah untuk golongan yang kurang berkemampuan .Terima Kasih Kepada Kerajaan kerana banyak membantu semua rakyat tanpa mengira fahaman politik .Saya bersyukur dilahirkan dibumi Malaysia yang aman damai dan makmur ini.







Wednesday, December 30, 2009

Slogan Kerajaan Mana Yang Terbaik..........?

1 Malaysia Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan
Harapan Baru Rakyat Malaysia

Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua



"Celaka semua sekali ini, blog celaka, blog celaka...saya kata sekali lagi celaka blog macam ini."
Bilanglah berapa kali celakakah yang dilemparkan oleh Tuan Guru Nik Aziz terhadap Blog yang dianggapnya jahat yang menyatakan orang kanan kesayangannya Dato Husam Musa akan meletakkan jawatan.Marah sungguh dia kali ini yer sehinggakan tidak mampu untuk mengawal perasaan beliau sebagai seorang Tok Guru yang dihormati.Tengoklah betapa sayangnya beliau terhadap Husam sehinggakan sesiapapun tidak boleh mengatakan apa-apa terhadap orang-orang beliau.Banyak-banyakkanlah bersabar Tok Guru dunia politik memang macam ni kadang-kadang ada seloka ,kadang-kadang ada gembira,kadang-kadang ada berduka, kadang-kadang kaum lain boleh jadi Menteri besar Belaka,dan Kadang-Kadang macam tok guru kata CELAKA ! lepas tu Tok Guru kata Masuk Syurga atau Neraka lama-lama rakyat yang Menderita .
Cukuplah setakat ini kalau ada yang nak sambung lagi dipersilakan


Kuda Terkecil Di Dunia

Thumbelina (kiri) bersaiz kerdil berbanding kuda yang lain. -Foto thatsweird.net
Ia mungkin bersaiz kecil. Ia hanya berketinggian 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram).Bagaimanapun, ia tetap seekor kuda kerdil yang cantik.Thumbelina diiktiraf secara rasmi sebagai kuda terkecil di dunia oleh Guinness Book of Records pada tahun 2006 ketika ia berumur lima tahun.Thumbelina tidak mungkin mampu menjadi juara kuda lompat kerana ia terlalu kecil hingga sukar melompat melepasi sebuah baldi.Kuda terkecil ini dilahirkan di sebuah ladang ternakan dan kacukan 'kuda kerdil' di St. Louis, Amerika Syarikat. Ia dimiliki sepasang suami isteri.Pada kebiasaannya, kuda kerdil sedemikian mencapai berat 250 lb (113.4 kilogram) dan tinggi 34 inci (0.8636 meter) apabila besar nanti.Sejak Thumbelina dilahirkan, jelas sekali ia tidak dapat mencapai ukuran berat dan tinggi sebegitu.Ketika dilahirkan, ia baru seberat 8 lb (3.629 kg). Akhirnya apabila ia besar, ia cuma seberat 60 lb (27.22 kg).Thumbelina suka bermain dengan anjing-anjing spesis cockel spaneil berbanding dengan kuda-kuda lain.-MSTAR ONLINE
Macam-macam ada di Dunia ni yer....Allah Maha Besar dan sama-sama kita saksikan ciptaanya untuk sama-sama kita fikir dan renungkan.......

Tuesday, December 29, 2009

Nak Lari Ke Mana Tu Abang ?

Bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir bersama isteri keduanya Illyani Mohd Noor melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sejurus selepas mahkamah mengeluarkan surat perintah interim mufarakah di rumahnya di Kota Bharu, hari ini. - Gambar: Hafiz Johari


Dr. Rosli, isteri kedua tinggalkan kediaman


KOTA BHARU 29 Dis. – Bekas Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir, 35, dan isteri keduanya, Ilyani Mohd. Noor, 30, melarikan diri dari kediaman mereka ke tempat yang tidak diketahui pada pukul 10.30 pagi ini.
Pasangan terbabit dilihat memasuki sebuah kereta sejurus selepas bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man, 58, menunjukkan Surat Perintah Interim Mufarakah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
Surat tersebut adalah perintah melarang pasangan terbabit daripada tinggal bersama dan membenarkan mana-mana penguat kuasa agama serta anggota polis untuk menahan mereka bagi memastikan perintah tersebut dilaksanakan.
Mohd. Noor bersama beberapa ahli keluarganya telah mengepung rumah pasangan berkenaan di Kampung Telipot di sini sejak petang semalam selepas mendapati mereka masih tinggal sebumbung walaupun dilarang oleh mahkamah. - Utusan



Nampak gayanya bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan ini telah ingkar arahan mahkamah untuk bermufarakah.Nak kata tak tahu hukum tak kan tok-tok guru dalam PAS tak ajar kot.Walaupun dia meletakkan semua jawatan kononnya tak mahu mencemarkan imej PAS kerana kelakuan beliau tetapi sekarang dia jelas sekali lagi mencemarkan imej PAS kerana melarikan isteri keduanya ke tempat yang tidak diketahui.Kepada TGNA tegurlah anak buah anda ini jangan sampai dia terus menerus melakukan maksiat bersabarlah sebentar sehingga kes selesai apa pun orang tak kan kata dan tak kan kepung rumah tu.

KEGANASAN PENONTON BOLASEPAK BERLAKU LAGI

PEMAIN Perlis meraikan kejayaan muncul juara Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman, malam tadi.
Perlawanan dihenti 10 minit di Stadium Darulaman gara-gara insiden keganasan penyokong
INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. Perlawanan itu turut menyaksikan dua pemain dibuang padang, masing-masing penjaring gol pertama, Romdhi Zat Jamian pada minit ke-82 buat Perlis dan Fazliata Taib tiga minit kemudian buat Kedah yang mencetus insiden rusuhan penyokong yang memaksa pengadil, Mohd Najib Mohd Said menangguhkan permainan buat seketika.
Romdi dilayangkan kad merah kerana mengasari pertahanan, Muammar Nur Rahim manakala Fazliata diarahkan keluar selepas terbabit dalam insiden bertumbuk. Romdhi sebelum itu membuka jaringan buat pelawat apabila merembat kencang sepakan sudut Mohd Iqmal Azmi yang gagal dikeluarkan kemas untuk mengejutkan 35,000 penyokong yang membanjiri gelanggang keramat skuad Hijau Kuning itu pada minit keempat. Peminat tuan rumah terus tergamam pada minit ke-18 apabila Adrian Jurad Chamrong melebarkan jurang buat pelawat.
Adrian Jurad yang lebih dikenali dengan lontaran jarak jauhnya, membuktikan bisa itu juga terletak pada kakinya apabila meledakkan sepakan percuma dari jarak 35 meter. Kedah banyak menguasai perlawanan namun penjaring terbanyak mereka, Faizal Abu Bakar kerap kali dikecewakan benteng pertahanan yang diketuai kapten, Adrian Jurad. -Berita Harian
Tahniah diucapkan kepada pasukan Perlis kerana dinobatkan Juara pertandingan bolasepak piala emas raja-raja semalam.Semangat kesukanan ini telah tercemar dengan aksi-aksi ganas penonton dan pemain dipadang.Ternyata keganasan penonton Kelantan telah menular ke Kedah sehingga ada yang merosakkan harta benda stadium semalam......

