? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, September 23, 2011

Nik Aziz Cabar Karpal Keluar Pakatan Rakyat.......




PAS tetap laksana hukum hudud walaupun dapat tentangan Kit Siang, Karpal

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendiriannya mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebelum ini dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu. "Nak jumpa berapa kali jumpa dah... DAP dah keluar sekali dalam APU dulu. Tak apa saya kata... bye bye tak ada apa, sekarang ini dia masuk balik, jadi itu dia punya pasal.

"Kalau tak mahu buat negara Islam, kita buat bumi sendiri, jangan menumpang bumi Allah, buat udara sendiri, jangan menumpang udara Allah, buat matahari sendiri, jangan menumpang matahari Allah. Selagi kita menumpang di bumi Allah maka agama yang Allah rasmikan ialah Islam," katanya ketika ditemui selepas Himpunan Peserta Kursus Kenegaraan 2011, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS menubuhkan negara Islam meskipun mendapat tentangan, terutama daripada DAP.

Semalam, akhbar melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh terkejut dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Tun Dr Mahathir dilaporkan membidas Nik Aziz kerana menganggap beliau penghalang utama pelaksanaan hukum itu ketika menjadi Perdana Menteri dan bukannya Karpal. Dr Mahathir juga mencabar Nik Aziz melaksanakannya kerana beliau kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh menghalangnya berbuat demikian.

Mengulas hasrat pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin menjejaskan hubungan PAS dengan rakan dalam pakatan pembangkang, Nik Aziz menegaskan beliau tetap dengan pendirian itu.
"Saya tetap dengan agama Islam dan itu adalah yang diperjuangkan waktu mula-mula PAS diwujudkan. Ia bukan benda baru lagi... (mengenai) dialog, berapa kali dialog dah kami lakukan, sudah 20 tahun," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Karpal berkata cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan PAS ke-57, pada Jun lalu yang menukar dasar penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Ia bukan saja dilihat tidak pragmatik, malah tidak kena pada masanya selain bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan boleh menimbulkan ketakutan masyarakat bukan Islam.

Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

“Pelaksanaan hukum hudud boleh mengundang kebimbangan masyarakat bukan Islam bahawa ada usaha untuk mewujudkan negara Islam seperti Arab Saudi dan Sudan yang melaksanakan hukum hudud sehingga wujud jurang antara masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya ketika dihubungi.

Karpal juga berkata, Kerajaan PAS Kelantan harus pragmatik dan menerima hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan apa juga undang-undang berhubung kesalahan jenayah adalah termasuk dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pakatan pembangkang juga perlu menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan bagi meredakan kebimbangan masyarakat bukan Islam, tetapi menyifatkan kenyataan Anwar sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili PKR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam laman sosial Twitter, berkata DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Lim berkata, hasrat PAS menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bertentangan dengan dasar pakatan itu sebelum ini dan sebarang perubahan perlu diputuskan ketiga-tiga parti.

Sementara itu Anwar berkata, secara peribadi beliau menyokong usaha kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak orang bukan Islam dan pentadbiran adil adalah dijamin.

“Buat masa ini, secara umum pada dasarnya saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil. Ia tidak mencabuli hak orang bukan Islam dalam apa cara sekalipun," katanya.-Berita Harian

Tuesday, September 20, 2011

PAS Hentam DAP Isu Tukar Jalur Gemilang








VS










PAS bantah tukar Jalur Gemilang
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/09/20
Pemimpin pembangkang bidas ADUN DAP keluar kenyataan kontroversi

KUALA LUMPUR: PAS membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan yang ingin menukar Jalur Gemilang jika pembangkang menguasai Putrajaya, sebaliknya mahu bendera yang menjadi simbol kekuatan negara itu dipertahankan walau apapun berlaku. Sambil mempersoalkan hasrat ADUN DAP itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tiada sebab untuk pembangkang menukar Jalur Gemilang dan meminta pemimpin supaya lebih berhemah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi. “Bendera Malaysia sudah abadi dalam sejarah dan kehidupan masyarakat kita. Perjuangan untuk ke Putrajaya bukannya mahu menukar bendera sebaliknya mahu menukar kepemimpinan yang ada. PAS akan mempertahankan Jalur Gemilang sebagai bendera negara.

“Bagi saya apakah salah dan ada dosa hingga kita perlu menukar bendera... pemimpin (pakatan pembangkang) perlu lebih cermat dalam membicarakan mengenai isu membabitkan kenegaraan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Salahuddin menyifatkan hasrat Manoharan itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya keputusan pembangkang.

Manoharan dalam laman sosial Facebooknya memaklumkan beliau mengedarkan bendera DAP di kawasannya dan menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan lebih Barisan Nasional (BN) daripada Malaysia.
Tindakan pemimpin DAP itu turut ditempelak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan cadangannya sebagai bukti pembangkang mempunyai niat untuk merombak segala-galanya di negara ini tanpa menghormati atau menghargai sejarah dan warisan negara.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, turut membidas cadangan Manoharan dengan menegaskan bahawa parti itu tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada mana-mana pemimpin pembangkang.

Tuan Ibrahim berkata, Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan serta tidak boleh diperlekeh mahupun dipersendakan.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan atau berhasrat untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya mereka menguasai Putrajaya.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata Manoharan perlu meletak jawatan sebagai ADUN dan belajar semula undang-undang berikutan kenyataan dangkalnya mahu menukar Jalur Gemilang.

“Sebagai warga negara Malaysia dan sebagai seorang pengamal undang-undang, Manoharan sepatutnya maklum bahawa bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara dan cadangannya itu adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara,” katanya

Saturday, September 17, 2011

Permohonan Maaf ADUN DAP tentang Komen Mengenai Jalur Gemilang






Adun DAP Mohon Maaf Atas Komen Tentang Jalur Gemilang
Oleh ISABELLE LAI

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mengeluarkan pandangan kontroversi di laman Facebooknya agar bendera Jalur Gemilang ditukar jika Pakatan Rakyat memerintah akhirnya telah menarik balik kenyataan tersebut.

Beliau telah memohon maaf tentang pandangan tersebut di laman Facebook beliau.

“Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf jika komen saya mengenai bendera Malaysia itu telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua. Terima kasih,” katanya dalam kemaskini yang dibuat di laman tersebut.

Terdahulu, ketika dihubungi oleh The Star, beliau memberi alasan mengeluarkan pandangan tersebut kerana berpendapat, rekaan bendera Jalur Gemilang menyerupai bendera Barisan Nasional (BN) dan tidak memberi gambaran mengenai rakyat Malaysia.

Manoharan yang mengedarkan bendera DAP di sekitar kawasannya bersempena sambutan Hari Malaysia pada Khamis berkata, beliau tidak mempunyai keinginan untuk mengibarkan bendera kebangsaan itu.

“Saya mempunyai bendera Malaysia bersama-sama. Namun, apabila saya mengibarkannya saya berasa seperti mengibarkan bendera Barisan,” katanya sambil menyangkal dirinya seorang yang tidak patriotik.

Beliau juga berkata, Jalur Gemilang juga mempunyai persamaan dengan bendera Amerika Syarikat (AS), di mana ia sering mengelirukan para pelancong apabila sekali pandang.

Manoharan sebelum itu, memasukkan entri di laman Facebook bahawa dia “enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti bendera BN,” katanya seperti yang dilaporkan laman web The Mole.

Beliau kemudiannya menulis: “Kita tidak mempunyai bendera bertaraf dunia. Orang Amerika sedang mentertawakan kita. Sila pergi ke AS dengan bendera kita. Tapi sebelum itu, pastikan kedutaan Amerika mengeluarkan visa dulu.”

Beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap sebilangan rakyat Malaysia yang bekerja di organisasi bantuan bukan kerajaan di luar negara yang mungkin terasa kerana dianggap sebagai rakyat Amerika.

“Untuk melindungi diri anda sendiri, anda perlu mengibarkan bendera negara anda. Sesetengah negara pula tidak menyukai warga Amerika, jadi secara tidak langsung rakyat kita turut terkena tempiasnya kerana bendera itu,” katanya.

