? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 24, 2009

HADIAH PAS KEPADA RAKYAT NEGERI KEDAH........

PAS NAIK AIR PUN NAIK.......



Rakyat Negeri Kedah kemungkinan bakal menimati kenaikan kadar bayaran air pada januari tahun depan.Menurut MB Kedah Dato Seri Azizan Razak penswastaan pengurusan bekalan air yang akan diuruskan Syarikat Air Darul Aman (Sada) di negeri ini.Beliau berkata, Sada kini dalam proses membuat tawaran kepada kakitangan Jabatan Bekalan Air sama ada ingin terus berkhidmat dengan syarikat baru itu atau berhenti secara pilihan."Ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan juga telah dilantik dan namanya akan diumumkan kemudian," kata Azizan.Mengenai kadar baru yang bakal dikenakan, beliau berkata, ia terpulang kepada pengurusan baru, mungkin ada penambahan (kenaikan), tapi harap tidak membebankan rakyat dan kerajaan negeri.-BERNAMA.

Nampaknya rakyat Kedah akan menerima lagi hadiah dari negeri Kebajikan PAS ni yer semuanya nak naik dulu kata dekat Kerajaan Barisan Nasional semuanya naik la ni sama juga la Kerajaan Pakatan Rakyat pun .Bayaran masuk ke air Panas Ulu Legongpun dah naik sekarang yer tak percaya baca kenyataan di bawah ni yer.............



HARGA PON NAIK DIBAWAH PIMPINAN PAS........

Baling yang terkenal dengan Kolam Air Panas Ulu Legong yang mana merupakan satu tarikan pengunjung ke daerah baling yang beroperasi 24 jam.Ramai pengunjung dari luar dan dalam negeri datang untuk menikmati keistimewaan yang ada dimuka bumi Baling.Tetapi setelah dibawah pimpinan PAS, Ramai pengunjung kolam air panas ulu legong kecewa apabila mendapati harga tiket dinaikkan.Dulu harga tiket untuk dewasa hanyalah RM3.00 yang kini dinaikkan ke RM4.00 dan kanak-kanak RM 1.50 dinaikkan ke RM2.00. Manakala khemah dikenakan cas RM1.00..Pengunjung tidak ramai seperti dulu walaupun musim cuti sekolah atau cuti perayaan seperti tahun-tahun yang lepas. Kebanyakkan mereka yang bergantung hidup pada perniagaan disekitar kawasan kolam air panas terjejas kerana pengunjung makin berkurangan datang ke kolam air panas. Banyak peniaga-peniaga merungut kerana sambutan pengunjung untuk ke kolam air panas makin berkurangan disebabkan harga tiket naik...Dimana janji yang dulu diwawarkan dalam manifesto dan inikah yang dikatakan kedah sejahtera yang dijanjikan kepada rakyat ..?? Adakah ini salah rakyat yang memilih PAS ?? dipetik dari :http://sekretariatbnbaling.blogspot.com/

Apapun kepada rakyat Negeri Kedah yang memilih kerajaan Pakatan Rakyat PAS dulu sekarang terimalah hadiahnya kerana bakal menerima berbagai kenaikkan demi kenaikkan lain lepas ni.Inilah negara kebajikan yang Pakatan Rakyat beri kepada kita untuk kesejahteraan rakyat semua .Slogan depa pun best Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua la ni rakyat Kedah dah terima la nikmatnya yer........

9 comments:

Aidi-Safuan said...

huhu...macam2 hal

ghostWRITER said...

pergh...aritew swasta MBAS, lepas tew swasta air, lepas ni? apa plak? Baguihla PAS kedah ni... aku puji...Minyak bila plak nak korek? canang dah pueh canang...