Monday, December 28, 2009

PURDAH KE BOHEMIAN KE TETAP HARAM ROZITA CHE WAN OIII.....

Siapakah gerangan Wanita yang ini sungguh ayu dan sopan la .......
Pakaian 'Bohemian' yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.FOTO THE STAR -Oleh SAMUEL ONG


Ambil gambar paras dada dah ok sopan santun bertudung litup, mai ke bawah bertudung lutut la pula ......
KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.
Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.
Kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.
Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.
Rozita ketika dihubungi mStar Online untuk memperjelaskan isu ini berkata, fesyen pakaian yang digayakan pada malam tersebut adalah Bohemian bukan Purdah.
"Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby.
"Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung),
"Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini" ujar Rozita yang pernah digosipkan dengan pemain bola Selangor, Asrarudin Putra Omar.
Saat ditanya tentang pemilihan baju tersebut, Rozita berkata, sebelum itu adiknya ada memberi beberapa rekaan pakaian yang bertemakan Arabian namun dia memilih untuk mengenakan pakaian tersebut kerana ia unik dan lain dari yang lain.
"Saya pilih pakaian ini kerana nampak unik dan sesuai dengan tema pada malam tersebut dan saya tidak sangka pula perkara ini jadi kontroversi, pada malam itu (ASK) tiada pula rakan artis yang menegur tentang pakaian saya itu," ujar Rozita yang sibuk dengan pengambaran drama 26 episod terbitan RTM berjudul Cikgu Kamisah Kerby.
Namun begitu Rozita memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat di Malaysia.
"Ini merupakan satu pengajaran kepada saya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berpakaian.
"Mungkin pada pandangan saya lain dan orang pula tafsirkan lain, namun saya terima semua kritikan dengan positif," ujar Ibu kepada dua cahaya mata ini.-MSTAR ONLINE
Jawapan nak melepaskan diri ja ni biasalah artis kot mana pun memang pandai berlakon.Bohemian ka Purdah ka Cik Puan Rozita oii tetap haram nampak lutut tu.Tak kan tak tau kot.Cik Puan memang la mengatakan tidak seksi pakaian ni tetapi yang melihat tu tersiksa melihatnya.Apapun ambillah sebagai iktibar segala teguran-teguran ni kalau buat lagi memang anda pelakon yang hebatlah......

KATAK BERTANDUK DI DAERAH BALING

BALING 27 DIS- KATAK GANJIL,



Seekor katak ganjil yang mempunyai seakan-akan tanduk di kepalanya menjadi tumpuan orang ramai di sekitar daerah Baling.
Katak berwarna kelabu ini ditemui seorang pemanjat gunung Mohd Khir Johari Mad Zin, 45, ketika mencari hasil hutan di Gunung Baling pada 26 Disember lalu.
Mohd Khir memberitahu , beliau tidak menyangka spesis yang ditemui itu katak, kerana tidak pernah menemuinya sebelum ini walaupun telah lama mendaki Gunung Baling.
Katak seberat hampir 300 gram itu tidak diketahui jenisnya itu kini disimpan di dalam balang kaca di rumahnya di Bengkel IKS KEDA Baling.
Walaupun ada pembeli menawarkan harga lebih RM200 untuk membeli katak itu namun beliau enggan menjualnya kerana mahu pihak tertentu membuat kajian lanjut mengenai spesies katak itu.
Malah beberapa penduduk warga emas yang ditemui di sini mengakui tidak pernah melihat katak seperti itu sebelum ini walaupun sering mendaki Gunung Baling untuk mencari pokok Paku Aji dan tumbuhan untuk ramuan ubatan tradisional. Bernama




Macam-macam benda pelik ciptaan ALLAH yang dok ada dalam dunia ni yer . Pelik juga dok tengok katak ni yer bertanduk pula tu.Sesiapa yang nak melihat katak ni boleh la melawat ke Daerah Baling ......

Sunday, December 27, 2009

INILAH NEGERI DI BAWAH PAKATAN RAKYAT.....



KASIHAN ANGGOTA RELA NI DISERANG DENGAN TOPI KELEDAR

GEORGE TOWN: Hiruk-pikuk sambutan Hari Natal malam tadi bertukar menjadi ganas apabila dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibelasah teruk dan diserang dengan topi keledar oleh orang ramai yang sedang berpesta di sini.Seorang jurukamera Bernama TV turut menjadi mangsa apabila dia ditumbuk pada bibir dan wartawan bertugas ditolak oleh pengunjung yang asyik berpesta sementara motosikal dan kenderaan yang melintasi Persiaran Gurney itu turut disembur dengan buih aerosol.Pasukan petugas khas terpaksa campur tangan apabila sambutan yang disifatkan terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang itu semakin tidak terkawal.Sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 10 orang tiba-tiba membelasah anggota Rela yang sebelum itu menahan rakan mereka kerana menyembur buih aerosol kepada pemilik kenderaan yang lalu dikawasan itu.Dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.30 malam itu, kumpulan lelaki itu bertindak ganas menendang dan menumbuk anggota Rela terbabit dalam percubaan menarik rakan mereka yang dalam lingkungan 20-an dari ditahan.Serangan berlaku apabila anggota dan polis yang berpakaian preman sedang membawa suspek ke balai polis berdekatan.Kejadian yang berterusan beberapa minit itu bagaimanapun berakhir apabila sekumpulan anggota Rela, polis dan pasukan petugas khas datang membantu mangsa dari terus diserang.Kedua-dua mangsa mengalami lebam pada badan dan mengadu berasa pening selepas serangan itu.Sementara orang awam yang melintasi jalan terkejut dengan situasi tersebut.Terdahuluh wartawan bertugas diasak oleh pengunjung liar yang leka berpesta. Mereka kemudiannya diiringi angota polis keluar dari tempat kejadian.Jurukamera Bernama TV, Gary Yeap, 20, yang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani mendakwa dia ditumbuk dibibir.Yeap turut melaporkan seorang lelaki mengugut untuk mencederakannya jika rakaman yang dibuat disiarkan di kaca televisyen.Pada malam kejadian, ribuan pengunjung memenuhi kawasan popular di Pulau Pinang itu bersikap liar selain trafik juga menjadi buruk apabila pengunjung memenuhi jalan raya.Kebanyakan mereka terutamanya anak-anak muda memegang tin semburan buih dan menyemburnya pada cermin kereta dan penunggang motosikal yang lalu di situ.Ada di antara mereka mengangkat pengelap cermin kereta untuk mengelak pemandu mengelap semburan pada tingkap kereta mereka.Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Men berkata, seorang pekerja kilang berusia 17 tahun ditahan selepas kejadian bagi membantu siasatan.Beliau berkata, lima sekatan jalan raya telah dilakukan oleh pasukan polis pada hari itu supaya keadaan terkawal.Gan berkata pihak polis sentiasa bersedia dengan kejadian seperti ini apabila sentiasa meletakkan unitnya pada tempat-tempat yang menjadi tumpuan terutamanya pada malam tahun baru.mstar

