? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 21, 2011

Jom Tengok Note Baru Ringgit Malaysia



Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan, di Kuala Lumpur, Rabu

Sunday, October 2, 2011

UMNO Akan Tumbang PRU 13 Jika Masih Tidak Berubah........







Orang UMNO perlu balik ke perjuangan asal untuk menang pilihan raya: Tun M


2011/10/02
JITRA: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus. "Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. "Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat."
"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya.

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. - BERNAMA / Berita Harian.




Betui juga apa yang diperkatakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia ni jika UMNO mahu menang pada PRU13 harus berubah sikap janganlah masih ada lagi sikap ingin cantas mencantas penting diri sendiri.Harus diingat rakyat semakin muak dengan masalah dalaman UMNO yang masih tidak selesai samapai sekarang.Kembalilah kepada perjuangan asal agar UMNO terus relevan dan mendapat tempat dihati rakyat............

Monday, September 26, 2011

Kebesaran ALLAH , Jenazah Tidak Reput Walaupun Telah 26 Tahun Dikebumikan





GAMBAR fail menunjukkan Kiai Abdullah (kiri) ketika sedang belajar di Mekah.





KUBUR Kiai Abduulah di Tangerang, Jakarta






JENAZAH seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini.
Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu.


Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan.
Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut.
“Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983.
“Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih,” kata Mukhtar.



Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau wangi.
Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi.
Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut.
Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan.
Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama.
Kubur baru ulama itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya. – Agensi




ALLAH Maha Besar tiada siapa yang boleh melawan kebesarannya dia boleh menjadikan apa sahaja yang dia mahu .Sama-sama kita mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku ini semoga kita semua menjadi orang-orang yang beriman dan menurut segala perintahnya ...............AMIN................

Sunday, September 25, 2011

Selepas Naik Bas di Perak Perdana Menteri Mengayuh Basikal Pula Bersama Lim Guan Eng di Pulau Pinang




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melambaikan tangan kepada pelajar semasa Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran 2011 di Straits Quay Tanjung Tokong, sebentar tadi. - Foto Rosli Ahmad
















PM sertai 5,000 pelajar lakukan Kayuhan Amal 1Malaysia


GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyertai kira-kira 5,000 pelajar sekolah mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer dalam program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini.

Najib yang tiba di tempat permulaan di sini pada jam 7.25 pagi, disambut oleh kira-kira 20,000 pelajar sekolah serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman. Perdana Menteri ketika berucap melancarkan program berkenaan berkata, program itu mengingatkan beliau yang lebih 50 tahun tidak mengayuh basikal, yang kali terakhir semasa zaman kanak-kanak beliau mengayuh basikal dari rumahnya di Sri Taman, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk membeli nasi lemak Tang Ling berdekatan Masjid Negara. Beliau berkata, beliau sanggup berlatih mengayuh basikal dari lobi hotel ke bilik penginapannya sebagai persiapan semalam sebelum menyertai program ini.

"Malam tadi ketika saya mengayuh basikal di hotel saya, sesetengah kakitangan hotel fikir saya tidak siuman untuk berbasikal di sekeliling koridor menuju ke bilik saya.

"Saya terfikir jika saya boleh berbasikal di hotel saya, saya boleh berkayuh tujuh kilometer pagi ini," katanya di hadapan puluhan ribu pelajar, guru dan pemimpin sekolah di sini hari ini.

Katanya, program ini amat bermakna kepada dirinya kerana ia selari dengan simbol gagasan 1Malaysia yang dibinanya tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama.
"Saya berbangga dapat mengambil bahagian dalam Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran bersama-sama kanak-kanak dan keluarga Pulau Pinang," kata Najib.

Beliau turut memuji program itu sebagai satu usaha baik untuk mengumpul dana sejumlah RM15 juta bagi membangunkan 15 sekolah menengah Cina termasuk lima sekolah menengah persendirian Cina.

"Ia adalah kayuhan yang bernilai dan jika penyertaan saya dalam program untuk tujuh kilometer boleh menarik RM15 juta, saya tidak kisah untuk mengayuh lebih kilomter untuk mendapatkan RM2 juta bagi amal," kata beliau.

Program anjuran Kwang Wah Yit Poh itu turut disertai oleh Koh, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA, Lim, Pengerusi Kwang Wah Yit Poh Datuk Ong Gim Huat dan barisan Exco negeri. - Berita Harian

Friday, September 23, 2011

Nik Aziz Cabar Karpal Keluar Pakatan Rakyat.......




PAS tetap laksana hukum hudud walaupun dapat tentangan Kit Siang, Karpal

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendiriannya mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebelum ini dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu. "Nak jumpa berapa kali jumpa dah... DAP dah keluar sekali dalam APU dulu. Tak apa saya kata... bye bye tak ada apa, sekarang ini dia masuk balik, jadi itu dia punya pasal.

"Kalau tak mahu buat negara Islam, kita buat bumi sendiri, jangan menumpang bumi Allah, buat udara sendiri, jangan menumpang udara Allah, buat matahari sendiri, jangan menumpang matahari Allah. Selagi kita menumpang di bumi Allah maka agama yang Allah rasmikan ialah Islam," katanya ketika ditemui selepas Himpunan Peserta Kursus Kenegaraan 2011, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS menubuhkan negara Islam meskipun mendapat tentangan, terutama daripada DAP.

Semalam, akhbar melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh terkejut dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Tun Dr Mahathir dilaporkan membidas Nik Aziz kerana menganggap beliau penghalang utama pelaksanaan hukum itu ketika menjadi Perdana Menteri dan bukannya Karpal. Dr Mahathir juga mencabar Nik Aziz melaksanakannya kerana beliau kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh menghalangnya berbuat demikian.

