? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 11, 2009

Ada juga penyokong PAS yang sokong Kerajaan Perpaduan ni ye




Penulis Tamu - moniermatdin


Melayari blog dan berbagai laman diskusi yg pro-Pakatan, saya rasa agak terkejut dan terkedu - begitu teruk sekali TG Haji Hadi, Ustaz Nasharudin, Dewan Ulamak serta tokoh-tokoh PAS yang disinonimkan dengan UG (Unity Government) itu dihentam bertubi-tubi.Melihatkan ulasan serta komen-komen pedas yang menyusul, tidak salah kalau saya katakan TG Presiden, Timbalan serta Alim Ulamak yang bersama-sama dengan Dewan Ulamak PAS Pusat ini kelihatannya pada mata ahli benar-benar berbuat salah dan melawan arus kehendak ahli.Persoalannya, memandangkan bukan satu rahsia lagi bahawa media alternative di alam siber ini didominasi sepenuhnya oleh penulis dan juru komen pro-Pakatan; maka apakah benar ulasan-ulasan dan komen-komen pedas (yg kadang-kadang tidak langsung melambangkan akhlak ahli-ahli PAS) itu mampu menggambarkan senario yang sebenarnya di luar sana? Apakah ianya benar-benar melambangkan pendapat dan suara hati pendokong tegar PAS yang bersama-sama dengan parti sejak di zaman susahnya hinggalah ke zaman ini di mana PAS kini sudah pun menjadi penentu kpd perimbangan kuasa politik negara.Apakah mungkin mereka-mereka yang selama ini mengharapkan PAS menjadi kuda tunggangan untuk ke puncak kuasa - kini terasa terancam andainya PAS memilih untuk tidak mahu lagi terus diperkudakan sedemikian rupa? Jika benar begitu, maka malang sungguhlah ahli-ahli PAS yang termakan dengan umpan mereka, sehinggakan PAS sebagai sebuah parti hatta Presiden, Timbalan Presiden serta Dewan Ulamaknya sudah tidak lagi mampu membuat pendirian yang tersendiri. PAS terpaksa terus-terusan dipertunggangkan sedemikian rupa-rupa kerana ahli-ahlinya gemarkan suasana yang sebegini.Lantaran itu, ahli-ahli PAS daripada perkumpulan ini akan cepat melenting dan terus naik histeria, marah dan memaki hamun secara membabi buta apabila Presidennya sendiri - yang perjuangan politiknya bukan setakat di Marang, Tganu tetapi sudah menjangkau jauh ke persada antarabangsa bersama-sama dengan Gerakan Islam yang lain di seluruh dunia hinggakan ke tahap ada Media Asing pernah menuduhnya sebagai Militan kerana pernah bersama-sama dengan Pemimpin Sebuah Gerakan Mujahidin di sebuah negara asing suatu ketika dahulu - apabila Presidennya ini mengeluarkan suatu gagasan atas dasar kemaslahatan perjuangan, maka ahli-ahlinya secara tiba-tiba tanpa memahami manevour politiknya ini terus menghentam membuta tuli?Apakah mereka ingat gagasan itu dibuat atas keputusan peribadi, tanpa merujuk kepada rakan-rakannya yang lain di seluruh dunia yang sudah masak dan lali dengan jatuh bangun gerakan Islam di negara lain dalam mengharungi alam politik ber-pilihanraya sistem demokrasi yang semua kita tau mana mai asalnya ini?Saya secara peribadi, memang tidak berkenan langsung dengan UMNO Bar** ini; apatah lagi dulu saya pernah bersama dengan UMNO, dan saya bersama-sama dengan PAS kerana mahu lari daripada dunia UMNO ini. Maka apakah logik saya sewenang-wenangnya boleh bersetuju dengan apa jua cadangan yg dikaitkan dengan UG bersama-sama UMNO itu? Kalaulah nak dikira benci UMNO, sayalah yg paling benci sbb saya pernah bersama mereka dan masuk PAS kerana tahu apa bezanya.Dalam ceramah-ceramah saya sewaktu dijemput menceritakan kenapa saya keluar UMNO dan masuk PAS suatu ketika dulu, perkara pertama yang saya sebut ialah Mereka-Mereka yang dilahirkan PAS, yang keluar keluar saja drpd perut ibu mereka sudah pun PAS, mereka tidak akan dapat appreciate atau pun menghargai nikmat Tuhan yang melahirkan mereka sebagai PAS itu; samalah juga dengan kita yang dilahirkan Islam, kita kurang menghargai nikmat Islam kita ini kalau nak dibandingkan dengan org bukan Islam yang menganut ajaran Islam setelah lama mengkajinya. Samalah