Rasa simpati kepada anggota-anggota rela yang diserang oleh anak-anak muda yang bertindak ganas menyerang dan memukul anggota RELA yang menjalankan tugas.Inilah yang terjadi jika tiada sifat keperimanusiaan sesama insan dan menurut nafsu semata-mata.Apa yang menyedihkan samseng-samseng ini ada di Negeri Pakatan Rakyat pula tu di Pulau Pinang.

Saturday, December 26, 2009

TRAGEDI DISEMBER,TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA....

10 maut bas ekspres terbabas

Ipoh 26 Dis. - 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di sini pagi ini.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang.
Bas berkenaan bertolak dari Klang jam 9.00 malam menghala ke Kangar dengan membawa 48 penumpang bersama seorang pemandu dan penolongnya.
Semua 10 mangsa yang maut di tempat kejadian berada di bahagian tingkat bawah bas berkenaan. Dua lagi penumpang juga cedera parah.
Mereka yang cedera dikenalpasti sebagai Md Razip Fadzir dan Siti Munira Hashim yang dikejarkan ke Hospital Ipoh.
Kejadian tersebut dikatakan berpunca apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya menyebabkan kebanyakan mangsa adalah penumpang sebelah kiri tingkat bawah bas.
Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38 di tahan untuk siasatan.
Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:
1. Noor Jismi Noordin (Kangar).
2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).
3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).
4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).
5. Shaharin Mohd Noor (Klang).
6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).
7. Supiah Adam (Klang).
8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).
9. Ng Kah Kit (Alor Setar).
10. Shaharin Mohd Noor (Klang).
- Utusan


Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ni.Nak kata apa lagi mesti ini disebabkan kecuaian pemandu yang mengantuk dan memandu laju.Dan juga kesalahan syarikat bas ni yang tidak dapat menjamin keselamatan pengguna perkhidmatan basnya.Kerajaan harus mengambil tindakan yang setegas-tegasnya sudah banyak kemalangan yang membabitkan bas ini berlaku dan telah menyebabkan ramai kematian.AL - Fatihah kepada mangsa-mangsa beragama islam.......

Friday, December 25, 2009

PENGACARA PROGRAM REALITI DITAHAN POLIS......


Pengacara program realiti antara ditahan di kelab malam pagi tadi

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki berusia 28 tahun yang juga pengacara bersama program realiti tarian popular adalah antara 21 individu yang ditahan dalam operasi polis di sebuah kelab malam di Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, pelakon itu dibebaskan selepas ujian air kencing mendapati beliau bebas daripada dadah.- Di petik dari Utusan dan Berita Harian.
Macam-macam hal yer.Apa nak jadi la dunia la ni.Sebagai artis tu tunjuk la tauladan yang baik kepada masyarakat.Bukan tak boleh berhibur tapi berpada-pada la.Anda diperhatikan oleh semua masyarakat nasib dah dibebaskan dan tidak terlibat dengan dadah.Siapa artis ni yer tertanya-tanya juga ni?

Thursday, December 24, 2009

HADIAH PAS KEPADA RAKYAT NEGERI KEDAH........

PAS NAIK AIR PUN NAIK.......



Rakyat Negeri Kedah kemungkinan bakal menimati kenaikan kadar bayaran air pada januari tahun depan.Menurut MB Kedah Dato Seri Azizan Razak penswastaan pengurusan bekalan air yang akan diuruskan Syarikat Air Darul Aman (Sada) di negeri ini.Beliau berkata, Sada kini dalam proses membuat tawaran kepada kakitangan Jabatan Bekalan Air sama ada ingin terus berkhidmat dengan syarikat baru itu atau berhenti secara pilihan."Ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan juga telah dilantik dan namanya akan diumumkan kemudian," kata Azizan.Mengenai kadar baru yang bakal dikenakan, beliau berkata, ia terpulang kepada pengurusan baru, mungkin ada penambahan (kenaikan), tapi harap tidak membebankan rakyat dan kerajaan negeri.-BERNAMA.

Nampaknya rakyat Kedah akan menerima lagi hadiah dari negeri Kebajikan PAS ni yer semuanya nak naik dulu kata dekat Kerajaan Barisan Nasional semuanya naik la ni sama juga la Kerajaan Pakatan Rakyat pun .Bayaran masuk ke air Panas Ulu Legongpun dah naik sekarang yer tak percaya baca kenyataan di bawah ni yer.............



HARGA PON NAIK DIBAWAH PIMPINAN PAS........

Baling yang terkenal dengan Kolam Air Panas Ulu Legong yang mana merupakan satu tarikan pengunjung ke daerah baling yang beroperasi 24 jam.Ramai pengunjung dari luar dan dalam negeri datang untuk menikmati keistimewaan yang ada dimuka bumi Baling.Tetapi setelah dibawah pimpinan PAS, Ramai pengunjung kolam air panas ulu legong kecewa apabila mendapati harga tiket dinaikkan.Dulu harga tiket untuk dewasa hanyalah RM3.00 yang kini dinaikkan ke RM4.00 dan kanak-kanak RM 1.50 dinaikkan ke RM2.00. Manakala khemah dikenakan cas RM1.00..Pengunjung tidak ramai seperti dulu walaupun musim cuti sekolah atau cuti perayaan seperti tahun-tahun yang lepas. Kebanyakkan mereka yang bergantung hidup pada perniagaan disekitar kawasan kolam air panas terjejas kerana pengunjung makin berkurangan datang ke kolam air panas. Banyak peniaga-peniaga merungut kerana sambutan pengunjung untuk ke kolam air panas makin berkurangan disebabkan harga tiket naik...Dimana janji yang dulu diwawarkan dalam manifesto dan inikah yang dikatakan kedah sejahtera yang dijanjikan kepada rakyat ..?? Adakah ini salah rakyat yang memilih PAS ?? dipetik dari :http://sekretariatbnbaling.blogspot.com/

Apapun kepada rakyat Negeri Kedah yang memilih kerajaan Pakatan Rakyat PAS dulu sekarang terimalah hadiahnya kerana bakal menerima berbagai kenaikkan demi kenaikkan lain lepas ni.Inilah negara kebajikan yang Pakatan Rakyat beri kepada kita untuk kesejahteraan rakyat semua .Slogan depa pun best Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua la ni rakyat Kedah dah terima la nikmatnya yer........