Mengulas hasrat pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin menjejaskan hubungan PAS dengan rakan dalam pakatan pembangkang, Nik Aziz menegaskan beliau tetap dengan pendirian itu.
"Saya tetap dengan agama Islam dan itu adalah yang diperjuangkan waktu mula-mula PAS diwujudkan. Ia bukan benda baru lagi... (mengenai) dialog, berapa kali dialog dah kami lakukan, sudah 20 tahun," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Karpal berkata cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan PAS ke-57, pada Jun lalu yang menukar dasar penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Ia bukan saja dilihat tidak pragmatik, malah tidak kena pada masanya selain bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan boleh menimbulkan ketakutan masyarakat bukan Islam.

Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

“Pelaksanaan hukum hudud boleh mengundang kebimbangan masyarakat bukan Islam bahawa ada usaha untuk mewujudkan negara Islam seperti Arab Saudi dan Sudan yang melaksanakan hukum hudud sehingga wujud jurang antara masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya ketika dihubungi.

Karpal juga berkata, Kerajaan PAS Kelantan harus pragmatik dan menerima hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan apa juga undang-undang berhubung kesalahan jenayah adalah termasuk dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pakatan pembangkang juga perlu menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan bagi meredakan kebimbangan masyarakat bukan Islam, tetapi menyifatkan kenyataan Anwar sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili PKR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam laman sosial Twitter, berkata DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Lim berkata, hasrat PAS menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bertentangan dengan dasar pakatan itu sebelum ini dan sebarang perubahan perlu diputuskan ketiga-tiga parti.

Sementara itu Anwar berkata, secara peribadi beliau menyokong usaha kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak orang bukan Islam dan pentadbiran adil adalah dijamin.

“Buat masa ini, secara umum pada dasarnya saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil. Ia tidak mencabuli hak orang bukan Islam dalam apa cara sekalipun," katanya.-Berita Harian

Tuesday, September 20, 2011

PAS Hentam DAP Isu Tukar Jalur Gemilang








VS










PAS bantah tukar Jalur Gemilang
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/09/20
Pemimpin pembangkang bidas ADUN DAP keluar kenyataan kontroversi

KUALA LUMPUR: PAS membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan yang ingin menukar Jalur Gemilang jika pembangkang menguasai Putrajaya, sebaliknya mahu bendera yang menjadi simbol kekuatan negara itu dipertahankan walau apapun berlaku. Sambil mempersoalkan hasrat ADUN DAP itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tiada sebab untuk pembangkang menukar Jalur Gemilang dan meminta pemimpin supaya lebih berhemah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi. “Bendera Malaysia sudah abadi dalam sejarah dan kehidupan masyarakat kita. Perjuangan untuk ke Putrajaya bukannya mahu menukar bendera sebaliknya mahu menukar kepemimpinan yang ada. PAS akan mempertahankan Jalur Gemilang sebagai bendera negara.

“Bagi saya apakah salah dan ada dosa hingga kita perlu menukar bendera... pemimpin (pakatan pembangkang) perlu lebih cermat dalam membicarakan mengenai isu membabitkan kenegaraan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Salahuddin menyifatkan hasrat Manoharan itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya keputusan pembangkang.

Manoharan dalam laman sosial Facebooknya memaklumkan beliau mengedarkan bendera DAP di kawasannya dan menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan lebih Barisan Nasional (BN) daripada Malaysia.
Tindakan pemimpin DAP itu turut ditempelak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan cadangannya sebagai bukti pembangkang mempunyai niat untuk merombak segala-galanya di negara ini tanpa menghormati atau menghargai sejarah dan warisan negara.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, turut membidas cadangan Manoharan dengan menegaskan bahawa parti itu tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada mana-mana pemimpin pembangkang.

Tuan Ibrahim berkata, Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan serta tidak boleh diperlekeh mahupun dipersendakan.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan atau berhasrat untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya mereka menguasai Putrajaya.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata Manoharan perlu meletak jawatan sebagai ADUN dan belajar semula undang-undang berikutan kenyataan dangkalnya mahu menukar Jalur Gemilang.

“Sebagai warga negara Malaysia dan sebagai seorang pengamal undang-undang, Manoharan sepatutnya maklum bahawa bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara dan cadangannya itu adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara,” katanya

Saturday, September 17, 2011

Permohonan Maaf ADUN DAP tentang Komen Mengenai Jalur Gemilang






Adun DAP Mohon Maaf Atas Komen Tentang Jalur Gemilang
Oleh ISABELLE LAI

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mengeluarkan pandangan kontroversi di laman Facebooknya agar bendera Jalur Gemilang ditukar jika Pakatan Rakyat memerintah akhirnya telah menarik balik kenyataan tersebut.

Beliau telah memohon maaf tentang pandangan tersebut di laman Facebook beliau.

“Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf jika komen saya mengenai bendera Malaysia itu telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua. Terima kasih,” katanya dalam kemaskini yang dibuat di laman tersebut.

Terdahulu, ketika dihubungi oleh The Star, beliau memberi alasan mengeluarkan pandangan tersebut kerana berpendapat, rekaan bendera Jalur Gemilang menyerupai bendera Barisan Nasional (BN) dan tidak memberi gambaran mengenai rakyat Malaysia.

Manoharan yang mengedarkan bendera DAP di sekitar kawasannya bersempena sambutan Hari Malaysia pada Khamis berkata, beliau tidak mempunyai keinginan untuk mengibarkan bendera kebangsaan itu.

“Saya mempunyai bendera Malaysia bersama-sama. Namun, apabila saya mengibarkannya saya berasa seperti mengibarkan bendera Barisan,” katanya sambil menyangkal dirinya seorang yang tidak patriotik.

Beliau juga berkata, Jalur Gemilang juga mempunyai persamaan dengan bendera Amerika Syarikat (AS), di mana ia sering mengelirukan para pelancong apabila sekali pandang.

Manoharan sebelum itu, memasukkan entri di laman Facebook bahawa dia “enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti bendera BN,” katanya seperti yang dilaporkan laman web The Mole.

Beliau kemudiannya menulis: “Kita tidak mempunyai bendera bertaraf dunia. Orang Amerika sedang mentertawakan kita. Sila pergi ke AS dengan bendera kita. Tapi sebelum itu, pastikan kedutaan Amerika mengeluarkan visa dulu.”

Beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap sebilangan rakyat Malaysia yang bekerja di organisasi bantuan bukan kerajaan di luar negara yang mungkin terasa kerana dianggap sebagai rakyat Amerika.

“Untuk melindungi diri anda sendiri, anda perlu mengibarkan bendera negara anda. Sesetengah negara pula tidak menyukai warga Amerika, jadi secara tidak langsung rakyat kita turut terkena tempiasnya kerana bendera itu,” katanya.

Beliau yang menggesa agar bendera itu ditukarkan berhasrat memberikan beberapa cadangan berkaitan jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

“Jalur pada bendera itu perlu ditukar. Warna merah dan putih telah menimbulkan banyak kekeliruan. Saya rasa bintang, bulan sabit dan warna kuning diraja harus dikekalkan,” katanya.

Beliau turut berkata, tiada apa yang salah dengan idea untuk menukarkan rekaan bendera itu kerana Malaysia masih boleh mengekalkan identiti Islam yang dikenali ramai itu.

“Mereka kata ianya Jalur Gemilang tetapi tiada apa yang gemilang kerana bendera itu tidak ubah seperti bendera Amerika,” katanya lagi. -Mstar Online




Dulu Mat Sabu kata Pakatan Rakyat akan Ubah Sejarah jika Mereka Menang PRU 13 nanti yang ni pula nak ubah bendera Malaysia pula jadi sama-samalah kita tolak mereka ini awal-awal lagi jangan beri mereka peluang untuk memrintah Malaysia tak perintah lagi pun dah macam-macam perangai mereka dah buat kalau dah perintah sendiri mau ingat la wahai rakyat Malaysia semua................

Thursday, September 15, 2011

Jamil Khir Menteri Agama Sanggup Bersumpah Anwar Sanggup Ke ?










"Saya Duduk Rumah Tu Sejak Jadi Askar " - Jamil Khir
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Khamis sedia bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya yang terletak di Kampung Batu Muda, Batu Caves.

Jamil menegaskan bahawa beliau telah tinggal di kediaman tersebut bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah menggunakan wang sendiri.

"Wallahi..saya tak pernah ambil duit zakat pun. Kalau saya ambil duit zakat takkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dapat audit bersih tahun lalu.

"Saya berani bersumpah, kalau mereka berani,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berhubung Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Pada Rabu, blog Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa Jamil Khir mempunyai sebuah rumah agam bernilai jutaan ringgit di Kampung Batu Muda.

Dalam laporan tersebut mereka memetik, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin sebagai berkata, Jamil perlu menjelaskan bagaimana beliau mampu mempunyai rumah tersebut sedangkan baru tiga tahun dilantik sebagai menteri dengan gaji kurang daripada RM15,000 sebulan.

Mengulas lanjut, Jamil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘politik terdesak’ pihak tertentu yang cuba untuk merosakkan imejnya.

“Saya pun tak nak panjangkan sangat isu ini. Saya dulu pun bukan penggangur.

“Dalam tentera pangkat terakhir saya ialah Mejar Jeneral, jadi takkan lah susah sangat untuk seorang Mejar Jeneral hendak beli rumah,” katanya.

Jelasnya, beliau telah tinggal di rumah berkenaan sejak tahun 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah kerana pertambahan ahli keluarga yang tinggal bersamanya.

“Sudah 17 tahun saya duduk di sana, tak tahulah kenapa baru tiba-tiba mereka bangkitkan isu ini. Saya pegawai tentera yang dapat pencen dan lepas bersara, saya dapat ganjaran walaupun tak sampai sejuta, tapi RM500,000 adalah.

“Kami keluarga besar, saya ada enam anak, ibu bapa dan makcik saya pun tinggal sekali. Rumah ini pun saya beli secara hutang, tak habis bayar sejak 1994 lagi, mereka boleh rujuk. Ini bukan rumah baru yang saya beli masa jadi menteri,” katanya.






Saturday, July 9, 2011

Gambar Penahanan Pemimpin BERSIH dan PATRIOT


PENGERUSI BERSIH, Datuk S Ambiga dipapah oleh pengawal peribadinya selepas terkena gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid





Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin ditahan polis kerana mengetuai perarakan Patriot di Bukit Bintang






AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid -Berita Harian






PERSIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid -Berita Harian


4:08 BHONLINE: Penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam berdekatan Menara Maybank

4:12 BHONLINE: Difahamkan PAS menuntut supaya Presiden mereka dan pemimpin lain dibebaskan dalam tempoh 24 jam.

4:16 BHONLINE: OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011:
Senarai pemimpin yang ditahan:
Datuk Mahfuz Omar - KL Central
Salehuddin Ayub - KL Central
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Central
Tian Chua - KL Central
Dato' S. Ambiga - KL Central
Dato' Seri Hadi Awang - KL Central
Dato' Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

4:30 BHONLINE: Helikopter polis masih berlegar di sekitar Kuala Lumpur. Polis berkata, keadaan masih terkawal kerana penunjuk perasaan mulai bersurai.

4:31 BHONLINE: Kereta peronda menggunakan pembesar suara mengarahkan orang ramai yang berada di Jalan Pudu supaya bersurai.

4:32 BHONLINE: Di hadapan KLCC, kira-kira 6,000 penunjuk perasaan termasuk pemimpin PKR, Dr Chua Jui Meng, pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan blogger, Cikgu Bard berdepan dengan polis.

4:33 BHONLINE: Keadaan di Jalan Pudu terkawal.

4:33 BHONLINE: Polis menahan penunjuk perasaan di hadapan KLCC.

4:36 BHONLINE: Penunjuk perasaan di KLCC berundur ketika anggota FRU berdepan dengan mereka.

4:36 BHONLINE: Trak polis di Jalan Pudu sudah beredar.


4:37 BHONLINE: Penunjuk perasaan dari BERSIH dan PATRIOT serta polis bersurai dari Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang.

