? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 11, 2009

SELAMATLAH ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT PAS DI KEDAH TAK JADI JANDA


Tiada baiah jatuh talak tiga di Kedah: Azizan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata tiada amalan baiah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti. Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan baiah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada baiah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain. "Saya memang baiah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.
"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini. Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mengenai wujudnya amalan baiah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti. Azizan berkata, perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (baiah jatuh talak tiga) terlebih dahulu.
"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? Dahlah kena tinggal, jatuh talak pula. "Hat ni (Yang ini) belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? Masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?" katanya. - Bernama


Tu dia MB Kedah bawa keluar kenyataan dah.Selamatlah bini-bini wakil rakayat PAS diKedah dari jadi janda.Jadi apa dok tunggu lagi pakatlah lompat parti tingailah PAS ni dan masuklah parti yang tak mainkan institusi kekeluargaan demi kepentingan politik.Nak kata betoi tak betoi geng-geng hempa jugak yang dok keluar kenyataan macam-macam nak bukti apa lagi sudah jelas nyata.Jadi kepada kawan-kawan yang ingin ulas isu ni dipersilakanlah ye.

BUNUH DI BALAS BUNUH

Bekas penuntut UKM bunuh Norzi Ayu, dihukum gantung



SHAH ALAM 11 Nov. - Graduan ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohamad hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh kekasihnya, Norzi Ayu Md. Noor, 27, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu dengan alasan Irawadi, 27, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.

Beliau turut menolak keterangan Irawadi bahawa dia tertikam Norzi Ayu secara tidak sengaja selain tidak langsung merancang untuk membunuh kekasihnya itu.

Irawadi dari Pasir Mas, Kelantan didapati melakukan pembunuhan tersebut antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 26 Julai 2004 di No. 2-1-6, Blok ST2, Apartmen Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Irawadi sepatutnya menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) pada Majlis Konvokesyen Ke-32 pada 7 Ogos 2004 sementara Norzi Ayu pula dijadualkan menerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Bioteknologi Genetik di UKM pada tahun yang sama. - Utusan


Adil dan saksama.Al Fatihah kepada Norzi Ayu dan kepada pembunuhnya terimalah balasan atas apa yang telah dilakukan ingat Allah itu Maha Adil.Takziah kepada keluarga Norzi Ayu.

Tuesday, November 10, 2009

Sapa Ada Gambar Keganasan Penyokong Kelantan Ni Serahlah Dekat Polis Ye......




PENYOKONG LIAR KELANTAN DIKESAN



KUALA LUMPUR 9 Nov. - Polis akan memburu penyokong-penyokong bola sepak Kelantan yang dipercayai bertindak agresif serta menjadi dalang menimbulkan huru-hara ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Mereka yang terlibat dalam insiden memalukan itu sedang dikenal pasti melalui rakaman video dan gambar yang diambil sepanjang perlawanan tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman menegaskan, mereka yang dikesan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan Polis Kontinjen Kelantan bagi mengesan serta mengecam mereka yang terlibat.
''Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam hal ini. Kita tegas dalam mengambil tindakan ke atas mereka,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain membaling mercun dan botol, perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-83 itu turut dicemari dengan insiden membakar tempat duduk stadium dan kain rentang. Malah, seorang krew kamera RTM turut cedera terkena batu yang dibaling oleh penyokong.
Muhammad Sabtu berkata, polis juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak stadium dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat ini.
Ia bertujuan membincangkan kelemahan serta 'kebocoran' yang wujud di bangunan stadium pada malam itu sehingga ada antara penonton menyeludup masuk mercun serta botol air melalui pagar di sekeliling stadium, katanya.
Orang nombor satu kontinjen Kuala Lumpur itu menyifatkan tindakan melampau penyokong Kelantan yang 'beraksi' di luar kawalan seolah-olah mencabar polis.
''Sebelum ini pun, kita telah mengeluarkan arahan supaya penyokong tidak bertindak di luar kawalan, tapi mereka degil. Jadi, kita terpaksa bertindak,'' tegasnya.

Sumber Dari Utusan Malaysia.