Wednesday, December 23, 2009

MB KEDAH SOKONG KONSEP 1 MALAYSIA.....

Skim khairat kematian untuk semua kaum di Kedah



ALOR SETAR- Skim bantuan khairat kematian atau Kifalah kepada rakyat miskin semua kaum di Kedah akan diperkenalkan bermula Januari tahun depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Beliau berkata, mereka yang layak akan menerima RM500 tetapi mereka perlu terlebih dahulu didaftar dalam senarai e-Sinar iaitu senarai rakyat miskin kerajaan negeri."Skim kifalah diperkenalkan untuk membantu meringankan beban golongan miskin terutama bagi menguruskan jenazah sekiranya terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu, bapa atau anak mereka meninggal dunia. "Bantuan akan diberikan berdasarkan laporan penghulu dan wakil rakyat serta senarai e-Sinar, sebab kalau tidak, semua orang akan mengaku dia susah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.Azizan berkata, satu unit khas di bawah perbendaharaan negeri akan ditubuhkan bagi menguruskan pelaksanaan skim berkenaan.-Bernama





Terlebih dahulu ucapan tahniah la diucapkan kepada MB Kedah kita ni yang memperkenalkan Skim bantuan khairat kematian atau Kifalah kepada rakyat miskin semua kaum di Kedah akan bermula Januari tahun depan,.Setidak-tidaknya MB Kedah ni menghayati juga Konsep Satu Malaysia yang di perkenalkan oleh PM kita.Cuma ingatan kepada MB kita ni janganlah pula lepas dilaksanakan berat sebelah pula orang yang tidak meyokong parti mereka diketepikan .Kerajaan BN membantu semua rakyat tanpa mengira fahaman politik sebab itu Kerajaan BN adalah yang terbaik untuk rakyat negara kita jadi kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah belajarlah dengan Kerajan BN dalam hal untuk membantu rakyat yer.Apa pun sekali lagi sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Azizan yang mencontohi Konsep 1 Malaysia yang di bawa oleh PM 1 Malaysia kita semua.Kepada MB Kedah jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah banyak rakyat diluar sana yang memerlukan bantuan ni....



RELAX SAT..........JOM RONDA-RONDA DEKAT RESTORAN NI?






Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung ( Taiwan ) menyediakan hiasan TOILET
bagi pelanggannya. Dekorasi ruangan, kerusi dan tempat makan yg digunakan seperti di toilet. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yg disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yg direka seperti toilet duduk. Makanan yg disajikan di sini bukan sahaja enak, tapi juga memberikan sensasi sendiri bagi pengunjungnya.Macam-macam la orang Taiwan ni yer...












Restoran bawah laut pertama diperkenalkan di Hilton Maldives Resort & Spa, April 2007.
Restoran bernama Ithaa (baca 'eet-ha', ertinya 'pearl' dalam bahasa Maldives , Dhivehi) berada 5 meter di bawah Samudra Hindia yang dikelilingi oleh coral dan panoramabawah laut.
Ini adalah restoran pertama untuk kategori bawah laut. Persoalannya,bilakah aq dpat pergi ke restoran bawah laut ini?hehe












Ni restoran di Thailand nama restoran Cabbages and Condoms.Setelah habis makan pengunjung akan di beri kondom free.Ada sapa-sapa nak pi dak ?
Macam-macam dok ada kot dunia la yer nak tengok lagi pi ke bloq http://ouhstory.blogspot.com/ ciplak dekat blog dia ni .Saja la relax sat dari dok ulas hal politik yang banyak ragam ni..........






















Tuesday, December 22, 2009

KETUA PENERANGAN PAS DAH LETAK JAWATAN ,ARIFFAHMI BILA LAGI ?

Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - telah meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini.Bagaimanapun, Dr Rosli Allani Abd Kader meletak jawatan bukan kerana kegagalan Pemuda PAS negeri mengadakan mesyuarat berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.Sebaliknya, kata beliau, ia berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu - yang memerintahkannya tinggal berasingan dengan isteri keduanya - bagi mengelak menjejaskan imej PAS.Dr Rosli mengumumkan peletakannya itu dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Bharu tengahari ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau mengesahkan peletakan jawatan itu dan sebab beliau meletakkan jawatan.
Beliau mendapat perintah mufarakah (berpisah sementara) dengan isterinya Ilyana Mohd Noor kerana perkahwinannya pada Disember tahun lalu diragui oleh bapa mertuanya.


Sumber:Malaysiakini


Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr Rosli Allani Abd Kader Ketua Penerangan PAS Kelantan yang sangup melucutkan semua jawatannya demi menjaga nama baik parti PAS.Tapi letak ka tak letak ka memang dia dah mencemarkan nama parti PAS pun .Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket. Plaintif, Mohd Noor Che Man, 58, adalah bapa kandung kepada defendan kedua, Ilyani tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya bersama defendan pertama, Rosli Allani kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah berikutan tata cara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen tidak sah.Macam manalah orang-orang PAS yang boleh dikatakan bijak laksana ni boleh terlibat dengan perkahwinan sindeket pula yer.Tapi apa nak dihairankan dia pun manusia tak lepas dari melakukan kesalahan ...Sudah terang dan jelas la memang mencemarkan nama baik PAS tapi kita ucapkan tahniah la dekat dia kerana berani.Dia juga yang begitu lantang mendesak menantu Nik Aziz untuk meletakkan jawatan tetapi sampai sekarang Ariffahmi masih belum meletakkan jawatan beliau nak tunggu apa lagi tak tau la...........

Monday, December 21, 2009

SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH MARAHKAN GOBALA.......