4:54 BHONLINE: Penunjuk perasaan bersurai di kebanyakan lokasi kecuali KLCC. Keadaan kembali seperti biasa di kebanyakan tempat.

4:55 BHONLINE: Penganjur BERSIH sedang mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah.

5:01 BHONLINE: Penunjuk perasaan bersurai di hadapan KLCC

Lagi Gambar Perhimpunan Haram Bersih


ANGGOTA keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka berhampiran pejabat majlis Peguam di Kuala Lumpur sebentar tadi bagi mengawal keadaan. - Foto Mohd Fadli Hamzah -Berita Harian




Khairy Jamaludin mengetuai perarakan menuju ke Stadium Merdeka






PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari Pasar Seni hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad-Berita Harian








ANGGOTA keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka berhampiran pejabat majlis Peguam di Kuala Lumpur sebentar tadi bagi mengawal keadaan. - Foto Mohd Fadli Hamzah -Berita Harian




PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari Pasar Seni sebentar tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah -Berita Harian








1:05 BHONLINE: Polis mula buat rantaian manusia untuk halang peserta perhimpunan masuk jalan ke Stadium Merdeka.

1:09 BHONLINE: Di Jalan Sultan, bersebelahan Jalan Petaling dipenuhi ramai penunjuk perasaan, sebahagian memakai lilitan lengan berwarna merah dan penutup kepala.

1:12 BHONLINE: Kumpulan penunjuk perasaan menjerit Reformasi dan Hidup, Hidup dari Jalan Petaling, Hotel Olimpik dan Masjid Jamek.

1:14 BHONLINE: Penunjuk perasaan menjerit Reformasi di Jalan Sultan.

1:15 BHONLINE: Penunjuk perasaan berjalan dari Jalan Sultan menuju Kota Raya.

1:16 BHONLINE: Ada penunjuk perasaan membawa baju T BERSIH, bunga kuning dan belon kuning menuju Jalan Petaling.

1:16 bharianmy: ANGGOTA keselamatan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka... http://fb.me/PuQpkNU9 [via

1:17 BHONLINE: Anggota FRU kini bergerak ke arah Jalan Pudu.

1:17 bharianmy: PATRIOT mula berarak di Bukit Bintang jam 1.10 petang ini

1:19 BHONLINE: Tian Chua, antara individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur sudah ditahan.

1:21 BHONLINE: Difahamkan beberapa pemimpin politik dan penganjur perhimpunan ditahan di KL Hilton.

1:23 BHONLINE: Kira-kira 5,000 hingga 10,000 orang melaungkan BERSIH Hidup Rakyat Allahu Akbar di Jalan Petaling.

1:32 BHONLINE: Penyokong DAP sudah mula datang dari arah Jalan Pudu untuk menuju kumpulan besar di Dataran Maybank.

1:38 BHONLINE: Petugas media berada di KL Hilton.

1:38 BHONLINE: Petugas media berada di KL Hilton. difahamkan pemimpin pembangkang akan mengadakan sidang akhbar untuk media antarabangsa saja.



1:38 BHONLINE: Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Dr Zulkifli Ahmad kelihatan memasuki Hotel Hilton sebentar tadi.

1:39 BHONLINE: Hentian Puduraya menjadi tempat pertemuan penunjuk perasaan atau Jalan Pudu dan Jalan Petaling untuk berarak ke Stadium Merdeka.


1:40 BHONLINE: Meriam air dilepaskan ke arah penunjuk perasaan di Dataran Maybank.

1:42 BHONLINE: Kira-kira 1,000 ahli PATRIOT berpakaian merah diketuai Lokman Nor Adam berhimpun dan berarak di Bintang Walk membantah tindakan BERSIH mengadakan perhimpunan haram di ibu negara hari ini. Dijangkakan lebih ramai ahli PATRIOT akan menyertai perhimpunan itu petang ini.

2:09 BHONLINE: Keadaan semakin buruk di Puduraya. Polis sudah melepaskan bom asap ke arah perusuh.

2:20 BHONLINE: Kira-kira 2,000 orang berarak dari Jalan Raja Chulan ke arah Menara Maybank.
FRU bersiap sedia untuk berdepan dengan mereka

2:21 BHONLINE: Polis mula menahan perusuh dan penunjuk perasaan di Jalan Raja Chulan.

2:21 Berita Harian: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puluhan penyokong berarak dari Hotel Hilton ke KL Sentral

2:22 BHONLINE: Penganjur BERSIH bergerak dari KL Hilton dan mula berarak ke Stadium Merdeka.

2:22 BHONLINE: Penunjuk perasaan di Jalan Raja Chulan berhimpun semula di Jalan Gereja berdekatan Muzium Telekom.

2:23 BHONLINE: Gas pemedih mata dilepaskan lagi ke arah penunjuk perasaan di Menara Maybank.

2:25 Berita Harian: Pemimpin pembangkang mula keluar dari Hotel Hilton untuk cuba berarak ke Stadium Merdeka.

2:25 BHONLINE: Kira-kira 1,000 orang berarak ke arah Jalan Tun HS Lee.

2:29 BHONLINE: Beg sandang bertimbun di beberapa jalan

Terkini Gambar Sekitar Bersih 2.0


ANTARA pelajar wanita yang ditahan kerana membawa garam untuk memulihkan mata sekiranya terkena gas pemedih mata dalam operasi perhimpunan BERSIH di hadapan The Mall, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Rosdan Wahid




ANTARA suspek yang ditahan dipercayai penyokong BERSIH di hadapan Muzium Negara hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad-Berita Harian



ANGGOTA polis menahan orang ramai yang disyaki terbabit dalam perhimpunan BERSIH sebagai langkah pencegahan di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid-Berita Harian









12:27 BHONLINE: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden, Salahuddin Ayub dilihat sedang menunggu seseorang di pintu belakang KL Sentral.

Ramai polis memerhatikannya.


12:33 BHONLINE: Mahfuz dan Salahuddin ditahan untuk disoal siasat dan dibawa dengan kereta peronda polis.