dengan saya yang masuk PAS, saya boleh nampak PAS dari kaca mata org luar yg melihat PAS seperti bulan yang bergemerlapan - yg mungkin tidak sama dengan pandangan mata kasar org PAS sendiri .Dalam proses mencari jalan pulang, saya pernah bersama-sama dengan Tabligh, kemudian pernah hampir-hampir menjadi penyokong Abuya yang tegar (x pernah miss beli buku koleksi tulisan Abuya waktu itu). Kemudian masuk d.a.p (duduk atas pagar) untuk beberapa waktu sehinggalah saya ditakdirkan hadir dalam satu ceramah TG Hj Hadi di Kedah waktu itu. Meringkaskan cerita, pencarian saya berakhir setelah diberi hidayah melalui ceramah TG Hj Hadi itu yang penuh berilmu, padat dan berisi dengan ayat Quran dan sirah Nabi.Untuk pengetahuan tuan-tuan, secara rendah diri saya nak habag, malam itulah pertama kalinya dalam hidup saya, saya mengetahui bahawa dalam Quran ada Surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47. Dan malam itu jugalah saya memahami ayat-ayat berkenaan hukum mencuri, zina, bab hudud qisas dsg. Saya masih ingat kata-kata TG Hj Hadi:"Kepada orang-orang UMNO yang ada mendengar ceramah saya malam ini, kalau tidak percaya dengan apa yang saya cakapkan ini, kalau ingat saya penipu, baliklah semak dalam Quran surah-surah yang saya sebut tadi"Malam itu juga saya balik cek Al-Quran; memang wujud surah-surah itu.Semenjak itu saya mula merapatkan diri dengan PAS; dan secara ironiknya pula saya kemudiannya diberi kekuatan untuk mengisi borang PAS (bukan senang utk org UMNO totok mcm saya utk isi borang PAS) selepas berkesempatan bersalam dan menyentuh tangan seorang Ulamak yang begitu menonjol auranya di mata saya - iaitulah TG Nik Aziz sewaktu beliau datang merasmikan sebuah masjid di Permatang Pauh - tak silap saya masjid Kg Sama Gagah, kalau tak salah saya.Sejak hari tu, saya mendokong dan menatang PAS seperti menatang dulang yang penuh; dalam siri-siri Usrah dan Tarbiyah PAS yg saya sertai selepas itu, saya ditarbiyahkan tentang bab WALA, bab IJTIHAD seorang Amir, bab PAS INI SEBENARNYA ADALAH BADAN DAKWAH - PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berselindung dan mengambil kesempatan di sebalik kebebasan untuk bersuara dan berceramah sewaktu p.raya untuk menyampaikan mesej dakwah, bab yang mengatakan bahasa Pas masuk p.raya bukan semata-mata kerana nak menang p.raya, bukan semata-mata nak jadi PEMERINTAH, tapi skop PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sebagai sebuah Badan Dakwah sebagai penegak yang hak dan penolak yang batil (amar makruf nahi mungkar) adalah lebih dari itu. Perjuangan PAS bukan setakat di Malaysia atau di dunia ini sahaja, tapi perjuangan kita insyallah akan sampai ke SANA - kita semua akan ditanya di SANA nanti apa yang sudah kita lakukan untuk menjadikan Islam sebagai Sistem Hidup sewaktu kita di dunia ini!Lantaran itu, melihatkan pertelingkahan dan debat serta komen yang amat kurang sopan antara sesama ahli (dan juga mungkin ada org luar yang menyondol masuk sebagai batu api), saya tertanya-tanya: Apa sudah jadi pada PAS yang aku kenali dulu? Manakah perginya Wala' dan akhlak ahli-ahli PAS sebagai anggota sebuah Gerakan Islam sebuah Badan Dakwah ini?Entahlah - mungkin inilah akibatnya apabila PAS sebagai sebuah parti terlalu membenarkan mereka-mereka daripada pelbagai FIKRAH cuba memaksakan nilai-nilai dan matlamat perjuangan mereka kepada parti (to force their values onto PAS).Lantaran itu, berdasarkan tarbiyah yg saya terima sejak saya menyertai PAS itu, buat masa ini saya akan bersama-sama dengan Pimpinan PAS, Tuan Presiden TG Hj Hadi, Timbalan dan Dewan Ulamaknya.Dan saya yakin mereka-mereka yang melalui prosess tarbiyah yang sama akan juga mempunyai pendapat dan pandangan yang sama dalam perkara ini.Saya memilih untuk berbeza pendapat dengan para pendokong PAS yang memilih untuk berbeza pendapat dalam hal ini.Wallah hu aklam.