ISU KUIL BATU PEKAKA : Deyy Kalai !!! Deyy Gobala !!! Deyy ADUN Kuala Ketil Citt Porahhhhhh


Maaf lah tuan-tuan, sehari dua ni tak dan nak update blog, kalut macam-macam. Hari ni bila baca si Kalai pi buat report polis pasai pemindahan perkuburan hindu di Bt Pekaka, kena jawab la sikit.
Jumlah kubur yang ada di situ ialah 84 buah, bukan 500 buah seperti kata Kalai. Mula digunakan sekitar tahun 70-an, bukan sejak zaman penjajah. Terdapat 2 kubur kosong dalam jumlah 84 itu, yang saya tak tau nak cerita macam mana kubur tu kosong. Jadi jumlahnya 82 saja.
YB Manikumar telah menulis dengan terang dalam suratnya kepada En Raj yang jadi 'ketua' dalam isu ini. Pampasan RM3 ribu kepada setiap waris, tanah gantian 2 ekar di pinggir kawasan industri Kuala Ketil bernilai 500 ribu, pemindahan ke tanah perkuburan hindu yang diwartakan di Padang Geh, akan ditanggung sepenuhnya oleh BDB. Tetapi surat ini diperam oleh Raj untuk tujuan yang tidak diketahui. Akibatnya waris dan penduduk tidak tahu hal sebenar dan tawaran BDB kepada mereka, lalu mereka membantah!
Hal inilah yang dipersetujui dalam perbincangan antara wakil masyarakat hindu di situ dengan YAB MB dalam bulan puasa lalu di pejabat MB. 7 wakil mereka termasuk YB Gobalakrisnan terlibat dalam perbincangan itu. Saya ada gambarnya dalam telefon lama saya, nanti saya upload untuk tatapan kita.
Dalam kekalutan akibat maklumat terperam itu, muncul hero-hero palsu seperti Kalai, L Maran dan MIC untuk menjuari isu kubur hindu... Gobala juga tidak ketinggalam menjadi hero. Selepas bersetuju pada perbincangan dengan YAB MB, tiba-tiba mereka membuat tuntutan balas, apa mereka mahu?
Tanah 10 ekar di kawasan itu, kuota 10% kaum India dalam KUIN, Dewan Serbaguna yang boleh muat seribu orang pada satu-satu masa, lot-lot parking di sekitar dewan, kawasan berpagar dan kos pemindahan minima 100 ribu, dan macam-macam lagi. Apa ni??
Tanah kubur itu 100% milik BDB, kubur itu dibuat tanpa izin tuan tanah. bila nak dibangunkan dengan kolej universiti untuk ratusan ribu anak-anak kedah berbilang kaum, mereka menuntut yang bukan-bukan untuk satu kaum saja. Apa ni? Gobala mendesak untuk jumpa MB untuk bincang lagi...dia mengugut kerajaan akan jatuh dengan isu kubur ini...saya dan Ismadi di kata macam-macam ... saya jawab ... POOORAHHHH!!!
Saya katakan MB adalah Menteri Besar untuk semua kaum, pintu biliknya terbuka untuk perbincangan... tetapi perbincangan yang munasabah dan masuk akal, bukan bincang untuk batalkan persetujuan akibat dicucuk dengan api perkauman dan jarum hasutan serta ugutan! Jangan ada pihak yang cuba membakar api perkauman, dan jangan ada MP Pakatan Rakyat yang cuba jadi hero untuk kaum tertentu saja.
Hari ini 56 kubur sudah dipindahkan. Waris yang faham langkah kemanusiaan BDB dan Kerajaan Negeri akur dan setuju...tapi dua tiga kerat 'pemimpin palsu' yang berjuang atas nilai dolar dan ringgit... cuba nak jadi hero, cari publisiti murahan.Deyyyy!! Nanti Anda semua akan dilupakan orang!!!
Muhammad Sanusi Md Nor SETPOL MB Kedah

DIPETIK DARI BLOG KEDAHLANIE

Sudah jelas terbukti bahawa hanya Kerajaan 1 Malaysia BN sahaja yang terbaik dan bertoleransi antara sesama kaum dinegara kita dan dapat menyelesaikan masalah dengan terbaik.Kerajaan Pakatan Rakyat hempa tengoklah sendiri apa jadi.Masing-masing cuba untuk menjadi hero kepada kaum masing-masing .Gobala pula bukan kita tak tau dia punya lakonan mengalahkan hero filem tamil masa nilah dia nak menekan kerajaan negeri PAS Kedah untuk kepentingan dia .Yang jelas depapun ada masalah dalaman dan masih tidak bersepakat walaupun bergabung dibawah satu logo.Kita tengoklah bagaimana kebijaksanaan MB Kedah untuk menyelesaikan isu ini......Buat SETPOL MB KEDAH tabahlah menghadapi dugaan dibawah Pakatan Rapuh ni .Buat ADUN PAS KUALA KETIL tak mau jadi hero sama ka......?

Thursday, December 17, 2009

SEKARANG SIAPA LEBIH RASIS.................?

ANDA NILAILAH SENDIRI SIAPA YANG LEBIH RASIS




"BTN hampir berjaya mereka haramkan sekarang cuba pula untuk mengharamkan silat"



"Mengaku pula Anwar tak boleh buat apa-apa memang hang boneka ja la Anwar oii"




"YANG NI DOK KATA DEKAT MELAYU"

Jika orang melayu bersuara lebih sedikit dikatakan rasis jika akhbar atau blog yang terkata sedikit dilabelkan rasis sekarang siapa yang lebih rasis.Kerajaan mahu negara kita aman damai dengan semangat perpaduan sebab itu ada gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh PM kita supaya semua kaum dinegara ini hormat menghormati antara satu sama lain.Kepada Guan Eng pula cukuplah menipu tu lama-lama orang akan tahu juga muslihat hang.Memanglah PAS dan Anwar tak akan boleh buat apa-apa dekat hang kerana sekarang orang melayu sudah banyak yang berpecah .Akhirnya sudah jelas nyata Anwar hanya menjadi Kuda Tunggangan hang yer memang malang la pengundi-pengundi Pakatan Rakyat..........Sila klik di bawah untuk lebih jelas

http://www.youtube.com/user/LimGuanEngBlog





Wednesday, December 16, 2009

NAZRI AZIZ MENGGAGALKAN USAHA ANWAR

Nampak gayanya usaha Anwar untuk cuba menggulingkan kerajaan hampir berjaya semalam tetapi atas keprihatinan dan tindakan cepat Dato Nazri Aziz berjaya untuk menggagalkan usaha Anwar itu.Walaupun dihimpit dengan kontroversi demi kontroversi mengenai isu BTN,isu Rasis dan juga Isu Teksi setidak-tidaknya beliau semalam menjadi hero apabila dapat menghidu niat jahat DSAI dan patutnya kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau sekurang-kurangnya BN masih berkuasa .Berbalik kepada ketidak hadiran MP-MP BN yang tidak hadir semalam sepatutnya tidak berlaku kerana semalam ialah hari penting pengundian untuk meluluskan bajet.Ketidak hadiran MP-MP BN ini pula dijadikan isu oleh PAS melalui Ketua Peneranganya, Ustaz Idris Ahmad menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir. Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi katanya didalam harakahdaily.Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat , Tan Sri Pandikar Amin Mulia didalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.
“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.Inilah implikasi yang akan berlaku jika MP-MP BN masih leka dan berasa selesa tidak mustahil Kerajaan akan tumbang dengan cara ini pada masa akan datang.Nampak gayanya BN masih belum mengambil iktibar dari isu DUN Kota Seputeh yang masih lagi dalam rayuan.Kelebihan 3 Undi adalah nasib tetapi takkan selama-lamanya kita mengharapkan kepada nasib semata-mata untuk hala tuju masa depan negara.Renung-renungkan Fikir-fikirkan...................