12:36 BHONLINE: KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Polis menahan 236 orang di beberapa lokasi di sekitar ibu negara sehingga pukul 11.10 pagi ini kerana disyaki mahu melibatkan diri dalam rancangan perhimpunan haram.
Daripada jumlah itu, 228 orang adalah lelaki dan lapan lagi wanita, menurut laman sosial Facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

12:37 Berita Harian: Ratusan penyokong BERSIH berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek dipercayai untuk berarak ke Dataran Merdeka. Polis arahkan orang ramai mengosongkan kawasan stesen.

12:41 Berita Harian: Jumlah tangkapan sehingga jam 12 tengah hari adalah seramai 441 orang iaitu 421 lelaki dan 20 perempuan: PDRM.

12:44 BHONLINE: Sehingga jam 12.30 tengah hari keadaan di Jalan Istana terkawal dan terdapat lima kenderaan FRU termasuk jentera penyembur air, tiga trak selain lima trak polis diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Pada jam 12.38 tengah hari wartawan yang berada berhampiran Istana diarah beredar kerana lokasi jadi pusat operasi pihak berkuasa.

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Pasukan Terengganu



PASUKAN Terengganu meraikan kejayaan menjuarai Piala FA 2011 selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malam Tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail /Berita Harian

Wednesday, April 13, 2011

Banggunan Tertinggi Di Dunia Setinggi 1.6 KM


JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam. Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina. Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia. Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat. Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal. Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi-KOSMO

Friday, April 1, 2011

Selepas Bob Lokman Mungkin Giliran Artis Ini Pula Bakal Sertai PAS

Selepas Bob Lokman mungkin selepas ini Cico anak Uji Rashid pula akan mengikut jejak langkah Bob Lokman untuk menyertai PAS.Apa-apa pun negara kita Negara Demokrasi pilihlah apa Parti pun yang terbaik tidak menjadi kesalahan.Jangan jadi macam Bob Lokman cukuplah beliau menyertai PAS selepas gagal dalam masalah kehidupan dan masalah dengan anak-anak beliau.Kita tunggu pula apa masalah dengan CICO ni pula lepas ni .Untuk Cerita selanjutnya sila ke http://malaysiandotcom.blogspot.com/2011/03/hotbertambah-ramai-artis-mendekati.html

Thursday, March 31, 2011

Malek Noor Diserang Sakit Jantung


Malek Noor diserang sakit jantung ketika bermain bola IPOH: Bekas jagoan bina badan negara, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam tadi. Malek yang menjadi penjaga gol bagi pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan dikatakan memegang tiang gol ketika kejadian berlaku dan diberi bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Pihak hospital yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan keadaan Malek stabil dan sedang berehat./BERITA HARIAN

Friday, March 25, 2011

Gambar Cubaan Bunuh Diri di KB Mall Kelantan

Detik-detik cemas ketika para anggota bomba berusaha memujuk dan menyelamatkan seorang remaja perempuan yang bertindak nekad terjun dari bangunan KB Mall, di Kota Bharu, Kelantan. Remaja terbabit terselamat. - Utusan/ROSNI MASRI

JATUH TAPI SELAMAT... Anggota Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa cuba menyelamatkan seorang gadis yang dipercayai mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan Pusat Beli-Belah KB Mall, petang semalam. Bagaimanapun gadis berkenaan meronta-ronta menyebabkannya terjatuh. Namun dia selamat kerana terjatuh atas tilam. -Gambar Berita Harian



Dunia Akhir zaman dah hilang pertimbangan sangup melakukan apa sahaja walaupun ditegah oleh agama.......Apa nak jadi la dunia sekarang demi cinta sanggup mengorbankan diri sendiri .......

Wednesday, March 23, 2011

Wajah-Wajah Datuk T Yang Menayangkan Video Seks Pemimpin Pembangkang




AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengadakan sidang akhbar mendedahkan identiti 'Datuk T' berhubung video seks membabitkan pemimpin pembangkang di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, petang tadi. Rahim mengakui beliau bersama Shazryl Eskay dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang membawa maksud 'trio' bagi merujuk mereka bertiga. - Foto Syarafiq Abd Samad




Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay, Shuib adalah 'Datuk T'


2011/03/23
PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, mengakui beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah tiga orang di sebalik pendedahan video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi bagi menjelaskan persoalan berkenaan "Datuk T" dan rakaman video yang didedahkan kelmarin. Beliau berkata, "Datuk T" adalah nama samaran bagi ketiga-tiga mereka. Serentak itu, beliau mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang turut dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan wakil media.

Diminta mengulas lelaki dalam rakaman video itu, beliau enggan menyebut nama tetapi memberi bayangan bahawa "lelaki itu mungkin menjadi PM".



SPM 2010: 368,559 dapat sijil, 9,239 peroleh gred cemerlang


PELAJAR SM Keat Hwa yang memperoleh 9A menunjukkan slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraikan kejayaan mereka bersama guru di Alor Setar. - Foto Rizal Braim




PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009. Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi.

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.........

Sunday, March 20, 2011

Jom Kenali Roket Tomahawk yang Digunakan Oleh Tentera Amerika menyerang Libya






BERIKUT latar belakang dan spesifikasi ringkas roket Tomahawk yang digunakan tentera Amerika Syarikat dan yang terbaru digunakan dalam serangan udara dan laut tentera Bersekutu ke atas Libya, awal pagi tadi.

Fungsi asas: Misil atau roket jarak jauh yang boleh dilancarkan dari udara dan laut untuk sasaran di darat Kontraktor Pengeluar: Hughes Missile Systems Co., Tucson, Arizona, Amerika Syarikat.
Panjang: 18 kaki 3 inci (5.56 meter); Dengan pelancar kuasa (booster): 20 kaki 6 inci (6.25 meter)

Berat: 2,650 paun (1192.5 kg); 3,200 paun (1440 kg) dengan pelancar kuasa.

