? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 21, 2010

Siapalah Jejaka Bertuah Melamar Diana Danielle Ni Yer

SELEPAS Yuna membuat kejutan mengenai lamaran sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat terhadapnya baru-baru ini, kini tiba giliran pelakon jelita Diana Danielle pula melalui situasi yang sama.
Diana yang sedang menginjakkan karier nyanyiannya ini, mengakui dia dan syarikat rakaman tersebut sedang dalam proses perbincangan mengenai butiran kontrak.
Namun, dia enggan memaklumkan nama syarikat yang dimaksudkan itu atas alasan terlalu awal kerana masih dalam proses perbincangan.
Bercerita lanjut mengenai tawaran 'emas' itu, Diana berkata, perbincangan mengenai butiran syarat di dalam kontrak tersebut masih dibincangkan antara pengurusannya dengan syarikat rakaman itu.
Malah, Diana juga tidak menafikan proses itu terlalu panjang dan agak rumit serta memerlukan penilitian dan perbincangan yang mendalam antara kedua belah pihak.
"Memang benar ada sebuah syarikat rakaman dari Amerika melamar saya untuk jadi artis rakaman mereka.
"Kini, pihak pengurusan saya sedang berbincang lebih lanjut tentang syarat-syarat kontrak tersebut," jelas Diana yang baru saja menamatkan penggambaran filem terbarunya, ... Dalam Botol.
Sekadar mendapatkan jawapan daripada empunya diri mengenai keputusannya, Diana lantas diusik adakah dia akan menerima lamaran itu.
Tanpa berselindung, Diana pantas menjawab sudah semestinya dia akan menerima peluang berharga itu seandainya kedua-dua belah pihak mendapat faedah dan menyenangi syarat-syarat yang dibincangkan.
"Tentulah saya akan terima tawaran itu jika syarat-syaratnya yang sedang kami bincangkan ini memberi faedah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
"Peluang begini bukan datang selalu. Malah, ini adalah platform terbaik untuk saya kembangkan karier nyanyian di pentas antarabangsa," katanya lagi.Ditanya bagaimana dia boleh mendapat tawaran itu, Diana berkata, lamaran daripada syarikat itu berpunca daripada kenalan ibunya di Amerika Syarikat.
Sebaik sahaja wakil syarikat itu berkenan dengan profil Diana, lamaran itu lantas dikendalikan oleh pengurusnya.
"Ianya berpunca daripada contact kenalan ibu saya di Amerika. Kini, pengurus saya masih lagi berbincang dengan wakil syarikat itu bagi mendapatkan persetujuan bersama," ujarnya ringkas.
Jelasnya lagi, bukan dia tidak mahu mengumumkan kepada khalayak mengenai butiran tawaran itu, cuma Diana sekadar bimbang untuk mengulas lanjut ia masih dalam peringkat perbincangan.
Bagaimanapun, Diana berjanji akan mengumumkan keputusan berita baik itu dalam masa terdekat.
Sementara itu, Diana yang semakin meningkat naik dengan bidang seni suara ini turut berkata, dia baru sahaja merakamkan sebuah lagu berjudul Terburu ciptaan sepenuhnya komposer Omar K.
Sebagai bukti komitmennya terhadap bidang nyanyian, bintang filem Evolusi KL Drift ini juga sanggup melaburkan wangnya sendiri dalam penghasilan projek nyanyiannya.-MSTARONLINE



Bikin Saspen je yer ingatkan dah dilamar lelaki rupanya syarikat antarabangsa yang melamar dia yer.Apa pun tahniah la kepada dia dah rezeki dia la tu.Cuma lepas ni mungkin betul-betul ada lamaran untuk Diana Danielle jadi isteri yer .

0 comments: