? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi Che Mat Bakal Berhijrah........

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai Piala AFF Suzuki malam semalam dan kemenangan ini amat bermakna bagi pasukan Malaysia selaku kuasa baru Bolasepak Asia Tenggara.Tahniah juga kepada pengurusan Pasukan Malaysia terutamanya sekali kepada Jurulatihnya K Rajagopal yang cemerlang membimbing pasukan muda kita ini menjadi juara.Walaupun tanpa kehadiran penyokong Malaysia tetapi mereka masih mampu untuk bermain dengan penuh semangat untuk bergelar juara.Pemain Malaysia berjaya mengharungi tekanan demi tekanan dari penyokong dan Media Indonesia sehinggakan pemain Malaysia terpaksa menaiki kereta kebal untuk memasuki stadium satu fenomena pelik yang berlaku di Jakarta Indonesia.Apa pun sekali lagi tahniah dan teruskan rentak cemerlang ini demi bolasepak Malaysia................Hero pada malam itu sudah semestinyalah Kharul Fahmi Che Mat dan sengaja Lagendabaling berikan tajuk beliau akan berhijrah tetapi bukan meninggalkan Malaysia ataupun Negerinya Kelantan tetapi berkemungkinan mengikut jejak langkah rakan sepasukannya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan akan berhijrah ke alam perkahwinan lihat lah foto aweknya dan kemesraan mereka di bawah jom layann..................Buat Khairul Jangan Tunggu Lama-lama Nanti Lama-lama nanti di kebas orang.........







Foto-foto diambil dari blog http://jejariruncing.blogspot.com/ blog kepunyaan awek Khairul Fahmi Che Mat-SEMOGA BERBAHAGIA

Wednesday, December 29, 2010

Lautan Manusia di Gelora Bung Karno,Larangan Laser serta Ucapan Selamat Berjaya dari Perdana Menteri Malaysia


RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Foto Osman Adnan,Berita Harian



KAIN rentang larangan membawa masuk peranti laser digantung di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum bermulanya perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta, malam ini.-Berita Harian





Piala Suzuki AFF: PM ucap selamat berjaya menerusi Twitter


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dalam mesej terbarunya menerusi laman sosial popular, Twitter mengucapkan selamat berjaya kepada skuad bola sepak Malaysia yang akan beraksi pada final kedua menentang Indonesia di Jakarta, malam ini.

Dalam mesej terbarunya, 40 minit lalu (jam 4.20 petang), Perdana Menteri yang juga peminat sukan bola sepak berkata, beliau turut akan mengikuti siaran langsung perlawanan dari Stadium Gelora Bung Karno, malam ini. "Saya akan mengikuti perlawanan ini malam ini, harap ia perlawanan yang menghiburkan," katanya. Terdahlu dalam mesejnya di laman sama kira-kira tiga jam lalu (1.45 tengah hari), Perdana Menteri berkata: "Semoga berjaya kepada pasukan bola sepak kita di Piala Suzuki AFF.

"Marilah kita mempamerkan sokongan kita kepada mereka sebagai sokongan 1Malaysia."

Skuad Malaysia hampir mendakap Piala Suzuki AFF selepas menang 3-0 ke atas Indonesia pada final pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.-Berita Harian
Sama-sama kita saksikan kejayaan Malaysia pada malam ini dan..................MALAYSIA BOLEH

Piala AFF,Malaysia Temui Senjata Rahsia Untuk Menghalang Laser Indonesia ,Saksikanlah......


Sambil-sambil kita saksikan LIVE Bolasepak Malam nanti jangan lupakan artis Indon ini yang dikatakan akan memakai Coli Laser bagi membalas perbuatan penonton Malaysia memancarkan laser terhadap Pasukan Indonesia. Besar manalah laser yang nak dipakaikannya malam ini yer......

Ultramen inilah yang menyebabkan Pintu gol Indonesia bolos 3 kali di Bukit Jalil ,ha ha ha


Dan Pasukan Malaysia telah bersedia untuk menghadapi pancaran laser penonton Indonesia dengan memakai cermin mata dalam perlawanan malam ini......



Ini saja cara nak mengatasi masalah pancaran laser dari coli Julia Perez ha ha ha,Sekadar Hiburan sementara menantikan Siaran Langsung Piala AFF Suzuki Malaysia VS Indonesia Malam ini.Teruskan Perjuangan anda Walaupun bermacam-macam kerenah dan provokasi yang akan ditimbulkan oleh Penyokong Indonesia.Sama-samalah kita doakan kejayaan Pasukan Malaysia pada malam ini........... Agak-agak Cermin Mata yang mana yer lebih sesuai untuk Pasukan Malaysia Pakai malam ni yer..........




Tuesday, December 28, 2010

Pemain Malaysia Harus Hati-Hati Dengan Coli Indonesia.......