Tuesday, December 15, 2009

NIZAR MEMBELA NGA KOR MING............

Dakwa akhbar putar belit kenyataan

IPOH - Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming semalam membuat laporan polis terhadap akhbar arus perdana yang didakwa memutar belit kenyataan beliau di Parlimen minggu lalu berhubung isu masjid. Menurutnya, siri laporan akhbar itu sebanyak 10 muka di peringkat nasional, mengutuk dan menyerang bertubi-tubi dan tohmahan terhadap beliau. “Kami terpaksa meninggalkan Parlimen seketika dan membuat sidang akhbar tergempar ini kerana dakwaan yang begitu serius sekali telah dibuat terhadap saya,” katanya dalam sidang media di Wisma DAP di sini, semalam. Laporan polis dibuat pada jam 11.30 pagi dan diambil kenyataan oleh Inspektor Azril dari A Team. Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) V Sivakumar. Katanya, rencana dan siri laporan akhbar berkenaan berunsur hasutan, bertujuan membangkitkan hasad dengki dan menyalakan api perkauman. “Saya merujuk laporan akhbar bertarikh 9 Disember lalu dan tajuk dibuat oleh editor tanpa pengetahuan saya,” kata Kor Ming. Selain itu katanya, rencana 13 Disember itu juga memetik seolah-olah menyamakan perjuangan DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik. “Ia secara jelas dan tanpa segan silu membuat kesimpulan menyatakan kononnya DAP mahu menggulingkan Raja-raja Melayu dan bahaya,” katanya. Katanya, rencana itu turut menyebut, tindakan pemimpin DAP yang memberi maksud dirinya yang didakwa mempersoalkan peruntukan pembinaan masjid berbanding rumah ibadat lain sebagai cubaan menafikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Kor Ming berkata, laporan dan dakwaan akhbar berkenaan juga jelas mewujudkan kontroversi dengan mengheret Institusi Diraja ke dalam politik dengan tohmahan palsu. Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu serta media elektronik lain yang didakwa sengaja memutarbelitkan kenyataan beliau demi menjaga keselamatan kerana laporan itu jelas melanggar Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu fitnah. Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan panel peguamnya untuk membawa tindakan mahkamah terhadap akhbar itu dan sekiranya direstui mahkamah, semua wang pampasan beliau dermakan kepada masjid. “Saya percaya Islam adalah agama suci yang mengajar kita semua berlaku adil tetapi laporan palsu, dusta dan ‘ada udang di sebalik batu’ sebenarnya adalah berdosa,” katanya. Dengan laporan polis yang dibuat, beliau mahu akhbar berkenaan berhenti memainkan api perkauman serta tidak menggadaikan keselamatan negara. Sementara itu Nizar menyifatkan niat baik Kor Ming yang mahukan penjelasan telah diputar-belitkan oleh akhbar berkenaan. “Secara tidak langsung masyarakat berasa marah, bukan hanya kepada Nga Kor Ming tetapi kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR). “Kita mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedudukan status Islam. Ini telah diterima, tetapi apabila mereka memutarbelitkan seolah-olah mahu buat orang Melayu benci, ini adalah perkara berisiko tinggi dan berbahaya,” katanya. SUMBER DARI SINAR HARIAN
Macam-macam la hang ni Nga oii dok salahkan akhbar pulak tu lah masa dok bercakap tak bertapis dulu dah semua orang hentam hang baru nak salahkan orang.Tapi tak pa la hang buat apa pun ada orang dok bela hang tak lain tak bukan si Nizar.Niat baik ka tak baik ka Nizar tau ka apa yang ada dalam hati Nga Kor Ming tu ?Baca tulisan yang saya boldkan tu........Politik oh politik macam-macam dok ada yer............

Monday, December 14, 2009

LIM KIT SIANG TUNTUT,SEMUA KAUM SEBAGAI PEMILIK BERSAMA NEGARA...........



Isytihar semua kaum ‘pemilik bersama’ negara

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diminta perjelaskan kepada rakyat bahawa konsep 1Malaysia tidak bermaksud ‘Ketuanan Melayu’ dan mengisytiharkan semua rakyat Malaysia adalah ‘pemilik bersama’ negara ini, tidak kira apa pun bangsa mereka. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak lagi mengelak dari isu ini dan perlu menyatakan pandangan masing-masing dengan jelas serta mengiktiraf hak semua kaum. “Ia bukan sahaja mengejutkan, malah terlalu melampau apabila menteri daripada MCA, Gerakan, MIC, dari Sabah dan Sarawak terus menerima konsep ’Ketuanan Melayu’ sebagai dasar dan doktrin BN. “Malah mereka mengiringi mesej-mesej benci dan ketidaksanggupan seperti menggambarkan Cina di Malaysia sebagai orang Yahudi di Asia dan bukan Melayu sebagai ‘orang tumpang’,” kata Kit Siang dalam kenyataannya semalam. Selain itu, Kit Siang mengkritik pihak yang mengatakan orang Melayu yang berfikiran rasional dan tidak menyokong ‘Ketuanan Melayu’ sebagai ‘pembelot bangsa Melayu’. Mengenai isu Biro Tata Negara (BTN), Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, membidas kenyataan Najib yang mahukan polemik mengenainya dihentikan dan akan membuat keputusan terhadap isu ini nanti.: Katanya, keputusan menentukan nasib BTN tidak harus dibuat oleh Perdana Menteri seorang sahaja, tetapi beliau hendaklah mengambil kira pandangan pemimpin BN yang lain. “Tindakan ini menggambarkan betapa tidak sihat, tidak demokratik dan penumpuan kuasa yang berbahaya di tangan Perdana Menteri seorang sahaja untuk menentukan satu-satu keputusan,” katanya. Najib, katanya, tidak boleh lagi mengelak bahawa konsep 1Malaysia yang dibawanya bertentangan dengan kursus indoktrinasi BTN yang bersifat perkauman, menghasut dan menyebabkan kebencian kaum serta memudaratkan objektif pembangunan bangsa dan perpaduan negara.

Di petik dari : Akhbar Sinar Harian

Bertambah lancang mulut puak-puak ni yer lepas satu satu depa dok minta lama-lama habis la negara kita ni ye.Kalau orang melayu , akhbar melayu cakap tulis lebih sikit kata rasis. Kalau depa akhbar depa tak apa bukan rasis.Berlaku adillah wahai Lim Kit Siang kepada orang melayu sudah lama orang melayu bersabar dan bertolak ansur terhadap lain-lain kaum demi semangat perpaduan.Janganlah meminta yang bukan-bukan .Kerajaan Malaysia sejak dulu hingga sekarang telah berlaku adil terhadap semua kaum di negara ni.Kerajaan tidak pernah menyekat kaum-kaum lain untuk berjaya dalam segala bidang .Cubalah tengok orang yang terkaya di Malaysia sapa bukan Kaum Cina dan India ka ..................

Thursday, December 10, 2009

TIMBALAN PRESIDEN PAS LAWAN NGA KOR MING









DANA MASJID: KENYATAAN PENUH TIMBALAN PRESIDEN PAS



Thursday, 10 December 2009
Berikut ialah kenyataan penuh Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa berhubung tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mempertikaikan langkah kerajaan membina 611 buah masjid dalam tempoh lapan tahun, tetapi mengabaikan rumah ibadat lain dalam tempoh itu.

Isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat mengenai persoalannya terhadap perbelanjaan pembangunan masjid oleh kerajaan persekutuan seharusnya tidak dijadikan isu yang besar oleh pihak DAP.
Sepertimana yang kita maklum, sudah menjadi hak dan tanggungjawab pihak kerajaan untuk membina masjid-masjid dan institusi-institusi agama bagi menyemarakkan syiar Islam di Malaysia sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara kita.
Namun, pihak kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara.
Kita tidak membantah malah menyokong usaha pihak bukan Islam menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi kerana dikhuatiri langkah tersebut akan menyinggung dan menimbulkan perasaan tidak senang hati dikalangan umat Islam negara kita.
Beliau dan semua pimpinan Pakatan Rakyat adalah dialu-alukan untuk tidak membangkitkan sebarang isu berhubung sentimen agama dan bangsa yang seringkali disalahtafsir oleh sesetengah pihak untuk dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat.
Amatlah diharapkan agar isu-isu yang boleh menyinggung sensitiviti agama dan bangsa serta kepentingan komponen parti Pakatan Rakyat dapat diselesaikan melalui saluran dalaman yang lebih efektif.
Ini bagi mengelakkan sebarang polemik sepertimana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini.
Apa yang penting ialah memberikan fokus sebaik mungkin kepada agenda perjuangan yang telah disepakati dalam membangunkan sebuah negara yang lebih berintegriti, berkebajikan dan beramanah.


Di petik dari :paradigma.com.my
Akhirnya bersuara juga PAS ye walaupun hanya Timbalan Presiden saja tapi tak pa lah janji dia juga memberi peringatan kepada DAP untuk tidak membangkitkan tentang hak dan kepentingan orang melayu dan islam di negara ini.Tunggu juga kot-kot ada ulasan oleh dua tok guru depa Hj Hadi dan Nik Aziz tapi sampai la ni tak dengaq apa lagi pun takut dekat Lim Kit Siang la tu. Apa pun membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini tulisan oleh Pakar Perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.
"Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Jelasnya lagi bahawa kerajaan berhak tidak beri satu sen pun terhadap rumah ibadat orang bukan islam dinegara ini.Tetapi kerajaan tetap memberikan peruntukkan kepada mereka atas ihsan kerajaan .Tapi DAP biasalah depa ni bagi betis nak paha depa akan korek dan korek lagi lepas ni tentang hak keistimewaan orang melayu di negara ini .Inilah yang mereka tuntut sejak dulu lagi hak kesamarataan .Kerajaan harus bertindak terhadap parti DAP ini jika dibiarkan berlarutan dikuatiri peristiwa 13 mei 1969 yang ke dua akan berulang di negara kita......................



Tuesday, December 8, 2009

DAP MAIN API LAGI...............

Geram,Meluat,meloya apabila membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini .Apa tidaknya masih ada lagi pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan konsep ketuanan Melayu.Naib Pengerusi DAP N.Kulasegaran menyatakan bahawa Konsep ketuanan Melayu tidak adil untuk bangsa-bangsa lain dan beliau juga menyatakan tidak faham mengapa setelah bertahun lamanya masih ada kelompok manusia percaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi daripada satu kaum yang lain dan kenyataan beliau itu turut disokong oleh Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang menyatakan bahawa desakan NGO Gagasan Melayu Perak GMP yang meyuruh N.Kulasegaran untuk meninggalkan negara ini adalah pandangan kumpulan melayu ekstrem dan berbaur hasutan dan beliau berkata ''Isu Ketuanan Melayu tidak patut diteruskan kerana bila kita cakap tentang ketuanan sesuatu bangsa sahaja ini menunjukkan bangsa lain tidak penting".Apa semua ni masih tidoqkah Melayu didalam pembangkang sampai macam ni sekali ketuanan melayu dicabar dan dihina.Dua-dua ekoq DAP ni sudah lupa bumi mana yang depa pijak la ni dan mereka semakin berani kerana ada orang melayu sendiri yang menyokong mereka untuk menghapuskan konsep ketuanan melayu ini.Mereka juga telah lupa mengenai Kontrak Sosial yang merupakan persetujuan atau kesepakatan Kaum Melayu dan Bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing.Mari kita sama-sama melihat kembali antara kandungan kontrak sosial yang pertamanya ialah "Islam sebagai agama rasmi,pengekalan tanah rizab melayu,Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Istiadat Melayu" Keduanya ialah "Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ,Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua.Kaum Cina dan India boleh terus menggunakan bahsa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi"Ketiganya ialah Sekolah Rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing sebagai bahasa penghantar dalam pembelajaran"Keempat ialah Kedududkan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan .Seorang YDP Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan menduduki takhta selama lima tahun"Kelima ialah Raja-raja akan menjadi Raja Berpelambagaan " dan yang Keenam "Status kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dan sudah bermastautin melebihi lima tahun.Kontrak sosial ini terbentuk kerana tuntutan dan desakan kaum bukan melayu terhadap hak dan kepentingan mereka di tanah melayu.Bacalah kandungan Kontrak Sosial ini wahai N.Kulasegaran dan Ngeh Koo Ham oiii.Hempa hidup aman damai disini tanpa ada gangguan tanpa ada rasa takut .Patut la hempa la ni besaq kepala nak mempersoalkan Konsep Ketuanan Melayu kerana hempa dah nampak melayu sekarang sudah berpuak-puak dan berpecah belah.