Ukur lilit: 20.4 inci (51.81 cm)
Saiz sayap: 8 kaki 9 inci (2.67 meter)

Jarak tembakan: Serangan darat 600 batu nautika (1,104 km)

Kelajuan: Tahap 'subsonic' 880 km sejam

Sistem Panduan: Inertial dan TERCOM

Tarikh pembuatan: 1983

Kos: AS$500,000 seunit

Jumlah keseluruhan pengeluaran: 4,170 unit

Penggunaan: Pertama kali digunakan pada September 1995 ketika serangan di Bosnia dan setahun kemudian serangan di Iraq (Desert Strike). -BERITA HARIAN




Tudia satu lagi Negara Pengeluar minyak yang diserang oleh Amerika.Bila ada saja huru dan hara didalam Negara Islam…
kononnya merekalah yg jadi ‘saviour’…jadi penyelamat…..
Peranan PBB pun macam nak ‘endorse’ peranan barat untuk ‘buat kacau’ dan untuk jadi ‘penyangak’ dan rembat apa yg ada dalam negeri tu……
kat Libya nie tak dak benda lain dahhhhhh…..
Penyangak-penyangak ni dok teliur kat minyak negara nie yg cukup banyak….
ini laa perangai samseng antarabangsa……
jadi depa guna pi laa alasan serapuh mana pun…janji depa dapat pulun minyak yg dok ada kat sana…….
tunggu dan lihatlah penyangak-penyangak ni akan buat Libya ni sama macam di Iraq….sampai laa nie depa dok berakaq lagi kat sana……Dan kemungkinan yang berlaku di Negara-negara Arab sebelum ini pun adalah agenda Yahudi untuk melumpuhkan Umat islam apabila umat islam mudah terpengaruh yahudi-yahudi ini akan cucuk jarum dan mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan umat islam supaya berpecah belah .Oleh itu kita di Malaysia yang aman damai perkuatkan iman dan jati diri yang kukuh jangan terpengaruh dengan anasir-anasir jahat oleh Yahudi yang cuba memporak-perandakan keamanan Negara kita pertahankan keamanan negara kita demi untuk generasi kita akan datang.




Saturday, March 12, 2011

Gambar-Gambar Tsunami di Jepun

OMBAK tsunami menghempas Natori di wilayah Miyagi, semalam

ANTARA kemusnahan angkara tsunami yang melanda Jepun semalam.





Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.Sama-sama kita mendoakan Rakyat Malaysia yang berada disana selamat dan sama-sama kita mendoakan Negara kita Malaysia terhindar dari bala bencana Tsunami ini AMIN

Sunday, March 6, 2011

PAS Kecundang Di Merlimau dan Kerdau



BN PERTAHAN DUN MERLIMAU, KERDAU...Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (empat dari kanan) meraikan kemenangan BN di DUN Merlimau manakala gambar bawah menunjukkan calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (dua dari kanan) diraikan selepas menang dengan majoriti besar. - Foto NSTP


BN menang kedua-dua kerusi
06/03/2011 8:34pm


MERLIMAU 6 Mac - Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.

Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

- Utusan

Terkini DUN Merlimau BN Mendahului dengan Majoriti 989


CALON Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Roslan Ahmad, 44, membuang undi di SK Merlimau (I), Merlimau, pagi tadi. - Foto Berita Harian



DUN Merlimau: BN 1,592, PAS 203, Majoriti 989, 6/22 peti undi

Friday, February 25, 2011

Lisa Surihani Menduduki Carta Tertinggi Facebook Fans Selebriti Malaysia




Berikut adalah kedudukan terkini Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia yang masih dipegang oleh Lisa Surihani dengan jumlah peminat seramai 1.2 juta orang. Turut mengikut rapat pada tangga kedua ialah hos tv, Aznil Haji Nawawi (836,976) & tempat ketiga ialah Scha Al-Yahya (831,781).

1.Lisa Surihani : 1,245,525
2.Aznil : 836,976
3.Scha Alyahya : 831,781
4.Zizan Raja Lawak : 760,709
5.Yuna : 699,390
6.Awal Ashaari : 680,622
7.Fahrin Ahmad : 643,496
8.Liyana Jasmay : 617,951
9.Bunkface : 612,001
10.Diana Danielle : 596,927
11.Shaheizy Sam : 579,325
12.Faizal Tahir : 569,455

Fara Fauzana dikatakan terkeluar daripada Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia ekoran FB fanpage-nya telah diceroboh & didelete oleh orang yang tidak dikenalpasti. Namun, Fafau berjaya menarik semula 400 ribu fans dalam masa sebulan. Berita Selanjutnya sila ke

http://www.ohbulan.com/kedudukan-terkini-carta-facebook-fans-selebriti-malaysia/

Thursday, February 24, 2011

Mantan Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Ilani Ishak Meninggal Dunia


Allahyarham Datuk Ilani Isahak



KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama, Datuk Ilani Isahak, 57, meninggal dunia jam 6.05 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Allahyarham yang akan menyambut hari lahir ke-58 bulan depan dilaporkan menghidap kanser. Jenazah Allahyarham dilaporkan akan dibawa ke rumahnya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail tengah hari ini. Ilani pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan selama dua penggal bermula 1990 hingga 1999 atas tiket Parti Semangat 46.




Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Takziah kepada keluarga beliau

Wednesday, February 23, 2011

Roslan Ahmad Calon Barisan Nasional DUN Merlimau




Roslan calon BN untuk PRK Merlimau

Oleh AMRAN MULUP

JASIN 23 Feb. - Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd., Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.

Pemilihan Roslan, 44, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 2,000 ahli dan pemimpin UMNO serta parti komponen BN di Bilik Gerakan BN Pekan Merlimau di sini hari ini. - Utusan

Tu Dia Lepas Pesta Kutip Duit Syiling ,Ni Kutip Beras Pula Dekat Lebuhraya


Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.