Beliau yang menggesa agar bendera itu ditukarkan berhasrat memberikan beberapa cadangan berkaitan jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

“Jalur pada bendera itu perlu ditukar. Warna merah dan putih telah menimbulkan banyak kekeliruan. Saya rasa bintang, bulan sabit dan warna kuning diraja harus dikekalkan,” katanya.

Beliau turut berkata, tiada apa yang salah dengan idea untuk menukarkan rekaan bendera itu kerana Malaysia masih boleh mengekalkan identiti Islam yang dikenali ramai itu.

“Mereka kata ianya Jalur Gemilang tetapi tiada apa yang gemilang kerana bendera itu tidak ubah seperti bendera Amerika,” katanya lagi. -Mstar Online




Dulu Mat Sabu kata Pakatan Rakyat akan Ubah Sejarah jika Mereka Menang PRU 13 nanti yang ni pula nak ubah bendera Malaysia pula jadi sama-samalah kita tolak mereka ini awal-awal lagi jangan beri mereka peluang untuk memrintah Malaysia tak perintah lagi pun dah macam-macam perangai mereka dah buat kalau dah perintah sendiri mau ingat la wahai rakyat Malaysia semua................

Thursday, September 15, 2011

Jamil Khir Menteri Agama Sanggup Bersumpah Anwar Sanggup Ke ?










"Saya Duduk Rumah Tu Sejak Jadi Askar " - Jamil Khir
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Khamis sedia bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya yang terletak di Kampung Batu Muda, Batu Caves.

Jamil menegaskan bahawa beliau telah tinggal di kediaman tersebut bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah menggunakan wang sendiri.

"Wallahi..saya tak pernah ambil duit zakat pun. Kalau saya ambil duit zakat takkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dapat audit bersih tahun lalu.

"Saya berani bersumpah, kalau mereka berani,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berhubung Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Pada Rabu, blog Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa Jamil Khir mempunyai sebuah rumah agam bernilai jutaan ringgit di Kampung Batu Muda.

Dalam laporan tersebut mereka memetik, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin sebagai berkata, Jamil perlu menjelaskan bagaimana beliau mampu mempunyai rumah tersebut sedangkan baru tiga tahun dilantik sebagai menteri dengan gaji kurang daripada RM15,000 sebulan.

Mengulas lanjut, Jamil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘politik terdesak’ pihak tertentu yang cuba untuk merosakkan imejnya.

“Saya pun tak nak panjangkan sangat isu ini. Saya dulu pun bukan penggangur.

“Dalam tentera pangkat terakhir saya ialah Mejar Jeneral, jadi takkan lah susah sangat untuk seorang Mejar Jeneral hendak beli rumah,” katanya.

Jelasnya, beliau telah tinggal di rumah berkenaan sejak tahun 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah kerana pertambahan ahli keluarga yang tinggal bersamanya.

“Sudah 17 tahun saya duduk di sana, tak tahulah kenapa baru tiba-tiba mereka bangkitkan isu ini. Saya pegawai tentera yang dapat pencen dan lepas bersara, saya dapat ganjaran walaupun tak sampai sejuta, tapi RM500,000 adalah.

“Kami keluarga besar, saya ada enam anak, ibu bapa dan makcik saya pun tinggal sekali. Rumah ini pun saya beli secara hutang, tak habis bayar sejak 1994 lagi, mereka boleh rujuk. Ini bukan rumah baru yang saya beli masa jadi menteri,” katanya.






Saturday, July 9, 2011

Gambar Penahanan Pemimpin BERSIH dan PATRIOT


PENGERUSI BERSIH, Datuk S Ambiga dipapah oleh pengawal peribadinya selepas terkena gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid





Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin ditahan polis kerana mengetuai perarakan Patriot di Bukit Bintang






AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid -Berita Harian






PERSIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid -Berita Harian


4:08 BHONLINE: Penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam berdekatan Menara Maybank

4:12 BHONLINE: Difahamkan PAS menuntut supaya Presiden mereka dan pemimpin lain dibebaskan dalam tempoh 24 jam.

4:16 BHONLINE: OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011:
Senarai pemimpin yang ditahan:
Datuk Mahfuz Omar - KL Central
Salehuddin Ayub - KL Central
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Central
Tian Chua - KL Central
Dato' S. Ambiga - KL Central
Dato' Seri Hadi Awang - KL Central
Dato' Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

4:30 BHONLINE: Helikopter polis masih berlegar di sekitar Kuala Lumpur. Polis berkata, keadaan masih terkawal kerana penunjuk perasaan mulai bersurai.

