? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 8, 2010

Maaf Anda Diterima Wahai Saudara Ezam Mohd Nor


Maafkan saya – Ezam

Oleh ZABRY MOHAMADpengarang@utusan.com.my
KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.
“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.
“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.
Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.-Utusan Malaysia
Tahniah diucapkan kepada saudara Ezam Mohd Nor diatas permohonan maaf beliau ini dan sedikit sebanyak membuka mata orang ramai yang masih lagi menyokong Anwar Ibrahim.Buat saudara Ezam teruskan usaha untuk membongkarkan lagi segala rahsia Anwar Ibrahim ini kepada umum agar semua rakyat terus menolak beliau .Jangan sesekali mengaku kalah kerana kami semua di belakang anda ......

4 comments:

Anonymous said...

kebenaran akan teserlah dan sesiapa yang membuat jahat hanya lepas sementara sahaja..jika didunia ianya lepas tapi jangan dilupakan akhirat nanti hanya allah yang akan menentukan nasibnya

Admin CCZ said...

Bosan juga mendengar sesuatu yang diluahkan tetapi disembunyikan. Bagitahu saja apa yang Ezam tahu. Senang cerita. Orang akan dapat tahu Anwar tu siapa dari berteka teki..

Belalang hijau Perisik said...

wah...
anda org baling yg menyokong kerajaan...
bagus2...
susah nak jumpa org baling yg sokong kerajaan...

lagenda said...

Salam,

Kaheran-Setuju dengan pendapat anda

ccz-Tu la pasal suka berdalih-dalih dah ada info bagai tau saja rakyat kan

Belalang-Thank Ziarah,Betul ke susah jumpa orang Baling yang sokong kerajaan.Bukan semua yang tak suka dengan kerajaan kerana hanya kerajaan ni sajalah yang boleh membela rakyat