? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, June 7, 2009

UMNO ni macam kucin ye perangai



SHAH ALAM, 7 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno umpama kucing, "baik di depan tetapi awas di belakang kita dia akan curi ikan kita."Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini."Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilandan pemerhati muktamar.Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah."Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.
Tak kan macam kucin kot Datuk Seri berpada-pada la sama dok tuduh tu pun .UMNO banyak berjasa kepada agama bangsa dan negara sudah terbukti.........Nak apa lagi ..............setidak-tidak kucin UMNO ni dia baik boleh bawa berbincang jugak contoh dia macam kucin kat atas dengan burung tu la baik ja.Tapi tak pa la janji Datuk ada kata juga nak berunding dengan UMNO tu pun dah cukup baik.................

Tangan sudah dihulur menunggu masanya saja untuk disambut

UMNO sedia kerjasama
Oleh ARSHAD KHANpengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Jun - UMNO bersedia bekerjasama ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang dicadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika ia terbukti baik untuk rakyat dan negara ini.
Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, elemen terpenting bagi mewujudkan kerajaan seperti itu adalah semua pihak perlu ikhlas.
Katanya, hanya keikhlasan akan menjadi kunci kejayaan kerajaan perpaduan.
"Sekiranya semua ikhlas mahu lihat kehadapan, terima hakikat bahawa sekarang penting untuk mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13, sedar cabaran global, insaf, kestabilan dan perpaduan perlukan usahasama yang betul-betul bermakna tanpa pertimbangan politik masing-masing.
"Saya percaya syor dan cadangan untuk bersatu boleh menghasilkan pulangan yang baik kepada negara, rakyat dan agama," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.
Namun kata Abdul Hadi, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia sesuatu yang baru di kalangan rakyat.
Hishammuddin turut bersetuju agar gagasan seperti itu melalui perbincangan yang mendalam sebelum dilaksanakan.
"Kegagalan akan hanya menyebabkan keadaan menjadi lebih keroh dan bagi saya itu satu risiko yang terlalu besar untuk dipikul oleh semua terlibat, " katanya.
Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perlu ada ketelitian yang mendalam sebelum kerajaan perpaduan diwujudkan.
Malah, beliau juga meminta Abdul Hadi agar menerangkan secara lebih terperinci lagi kerajaan perpaduan yang beliau maksudkan itu.
"Perkara seperti ini perlu sangat teliti, tetapi jika ia untuk kebaikan, apa salahnya jika diteruskan," katanya.


Sudah jelas dan nyata bahawa di pihak UMNO juga secara terbuka bersetuju untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.Biaq pi la puak2 lain nak kata apa mengenai kerajaan perpaduan ni yang penting usaha ini harus diteruskan demi agama bangsa dan negara.