4:31 BHONLINE: Kereta peronda menggunakan pembesar suara mengarahkan orang ramai yang berada di Jalan Pudu supaya bersurai.

4:32 BHONLINE: Di hadapan KLCC, kira-kira 6,000 penunjuk perasaan termasuk pemimpin PKR, Dr Chua Jui Meng, pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan blogger, Cikgu Bard berdepan dengan polis.

4:33 BHONLINE: Keadaan di Jalan Pudu terkawal.

4:33 BHONLINE: Polis menahan penunjuk perasaan di hadapan KLCC.

4:36 BHONLINE: Penunjuk perasaan di KLCC berundur ketika anggota FRU berdepan dengan mereka.

4:36 BHONLINE: Trak polis di Jalan Pudu sudah beredar.


4:37 BHONLINE: Penunjuk perasaan dari BERSIH dan PATRIOT serta polis bersurai dari Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang.

4:54 BHONLINE: Penunjuk perasaan bersurai di kebanyakan lokasi kecuali KLCC. Keadaan kembali seperti biasa di kebanyakan tempat.

4:55 BHONLINE: Penganjur BERSIH sedang mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah.

5:01 BHONLINE: Penunjuk perasaan bersurai di hadapan KLCC

Lagi Gambar Perhimpunan Haram Bersih


ANGGOTA keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka berhampiran pejabat majlis Peguam di Kuala Lumpur sebentar tadi bagi mengawal keadaan. - Foto Mohd Fadli Hamzah -Berita Harian




Khairy Jamaludin mengetuai perarakan menuju ke Stadium Merdeka






PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari Pasar Seni hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad-Berita Harian








ANGGOTA keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka berhampiran pejabat majlis Peguam di Kuala Lumpur sebentar tadi bagi mengawal keadaan. - Foto Mohd Fadli Hamzah -Berita Harian




PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari Pasar Seni sebentar tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah -Berita Harian








1:05 BHONLINE: Polis mula buat rantaian manusia untuk halang peserta perhimpunan masuk jalan ke Stadium Merdeka.

1:09 BHONLINE: Di Jalan Sultan, bersebelahan Jalan Petaling dipenuhi ramai penunjuk perasaan, sebahagian memakai lilitan lengan berwarna merah dan penutup kepala.

1:12 BHONLINE: Kumpulan penunjuk perasaan menjerit Reformasi dan Hidup, Hidup dari Jalan Petaling, Hotel Olimpik dan Masjid Jamek.

1:14 BHONLINE: Penunjuk perasaan menjerit Reformasi di Jalan Sultan.

1:15 BHONLINE: Penunjuk perasaan berjalan dari Jalan Sultan menuju Kota Raya.

1:16 BHONLINE: Ada penunjuk perasaan membawa baju T BERSIH, bunga kuning dan belon kuning menuju Jalan Petaling.

1:16 bharianmy: ANGGOTA keselamatan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka... http://fb.me/PuQpkNU9 [via

1:17 BHONLINE: Anggota FRU kini bergerak ke arah Jalan Pudu.

1:17 bharianmy: PATRIOT mula berarak di Bukit Bintang jam 1.10 petang ini

1:19 BHONLINE: Tian Chua, antara individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur sudah ditahan.

1:21 BHONLINE: Difahamkan beberapa pemimpin politik dan penganjur perhimpunan ditahan di KL Hilton.

1:23 BHONLINE: Kira-kira 5,000 hingga 10,000 orang melaungkan BERSIH Hidup Rakyat Allahu Akbar di Jalan Petaling.

1:32 BHONLINE: Penyokong DAP sudah mula datang dari arah Jalan Pudu untuk menuju kumpulan besar di Dataran Maybank.

1:38 BHONLINE: Petugas media berada di KL Hilton.

1:38 BHONLINE: Petugas media berada di KL Hilton. difahamkan pemimpin pembangkang akan mengadakan sidang akhbar untuk media antarabangsa saja.