Di Petik dari :http://kedahlanie.blogspot.com/





1MALAYSIA DILANCAR BESAR-BESARAN










PUTRAJAYA 10 Jun - Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Jun ini.
Program yang dijangka disertai 10,000 orang terdiri dari kalangan anggota Kabinet, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin Sabah dan Sarawak, pemimpin parti-parti pembangkang serta perwakilan golongan muda itu akan memperjelaskan kepada umum pendekatan dan gerak kerja gagasan tersebut.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, mesyuarat Kabinet hari ini memberi lampu hijau supaya gagasan itu dilancarkan bermula pukul 8 pagi.
"Di situ nanti, lambang dan lagu 1Malaysia akan dilancarkan secara rasminya.
"Signifikannya pelancaran ini adalah supaya dapat memperjelaskan kepada khalayak tentang konsep, kaedah, pendekatan dan gerak kerja 1Malaysia yang disusun setiap masa agar mencapai matlamat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pihak kementerian sedang menyusun serapi mungkin pelancaran program ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Gagasan 1Malaysia diumumkan Najib April lalu bagi meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak pihak mengemukakan pelbagai tuntutan atas nama 1Malaysia yang jika diamati lebih menjurus kepada faedah kaum tertentu sahaja dan bukannya untuk semua anggota masyarakat.
Ahad lalu, Najib berkata, gagasan 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau tersirat.
Kata Perdana Menteri, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru sebaliknya matlamat akhir gagasan iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas.



Bersama-samalah kita semua rakyat Malaysia menjayakan Gagasan 1Malaysia demi mengukuhkan lagi perpaduan kaum antara kita dan supaya terus aman makmur sampai bila-bila .............

Wednesday, June 10, 2009

SEDIH PILU MENYAYAT HATI............AL FATIHAH


Kanak–kanak 3 tahun maut dilanggar ibunya



SUBANG 9 Jun – Seorang bapa tidak menyangka kelakuan ganjil anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun bangun seawal pukul 6 pagi untuk mencium tangannya menjadi petanda buruk bakal menimpa kanak-kanak comel itu.
Nur Umairah Zazeli, maut selepas digilis oleh kereta yang dipandu oleh ibunya sendiri, Norzaida Zainal, 24, di Kampung Melayu Subang, di sini malam kelmarin.
Bapa kanak-kanak itu, Zazeli Che Soh, 32, berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap anak perempuannya itu merupakan petanda dia akan pergi untuk selama-lamanya.
Menceritakan kembali peristiwa itu, dia berkata, ia berlaku sekitar pukul 9.30 malam semasa isteri dan anak perempuannya itu mahu pulang selepas mengunjungi ibu mertuanya di Kampung Melayu Subang.
“Pada hari kejadian, saya baru pulang ke rumah selepas bekerja dan terkejut apabila menerima panggilan kecemasan daripada isteri.
“Saya bergegas ke rumah mertua dengan menaiki motosikal yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Katanya, dia terkejut melihat anaknya tersepit di bawah kereta dan terus membawanya ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia di sana.
“Walaupun sedih dengan kejadian tersebut, saya tetap reda dengan ketentuan takdir,” kata Zazeli sebak.
Jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Subang petang semalam.



Salam takziah kepada keluarga ini .Semoga bersabar dengan dugaan yang ALLAH berikan .Setiap yang hidup pasti akan mati....AL FATIHAH...........

Setia juga Minah Saleh ni ye


Gambar ini menceritakan kesetiaan seorang wanita untuk mengahwini teman lelakinya yang menerima musibah apabila mukanya menjadi hodoh.Persoalannya disini berapa ramai kah wanita-wanita dinegara kita yang sangup menerima jika teman lelaki mereka terjadi begini.................


Tuesday, June 9, 2009

PAKAT-PAKAT LA KITA BERDOA YE SEMOGA TERMAKBUL LA DOA MAK CIK KITA NI






“Adakala Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya, adakalanya Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia, Kerana Dia ingin menguji hamba2Nya “




'SAYA SUJUD KEPADA KEPADA ILAHI SEMOGA UMNO PAS BERSATU'