ORANG ramai dan penduduk kampung berhampiran tidak melepaskan peluang mengutip beras yang bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan beras terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Tanjung Malim, 22 Feb. - Utusan
Tu dia selambanya dok kutip beras hari tu kutip syiling ni kutip beras lepas ni apa pula tak tau la.Tapi kejadian ini amat memalukan la bukan hak kita sepatutnya kita bantu mangsa kemalangan ni tak dok pi belasah beras lepas tu balik bagi makan keluraga pula kat rumah dah tak kenal erti haram dan halal. Berita Selanjutnya tengok kat bawah



KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tuesday, February 22, 2011

Zizan Raja Lawak,Dira Pengacara Baru Melodi

DIRA ABU BAKAR
ZIZAN RAJA LAWAK




PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) akan meninggalkan Melodi rupanya benar apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan kedua-dua pengacara itu berkuatkuasa April ini.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.

Sebelum dikenali sebagai pelakon, Dira telah pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda.Dia juga pernah menjadi penyampai radio Xfress FM pada tahun 2007 manakala Zizan merupakan pengacara program Gelanggang Raja Lawak di Astro Prima (saluran 105).

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, pihak TV3 tidak menafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi.-BERITA SELANJUTNYA DI MSTAR ONLINE

Monday, February 21, 2011

Kes Bunuh Sosilawati:Pembantu Dah Kena 20 Tahun Kita Tunggu Pula Hukuman Kepada Dalangnya........




DUA pekerja Ladang, U Suresh dan K Saravanan dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman 20 tahun terhadap mereka hari ini.


Kes bunuh Sosilawati: Dua pekerja ladang dipenjara 20 tahun


SHAH ALAM: Dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian selepas berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius. Pada 15 Oktober tahun lalu, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lalu, manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama. - BERNAMA
Pembantu dah kena Dalang Sebenaq tunggu masa la lepas ni akan dijatuhkan hukuman.........

Sunday, February 20, 2011

Barisan Nasional Telah Bersedia Untuk Menawan Kembali Negeri Kedah





UMNO Kedah buat rombakan kecil struktur pentadbiran


ALOR SETAR: Badan Perhubungan UMNO Kedah membuat rombakan kecil terhadap struktur pentadbirannya yang menyaksikan dua timbalan ketua bahagian dilantik masing-masing sebagai setiausaha dan bendahari.

Pada satu mesyuarat malam tadi yang berakhir awal pagi ini, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang sebelum ini Setiausaha Kerja UMNO Negeri dilantik sebagai setiausaha perhubungan yang baru menggantikan Datuk Nawawi Ahmad. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim pula dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sejak awal tahun ini. Jawatan Ketua Penerangan kekal dipegang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata pelantikan dua timbalan ketua bahagian mengisi jawatan setiausaha dan bendahari berbanding tradisi melantik daripada kalangan ketua bahagian sebelum ini adalah kerana beliau mahu ketua bahagian menumpukan kepada bahagian masing-masing bagi menghadapi pilihan raya.

"Saya dah bincang dengan ibu pejabat dan Presiden (Datuk Seri Najib Razak) dan saya ambil pandangan mereka, maka saya buat keputusan ini. Saya nak ketua-ketua bahagian beri 100 peratus perhatian kepada bahagian masing-masing.

"Semua 14 bahagian (ada 15 bahagian di Kedah dengan Ahmad Bashah Ketua Bahagian Alor Setar) akan beri tumpuan kepada jentera masing-masing. Datuk Nawawi sendiri merasakan sukar untuk beliau bergerak dan menumpukan kepada tugas UMNO negeri dan bahagian Langkawi.
Ini menyebabkan kurang tumpuan kepada Langkawi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Beliau berkata, bagi setiausaha kerja yang baru, pelantikan akan diisi secepat mungkin yang mana jawatan itu akan diisi oleh individu yang bekerja secara sepenuh masa.

Ahmad Bashah berkata, UMNO negeri juga mewujudkan sebuah jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan beliau sendiri dan ketua-ketua bahagian serta ketua-ketua sayap akan mengetuai jawatankuasa tertentu.

Senarai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya UMNO Kedah

IT
Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri UMNO Kedah)

Jalinan Rakyat
Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita UMNO Kedah)

Poster/Gerak Kempen
Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda UMNO Kedah)

Daftar Pemilih
Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik)

Pengundi Luar
Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena)

Agensi dan NGO
Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap)

Sistem Blog
Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi)

Kursus dan Latihan
Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani)

Pembangunan
Datuk Johari Baharum (Ketua Bahagian Kubang Pasu)

Kebajikan
Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Bahagian Baling)

Keselamatan
Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai)

Polling/Counting Agent
Datuk Mohd Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang)

Pengangkutan
Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok)

Makanan
Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai)

Barong/Pondok Panas
Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun)

Isu/Risikan
Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah)

Tugas-tugas Khas
Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu) - BERNAMA



Alhamdulilah nampak gayanya UMNO Kedah telah bersedia untuk menawan kembali Negeri Kedah dari Pakatan Rakyat.Kami sebagai rakyat mendoakan Kedah akan kembali ke Barisan Nasional dan diharap juga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pilihanraya ini dapat melakukan gerak gempur untuk menawan semula hati pengundi-pengundi terutama sekali pengundi-pengundi muda .Kepada yang dilantik dan diamanahkan untuk melakukan kerja-kerja Pilihanrya lakukanlah dengan sebaik mungkin jangalah gah sahaja kepada jawatan tetapi kerja untuk Parti tidak dilakukan .BN Menang Kedah Senang ...............

Jom Sama-sama Kita Membantu Adik Nur Umairah Binti Mohd Zaidi



Berat Mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Ayuh rakyat Malaysia yang prihatin sama-samalah kita membantu adik NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI, berusia 1 tahun 1 bulan berasal dari Kampung Padang Kulim, Baling, Kedah kini menanggung satu penderitaan amat dahsyat dengan kepala semakin membesar sejak dilahirkan Januari 2010. Anak kecil yang tidak pernah meminta dilahirkan ke dunia ini dikatakan menghidap penyakit dikenali sebagai Hidrosefalus.

