? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 9, 2010

Patuhilah Titah Yang Di-Pertua Agong


Adalah dimaklumkan bahawasanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengambil perhatian serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sehubungan itu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua pihak agar sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia.
Baginda amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.
Memandangkan pihak kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berbangkit daripada keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut menzahirkan harapan baginda agar semua pihak terutama orang Islam agar bertenang.
Baginda juga menitahkan agar semua pihak saling menghormati semua tempat ibadat tanpa mengira agama.

Istana Negara,
Kuala Lumpur
8 Januari 2010-Dipetik Dari Utusan Malaysia
Semua pihak harus mematuhi titah Yang Di-Pertuan Agong kita ini didalam isu kalimah ALLAH agar ianya tidak berlarutan dan menjadi semakin tegang antara agama Islam dan Kristian.Janganlah ada pihak-pihak yang menanguk di air yang yang keruh dengan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan.Tindakan membakar gereja semalam yang menjadi berita hangat harus dikutuk dengan sekeras-kerasnya kerana islam tidak mengajar umatnya melakukan perbuatan biadap itu.Janganlah kita menunding jari dan tuduh menuduh didalam isu ini kerana ia tidak menguntungkan kita semua.Yang penting kita harus bertenang dan bersabar.Ingat Sabar itu Separuh Pada Iman

Friday, January 8, 2010

Tindakan Bakar Gereja Boleh Mengeruhkan Keadaan

Seorang pegawai polis melihat bahagian dalam bangunan menerusi panel gelas yang pecah. -Foto AFP
Pakar-pakar forensik dan polis memeriksa bangunan pentadbiran yang terbakar pagi ini. -Foto AFP


Polis Siasat Kejadian Bom Gereja

Kereta Peronda Ditempatkan Di Semua Gereja
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dua kejadian membakar gereja dengan sengaja di Lembah Klang pada awal pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Dua buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya.
"Kereta-kereta peronda polis dan anggota-anggota polis telah ditempatkan di semua gereja di seluruh negara, terutamanya di Lembah Klang untuk mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya kepada The Star di sini hari ini.
Musa turut memberi amaran kepada pihak terbabit yang merancang untuk mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan hari ini bagi memprotes penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan beragama Islam.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap mereka," katanya.
Pada 12.30 pagi ini, sekumpulan pemuda membaling bahan-bahan mudah terbakar ke arah tingkat bawah gereja The Metro Tabernacle yang terletak pada sebuah lot kedai.Tiada sebarang kecederaan kerana gereja itu kosong pada waktu kejadian.
Insiden tersebut dipercayai berlaku apabila sekumpulan pemuda menunggang motosikal ke gereja itu, memecahkan panel gelas di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu dan seterusnya membaling bahan-bahan tertentu ke dalam premis itu sebelum terbakar.
Ketua gereja Mejar (B) Peter Yeow, 62, berkata saksi-saksi tidak dapat mengecam wajah pemuda-pemuda tersebut yang melarikan diri selepas insiden itu kerana berada jauh dari tempat kejadian.
Saksi-saksi kemudiannya menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba beberapa minit untuk memadamkan api.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan insiden itu.
Dipercayai koktel molotov dibaling ke dalam gereja itu. Ku berkata polis menyiasat insiden itu dari segenap sudut.
Kemudian, pada pukul 4 pagi, koktel-koktel molotov dilontarkan ke gereja The Assumption tetapi difahankan tidak mendatangkan kerosakan.
Dalam seluruh umat islam berusaha untuk menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi suasana dengan mengambil kesempatan untuk menimbulkan kebencian antara agama.Tindakan membakar gereja bukan boleh untuk menyelesaikan masalah tetapi ianya akan mengakibatkan bertambahnya lagi ketegangan antara agama.Islam tidak pernah mengajar kita untuk melakukan kemusnahan terhadap rumah ibadat agama lain .Kita tidak mahu semua ini terjadi dan kita tidak mahu selepas ini Masjid-masjid pula yang menjadi mangsa.Semua pihak harus bersabar dalam isu ini.Kepada pihak polis haruslah bertindak tegas supaya kes ini tidak berlarutan dan menggugat keharmonian negara kita.