Memang tak lena tidoq la depa tu pasai polis nak buru depa .Kepada pihak polis burulah samseng-samseng bolasepak ni sampai ke lubang cacing.Dan kepada sesiapa yang merakamkan gambar tu serahkanlah kepada pihak polis untuk membantu siasatan.Jangan la pulak salahkan pihak polis dan kerajaan lepas ni kalau kena tahan .Berani buat beranilah tanggung yer.

Monday, November 9, 2009

WAHAI NEGERI SERAMBI MEKAH BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG DIBERIKAN


Nik Aziz mahu bincang royalti minyak dengan PM

KUALA LUMPUR -
Kerajaan Kelantan tetap mahu menuntut pembayaran wang royalti minyak walaupun Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan untuk negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bagi tujuan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan perkara itu.Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen Husam berkata, tidak kiralah berapa jumlah wang ihsan yang akan dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri menganggap ia sebagai "sedekah" dan masih mahu menuntut royalti minyak.Kerajaan Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004.Rabu lepas, Najib mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Kelantan tahun depan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. - Bernama


PM dalam pembentangan bajet baru-baru ini mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Negeri Kelantan demi untuk kesejahteraan rakyat mereka .Walaupun pengeluaran minyak diluar persisir pantai Kelantan depa dengan muka tak malu dan tidak tau bersyukur dengan apa yang diberikan masih lagi menangguk di air yang keruh untuk menuntut royalti minyak.Buat PM kita janganlah melayan sangat puak-puak ni ibarat bagi betis nak paha.Depa ni bukan tak faham yang depa memang tak layak untuk menuntut royalti minyak tetapi sengaja mencari publisiti untuk menagih simpati rakyat Kelantan.Percayalah isu Royalti Minyak ini akan terus dimainkan oleh puak-puak PAS ini sehingga PRU ke 13........

Sunday, November 8, 2009

BN 3 PAS 1

Bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran yang dicetuskan oleh penyokong Kelantan
Tempat duduk penonton yang dibakar oleh penyokong Kelantan




Jurukamera RTM yang dibaling batu oleh penyokong Kelantan
BOLASEPAK,MERCUN,DAN KEGANASAN
Piala Malaysia sudah berakhir semalam dengan keputusannya ialha BN 3 dan PAS 1(Negeri Sembilan 3 Kelantan 1).Sengaja saya ibaratkan BN dan PAS yang lawan bola semalam walaupun sukan dan politik tak boleh dicampurkan tetapi secara kebetulannya Negeri Sembilan di perintah oleh BN manakala Kelantan diperintah oleh PAS DAN jika saya tak letakkan tajuk yang sebegitu pun kalau Kelantan yang menang semalam pasti ada blogger-blogger lain yang akan memberikan tajuk yang sama seperti yang saya buat.Saya juga menyaksikan perlawanan semalam walaupun pasukan kesayangan saya KEDAH telah terkeluar awal.Saya begitu teruja untuk menyaksikan perlawanan semalam kerana saya ingin melihat telatah dan gelagat penyokong-penyokong Kelantan yang terkenal dengan sikap ganas , suka membakar mercun dan merosakkan harta benda awam.Dalam fikiran saya sudah terbayang apa yang akan dibuat oleh para penyokong Kelantan ini tidak hairanlah penyokong Kelantan ini tidak dibenarkan untuk menyaksikan Bolasepak ini distadium pada satu satu masa dulu kerana keganasan mereka inilah.Puak-puak ni menang ka kalah ka sama ja perangai .Jenis pemimpin dok ajar macam tu suka merusuh dan menyusahkan orang .Lepas ni FAM kena buat sesuatu kalau Kelantan masuk final lagi penonton depa jangan bagi masuk stadium tengok dalam tv cukup.Biaq la depa nak bakaq tv ka nak bakaq rumah depa ka nak baling batu bata ka nak buat pa saja ka kat rumah sendiri tak dak sapa nak kacau .Ni jurukamera pun depa baling batu sampai kena jahit .Tak perikemanusiaan langsung.Apapun sekalung tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia semalam dan tahniah juga kepada penyokong2 Negeri Sembilan atas sifat kesukanan tidak melayan provokasi yang dicipta oleh penyokong Kelantan.Buat pasukan Kelantan cuba lagi ditahun hadapan dan kepada sebahagian penyokong-penyokong Kelantan yang suka sangat main mercun balik la main kat rumah ramai-ramai ye


















































