Serina 'Bunting Pelamin', Chef Wan Teruja Dapat Gelaran 'Datuk' Lagi
AYAH mana yang tidak gembira bila mendengar berita yang anak perempuan kesayangannya hamil, hanya beberapa hari setelah dikurniakan gelaran 'Datuk'.Tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan sukar hendak menggambarkan perasaannya dengan kata-kata setelah berita gembira itu disampaikan oleh Serina sebaik saja dia pulang dari berjumpa doktor petang tadi.Chef Wan yang menerima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Serina sekitar jam 5 petang tadi hanya mampu memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana sememang itulah yang diinginkan olehnya.Serina yang 'bunting pelamin' telah diijab kabulkan dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan. Pasangan yang sama cantik dan sama padan itu telah diraikan dalam enam resepsi.Kemuncak segala majlis resepsi Serina Redzuawan dan suami tercinta berlangsung dengan penuh tradisi dalam satu majlis yang berkonsepkan persandingan dalam taman di mana Serina dan suami mengenakan pakaian rekaan Radzuan Radziwill berwarna lavender dan aktres rupawan itu didandan bak Puteri Rania, di The Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada 3 Januari."Saya tidak sangka Allah kabulkan permintaan saya secepat ini. Alhamdulillah saya begitu gembira sampai terbayang-bayang gambar sikenit tu," jelas Chef Wan yang kini berada di Macau.Jelasnya lagi, "Sejurus selepas saya mendapat berita itu ketika saya sibuk di penggambaran St Paul Ruins, Macau, hati saya melonjak kegembiraan. Tuhan selalu memberi apa yang saya hendak."Saya memang suka kanak-kanak. Merekalah anugerah yang tidak ternilai oleh Allah. Anak-anak adalah amanah dan amanah itu mesti dijaga dengan baik. Terus saya terbayang, saya akan masak dengan tiga generasi Chef."Chef 3, si kecik ni yang akan melihat macam mana Tok Wan dia menceceh depan TV memasak. Alangkah bahagianya kalau perkara itu terjadi... insya Allah," kata chef berusia 53 tahun itu.Chef Wan tidak lupa menitipkan pesan dan nasihat untuk Serina agar menjaga kandungan baik-baik."Saya pesan pada Serina agar jangan lasak-lasak dan cuba berehat, makan makanan yang berzat dan jangan tinggal sembahyang serta bersyukur pemberian yang terlalu istimewa ini."Saya juga akan mencarikan Serina buku parenting dr Spock tu supaya dia boleh membaca dan mengambil tips dari situ. Malah ketika bekas isteri saya mengandungkan Nazri (Chef Riz), itu pun bunting pelamin juga....," kata Chef Wan yang juga menghubungi menantu kesayangannya Salahauddin untuk mengucapkan tahniah.Katanya lagi, "Saya juga menasihatkan Salahuddin agar jaga Serina baik-baik. Saya sudah terbayang wajah comel cucu saya. Saya juga sudah tawarkan diri pada Salahuddin untuk jadi babysitter bila dah ada baby nanti."
Dan memandangkan keadaan Serina yang kini berbadan dua, resepsi perkahwinan yang dirancang diadakan di Sg Koyan terpaksa dibatalkan dan kemungkinan diganti dengan acara majlis cukur jambul kata Chef Wan."Saya pernah bersenda dengan Serina dan Salahuddin tentang resepsi di Sg Koyan. Saya ckapa jangan lambat-lambat nanti bunting pelamin pula. Tak sangka masin pula cakap saya."Malah Salahuddin juga pernah melawak katanya dia akan beri saya hadiah 'Chef 3' selepas Chef Wan dan Chef Riz. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat segala limpah kurniaNya," kata Chef Wan separuh sebak. Sebelum mengakhiri perbualan, Chef Wan dengan nada riang berkata, "Siapa sangka ye, saya akan dapat dua title 'Datuk' tahun ini. Inilah keajaiban."
