? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, March 7, 2010

Zulkifli Nordin Menyertai PAS.......?


PAS Sedia Terima Zulkifli

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.
"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.
"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.
Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.
"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.
Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.
"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.-MSTAR ONLINE
Nampak gayanya masih laku Y.B Zul kita ni yer sampaikan PAS menawarkan tempat kepada beliau.Kalau dia menyertai PAS tidak bermaknalah perjuangan beliau selama ini kerana PKR dan PAS itu sama la juga.Baik jadi ahli Parlimen Bebas daripada menyertai PAS yang lebih teruk dari PKR menjadi boneka DAP tu.UMNO tak mau ka dekat Y.B Zul ni tak ada apa-apa tawaran ke sama seperti PAS buat ni.Apa-apa pun Lu Fikirlah Sendiri Y.B Zul.................

3 comments:

Admin CCZ said...

kalau masuk PAS ibarat keluar mulut naga masuk mulut ular sawa..lagi ganas beb...

YANG GAMBI said...

Salam Lagenda, cuba kalau YB Zul ni masuk UMNO........ berbakul-bakul le sumpah seranah PAS pada dia....

Bagi kawanlah, YB Zul kalau benar-benar nak pertahankan martabat Melayu dan Islam, lebih baik menyertai UMNO, sebab PAS tidak akan mampu memperjuangakan bangsa Melayu Islam bersama DAP.........

lagenda said...

Salam,

CCZ-Betul tu ccz

Yang Gambi-Setuju dengan anda memang PAS akan kutuk sekeras-kerasnya la seperti mana mereka mengutuk Mufti Perak kerana tidak meyebelahi mereka.