Saturday, June 6, 2009

Akhirnya PAS UMNO akan bersatu





Oleh HELMI MOHD. FOAD dan SAIFULIZAM MOHAMAD

pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 5 Jun – Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.
Bagaimanapun katanya, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.
‘‘Ia perlu difahami secara terperinci supaya kita dapat melaksanakannya dengan baik, gagasan tersebut adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan.
‘‘Terpulang kepada maklum balas parti-parti politik tetapi ia mesti diteliti dengan perbincangan yang mendalam kerana saya percaya ia dapat menyelesaikan masalah negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke-55 di Stadium Malawati di sini hari ini.
Menurut Abdul Hadi, idea tersebut sebenarnya telah dilontarkan kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang termasuk DAP sebelum beliau mengumumkan perkara itu kepada rakyat.
Dalam hal ini katanya, rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang telah menerimanya secara positif kerana ia adalah demi kebaikan negara.
‘‘Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menerima secara positif, bukan sahaja rakan pakatan pembangkang yang menyokong sepenuhnya termasuk UMNO yang sokong gagasan yang saya lontarkan itu untuk menyelesaikan masalah negara,” katanya.
Beliau menjelaskan, gagasan tersebut bukan sahaja bertujuan menyatupadukan seluruh rakyat malah ia akan merapatkan jurang di kalangan parti-parti politik.
‘‘Ini supaya parti-parti politik boleh berbeza pendapat tetapi tidak berkelahi dalam sebuah negara,” katanya.
Mengenai kedudukan Pas yang dilihat oleh pemimpin itu bakal menerajui pemerintahan negara, Abdul Hadi berkata, ucapan dasarnya bertemakan, ‘Islam Memimpin Perubahan’ itu bermaksud bahawa seluruh rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama bagi menyelesaikan krisis dalam negara.
Sebelum ini kata beliau, ideologi sosialis dan komunis telah merudum dan kini ideologi kapitalis pula mengalami krisis dari sudut ekonomi.
Beliau berkata, Pas tampil memperkenalkan Islam untuk menyelesaikan masalah termasuk krisis perpecahan yang parah di kalangan parti-parti politik.
‘‘Bukan semestinya kita perintah negara, pada peringkat ini kita menjadi penasihat kepada kerajaan, bukannya pembangkang yang membuta tuli.
‘‘Mesej kita supaya perubahan dilakukan dengan Islam, UMNO juga mempunyai tanggungjawab untuk membawa contoh Islam yang terbaik,” katanya.
Pada peringkat kedua katanya, sekiranya langkah awal tadi tidak berjaya, Pas akan menghadapi pilihan raya dengan bergerak secara kolektif bersama pakatan pembangkang.
‘‘Soal siapa yang akan memimpin negara itu dibuat secara kolektif dalam pakatan (pembangkang),” katanya.

Terlebih dahulu tahniah kepada Ustaz Nasarudin Mat Isa kerana berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS .Ini mengambarkan bahawa akar umbi PAS masih mahu kepimpinan ulama terus kekal di dalam PAS.Buat Mat Sabu dan Husam diharap sabaq la dulu janganlah tinggi sangat cita-cita nak mencabar kepimpinan ulama.Satu lagi diharap akan tercapailah Kerajaan perpaduan yang dilaung-laungkan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang .Sudah sampai masanya orang melayu semua bersatu untuk mengukuhkan lagi kaum melayu dan islam dinegara ini.

Tuesday, June 2, 2009

Kawan-kawan yang bijak laksana tolong komen sat pasai ni

MAK cik adalah warga emas berusia 63 tahun. Rahmat dan nikmat Allah terlalu murah dan melimpah di bumi yang mak cik pijak ini.
Ketenteraman dan keharmonian menjadi asas pegangan hidup kami sejak merdeka. Negara makmur dan maju di bawah Parti Perikatan yang kini Barisan Nasional (BN).
Walau pun terdapat parti-parti lawan tetapi tiada kebiadaban. Walau pun Pas bermusuhan dengan UMNO, Pas ada alasan tersendiri.
Pas mendakwa berjuang atas prinsip menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Mak cik amat menghormati dan kagum dengan Pas yang lantang mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Jadi tidak hairanlah jika UMNO dituduh sebagai kafir sebab berjuang bersama bukan Islam. Hanya Allah ada hak untuk mengkafir, bukan hak Pas. Astaghfirullah.
Anwar Ibrahim semasa dalam BN mengutuk keras kebiadaban Pas mengkafiri beliau. DAP juga dibidas oleh Anwar. Sekarang niat Anwar dah terbalik.
Kalau Anwar nak tumbangkan UMNO dengan apa cara pun sekarang, kita memang faham dan simpati. Sebabnya dia ada dendam terhadap parti yang hampir-hampir dia terajui. Tapi Allah Maha Mengetahui! Soalan mak cik kepada Pas, khususnya kepada Husam Musa:
Apa alasan yang ada pada saudara sekarang nak tumbangkan UMNO, parti yang mungkin menyumbang pada saudara?Dan Kalau UMNO kafir, apakah Pas sekarang?Kenapa ghairah sangat nak tumbangkan UMNO yang orang-orangnya Islam sedangkan Pas sekarang bukan boleh digelar parti Islam! Pencerobohan dalam Pas dan bersekongkol dengan bukan Islam telah melemahkan perjuangan Islam itu.Kenapa Husam, prinsip Pas boleh dimanipulasi? Kenapa musuh Pas berdekad-dekad sekarang boleh jadi teman karib? Siapa sekarang melemahkan siapa? Semua kerana kuasa!Adakah Islam ajar kita:Dan Biadab sesama kita?Puasa lapar?Kompromi prinsip kerana nak kuasa?Kalau niat saudara murni, tegakkanlah model 'Islamic state' pada negeri-negeri di bawah Pas sekarang. Allah akan berkati saudara. Tapi kalau cakap tak serupa bikin, itupun Allah Amat Mengetahui.UMNO - dulu, sekarang dan selama-lamanya - berjuang atas prinsip yang sama dan komponen BN adalah 'gentlemen.'Mak cik rindukan Pas yang lantang dan mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan negara Islam dan amat kecewa dengan Pas yang ada kini.Sayang sekali yang dulu musuh nampaknya menjadi penyuluh.

