? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 26, 2010

Sedapnya Dengar Janji-janji Politik



Laksana hanya setelah PR berkuasa: Nik Aziz

KOTA BHARU - Resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lalu hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan melaksanakan janji tersebut dalam waktu terdekat melainkan setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... Tunggu dan lihatlah nanti...Jangan nak jadi gangster,” katanya kepada media selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah Pas Kelantan (Putik) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Sehubungan itu,Nik Aziz meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata, Pas akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan di dalam Islam.-SINAR HARIAN

Sesiapa yang bekerja dengan kerajaan pastinya akan teruja mendengar apa yang Tok Guru katakan ini dan pastinya segelintir kakitangan awam akan terpengaruh dengan janji manis Tok Guru.Cabaran oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri di bawah pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam awal-awal lagi Tok Guru kita jawab akan mereka laksanakan hanya setelah PR berkuasa hanyalah propaganda mereka bagi meraih sokongan terutama sekali oleh kakitangan awam.Kepada Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di negeri-negeri yang dimenangi oleh PR laksanakanlah dahulu janji-janji yang tidak ditunai sebelum mengumumkan janji baru contohilah Kerajaan BN yang sentiasa mengotakan apa yang dikata..........

2 comments:

Anonymous said...

janji mudah jer buat, nk tunaik tu yg susah....

Salam blogwalking & blog following yer.....
i dengan sukarelanya follow blog kamu untuk luaskan network blog...hehhehe

hit me back ya klu sudi..... \^__^/

lagenda said...

Salam,

MR.IX-Betul tu sesiapa pun boleh berjanji tetapi belum tentu lagi akan terlaksana........Saya dah Follow blog anda thank you