Sejak setahun lalu, ada beberapa pihak yang tampil memberi bantuan dalam meringankan beban keluarga. Bagaimana pun, pihak keluarga masih menemui jalan buntu kerana setakat hari ini masih berharap agar teknologi perubatan sedia ada sekarang mampu merawatnya




POHON JASA BAIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN UNTUK MENGHEBAHKAN PENDERITAAN ADIK NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI

Nama: Nur Umairah binti Mohd Zaidi

Umur: 1 tahun

Asal: Kampung Padang Kulim,Baling Kedah

Penyakit: Hidrosefalus (kepala membesar)

Bantuan yang diperlukan:

1. Doktor pakar untuk tampil membantu

2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada

3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu

4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu

5. Bantuan kewangan

6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga

7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)

Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA

+60137733676

Kerjasama semua amatlah kami hargai. Sama-sama kita berdoa agar ada jalan penyelesaian buat adik Nur Umairah. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH !!!-

Di Petik dari http://darulehsantoday.blogspot.com/2011/02/dari-pada-bagi-duit-dekat-pas-lebih.html

Tuesday, February 15, 2011

Tabung Memali Siapa Benar Siapa Salah

PETA DAERAH BALING



SPRM siasat semula wang Memali


PERTAMANYA saya meminta maaf kepada Utusan Malaysia yang dicela kerana tulisan saya bertajuk Tabung Memali: Saya Fitnahkah? yang disiarkan pada 31 Januari lalu.

Tulisan kolumnis Harakah, Zulkifli Yahaya bertajuk ‘PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali’, telah menuduh Utusan Malaysia dan RTM sebagai lalat dan langau yang menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu.

Tulisannya yang disiarkan Harakah 7 hingga 12 Februari 2011, membuktikan dia tidak faham etika media. Apakah Utusan bersalah hingga diibaratkan seperti serangga yang jijik semata-mata menyiarkan tulisan saya?

Seharusnya saya yang patut dipersalahkan kerana menghantar tulisan itu kepada Utusan. Utusan sekadar melayan isu terutama menyentuh kepentingan umum seperti Tabung Memali.

Apakah selama ini, Utusan tidak pernah menyiarkan isu-isu rasuah, penyelewengan dan pecah amanah membabitkan pimpinan UMNO/BN?

Sekiranya Zulkifli membaca buku saya, Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali dan faham isi kandungannya, tentu ulasannya tidak melalut tak tentu pasal. Persoalan yang ditimbul oleh Zulkifli semuanya telah saya jelaskan dalam buku tersebut.

Seperti diakui Zulkifli, Tabung Memali diwujudkan Badan Perhubungan Pas i Kedah untuk tujuan kebajikan balu-balu, anak yatim dan mangsa Memali. Jelas di sini Pas Kedah adalah pihak pertama bertanggungjawab atas apa-apa penyelewengan yang berlaku.

Tetapi kenapa Pas Kedah tidak membuat siasatan atas laporan yang saya hantar kepada pihak AJK Disiplin Pas Pusat? Hingga memaksa saya membuat laporan polis pada 27 Julai 2000.

Tahukah Zulkifli apa berlaku setelah saya membuat laporan polis? Setiausaha Madrasah Memali ketika itu, Muhamad Yusuf Husin yang diamanahkan mengurus Tabung Memali, mengerahkan beberapa orang jawatankuasa kawasan membantunya siang malam menyiapkan penyata kewangan Tabung Memali.

Akhirnya penyata yang tidak lengkap diserahkan kepada pihak PDRM. Tetapi, kerana keputusan PDRM (kalau benar ada laporan) dalam isu laporan saya ini seolah-olah menyebelahi Pas, maka PDRM dipuji oleh Zulkifli sebagai unit paling profesional dari Bukit Aman. Andainya keputusan itu sebaliknya, PDRM tentunya akan dituduh tali barut kerajaan atau ejen BN/UMNO.

Kalau ada, saya cabar Zulkifli mendedahkan jawatankuasa penuh Tabung Memali dalam kolumnya akan datang. Saya berjanji, semua nama-nama itu akan diserahkan kepada SPRM. Saya yakin mereka boleh beri kerjasama yang baik dengan pegawai-pegawai SPRM dalam soal siasat kelak.

Selepas peristiwa Memali pada tahun 1986 satu ceramah besar-besaran untuk tabung itu telah diadakan di Kg. Kabu Sepuluh, Yan, Kedah. Saya juga hadir malam itu. Kesesakan lalu lintas malam itu memang luar biasa. Sehingga penceramah terakhir Hadi Awang selesai memberi ceramah, berpuluh kereta lagi belum sempat sampai ke tempat ceramah. Kutipan derma malam itu, lebih seratus ribu ringgit. Wang siling tidak sempat dikira kerana terlalu banyak.

Saya ingin bertanya, khususnya mangsa Memali, balu-balu dan anak yatim Memali juga hendak tahu, di mana wang itu? Siapa yang menyimpannya? Apakah kutipan ini ada dalam penyata seperti yang diserahkan pada PDRM?

Insya-Allah demi kebenaran, saya akan minta SPRM teliti semula isu ini, kerana saya belum puas hati dengan laporan saya tahun 2000 yang lalu. Kenapa tidak disiasat secara telus?

Itu baru kutipan satu malam ceramah. Apakah Pas ada rekod berapa siri kutipan derma yang mereka adakan mulai tahun 1986 ketika tabung itu ditubuhkan hingga tahun 2002 ketika tabung ditutup.

Saya harap Zulkifli jangan mudah menyebut isu Tabung Memali ini telah selesai, lapuk dan berkubur.

Jika saudara mengibaratkan Utusan sebagai lalat dan langau yang berkeliaran di tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk, sedarlah bahawa secara tidak langsung saudara mengakui dalam parti kesayangan saudara pun telah ada bahan busuk yang sedang dihidu oleh lalat dan langau.-FORUM UTUSAN MALAYSIA

Awas jangan tunggu sampai lalat hijau yang datang. Tolong bersihkan segera.

C.N Al-AFGHANI

Memali, Baling