? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 27, 2010

Pulau Pinang Tuduh Pusat Sabotaj Sambutan Maulidurrasul

Gambar dari Berita Harian
P. Pinang dakwa Pusat sabotaj?
PULAU PINANG 26 Feb. - Setelah dikritik hebat pelbagai pihak ekoran pembatalan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri hari ini mendakwa Kerajaan Pusat pula cuba mensabotaj majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Kassim mendakwa, Kerajaan Pusat cuba mensabotaj majlis itu apabila enggan meminjamkan kenderaan siar raya milik Jabatan Penerangan untuk digunakan ketika perarakan.
"Mereka menolak permohonan kerajaan negeri untuk meminjam kenderaan siar raya bagi memperdengarkan selawat ketika perarakan hari ini dengan alasan ada tugas lain iaitu memberi penjelasan mengenai dasar Kerajaan Pusat.
"Kami melihat tindakan itu sebagai satu daripada usaha Kerajaan Pusat untuk mensabotaj kerajaan negeri kerana tindakan itu dibuat pada saat-saat akhir," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
Dalam perarakan itu, Abdul Malik mendakwa kerajaan negeri terpaksa menyewa dan meminjam empat kenderaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Kastam Diraja Malaysia untuk memperdengarkan selawat bagi mengiringi perarakan.
Abdul Malik berkata, surat penolakan permohonan pihaknya meminjam kenderaan siar raya daripada Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu diterima pihaknya pada Rabu lalu melalui faks.
Menurutnya, surat itu ditandatangani Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Mohamad Fatkhul Hatta Robiki bertarikh 24 Februari dialamatkan kepada Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Surat itu memaklumkan bahawa Jabatan Penerangan negeritidak dapat meminjamkan kenderaan siar raya untuk digunakan ketika perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri kerana mempunyai tugas lain yang didakwa telah dibuat permohonan lebih awal.
"Tugas berkenaan adalah untuk menyampaikan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang dibuat pada satu majlis di tempat lain," katanya.-Utusan Malaysia
Macam-macam hal kalau nak menyalahkan kerajaan pusat yer.Selepas dikritik dengan sehebat-hebatnya di Media dan untuk mengalihkan perhatian rakyat ekoran isu Maulidurrasul baru-baru ini di Pulau Pinang sekali lagi ,mereka cuba untuk menyalahkan pusat tidak memberi kerjasama untuk sambutan Maulidurrasul peringkat negeri pula.Adalah tidak adil juga untuk menyalahkan Jabatan Penerangan tidak memberi pinjam alat siar rayanya kerana Jabatan Penerangan di bawah kerajaan pusat dan semestinyalah mereka akan mengutamakan kerajaan pusat berbanding dengan kerajaan negeri.

1 comments:

tautakpa said...

Salam,

Tak dak isu lain tu yang dok cari pasai dengan pusat je tu