Thursday, January 7, 2010

ALLAH Lindungi Bekas Menteri Besar Perak


BEKAS Menteri Besar Perak yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melambai tangan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Raja Dr Nazrin Shah dekat Ipoh dan dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Foto Ikhwan Munir,Berita Harian
Nizar alami kecederaan di dada, kaki dan tangan

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, cedera selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam satu kemalangan di sini pada jam 9.30 pagi ini. Ketua Polis Trafik Negeri, Wan Abdullah Ishak, berkata kejadian berlaku ketika Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam perjalanan dari kediaman beliau di Sungai Rokam menuju ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah di sini. "Mohammad Nizar, yang bersendirian, dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang keluar dari sebuah simpang di Jalan Dr Raja Nazrin Shah, menyebabkan kereta Toyota Camry dipandunya, hilang kawalan dan terbalik," katanya hari ini.
Mohammad Nizar, yang mengalami kecederaan pada bahagian dada, kaki dan tangan, kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. - Bernama
Alhamdulillah ALLAH masih melindungi bekas MB Perak kita sorang ni.Masih lagi mampu tersenyum .Mungin ada hikmah kepada Bekas MB Perak ni untuk beliau renungi.Apa yang beliau telah lakukan untuk umat islam dan melayu di negara ini kebelakangan ini dan seharusnya beliau bermuhasabah diri beliau itu.Cukup-cukuplah membuat kontroversi di Negeri Perak itu terimalah hakikat yang beliau sudah tidak lagi menjadi seorang MB.

Wednesday, January 6, 2010

Syukur Alhamdulillah Penggunaan Kalimah ALLAH Di Tangguhkan


Penggunaan kalimah Allah ditangguhkan demi kepentingan negara

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penerbitan `Herald - The Catholic Weekly’ menggunakan perkataan `Allah’ berikutan persetujuan pihak-pihak terlibat demi kepentingan negara. - Utusan
Syukur Alhamdulillah.Inilah yang kita mahukan dan berharap keputusan ini akan kekal untuk selama-lamanya.Tahniah juga kepada orang-orang beragama islam yang tanpa mengira fahaman politik bersatu untuk menentang pengunaan kalimah ALLAH ini oleh orang bukan islam.Walaupun ada juga dari pihak pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah ini tetapi ianya hanya segelintir demi keuntungan politik dan mendapat sokongan golongan orang bukan islam terhadap beliau.Marilah kita semua terus bersatu kerana kita mahukan supaya umat islam terus kuat dan tidak berpecah belah yang akan merugikan kita semua.

Projek-Projek Kerajaan PAS di Daerah Yan

Penjelasan berkenaan masalah jalan raya yang rosak dari Pekan Sg. Limau Dalam hingga ke Simpang 4 Sedaka

Terima kasih di atas keperihatinan saudari berkenaan masalah jalan raya yang rosak dari Pekan Sg. Limau Dalam hingga ke Simpang 4 Sedaka. Untuk makluman saudari perkara tersebut telah pun diambil tindakan melalui mesyuarat di peringkat Daerah dan peruntukan telah dipohon melalui JKR Daerah Yan/Pendang kepada Kerajaan Negeri untuk tahun ini 2010.Pihak Kerajaan Negeri amat memahami permasalahan saudari dan penduduk setempat.Semua permintaan diperingkat Daerah sedang dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa termasuk pelebaran beberapa buah jambatan contoh di Pekan Sg. Yan, Dulang, 2 jambatan di Bedong.Untuk makluman semua peruntukan Kerajaan Negeri yang telah disalurkan dan telah DILAKSANAKAN pada tahun 2009 sebahagian besar seperti berikut :-
(1) Jalan hadapan Sekolah Menengah Agama Sg. Limau hingga jambatan Pekan Sg. Limau - RM265,000.00
(2) Jalan Sg. Daun hingga Kg. Pisang RM 115,000.00
(3) Jalan Kg. Pisang hingga Sg. Dedap RM 253,000.00
(4) Jalan hadapan Klinik Sg. Dedap hingga jambatan Jemerlang - RM 227,000.00
(5) Jalan hadapan Balai Polis Yan hingga Klinik Ruat RM 363,000.00 ( tengah dok buat )
(6) Masjid Singkir Laut hingga persimpangan jalan Tg. Dawai - RM 120,000.00 ( tengah dok buat )
(7) Pekan Bt.17 ( RM 110,000.00 )
Semuga saudari dapat menerima penjelasan ini dan kita sama-sama mendoakan agar permasalahan ini dapat diselesaikan segera demi kebaikan bersama.Terima kasih

