? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 1, 2010

Berhati-hati Bawa Anak Naik Eskalator.......

Bayangkan Perasaan Seorang Ibu Apabila Terjadi Sebegini





Kasihannya bayangkanlah benda ini terjadi kepada anak-anak kita dan keluarga kita bagaimanalah rasanya yer.Kadang-kadang takut juga nak bawa anak pergi pasaraya naik eskalator ni bukan pa malang tidak berbau.Bayangkanlah perasaan seorang ibu menunggu selama 1 jam barulah anaknya dapat dilepaskan.Oleh itu berhati-hatilah bila naik eskalator tu kepada yang perempuan janganlah pakai kain yang meleret sangat sampai ke lantai takut kejadian ni berlaku tak dapat nak dibayangkanlah apa yang terjadi apabila di heret masuk ke eskalator tu ,bukan nak menggalakkan perempuan pakai singkat pula tetapi agak-agak menutupi aurat la.Jadi kesimpulannya naik tangga lebih selamat selain mengeluarkan peluh ianya menjadi satu senaman yang amat baik untuk kesihatan kita.Berita Penuh baca kat bawah ni.



Kanak-kanak lelaki cedera parah kaki tersangkut di eskalator

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Utama di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa bersama ibunya sedang menuruni eskalator terbabit untuk ke lobi dan tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan menangis apabila kaki kirinya tersangkut di tangga bergerak itu. Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu selepas mendengar jeritan ibu mangsa.
Mereka bagaimanapun, terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu selepas percubaan mereka gagal. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak pengurusan pusat membeli-belah itu kira-kira jam 11.56 pagi. Sebuah jentera dengan lima anggota bergegas ke lokasi, dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dalam tempoh setengah jam.
Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pakar Damansara untuk rawatan lanjut. - Bernama

6 comments:

jajarina said...

ish, ngerinye.. mintak simpangla.. huhu
papepun, FLYMAS for u

TMUkmkd said...

yang aku aneh macam mana kaki dia leh tersangkut? eskelator mana ada ruang patutnya ^_^"

Admin CCZ said...

Tak tahulah nak cakap macam mana..Hati ibu, lagenda..tak terbayang dengan kata..

lagenda said...

Salam,

Jajarina-Ye la saya pun mita simpang.Thank ziarah and FLYMAS to u to.

TMUkmkd-Tu la pasal memang malang tak berbau tetapi yang muskilnya macam mana leh terlekat yer.Thank Ziarah

CCZ-Tu la mana nak leh bayang anak punya pasal pula tu .

TMUkmkd said...

@lagenda pelik dan aneh. welcome :)

ISZA said...

anak kawan pun ade kena, sluarnya sangkut, pastu terjatuh, ruang tangga tu tarik keningnyer, ialah tersembam, kena jahit kat kening budak tu.