BARU-BARU ini saya ke klinik gigi. Sambil menunggu saya ternampak seorang insan berkopiah yang berwajah bersih dan berseri sedang membuat temu janji dengan doktor gigi yang sama. Sambil saya menunggu giliran, saya hendak menegur insan itu.
Tetapi saya lihat raut wajahnya tidak berseri lagi, malah dia kelihatan marah dan wajahnya berkerut-kerut. Rupa-rupanya dia sedang membaca akhbar Harakah.
Saya pernah lalui apa yang dia lalui. Tiap kali saya membaca Harakah, saya terasa marah yang amat. Kerana banyak beritanya melaknat dan memunafik mereka yang sebangsa dan seagama.
Tidak ada yang baik diberitakan tentang kerajaan malah mengeji dan mencaci, hingga saya terasa mual. Ustaz, bukankah perbuatan ini menyalahi agama kita yang suci?
Kini, Harakah sudah pun menular di masjid saya. Alangkah terperanjat saya, tempat suci yang saya berjemaah kepada Allah Yang Esa, telah digunakan untuk perbalahan politik. Saya berasa amat kecewa sekali.
Sebagai seorang ibu, saya inginkan anak saya mempunyai masa depan yang sihat dan tidak dilaknat Allah.
Ustaz Nik Aziz, saya puji parti pimpinan ustaz kerana begitu inovatif menggunakan masjid untuk menyebarkan maklumat.
Ini belum pernah dilakukan oleh kerajaan BN yang semakin terencat idea. Malah kerajaan baru Selangor pun menyebarkan maklumat di masjid-masjid di seluruh Selangor. Mungkin parti pimpinan ustaz boleh mengajar parti UMNO dalam segi sebaran maklumat terkini.
Namun, pada masa yang sama, saya sudah hilang hormat kepada ustaz. Mengapa ustaz biarkan akhbar Harakah menyebarkan umpatan dan keji-kejian terhadap ramai insan sebangsa dan seagama?
Ustaz, saya mengaku bahawa ilmu saya tentang agama masih cetek, tetapi sebelum tidur, saya akan membaca al-Quran. Bermula dengan Surah Al-Baqarah lagi Allah telah berfirman, bahawa kita orang Islam jangan mengikut telunjuk orang-orang kafir, kerana mereka tidak akan reda kepada Islam selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka.
Saya lihat bukan saja parti UMNO membuat begitu malah parti pimpinan ustaz pun tiada bezanya.
Ustaz Nik Aziz, saya harap parti pimpinan ustaz dapat ketepikan perasaan marah seperti Saidina Ali ketepikan marahnya apabila ia ditempelak di zaman Rasullullah dahulu.
Saya amat berharap Pas dan UMNO bersatu menjadi golongan parti yang kuat, berwibawa dan tidak gentar pada ugutan orang-orang kafir. Seperti yang ustaz sedia tahu (bukankah ustaz selalu membaca al-Quran) di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka tidak akan reda kepada Islam hingga kiamat.
Setiap hari saya sujud kepada Ilahi semoga UMNO dan Pas bersatu, jangan seperti 'Hamas dan Fatah' yang selalu berbalah, yang menang ialah 'Yahudi'.
Ustaz Nik Aziz, besar kemungkinan selepas ini ustaz akan turunkan 'fatwa' mengkafirkan saya, mungkin juga ustaz akan melaknatkan saya.
Namun saya sedar, saya tiada hak untuk melaknat atau mengkafir sesiapa kerana saya ini hanya insan kerdil yang perlu merintih simpati daripada Allah yang Esa. Alhamdulillah di sanubari saya, Allah dan Nabi amat kasihkan saya. Amin


Oleh : IBU TUNGGAL SUBANG JAYA SELANGOR ,


Di petik dari Forum Utusan Malaysia 9 Jun 2009



Ambilah iktibar fatah dan Hamas di Palestin ,janganlah kita berbalah sesama kita yang akhirnya menguntungkan pihak lain .Dah ada ruang dan peluang untuk bersatu usahakanlah semoga berjaya.Kepada pemimpin-pemimpin politik di kedua-dua belah pihak buangkanlah sifat ego masing-masing demi kekuatan ummah .Ingat ISLAM itu menuntut umatnya semoga bersatu padu dan bertolak ansur sesama kita .Dan ingat kita tidak selamanya akan hidup di dunia ini .Kita semua akan dipersoalkan di akhirat kelak apa yang kita telah lakukan didunia ini .Renung-renungkanlah wahai kaum muslimin dan muslimat sekelian.Tidak menguntungkan kita berbalah sesama kita mencari kesalahan .Marilah kita sama-sama berdoa dan bersatu supaya kita kuat dan kita tidak sewenang-wenangnya dipijak oleh pihak lain ..........