Muzaini Bin Hj. AzizanPegawai Khas Kawasan kpd YAB. MB.
dipetik Dari : Kedahlanie



Ini adalah penjelasan yang dibuat oleh Pegawai Khas Kawasan kepada MB Kedah.Jika dilihat banyak juga projek-projek yang Kerajaan PAS buat untuk Daerah Yan ni yer.Persoalannya benar ke segala projek-projek jalan ni adalah Kerajaan Negeri yang buat atau sengaja dok pi mengaku projek ni depa yang punya sedangkan ianya adalah projek yang dibuat oleh Kerajaan Pusat.

Tuesday, January 5, 2010

Masjid Tertinggi Di Dunia

PEMANDANGAN upacara perasmian bangunan tertinggi dunia yang baru, Burj Khalifa disimbahi pancaran cahaya berwarna-warni serta percikan bunga api selepas dirasmikan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum malam tadi. - Foto AP/Reuters




PENDUDUK sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjalan melepasi bangunan tertinggi dunia dikenali Burj Dubai, yang turut dilengkapi masjid tertinggi. Ia membabitkan 169 tingkat dengan kolam renang tertinggi di dunia pada tingkat 76 dan masjid di tingkat 158. Burj Dubai yang dibangunkan dengan kos RM2.7 bilion
Kita semua sebenarnya harus berbangga dengan kejayaan Negara Islam membina Bangunan tertinggi didunia.Kejayaan ini sedikit sebanyak membuka mata negara-negara barat yang sentiasa memandang rendah kepada Negara Islam.Dengan adanya masjid ditingkat 158 menjadikan Dubai memiliki bukan sahaja banggunan tetapi Masjid tertinggi didunia dan ianya menjadikan kebanggaan kepada kita semua umat islam.SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH WALLAHHUAKBAR.Dan pesanan dari saya sama-sama kita semua seluruh umat islam tanpa mengira parti politik untuk menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain.






Nasib Anak-Anak Di Negeri Pakatan Rakyat

DARI kiri, Aisyatul Adriana Muamar Gadaffi, 5; Fakrul Naseem Shahrul Hairy, 4; dan Muhammad Izzat Mifzal Nasrol, 4; termenung mengenangkan nasib mereka yang belajar di Tabika Kemas Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang, 5 Januari, selepas menerima arahan daripada pihak surau supaya mengosongkan bangunan tersebut dalam masa seminggu. - Utusan

Simpati melihat anak-anak ini merenung nasib mereka apabila tempat mereka belajar diminta untuk dikosongkan.Inilah nasib yang menimpa mereka di sebuah negeri yang menyatakan akan berlaku adil kepada semua rakyat.Walaupun berbeza parti janganlah cuba untuk mempolitikkan tentang pelajaran anak-anak.Dimanakah Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman untuk membela anak-anak ini.Tak kan berdiam diri kot membiarkan anak-anak ini tidak belajar hanya kerana hal-hal macam ni.Inilah kegagalan Pakatan Rakyat mereka mencontohi Kerajaan PAS yang memerintah Terengganu dulu yang mengusir keluar anak-anak yang belajar di TABIKA KEMAS.