
KEMENANGAN MORAL BN DI MANEK URAI
Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada PAS kerana telah menang di Manek Urai dengan Majoriti 65 undi.Apa-apa pun adat pertandingan ada kalah dan menang walaupun majoriti satu undi pun tetap menang itu tidak dapat dinafikan lagi.Tahniah juga kepada BN kerana dapat mengurangkan majoriti kemenangan PAS yang depa dok cakap besaq boleh menang lagi banyak majoriti dari dulu.Hasilnya gelombang biru BN dapat juga menyaingi gelombang hijau PAS .Ini membuktikan BN dan UMNO tidak akan dikuburkan.Kepada PAS janga dok bangga sangat atas kemenangan dan kepada BN teruskanlah usaha untuk menambat hati rakyat walaupun kita tewas demi PRU 13 nanti.Jika janji-janji pada pilihanraya kali ini ditunaikan walaupun BN tewas rakyat akan tetap memberi kemenangan kepada BN pada PRU 13 nanti percayalah.Jangan mengaku kalah siap sedia dari sekarang untuk PRU 13 yang akan menjelang .Apa yang penting BN masih relevan untuk semua rakyat berbilang kaum dinegara kita.Sekali lagi tahniah kepada BN dan UMNO kerana berjaya mengurangkan majoriti PAS sekurang-kurangnya depa tak boleh cakap besaq .