? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 9, 2010

Sepandai-Pandai Tupai Melompat ,Akhirnya Jadi Angkasawan Juga

GAMBAR menunjukkan kepala dua ekor tupai tersangkut ke dalam tempurung kelapa di fareham, Hampshire, Britain baru-baru ini.



Kepala tupai tersangkut dalam kelapa


LONDON - Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.
Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya.
Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.
Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa.
"Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya.
- Agensi



Peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh ke tanah juga tetapi kes ini lain pula yer dia tersangkut dekat tempurung kelapa macam mana tu.Melihat gambar tupai tersangkut buah kelapa ni memang melucukan dan perkara ini jarang terjadi .Dah macam angkasawan la pula..............

Monday, March 8, 2010

Buat Duit Dengan Air Paip...................

Md. Hussain (kiri) meneliti label produk minuman yang didakwa air penyejuk badan ketika serbuan di kilang pengeluarnya di Jitra semalam

JERLUN - Seorang pengusaha di sini berjaya memperdayakan ribuan pengguna sejak tiga tahun lalu dengan menghasilkan produk minuman penyejuk badan yang sebenarnya diperbuat daripada air paip.
Teknik penghasilan produk itu amat mudah iaitu menggunakan air paip yang ditapis sebelum dicampur dengan sejenis bahan yang belum dikenal pasti dan dijual dengan harga RM1 sebotol.
Kegiatan pengusaha itu bagaimanapun dihidu pihak berkuasa sebelum premisnya di Jalan Alor Setar-Kangar di sini diserbu oleh lapan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu semalam.
Hasil siasatan mereka mendapati produk itu juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Md. Hussain Lebai Yusof berkata, produk itu bukan minuman kesi- hatan tetapi hanya air minuman berasaskan air paip.-KOSMO

Macam-macam penipuan dok ada la ni yer.Air paip pun leh dibuat duit.Ni kreatif tak kena tempat dan memang patut la dikenakan tindakan sebab menipu orang.Apa pun tahniah kepada Jabatan Kesihatan yang dapat menghidu taktik yang dibuat oleh penyangak ini yang boleh mengugat tahap kesihatan orang ramai yang meminumnya.Kena lebih berhati-hati la lepas ni nak minum air penyejuk badan takut bila minum jadi air panas badan la pula.......


Sunday, March 7, 2010

Zulkifli Nordin Menyertai PAS.......?


PAS Sedia Terima Zulkifli

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.
"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.
"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.
Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.
"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.
Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.
"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.-MSTAR ONLINE
Nampak gayanya masih laku Y.B Zul kita ni yer sampaikan PAS menawarkan tempat kepada beliau.Kalau dia menyertai PAS tidak bermaknalah perjuangan beliau selama ini kerana PKR dan PAS itu sama la juga.Baik jadi ahli Parlimen Bebas daripada menyertai PAS yang lebih teruk dari PKR menjadi boneka DAP tu.UMNO tak mau ka dekat Y.B Zul ni tak ada apa-apa tawaran ke sama seperti PAS buat ni.Apa-apa pun Lu Fikirlah Sendiri Y.B Zul.................

Saturday, March 6, 2010

Akhirnya Anwar Ibrahim Mengaku Juga........


Mengaku juga akhirnya DSAI ni yer tetapi bukan tentang kes liwatnya tu tetapi mengenai PKR menghadapi banyak masalah apabila ramai wakil rakyatnya meningalkan parti sejak kebelakangan ini.Ini menunjukkan bahawa parti yang diketuai oleh DSAI ini tidak mantop dan menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan.Untuk mengembalikan imej Pakatan Rakyat mereka akan mengadakan Pelancaran Program Semboyan Halilintar ke Putrajaya Pakatan Rakyat (PR) ..Buat lah apa program pun yang penting rakyat sudah muak dan sudah tidak lagi mempercayai PKR ........
Anwar akui PKR sedang hadapi masalah

MELAKA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti, baru-baru ini. Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan. "Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam tadi.
Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti. - Bernama

Friday, March 5, 2010

Akibat Cemburu Sesama Wanita.........

KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Feisal Libertus Abdullah memeriksa tempat kejadian di mana Suhana Mohd Syariff, 26, (gambar kecil) yang mati ditikam oleh rakan karib wanitanya berbangsa cina di Jalan Kristal, belakang Shahab Perdana, Alor Setar, 3 Mac. - Utusan
ALOR SETAR 4 Mac - Suhana Mohd. Sharif, wanita yang mati akibat ditikam oleh rakan karibnya sendiri malam tadi, pernah mengadu menghadapi masalah beberapa hari sebelum kejadian yang menimpanya itu.
Allahyarham yang berusia 26 tahun pernah memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Zaharah Idrus, 60, kira-kira tiga hari lalu.
Menurut Zaharah, dia tidak menyangka luahan masalah Suhana itu berakhir dengan insiden ngeri apabila anaknya ditikam sehingga mati oleh rakan baiknya sendiri.
"Pada malam kejadian, dia (Suhana) keluar dari rumah kira-kira pukul 8 malam tanpa memberitahu ke mana dia pergi. Saya sempat berpesan kepadanya supaya membeli beberapa barangan dapur.
"Namun, sampai tengah malam, dia tidak pulang ke rumah sehinggalah polis datang kira-kira pukul 1 pagi tadi memaklumkan anak saya meninggal dunia akibat ditikam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Allahyarham Suhana meninggal dunia setelah ditikam bertubi-tubi oleh rakan wanitanya di Taman Kristal, Mergong di sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam itu apabila mangsa dikatakan ditikam tujuh kali di beberapa bahagian badan termasuk perut dan dada.
Rakan wanita yang dipercayai menikamnya kemudian turut mengelar tangan kiri dan menikam dadanya sendiri sejurus kejadian tersebut.
Zaharah yang tinggal di Tongkang Yard di sini berkata, dia dan keluarganya selalu menasihatkan arwah agar tidak terlalu rapat dengan Oren yang berperwatakan seperti seorang 'tomboy'.
"Anak saya dan wanita itu berkawan baik sejak tujuh tahun lalu. Dia (Oren) selalu datang ke rumah namun saya tidak suka Suhana terlalu rapat dengannya.
"Pada hari raya tahun lalu perempuan itu tidak datang ke rumah saya dan saya ingatkan Suhana tidak lagi berkawan dengannya," katanya.
Zaharah mendakwa, Suhana mempunyai seorang rakan lelaki di tempat kerja dan itu mungkin menjadi punca perbalahan sehingga menyebabkan kejadian malam tadi.
"Saya begitu sedih dan tak sanggup melihat mayat Suhana kerana kesan luka akibat tikaman itu terlalu banyak di tubuhnya," katanya sebak.
Dalam pada itu, kakak sulung arwah, Shafinaz, 40, memberitahu, adiknya merupakan seorang yang periang tetapi semalam dia dilihat seperti banyak mendiamkan diri.
"Arwah sangat sayang dan suka bergurau dengan anak-anak saudaranya namun semalam apabila anak saya tanya dia mahu keluar ke mana dia hanya mendiamkan diri," ujarnya..
Al Fatihah diucapkan kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan anak mereka .Inilah akibat cemburu buta dan kerana itu berlakunya tragedi ini .Diharap keluarga mangsa bersabar dan menerima dugaan ini dengan tabah.

Thursday, March 4, 2010

Berhati-Hati Membaca Buku Ketika Berjalan..........