1:38 BHONLINE: Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Dr Zulkifli Ahmad kelihatan memasuki Hotel Hilton sebentar tadi.

1:39 BHONLINE: Hentian Puduraya menjadi tempat pertemuan penunjuk perasaan atau Jalan Pudu dan Jalan Petaling untuk berarak ke Stadium Merdeka.


1:40 BHONLINE: Meriam air dilepaskan ke arah penunjuk perasaan di Dataran Maybank.

1:42 BHONLINE: Kira-kira 1,000 ahli PATRIOT berpakaian merah diketuai Lokman Nor Adam berhimpun dan berarak di Bintang Walk membantah tindakan BERSIH mengadakan perhimpunan haram di ibu negara hari ini. Dijangkakan lebih ramai ahli PATRIOT akan menyertai perhimpunan itu petang ini.

2:09 BHONLINE: Keadaan semakin buruk di Puduraya. Polis sudah melepaskan bom asap ke arah perusuh.

2:20 BHONLINE: Kira-kira 2,000 orang berarak dari Jalan Raja Chulan ke arah Menara Maybank.
FRU bersiap sedia untuk berdepan dengan mereka

2:21 BHONLINE: Polis mula menahan perusuh dan penunjuk perasaan di Jalan Raja Chulan.

2:21 Berita Harian: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puluhan penyokong berarak dari Hotel Hilton ke KL Sentral

2:22 BHONLINE: Penganjur BERSIH bergerak dari KL Hilton dan mula berarak ke Stadium Merdeka.

2:22 BHONLINE: Penunjuk perasaan di Jalan Raja Chulan berhimpun semula di Jalan Gereja berdekatan Muzium Telekom.

2:23 BHONLINE: Gas pemedih mata dilepaskan lagi ke arah penunjuk perasaan di Menara Maybank.

2:25 Berita Harian: Pemimpin pembangkang mula keluar dari Hotel Hilton untuk cuba berarak ke Stadium Merdeka.

2:25 BHONLINE: Kira-kira 1,000 orang berarak ke arah Jalan Tun HS Lee.

2:29 BHONLINE: Beg sandang bertimbun di beberapa jalan

Terkini Gambar Sekitar Bersih 2.0


ANTARA pelajar wanita yang ditahan kerana membawa garam untuk memulihkan mata sekiranya terkena gas pemedih mata dalam operasi perhimpunan BERSIH di hadapan The Mall, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Rosdan Wahid




ANTARA suspek yang ditahan dipercayai penyokong BERSIH di hadapan Muzium Negara hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad-Berita Harian



ANGGOTA polis menahan orang ramai yang disyaki terbabit dalam perhimpunan BERSIH sebagai langkah pencegahan di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid-Berita Harian









12:27 BHONLINE: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden, Salahuddin Ayub dilihat sedang menunggu seseorang di pintu belakang KL Sentral.

Ramai polis memerhatikannya.


12:33 BHONLINE: Mahfuz dan Salahuddin ditahan untuk disoal siasat dan dibawa dengan kereta peronda polis.

12:36 BHONLINE: KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Polis menahan 236 orang di beberapa lokasi di sekitar ibu negara sehingga pukul 11.10 pagi ini kerana disyaki mahu melibatkan diri dalam rancangan perhimpunan haram.
Daripada jumlah itu, 228 orang adalah lelaki dan lapan lagi wanita, menurut laman sosial Facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

12:37 Berita Harian: Ratusan penyokong BERSIH berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek dipercayai untuk berarak ke Dataran Merdeka. Polis arahkan orang ramai mengosongkan kawasan stesen.

12:41 Berita Harian: Jumlah tangkapan sehingga jam 12 tengah hari adalah seramai 441 orang iaitu 421 lelaki dan 20 perempuan: PDRM.

12:44 BHONLINE: Sehingga jam 12.30 tengah hari keadaan di Jalan Istana terkawal dan terdapat lima kenderaan FRU termasuk jentera penyembur air, tiga trak selain lima trak polis diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Pada jam 12.38 tengah hari wartawan yang berada berhampiran Istana diarah beredar kerana lokasi jadi pusat operasi pihak berkuasa.