Monday, February 8, 2010
Chef Wan Dapat Anugerah Datuk Kali Kedua
Posted by lagenda at 12:54 PM 0 comments
Sunday, February 7, 2010
UMNO, Juara Rakyat Jika Pemimpin dan Ahli UMNO Ubah Sikap

Pemimpin Dan Anggota Umno Angkuh Digesa Kikis Tabiat Itu
BALING: Pemimpin dan anggota Umno digesa mengikis tabiat buruk angkuh mereka agar hati orang ramai dapat ditawan semula untuk menyokong parti ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Umno kini sedang bekerja keras untuk memikat semula sokongan orang ramai setelah menerima keputusan mengecewakan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
"Tidak ada masa untuk kita mengamalkan sikap keangkuhan dalam parti ini kerana pilihan raya umum ke-13 dijangka dalam masa dua tahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Juara Rakyat di Baling, Kedah.
Menurutnya memang tidak dinafikan ada sesetengah anggota Umno mengamalkan sikap ego dan angkuh dalam parti tetapi mereka hendaklah membetulkan apa yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sikap angkuh merupakan salah satu punca utama Barisan Nasional (BN) menerima keputusan teruk pada pilihan raya umum lepas.
"Orang ramai akan membenci pemimpin yang menjauhkan diri daripada masyarakat, sukar untuk ditemui, apa lagi pemimpin yang megah dan angkuh," tegas beliau.
Bagaimanapun, beliau berkata program itu menyaksikan acara jangka panjang Umno untuk memahami punca masalah orang ramai dan mencari cara yang paling baik bagi menyelesaikannya.
"Kita mestilah tunjukkan bahawa parti kita ialah juara orang ramai dan pemimpin parti di semua peringkat berusaha memenuhi aspirasi orang ramai di negara," kata Hishammuddin.
Beliau berkata parti itu mestilah bersungguh-sungguh menunjukkan bahawa B Nsentiasa menghargai sentimen orang ramai melalui pelbagai usaha yang telah dilakukan.
"Semua pemimpin Umno mesti bekerja kuat bagi mengukuhkan parti sebelum pilihan raya umum agar parti itu tidak akan dilupakan dan hanya kekal sebagai satu ingatan pada masa akan datang," kata beliau.
Antara pemimpin Umno yang hadir pada pelancaran itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. BERNAMA
Posted by lagenda at 12:01 PM 1 comments
Saturday, February 6, 2010
Anuwar Idola Saya.........?
Posted by lagenda at 11:26 AM 0 comments
Friday, February 5, 2010
Ikan Apa Ni Makan Tikus ?
Ikan African (Kafue) Pike atau nama saintifiknya, Hepsetus odoe hidup di kawasan liar dan bersifat karnivor seperti ikan piranha.
Ini mungkin dapat menerangkan sifat agresifnya yang
dapat diperhatikan apabila anda mencelup tikus dalam akuarium berisikan ikan African Pike itu.Tikus itu disambar lalu ditelan dalam tempoh kurang seminit! Begitulah pantasnya pergerakan ikan ini membaham mangsa.
African (Kafue) Pike bersifat kanivor justeru boleh makan udang, daging lembu dan cacing.
Ia mampu membesar sehingga 12 inci atau lebih daripada ukuran itu. Ia juga menelan udang, daging lembu, dan cacing.
Bagi mereka yang ingin membela ikan African (Kafue) Pike, pastikan akuarium anda memiliki persekitaran yang menyamai suasana alam semulajadi.
Akuarium anda juga perlulah besar untuk membela ikan ini. -MSTAR ONLINE
Posted by lagenda at 12:27 PM 1 comments
Tuesday, February 2, 2010
Demontrasi Lagi Hari Ini...?
GEMPAR! RANCANGAN JAHAT PKR ESOK SEMASA KES LIWAT BERJALAN! MESTI BACA DAN EDARKAN DENGAN SEGERA!