MAK ANI Kuala Lumpur

Hempa renungkan-renungkan la sat kata-kata Mak Cik ni .Walaupun UMNO lama dah bekerjasama dengan MCA MIC GERAKAN tapi UMNO tak sewenang-wenangnya nak mengkafirkan parti lain.Tapi yang aku heran PAS dok kerjasama dengan DAP tak pa pulak okey ja.Memang benarlah apa yang biasa aku dengaq apabila dok biasa sangat dok kata kat orang yang tu tak kena, yang ni tak kena, kafir sana sini, fitnah sana sini ,tak mustahil segala apa yang kita kata kat orang tu akan balik semula kat kita.Satu jari dok tunjuk kat orang empat jari lagi dok tunjuk kat kita. Jadi kepada puak-puak yang berkenaan Cermin-cerminlah diri anda semoga ALLAH melindungi kita semua AMIN...........................................

Monday, June 1, 2009

Alahai Akil Hayy Apahai







Saya mula mengenali Sdr.Akil Hayy selepas terdengar di bibir kawan-kawan mengatakan seorang penyanyi rock kini menjadi pendakwah bebas dan biasa berceramah dalam ceramah anjuran PAS khususnya, Itu kira-kira awal tahun 2003. Dimana pada masa tersebut gerakan reformasi rakyat masih hangat berkumandang.. Saya akui ceramah Sdr.Akil Hayy memang syok.. banyak kelainan dan cara penyampaian yang cukup mantap.Selalu juga lihat Sdr.Akil Hayy ni dalam video klip lagu-lagu rock 80an dimana gaya Sdr.Akil Hayy pada masa itu dengan berseluar ketat berambut panjang dan kerinting serta memakai sarung tangan kanan mcm org main pancaragam sekolah.. Itulah permulaan saya kenal dengan insan yang bernama Akil Hayy..Bila ia muncul dengan gaya berdakwah pada mulanya saya sangat respek dengan transformasi yang dilakukan.. Dalam hati berkata.. Dia ni pendakwah ala-ala Yusof Islam... Ada juga niat nak jadi mcm dia dalam hati..Lama-kelamaan Sdr.Akil Hayy mula menempa populoriti sebagai pendakwah di Kaca TV.. Dalam rancanganya di Astro, rancangan yang banyak memberi teladan kepada kita..Bila mana populoriti Sdr.Akil hayy mula memuncak, kupiah di kepala kejap ada kejap tak ada.. rambut selalu di rebonding.. Rambut Ustaz panjang mengurai.. Mungkin ikut sunah nabi.. tapi takan panjang mcm perempuan pulak kot..Bila mana ia telah di gosipkan dengan Waheeda, hati mula terfikir.. Ustaz ada gosip.. Dalam Islam gosip ni ibarat menfitnah.. Bagaimana terjadinya gosip jika tiada siapa yang mengoyangkan keadaan..Saya tak hairan jika Sdr.Akil Hayy nak kawin lebih dari satu sebab quota lelaki sampai 4 tapi dalam hal Sdr Akil ni, terdapat unsur yang mungkin dari pandangan saya tidak 'adil'. Manakan boleh disanggah jika pihak isteri Akil sendiri meminta cerai.. Ini menunjukan ada sesuatu yang tidak 'adil' berlaku dalam perihal berkompromi dalam rumahtangga.. Bukan bermaksud saya ingin campuri perihal rumahtangga orang.. Cuma 'title' ustaz telah dicemari dengan gosip artis..Rasa tidak senang dan janggal..Ramai yang mengelarkan dia ustaz termasuk saya.. Tetapi akhir-akhir ini saya rasa ustaz Akil dah tergelincir sedikit dari landasan. Boleh diperbetulkan semula jika ada kesedaran..Kepada Sdr.Akil Hayy, jangan kerana perkara sebegini akan mencemarkan imej pendakwah