YB PAS DOK BUAT APA NAK JUMPA PUN SUSAH




ABDUL Rahman Talib menunjukkan hakisan tebing Sungai Ketil yang hampir mendekati kawasan penempatan penduduk di Kampung Mengkuang Masjid Kuala Pegang, Baling, Kedah, semalam. - utusan/Azman Md Noor






Hakisan tebing Sg. Ketil serius

Oleh AZMAN MD. mailto:NOORutusankedah@utusan.com.my

BALING 8 Jun - Ketika pemimpin parti sibuk bermesyuarat menentu hala tuju parti dan kepimpinan Pas, segelintir penyokong parti tersebut kecewa dengan sikap wakil rakyat mereka yang gagal ditemui bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Ini berikutan masalah hakisan tebing Sungai Ketil di Kampung Mengkuang Masjid yang semakin membimbangkan penduduk dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan termasuk wakil rakyat.
Malah masalah itu dibangkitkan sendiri oleh penyokong parti itu kepada Utusan Malaysia yang membuat tinjauan mengenai hakisan tebing sungai tersebut.
Setiausaha Pas cawangan Kampung Mengkuang, Abdul Rahman Talib mengakui mereka sudah ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang, Johari Abdullah sebanyak empat kali bagi mengemukakan masalah hakisan.
''Sudah empat kali saya ke pejabat wakil rakyat ini tetapi masih gagal menemuinya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun telah menemui setiausaha wakil rakyat berkenaan namun masalah yang menghantui penduduk masih belum selesai.
Abdul Rahman berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak setahun lalu dan penduduk semakin bimbang kerana setiap kali banjir, tebing akan runtuh dan menghampiri rumah mereka.
Katanya, kepada siapa lagi penduduk hendak mengadu kerana sebagai wakil rakyat sepatutnya dia turun padang untuk mengetahui masalah rakyat.
Seorang lagi penduduk, Kamariah Saman,68, berharap pihak berkenaan datang melihat kawasan tebing sungai berkenaan yang semakin hari semakin membimbangkan.
''Kami semakin bimbang kerana hakisan sering berlaku selepas air sungai melimpah," katanya
Masalah hakisan tersebut cuba dibawa kepada pengetahuan wakil rakyat kawasan itu tetapi masih gagal.
Beliau berharap masalah penduduk ini dapat diatasi bagi membuktikan wakil rakyat bertanggungjawab terhadap masalah rakyat seperti yang dijanjikan semasa dalam kempen pilihan raya lalu.



Monday, June 8, 2009

Muhasabah la diri Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Husam....


Dalam dua tiga hari ini selepas muktamar PAS banyak orang menyebut tentang kerajaan perpaduan .Cadangan ini sebenaqnya mai dari Presidennya iaitu Tuan Guru Haji Hadi Awang dan disokong oleh Timbalannya Ustaz Nasarudin Mat Isa.Idea ini amat baik demi untuk merapatkan kembali hubungan persaudaraan sesama islam dan melayu yang sedikit longgar akibat daripada perbezaan politik .Tapi pada masa yang sama idea oleh Presiden PAS ini ditolak oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa kerana depa mengatakan jika diwujudkan Kerajaan Perpaduan PAS akan menjadi Kuda tungangan UMNO dan Pakatan Rakyat akan hancur .Tuan Guru Nik Aziz mengatakan tak perlu nak bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO penuh dengan penipuan dan bermacam-macam lagi tuduhan yang tidak berasas .Inilah masalahnya yang saya nampak apabila nak berpakat depa kata macam tu kata macam ni lama-lama melayu berpecah sesama sendiri .Dalam hal ni sapa yang untung orang lain dok bertepuk tangan dok tengok orang melayu semua berpecah belah bukan setakat 2 dah jadi 14 dah .Yang dok pakat menolak takut Kerajaan Perpaduan ini benar-benar terjadi adalah dari PAS .Pemimpin UMNO yang lain menyambut baik langkah ini kerana mereka sudah nampak kebaikkan yang akan semua dapat tak kira dari UMNO atau PAS jika ianya direalisasikan.Kepada sesetengah pihak dalam PAS yang takut sangat idea penubuhan kerajaan perpaduan ini muhasabah la diri kita sesama islam wajib untuk bersaudara sesama kita terlebih dahulu barulah dengan pihak lain.Adalah lebih baik mejadi kuda tunggangan kepada UMNO dariapada menjadi kuda tunggangan kepada DAP.Adakah anda semua mahu negara kita dijajah semula? Adakah anda mahu anak cucu kita selepas ini mendiami negara yang tidak aman? Kalau ini terjadi generasi akan datang akan menyalahkan kita generasi sekarang jadi fikir-fikirkanlah renung-renungkanlah semoga segala usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini diberkati oleh ALLAH S.W.T ...................................Buat Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Husam Musa berfikir baiklah jangan berfikir negatif sahaja semata-mata demi penyatuan umat islam dan melayu dinegara ini ......................