Saya baru dikhabarkan oleh seorang sahabat dari PKR bahawa malam tadi lebih kurang jam 8.30 malam, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman Anwar Ibrahim. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja semasa bicara kes LIWAT Anwar dijalankan.Yang mempengerusikan mesyuarat ini adalah Datin Seri Wan Azizah sendiri dan di antara orang yang hadir adalah Shamsul Iskandar, berikut adalah tindakan-tindakan yang akan dibuat sepanjang perbicaraan ini berlangsung: 1.Esok Karpal Singh akan memohon supaya Dato Seri Najib dan Datin Seri Rismah disapina sebagai saksi ke dalam kes Liwat ini (apa kena mengena mereka berdua dalam kes ini?)2.Esok mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk membuat kacau bilau, bukan rakyat tetapi orang-orang upahan mereka yang akan membuatnya, tujuan mereka supaya mereka boleh memancing polis, bila berlaku kekasaran dan ini sekaligus akan membuat orang ramai simpati kerana polis bertindak ganas! 3. Shamsul Iskandar telah dilantik sebagai 'field commander'! Esok misi provokasi pertama menentang polis akan dimulakan! Ini baru permulaan, mereka akan menggunakan lebih ramai orang lagi supaya ianya nampak lebih gah! Mereka juga akan mengadakan pelbagai jenis perhimpunan sepanjang perbicaraan kes ini!Maka pesan saya kepada sesiapa yang patut, berhati-hatilah, musuh dalam negara ini sudah diaturkan untuk menggunakan taktik jahat, saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengenai hal ini!Saya minta jasa baik rakan bloggers semua supaya edarkan artikel ini tak kira dalam FB atau Twitter atau mana-mana saja, suapay kita tidak tertipu dengan mainan mereka ini lagi!Juga baca disini tentang isu yang sama dan amaran polis mengenai perhimpunan haram esok!http://parpukari.blogspot.com/
Posted by lagenda at 7:22 AM 2 comments
Monday, February 1, 2010
Piliharaya Kecil D.U.N Kota Seputeh Bila-Bila Masa ?
JITRA 1 Feb. - Persoalan sama ada Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Sarip kekal sebagai wakil rakyat atau terpaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dijangka diketahui dalam tempoh terdekat ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan bagi menyelesaikan kemelut mengenai status kerusi DUN Kota Siputeh itu sama ada ia dikekalkan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau terpaksa memberi laluan kepada pilihan raya kecil.
“Kita sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan ini setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi,” kata beliau ketika dihubungi Bernama. - Bernama
Posted by lagenda at 7:06 PM 2 comments
Berhati-hati Bawa Anak Naik Eskalator.......
Kasihannya bayangkanlah benda ini terjadi kepada anak-anak kita dan keluarga kita bagaimanalah rasanya yer.Kadang-kadang takut juga nak bawa anak pergi pasaraya naik eskalator ni bukan pa malang tidak berbau.Bayangkanlah perasaan seorang ibu menunggu selama 1 jam barulah anaknya dapat dilepaskan.Oleh itu berhati-hatilah bila naik eskalator tu kepada yang perempuan janganlah pakai kain yang meleret sangat sampai ke lantai takut kejadian ni berlaku tak dapat nak dibayangkanlah apa yang terjadi apabila di heret masuk ke eskalator tu ,bukan nak menggalakkan perempuan pakai singkat pula tetapi agak-agak menutupi aurat la.Jadi kesimpulannya naik tangga lebih selamat selain mengeluarkan peluh ianya menjadi satu senaman yang amat baik untuk kesihatan kita.Berita Penuh baca kat bawah ni.
Kanak-kanak lelaki cedera parah kaki tersangkut di eskalator
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Utama di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa bersama ibunya sedang menuruni eskalator terbabit untuk ke lobi dan tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan menangis apabila kaki kirinya tersangkut di tangga bergerak itu. Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu selepas mendengar jeritan ibu mangsa.
Mereka bagaimanapun, terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu selepas percubaan mereka gagal. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak pengurusan pusat membeli-belah itu kira-kira jam 11.56 pagi. Sebuah jentera dengan lima anggota bergegas ke lokasi, dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dalam tempoh setengah jam.
Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pakar Damansara untuk rawatan lanjut. - Bernama
Posted by lagenda at 10:54 AM 6 comments