IBU pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra I (SMKTIP1) cuba menenangkan Noreha Abu Hassan selepas kakinya tersepit pada jeriji penutup longkang ketika asyik membaca buku ketika berjalan pulang ke rumahnya dekat Kampung Baru, Gua Musang, petang kelmarin. Pelajar itu asyik menyemak buku dan tidak menyedari jeriji sehingga kakinya tersepit pada celah besi berkenaan hingga paras betis. Sepasukan tiga anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang berjaya mengeluarkan kaki mangsa tanpa sebarang kecederaan. - Foto Ramli Ibrahim Berita Harian
Budaya membaca ini amat bagus dan dimana sahaja kita boleh untuk membaca buku tetapi kita juga harus berhati-hati jika kita membaca sambil berjalan takut terjadi seperti adik kita ini.Apa pun alhamdulillah dia tidak mengalami kecerderaan yang serius dan beliau juga harus diberi penghormatan dan pelajar contoh untuk pelajar-pelajar lain tidak kira dimana sahaja berada membaca buku tetap no 1......

Monday, March 1, 2010

Fairus dah Keluar PKR,Zulkifli Nordin bila lagi?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno. - foto BERNAMA


Satu lagi tamparan hebat yang PKR terima apabila bekas TKM 1 Pulau Pinang keluar PKR untuk menyertai UMNO.Mohammad Fairus membuat tindakan bijak dengan menyertai UMNO kerana hanya UMNO sahajalah yang dapat memperjuangkan nasib orang-orang melayu di negara ini.Selepas Fairus selepas ini mungkin Y.B Zulkifli Nordin pula yang akan menyertai UMNO sama-samalah kita nantikan.Baru-baru ni Y.B Zul telah mengeluarkan kenyataan melalui blognya dengan lantang menyuarakan pendapat berhubung pimpinan Islam yang sedia menjadi ‘bajingan’ dan ‘balaci’ terhadap pihak tertentu. Beliau turut menyelar orang bukan Islam membabitkan isu penghinaan dan pertikaian terhadap hukum Islam serta pemimpin yang mementingkan kedudukan dan jawatan dengan mengetepikan prinsip dan matlamat perjuangan sebenar agar kembali berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. .Itulah Y.B Zul yang sentiasa membuatkan Anwar Ibrahim pening memikirkan tentang tingkah lakunya..........


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
Menurut beliau keputusan berkenaan dibuat atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
"Saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta kepentingan rakyat malaysia, saya mengumumkan penyertaan saya dalam umno dan Barisan Nasional (BN).
"Oleh yang demikian dengan rasmi saya keluar daripada PKR atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti tersebut," katanya pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini malam tadi.
Pengumuman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut dibuat selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik tanah air.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.
Menurut Mohammad Fairus, beliau mengambil keputusan meningalkan PKR kerana parti itu dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsa Melayu.
"Kemuncak batas kesabaran saya ialah apabila isu kalimah Allah timbul, saya memantau setiap kenyataan pemimpin yang ada di Malaysia tanpa mengambil kira parti politik.
"Tapi bila lihat kenyataan pucuk pimpinan dan kenyataan rasmi PKR, ianya amat mendukacitakan... tenyata mereka begitu longgar mempertahankan perkara sepenting itu dan sedasar itu," katanya.
Pertengahan bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.
Kes berkenaan antara lapan kes berprofil tinggi yang ditutup SPRM.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya berkata, beliau sebagai Presiden Umno menerima penyertaan Mohammad Fairus dengan senang hati.
Katanya, beliau menyedari tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno adalah atas dasar prinsip perjuangan dan bukan kerana jawatan.
"Kami terima dengan senang hati kerana saya tahu bahawa Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan dasar (perjuangan), bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran.
Selain itu Najib juga menyatakan keyakinan bahawa Mohammad Fairus mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada Umno.
"Selamat datang Fairus... kita akan jaga dia dengan baik, saya percaya dia boleh bagi sumbangan yang besar kepada Umno untuk membela nusa dan bangsa," katanya.
Tambah Najib lagi, tindakan Mohammad Fairus itu membuktikan PKR gagal mempertahankan prinsip untuk memartabatkan agama Islam.
"Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR kerana parti itu gagal mempertahankan apa yang dianggap sebagai soal prinsip.
"Prinsip yang paling penting ialah maruah dan martabat agama Islam, dalam hal ini dia berpendapat PKR gagal berbuat demikian," katanya.-MSTAR ONLINE