PROJEK SULIHH TANGUH KA TAK BUAT TERUS

YB. DATO' HAJI IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH
SULIHH :TAMBAK LAUT TANGGUH
ALOR SETAR - Projek loji penapisan minyak Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) di Yan kini dalam peringkat akhir menyediakan dokumen teknikal untuk permohonan kelulusan Laporan Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA).Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, berikutan itu Kerajaan Negeri masih belum dapat menandatangani Memorandum Of Agreement (MoA) dengan pihak pelabur kerana perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Alam Sekitar sebelum meneruskan projek penambakan laut.“Aktiviti penambakan laut hanya dapat dijalankan apabila mendapat kelulusan DEIA, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dokumen teknikal pihak pelabur belum selesai. Oleh itu, kita berharap semua dokumen dapat diserahkan sebelum akhir bulan ini bagi melancarkan projek ini,” katanya.Sehingga kini, salah satu syarikat pelabur, Hijaz Refinery Sdn Bhd belum mengemukakan dokumen lengkap menyebabkan MoA mengalami kelewatan.“Hijaz masih belum dapat melaksanakan projek ini walaupun tempoh yang diberi sebelum ini sudah berakhir. Kita telah melanjutkan tempoh sehingga akhir bulan ini kerana tidak mahu perancangan awal SULIHH terjejas,” katanya.Ir Amiruddin berkata, mengikut perancangan awal, bermula awal tahun depan, kerja-kerja penambakan laut perlu dilakukan supaya bermula 1 Januari 2014, bekalan minyak yang diproses dapat dibekalkan kepada negara-negara terbabit.“Kita tidak mahu perancangan projek ini terjejas dan mohon syarikat terbabit segera menyerahkan laporan dokumen yang dikehendaki selewat-lewatnya akhir bulan ini.“Segala dokumen hendaklah jelas dan lengkap, tanpa sebarang keraguan. Jika mereka masih gagal berbuat demikian, Kerajaan Negeri berhak menolak dan seterusnya membatalkan projek tersebut,” katanya.Menurutnya, Pusat Pelaburan Kedah telah mengeluarkan surat membenarkan satu lagi syarikat pelabur, Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd meneruskan dan mengemukakan DEIA bagi keseluruhan kawasan SULIHH.“Merapoh dibenarkan untuk menebus guna tanah bagi keseluruhan kawasan SULIHH sebaik sahaja mendapat kelulusan DEIA daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar,” katanya.Kerajaan Negeri Kedah telah memeterai perjanjian kerjasama (MoU) dengan Merapoh Resources Corporations bagi membangunkan projek penapisan petrokimia, SULIHH bernilai RM35 bilion, bersama pelabur antaranya, Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Invesment Ltd.Dari sudut kerja-kerja kejuruteraan, pembangunan dan kepakaran loji penapisan minyak, projek diserah kepada SK Engineering & Construction, sebuah syarikat terkemuka berpangkalan di Korea.Manakala SK Energy pula diberi kontrak penyelenggaraan dan operasi SULIHH.
Di Petik Dari Blog Kedahlanie,
Betoi ka projek tambak laut SULIHH ni tangguh atau pun pelabur dah lari kerana tidak yakin dengan pimpinan Kerajaan Negeri sekarang .Asyik dok tangguh-tangguh saja apa satu pun tak nampak lagi dekat situ.Yang suka dok pembohong la ni MP Jerai la Ustaz Firdaus Jaafar tu dok bodek-bodek rakyat kata Kerajaan Negeri akan memperolehi 400 Juta setahun hasil projek SULIHH ni .Memang pandai puak-puak ni kalau tak jadi Projek ni depa kata ni kerana kerajaan pusat melalui Jabatan Alam Sekitar yang tak meluluskan projek kat situ .Kerajaan Pusat juga yang dok kena Kerajaan Negeri dok lepas macam tu saja la.Apa-apapun kita sebagai rakyat Negeri Kedah yang sejahtera ni sama-samalah nantikan Projek SULIHH Kerajaan PAS ni samaada jadi ka dak atau sekadar gah dok bercakap dalam ceramah yang nu 400 juta yang ni 400 juta yang nu untung yang ni untung tapi habuk pun tak dak setakat la ni dekat rakyat negeri Kedah.Yang banyak dok tolong rakyat la ni dok nampak hanya kerajaan pusat saja la.

Sunday, December 6, 2009

INSYALLAH AKAN ADA LAGI WAKIL RAKYAT BEBAS DI KEDAH ?

BN alu-alukan wakil rakyat Bebas

ALOR SETAR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengalu-alukan sekiranya masih terdapat wakil rakyat Bebas yang mahu menyokong ataupun menjalinkan kerjasama dengan parti tersebut dalam menyelesaikan masalah rakyat. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, UMNO mahupun BN sentiasa menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli dan penyokong namun biarlah penyertaan itu dibuat atas keikhlasan diri tanpa ada sebarang paksaan. Menurutnya, BN tidak pernah memaksa ataupun membeli mana-mana individu untuk menyokong mereka dan penyertaan itu boleh dibuat pada bila-bila masa. “Jika dilihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh daripada Bebas, dia sendiri datang kepada kami menyatakan hasratnya untuk menjadi penyokong BN walaupun dia daripada parti Bebas. “Kami pun tidak pernah ada apa-apa masalah untuk membantu dia menyelesaikan masalah rakyat di kawasan Lunas kerana ini juga tanggungjawab bersama iaitu membantu rakyat yang bermasalah,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan wakil rakyat Bebas Mohd Radzhi yang mengatakan sejak beliau menjadi penyokong BN, banyak janjinya kepada rakyat dapat ditebus. Ahmad Bashah berkata, sewaktu mula-mula Mohd Radzhi mahu menjadi penyokong BN, semua ahli bersedia menerima kehadiran beliau dan sehingga kini BN sendiri tidak mempunyai sebarang masalah dalam memberikan bantuan di kawasan berkenaan. Beliau berkata, sekiranya wakil rakyat Bebas mengatakan bahawa BN dan UMNO adalah sebuah parti untuk membantu rakyat maka ia sudah terbukti apabila Mohd Radzhi sendiri mengakuinya.

Dipetik dari akhbar : Sinar Harian

Semasa dia berada bersama-sama Pakatan Rakyat dia menghadapi banyak masalah dan sekarang masalah beliau banyak yang sudah selesai dengan menyokong BN.Sudah terbukti bahawa BN sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah dan membela rakyat.Nak harapkan Pakatan Rakyat jangan haraplah rakyat boleh hidup senang.Oleh itu jika ada lagi wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang mahu meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong BN di alu-alukanlah yer.Kepada BN pula lipatgandakanlah lagi usaha untuk memenangi hati rakyat supaya terus menyokong BN pada PRU13 nanti jangan dok harap wakil-wakil rakyat parti lain nak lompat parti saja...........