serta ustaz-ustaz yang ada dan betul-betul berdakwah kejalan Allah S.W.T.. Bukan saya mengatakan Sdr.Akil tidak betul tapi apa yang di hingar-bingarkan oleh masyarakat tentang Sdr.Akill akan sedikit sebanyak membawa kepada pandangan serong sesetengah org tentang dunia islam umumnya.. Itu yang saya takutkan.Semua org buat silap tapi yang membezakan mereka hanyalah batasan kesilapan dan kesedaran.. InsyaAllah saya doakan Sdr.Akil Hayy kembali berdakwah untuk mereka-mereka yang sama-sama berjuang ke jalan Allah S.W.T dan menjauhkan dari gosip-gosip artis yang melekakan dan melalaikan..Untuk berkongsi kasih sayang perlu ada sikap 'ADIL'.. Itu sahaja..Sekadar pandangan peribadi dari seorang yang suka mengikuti ceramah Sdr.Akil.. Maaf jika tulisan ini ada menguris perasaan Sdr.Akil , peminat-peminat , saudara-mara Sdr.Akil.. Ia hanyalah sebagai peringatan dari teman-teman seagama...InsyaAllah..

ADMIN - KedahLaNie TIME - 4:25 PM 0 Komen Anda
Labels:
Sapa benaq sapa salah hanya ALLAH saja yang tau .Kita sebagai manusia tidak lepas dari kesalahan .Oleh itu para penyokong PAS semua muhasabah la diri jangan dok asyik salahkan UMNO saja sedangkan dikalangan hempa pun dok ada juga kelemahan .Ingat Kita Manusia tidak lepas dari kesalahan ...................Satu Malaysia dah tau .........................

Tahniah bakal TKM 1 Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang mencatatkan peratusan keluar mengundi paling buruk dalam sejarah pilihan raya negara ini.
Mansor, 59, menewaskan tiga calon Bebas dengan majoriti 5,558 undi iaitu bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, yang memperoleh 392 undi; pengurus kilang, Nai Khan Ari, 41, (494) dan pengurus kem motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, (56).
Aminah, Nai Khan dan Kamarul Ramizu hilang wang pertaruhan.
Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya kira-kira pukul 8.25 malam semalam di Pusat Pengumpulan Peti Undi di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.
Beliau turut mengumumkan bahawa pilihan raya tersebut mencatatkan 106 undi rosak.
Peratus keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini adalah sebanyak 46 peratus bersamaan dengan 7,100 undi daripada 15,384 pengundi berdaftar.
DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus bangsa lain.
Pilihan Raya Kecil DUN Penanti diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.
Dalam pilihan raya umum lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Pengunduran Mohammad Fairus dikaitkan dengan tindakan PKR yang mahu kerusi DUN berkenaan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Mansor yang dikatakan calon pilihan yang lebih layak memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I.
Tidak mahu terjebak dengan mainan politik PKR, Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat pada 18 Mei lalu memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti.
Keputusan itu dicapai sebulat suara pada mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penangan Wanita Besi

