? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 27, 2010

Datuk Ahmad Bashah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Yang Baru








UMNO Terengganu, Kedah, P Pinang dapat pengerusi baru

KUALA LUMPUR 27 Dis. - UMNO di tiga negeri iaitu Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang akan diterajui oleh pengerusi yang baru mulai 1 Januari ini di selepas rombakan badan-badan perhubungan negeri seperti diumumkan hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Datuk Seri Ahmad Said akan kembali menerajui UMNO Terengganu mengambil alih tugas daripada Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Manakala Yahya Khatib Mohamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

Di Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah akan mempengerusikan badan perhubungan UMNO negeri itu, mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Shafie Apdal manakala Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula sebagai timbalan beliau.

Bagi Pulau Pinang pula, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi badan perhubungan kepada timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan.

Bagi negeri-negeri lain tidak ada perubahan berlaku termasuk di Selangor yang masih kekal di bawah Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula kekal sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun di Perlis, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi badan perhubungan menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Berikut senarai penuh pengerusi dan timbalan pengerusi badan perhubungan UMNO di seluruh negara:

KEDAH

Pengerusi - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah

Timbalan Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

PERLIS

Pengerusi - Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim

TERENGGANU

Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said

Timbalan Pengerusi - Yahya Khatib Mohamad

PULAU PINANG

Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman

Timbalan Pengerusi - Datuk Musa Sheikh Fadzir

SELANGOR

Pengerusi - Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN

Pengerusi - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Pengerusi - Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN

Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Pengerusi - Datuk Shaziman Abu Mansor

PAHANG

Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan Pengerusi - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin

MELAKA

Pengerusi - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Timbalan Pengerusi - Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR

Pengerusi - Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

SABAH

Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman

Timbalan Pengerusi - Datuk Mohamad Salleh Tun Said

KELANTAN

Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Awang Adek

PERAK

Pengerusi - Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah

- Utusan


Segalanya sudah terjawab dan tahniah kepada Y.B Dato Ahmad Bashah dan Y.B Dato Mukriz kerana terpilih untuk menerajui UMNO Kedah .Sama-samalah berkerja kuat kembali untuk memastikan UMNO Kedah terus kuat dan seterusnya dapat merampas kembali negeri Kedah................

2 comments:

Anonymous said...

buat mad bashah,nak kata apa lagi...najib dah pilih hang..kereja la betoi2.
tahniah datuk mukhriz....berkhidmatlah untuk rakyat..
lakukan yang terbaik datuk demi parti kita..
pesanan untuk mad bashah...hang jangan dok buat perangai,tolong bagitau kat pecacai2 hang yang keliling pinggang hang pi berambuih jauh2.
depa nilah yang dok pelingkup umno.
dosa hangpa ketua2 bahagian pada umno dan rakyat kedah tlampau banyak.
ramai lagi ketua2 bahagian yang berperangai jebon dok mula cari jalan nak sabotaj datuk mukhriz.
aku faham sangat perangai hangpa ni semua..
peghut hang yang boroi tu tolong kempih kan sikit.
faham kot apa maksud boroi,dalam peghut yang boroi tu mungkin berisi macam2.
hang saja yang tau apa hang makan..
ini bukan amaran..tapi ingatan..kalau hang cuba2 nak sabotaj datuk mukhriz jangan lupa ada orang dok perati hang.
jangan sampai kena penamparq depan orang ramai dah la.
payah kalu ahli akar umbi dah maghah..

lagenda said...

Salam,
ANON-Sabaq banyak-banyak hormati apa yang pucuk pimpinan telah pilih jika pemilihan Dato Bashah ini yang terbaik buat negeri Kedah kita terima dengan hati yang terbuka jangan pula mensabotaj Parti jika ini berlaku sampai bila UMNO dan BN tidak akan dapat meramPAS negeri KEDAH.Apa yang anda komen ini ada juga kebenarannya walaupun tidak semua ketua-ketua bahagian bersikap sedemikian dan saya juga bersetuju dengan anda mengenai komen orang-orang dan penasihat tidak bertauliah yang berada disekeliling ketua-ketua bahagian dimana semua ketua-ketua bahagian harus sedar teguran oleh anda dan semua rakyat akar umbi dimana penasihat-penasihat tidak bertauliah ini kadang-kadang lebih sudu dari kuah.Akhir sekali marilah kita sama-sama menguatkan kembali UMNO dan BN demi Agama Bangsa dan Negara.Terima Kasih kerana memberi komen ini.......

Gelombang Rakyat-Terima Kasih kerana sudi untuk memberi komen dan juga terima kasih kepada anda kerana link kan blog saya ke blog anda dan saya telah pun link kan blog anda ke blog saya.Saya lihat blog anda dan penulisan anda lebih hebat dari saya .Saya pun masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang bloger tetapi matlamat kita adalah sama untuk memastikan BN terus diberi mandat untuk menerajui negara oleh itu sama-samalah kita bekerja kuat demi Agama bangsa dan Negara kita yang dicintai ini........Terima Kasih sekali lagi kepada Gelombang Rakyat