“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.
“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.
“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.-JULIA PEREZ ,ARTIS INDONESIA






Pancaran laser didakwa bermula di Jakarta. RAKAMAN video di laman Youtube menunjukkan penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee Ramli (kiri) diganggu pancaran laser dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 1 Disember lalu, manakala penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina enggan meneruskan permainan separuh kedua ketika perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin -Berita Harian



Coli Julia Perez menanti Malaysia

JAKARTA: Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.
Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.
“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.
“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.
“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.
Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.
Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.
Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.
“Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya,” katanya. - Agensi-HARIAN METRO


Waduh-waduh bikin ribut ni nak gunakan coli pula kok.Biar apa pun yang digunakan diharap pemain Malaysia harus fokus supaya piala AFF Suzuki dapat di bawa pulang ke Malaysia.Sebelak kaki kita telah menang hanya menunggu sebelah kaki sahaja lagi untuk menjadi kenyataan dan Insyaallah jika prestasi Pasukan Malaysia bermain dengan bersungguh-sungguh seperti ahad lalu yang pastinya kita pasti akan menang ayuh Malaysia kita pasti Menjuarai Kejohanan ini.Apa barang guna coli Indon Oii Kalah buat la macam kalah bukti diatas sudah jelas siapa yang menggunakan laser dahulu pemain Malaysia tidak pula memprotes cool saja walaupun tewas 5-1.........APA YANG PASTI MALAYSIA AKAN MEMBAWA PULANG PIALA AFF KE MALAYSIA SAMA-SAMA KITA DOAKAN

Monday, December 27, 2010

Datuk Ahmad Bashah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Yang Baru








UMNO Terengganu, Kedah, P Pinang dapat pengerusi baru

KUALA LUMPUR 27 Dis. - UMNO di tiga negeri iaitu Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang akan diterajui oleh pengerusi yang baru mulai 1 Januari ini di selepas rombakan badan-badan perhubungan negeri seperti diumumkan hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Datuk Seri Ahmad Said akan kembali menerajui UMNO Terengganu mengambil alih tugas daripada Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Manakala Yahya Khatib Mohamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

Di Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah akan mempengerusikan badan perhubungan UMNO negeri itu, mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Shafie Apdal manakala Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula sebagai timbalan beliau.

Bagi Pulau Pinang pula, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi badan perhubungan kepada timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan.

Bagi negeri-negeri lain tidak ada perubahan berlaku termasuk di Selangor yang masih kekal di bawah Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula kekal sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun di Perlis, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi badan perhubungan menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Berikut senarai penuh pengerusi dan timbalan pengerusi badan perhubungan UMNO di seluruh negara:

KEDAH

Pengerusi - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah

Timbalan Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

PERLIS

Pengerusi - Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim

TERENGGANU

Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said

Timbalan Pengerusi - Yahya Khatib Mohamad

PULAU PINANG

Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman

Timbalan Pengerusi - Datuk Musa Sheikh Fadzir

SELANGOR

Pengerusi - Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN

Pengerusi - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Pengerusi - Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN

Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Pengerusi - Datuk Shaziman Abu Mansor

PAHANG

Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan Pengerusi - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin

MELAKA

Pengerusi - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Timbalan Pengerusi - Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR

Pengerusi - Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

SABAH

Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman

Timbalan Pengerusi - Datuk Mohamad Salleh Tun Said

KELANTAN

Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Awang Adek

PERAK

Pengerusi - Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah

- Utusan


Segalanya sudah terjawab dan tahniah kepada Y.B Dato Ahmad Bashah dan Y.B Dato Mukriz kerana terpilih untuk menerajui UMNO Kedah .Sama-samalah berkerja kuat kembali untuk memastikan UMNO Kedah terus kuat dan seterusnya dapat merampas kembali negeri Kedah................

Tahniah Pasukan Malaysia



PENYERANG negara, Mohd Safee Mohd Sali, menanduk masuk gol ketiga dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia. Foto Osman Adnan-Berita Harian


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pasukan Negara kita Malaysia yang membenam Indonesia malam semalam untuk membawa bekalan selesa ke Indonesia pula selepas ini dan berharap pasukan Malaysia akan dapat menjuarai Piala AFF Suzuki kali ini.....Syabas juga kepada penonton Malaysia yang membanjiri stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi walaupun ada pancaran laser yang mengganggu tumpuan pemain-pemain Indonesia dan perlawanan diberhentikan lima minit bukan alasan untuk Indonesia menafikan kemenangan Negara kita Malaysia.............Sekali lagi Syabas dan Tahniah diucapkan..............
MALAYSIA MEMANG BOLEH

Sunday, December 26, 2010

Sedapnya Dengar Janji-janji Politik



Laksana hanya setelah PR berkuasa: Nik Aziz

KOTA BHARU - Resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lalu hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan melaksanakan janji tersebut dalam waktu terdekat melainkan setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... Tunggu dan lihatlah nanti...Jangan nak jadi gangster,” katanya kepada media selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah Pas Kelantan (Putik) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Sehubungan itu,Nik Aziz meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata, Pas akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan di dalam Islam.-SINAR HARIAN

Sesiapa yang bekerja dengan kerajaan pastinya akan teruja mendengar apa yang Tok Guru katakan ini dan pastinya segelintir kakitangan awam akan terpengaruh dengan janji manis Tok Guru.Cabaran oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri di bawah pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam awal-awal lagi Tok Guru kita jawab akan mereka laksanakan hanya setelah PR berkuasa hanyalah propaganda mereka bagi meraih sokongan terutama sekali oleh kakitangan awam.Kepada Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di negeri-negeri yang dimenangi oleh PR laksanakanlah dahulu janji-janji yang tidak ditunai sebelum mengumumkan janji baru contohilah Kerajaan BN yang sentiasa mengotakan apa yang dikata..........