Anonymous said...

join www.remajakedah.com

meriahkan bersama

Admin CCZ said...

tang sampah tak mau sentuh ka? Lagenda tahu bagaimana mereka mempersembahkan Kedah sebagai negeri bersih? di jalan-jalan utama, sampah dikutip tidak berterabur tapi di kawasan=kawasan pendalaman taman, sampah menggunung kerana ntidak dikutip hampir sebulan.Tak percaya?Apa kata suruh Azizan pi ke tempat tu..

mutantxy said...

tu kira steady lagi..belom kira negeri bawah jajahan DAP. lagi bermasalah.~

Senjaliza said...

Salam Ziarah,

Paling TIDAK DISENANGI Singapura ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas. ISIS Singapura paling memuji Tun Abdullah yg bersikap terlalu tolak ansur dengan karena Singapura dan membuka luas cengkaman Singapura. Mereka paling TIDA suka dengan Tun Mahathir kerana berjaya menyaingi Negara mereka.

Now mereka menyusupi Negara ini melalui DAP dan mereka yang TAMAK KUASA memberi THUMB UP kepada LKY.

Konvensyen PR 19 Dec yg lalu menyebut TWO Parti System secara halus atau "delicate" yang tidak disedari oleh PAS akan menyapu bersih idelogi PAS ke dalam Tong Sampah. Bayangkan Israel dan Amerika berunding dengan Fatah dan Hamas dengan mengenepikan MASALAH POKOK IATU BAITULMAKDIS DAN MASJID AL AQSA. Rundingan Kem David berulang kali gagal kerana penafiah masalah pokok. Begitulah PKR dan DAP mengenepikan ideologi dan idealisma PAS yang ingin menegakkan "Sistem Islam" . Pas mengiya saja. Paling DAP gemari ialah statment TGNA yg mengatakan dia "terlalu jijik menghampiri UMNO". Berdentum dewan konvensyen.

Tidak cukupkan iktibar dari Palestine, Perundingan Muawiayah denga Khalifah Ali (AS) atau nak ditayangkan semula kehidupan Omar Mokhtar yg menerima hukuman gantung setelah setuju proses negosiasi.. PAS terlalu lemah dan vulnerable dari segi kuasa negosiasi dalam Pakatan rakyat. Semua tandatangan saja..walaupun mereka mempunyai kekuatan idealisma dalam politik negara, mereka kelihatan seperti "Pak Turut" awalaupun gagasan PR bertentangan dengan idealisma mereka..

Sampai bila PAS menyedari keadaan ini? Jang tunggu leher anak bangsa kita terjerut..

lagenda said...

Teriam Kasih kerana memberikan komen....

Aidi-safuan-Thank kerana sudi melawat

Ghostwriter-Minyak pelabur dah lari kot

CCZ-Betoi gak ye sampah pun dok berlambak ni tapi depa bagi alasan kata dah swasta dekat e-idaman tu kita tunggu tengok la

Mutatxy-Kalau bawah DAP orang melayu semua pakat jadi hamba la

Senjaliza-Thank atas komen panjang lebar ni.Memang benar Singapura terlalu iri hati terhadap kemajuna Malaysia semasa pemerintahan Tun dulu.PAS tidak akan sedar kerana bagi mereka hanya untuk menjatuhkan UMNO sahaja bukan mereka memikirkan sangat tentang orang-orang melayu yang penting depa dapat berkuasa biarlah mereka jadi boneka pun.........

Anonymous said...

ai klo pas naik kn air sket kecoh 1 dunia.
klo bn naik kn myk msk, petrol, beras, susu, gula, ada nk kecoh?
smua ny diam ja sbb 'ada rsional ny knaikan trsebut' (kata tv3)... rsional la sgt.
rkyat d dhulu kn (naik kan hrga brg), pncapaian d utamakn (dwet msyuk pket)
trbaru hrga bawang pn naik 3 kali gnda. ape kes? smua brg2 kprluan hrian naik mndadak. fmily ak yg xbape nk senang ni, kna beli sket2 brg2 tu. nak beli byk2 xmmpu... tu lah rkyat d dhulukan. tima kasih!

arizWanmerahs said...

Masa mengundi semua nak turun, bila dah dapat undi semua nak naik segalanya..