Oleh Mohd jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my
KAJANG: Berang kerana ditinggalkan kekasih selepas dihamilkan, seorang wanita mengamuk dengan menikam dan membelasah bekas kekasih yang didakwa pernah menidurinya sehingga parah.Difahamkan, wanita berusia 20-an itu yang hamil tiga bulan, mempamerkan kegagahan luar biasa, bukan setakat menggunakan pisau menikam bekas kekasihnya itu, malah turut bersenjatakan kayu dan besi yang biasa digunakan ketika menukar tayar lori untuk menyerang mangsa.Sumber polis berkata, wanita itu sebelum ini berang selepas menyedari bekas kekasihnya itu muncul di rumahnya berhampiran Bandar Teknologi Kajang di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.Menurutnya, wanita itu yang tidak dapat menahan dendam dan marah berikutan apa yang berlaku terhadap dirinya kemudian mencapai pisau di dapur sebelum menerkam bekas kekasihnya yang bekerja sebagai tukang kayu.


“Akibat serangan itu, mangsa cedera di beberapa bahagian tubuhnya kerana ditikam dan dihiris dengan pisau.
“Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu cuba menghubungi seorang rakan lelakinya bagi mendapatkan pertolongan,” katanya.Menurutnya, rakan mangsa yang dihubungi bagaimanapun enggan membantu kerana beranggapan ia masalah peribadi yang perlu diselesaikan lelaki itu sendiri.“Berikutan itu, mangsa terpaksa menggagahkan diri bergelut dengan bekas teman wanitanya bagi mengelak dia terus bertindak ganas.“Selepas bergelut hampir 10 minit, mangsa akhirnya berjaya merampas pisau berkenaan sebelum melarikan diri ke arah lori miliknya yang diletakkan tidak jauh dari pekarangan rumah bekas teman wanitanya itu,” katanya.Menurutnya, mangsa yang cuba menghidupkan enjin lori untuk menyelamatkan diri bagaimanapun terkejut apabila wanita itu meloncat dan memanjat belakang lori dipandu lelaki berkenaan.“Wanita terbabit yang tidak putus asa mencapai batang besi yang digunakan untuk menukar tayar lori sebelum memukul mangsa.“Mangsa yang terhoyong-hayang mempertahankan diri bagaimanapun dipukul berulang kali,” katanya.Katanya, tidak puas hati dengan tindakan itu, wanita berkenaan mencapai sebatang kayu dan memukul mangsa.“Bagaimanapun, mangsa akhirnya berjaya menolak wanita itu keluar dari lori sebelum memecut kenderaan itu untuk melarikan diri.“Mungkin akibat keletihan ‘dikerjakan’ wanita berkenaan, mangsa tertidur dalam lori berhampiran Taman Jasmin di sini,” katanya.Beliau berkata, mangsa sekali lagi terkejut apabila dimaklumkan rakan Perodua Kancil miliknya dirosakkan termasuk semua cermin tingkap dipecahkan.“Berikutan itu, mangsa mengesyaki wanita itu yang masih tidak puas hati menghentam keretanya kerana gagal membunuhnya. “Berikutan itu, lelaki berusia 30-an berkenaan yang bimbang terus diburu bekas teman wanitanya itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini,” katanya. Berdasarkan soal siasat, mangsa mendakwa bekas teman wanitanya seorang penipu dan materialistik serta didakwa pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata sebelum ini.Polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Lucu pun ada lawak pun ada awat la dunia ni jadi macam ni .Inilah kisah tauladan untuk semua.Oleh itu berhati-hatilah semua kaum lelaki tidak semua kaum wanita itu lemah dan tidak semua kaum wanita itu boleh dilakukan sesuka hati apa yang pasti fikir dulu sebelum buat........