Wednesday, November 4, 2009

SELAMAT BERJAYA DR.ASRI




Dr Mohd Asri akan ambil tindakan undang-undang

BUKIT MERTAJAM: Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain AlGhari berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Beliau berkata semua tuduhan yang dilemparkan oleh keduadua pihak itu adalah tidak berasas.
"Saya ingat tindakan ini sudah melampau dan ini adalah tuduhan berat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' di Institut AlQayyim, Mengkuang, di sini, malam semalam.
Kuliah itu diadakan bagi menjelaskan pelbagai dakwaan terhadapnya berikutan penahanannya Ahad lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah.
Mohd Asri mendakwa PGSM melakukan serangan peribadi terhadapnya dalam satu memorandum bertarikh 12 Okt lepas kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Mohd Asri juga melahirkan rasa kesal terhadap Zamihan yang mendakwa beliau memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda dari Universiti Jordan.
Zamihan, yang merupakan petugas Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dilaporkan berkata berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.
"Saya minta Jakim memberi penjelasan terhadap tindakan petugasnya (Zamihan) dan Jais memberi penjelasan mengenai cara saya ditahan," katanya sambil menjelaskan kira-kira 35 anggota Jais terlibat dalam penahanannya pada malam itu.
Beliau berkata tindakan Jais itu seolah-olah beliau melakukan jenayah besar.
Mengenai penahanannya itu, Mohd Asri mendakwa ia adalah satu konspirasi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya.
"Ada pihak yang mahu melihat saya dimalukan," katanya. BERNAMA
Ahad lepas kita semua dikejutkan dengan penahanan Mantan Mufti Perlis iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebuah banglow .Penahanan beliau dikatakan kerana tidak mempunyai tauliah untuk mengajar di Negeri Selangor.Semua blog-blog yang saya layari menceritakan tentang penahanan Dr Maza ini.Ramai yang menyokong Dr Asri termasuklah PM , MB Selangor ,BN,PAS ,NGO tidak ketinggalan juga golongan artis.Ramai yang meminta JAIS memberikan penjelasan tentang penangkapan ini .Ada juga pihak-pihak yang menyatakan beliau memalsukan kelayakan beliau.Begitu besar sekali tekanan demi tekanan yang diterima oleh DR MAZA ini .Dr MAZA dikenali kerana beliau begitu berani mengkritik tidak kira UMNO atau PAS dan beliau menyatakan apa yang benar demi perpaduan Islam.Oleh itu tidak hairanlah beliau sentiasa mendapat rebutan termasuklah baru-baru ini ditawarkan untuk menyertai parti PAS. Rakan-rakan yang dihormati sekelian tolong berikan komen anda mengenai DR MAZA.

Tuesday, November 3, 2009

HATI-HATI CERUN RUNTUH



Dua buah jengkaut sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas berlaku tanah runtuh di KM 12 Jalan Ipoh menghala ke Templer Park dan Selayang Height, Kuala Lumpur pagi ini. Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM
Jalan Rawang-KL dibuka untuk kenderaan ringan
03/11/2009 3:40pm
RAWANG 3 Nov.— Jalan Rawang ke Kuala Lumpur yang ditutup akibat cerun runtuh awal pagi tadi telah dibuka semula kepada kenderaan ringan pada pukul 11 pagi tadi dengan melalui Jalan Selayang Height.
Deputi Supritenden Mohd. Asri Md. Akhir dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, bagaimanapun jalan itu hanya dibuka sehala manakala jalan dari Kuala Lumpur ke Rawang masih ditutup untuk semua kenderaan.
Beliau berkata, kerja pembersihan runtuhan tanah masih dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kejadian pukul 2.45 pagi tadi menyebabkan jalan persekutuan di KM12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching ditutup kepada semua lalu lintas.
Cerun yang runtuh itu menyebabkan laluan kedua-dua arah Jalan Rawang-Selayang dipenuhi tanah dan lebih 80,000 pengguna tidak dapat melalui jalan itu yang ditutup sejak pukul 4.45 pagi. - Bernama