? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, January 31, 2010

Lima Tahun Tidur Di Sisi Mayat Isteri

Le Van sedang memeluk mayat isterinya.-Foto Ehsan www.weirdnewsasia.com
Bertuahnya Siapa Yang Dapat Suami Macam Ni
TAKDIR alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini.
Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil.
Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya!
Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.
Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas.
Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.
Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin.
Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.
Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah.
Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka.
Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.
“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.
Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.
Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

Kadang-kadang terfikir juga betapa setianya seorang Suami terhadap isteri sangup buat apa sahaja untuk isteri tersayang.Nasib benda ni berlaku di luar negara kalau dalam negara kita Malaysia maka gemparlah seluruh alam.Difikirkan balik hanya orang tidak waras sahaja yang sanggup buat benda-benda pelik macam ni.Nak setiapun agak-agak la yer...............


Melayu Di Pulau Pinang Ditindas Lagi

BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.



Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan
PULAU PINANG 30 Jan. – Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan.
Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor.
Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.
“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.
Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini.
Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.
Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran.
Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua.
Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud.
Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum.
“Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa.
“Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum.
“Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakan kerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.-Utusan Malaysia.


KOMEN SAYA-

Memang malanglah nasib orang melayu di Pulau Pinang jika benar seperti laporan akhbar ini.Dan sudah tentunya yang harus dipersalahkan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang ternyata berat sebelah terhadap peniaga-peniaga melayu.Kelmarin, Guan Eng dikritik keras oleh Zahrain yang melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, chauvinis dan berpemikiran komunis. Malah, Zahrain mendakwa, Guan Eng menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya, malah menggesa PR berhenti bertolak ansur dengan beliau yang gagal melaksanakan janji yang ‘ditabur’ pada pilihan raya umum lalu. Bukan orang lain yang sangup mengatakan sedemikian tetapi bekas Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang sendiri yang meyatakan sedemikian.Ternyata janji manis semasa pilihanraya untuk berlaku adil terhadap semua kaum di negeri itu hanya janji kosong sahaja dan kepada rakyat Pulau Pinang yang merasakan diri mereka ditindas fikir-fikirkanlah apa yang harus dilakukan kepada kerajaan semacam ini..

Saturday, January 30, 2010

Lihatlah Wajah Sebenar Aduka Taruna

WAJAH SEBENAR DI SEBALIK NAMA ADUKA TARUNA


Ini dia rupanya Aduka Taruna .Kantoi juga akhirnya awak yer.Kepada sesiapa yang nak tengok wajah sebenar Aduka Taruna lihat la puas-puas yer dah tak tutup muka dah gambar ni.Apa pun nak ucap Selamat Pengantin Baru la kat dia sekali lagi entah jadi ke tak, tak tahu la pula majlis persandingan dia hari ni.Kepada keluarga Aduka Taruna banyak-banyakanlah bersabar nak buat macam mana dah si Aduka Taruna ni terlanjur jadi kena terimalah akibatnya.

Aduka "Kharulnizam" Taruna Bersanding Hari Ini

ADUKA TARUNA MENGAKU TIDAK BERSALAH



Kasihan pun ada melihat si Aduka ni bukan apa dah la baru sebulan kahwin dan hari ni katanya nak bersanding.Mesti meriah la persandingan Aduka Taruna ni yer sebab dia dah popular sekarang ni di Malaysia.Tetapi itulah akibatnya jika terlampau lancang sangat menulis mengutuk dengan sesuka hati ,orang kata "Terlajak perahu boleh diundur kan "tetapi bagi saya saya nak kata dekat Si Aduka "Terlajak Kereta boleh juga diundur tu pun jika kereta tak ada di belakang la kalau ada jahanam la dua-dua kereta tu,Terlajak penulisan dekat blog Terimalah Akibatnya".Lepas ni kena naik turun mahkamah pula.Tau juga malu tutup muka yer nanti kalau nak bersanding pakai topeng ke Aduka .Ok Aduka dah kena dakwa menanti juga la Pierre Lim,Gutter Malaysia dan bebarapa laman blog lain yang juga menghina kemangkatan Almarhom Sultan Johor bila nak kena dakwa yer .Sama-samlah kita nanti kan nanti.Tidak adil juga tengok Aduka seorang sahaja yang kena ni.Saya yakin pihak KDN akan menyiasat juga mereka-mereka ni sama dengan Aduka Taruna ni sabar-sabarlah kita semua menanti...........Selamat Pengantin Baru Aduka...............



SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer yang akan melangsungkan majlis persandingannya hari ini, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar melalui laman blog adukataruna.blogspot.com.my. Khairulnizam Abdul Ghani, 29, yang baru bernikah sebulan lalu, dituduh menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik satu artikel di dalam laman blog berkenaan. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Hakim Zamri Bakar turut memerintahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Khairulnizam yang menyerah diri Isnin lalu, dituduh melakukan kesalahan itu di rumah beralamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi di sini, antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh berikutan kes itu dilihat serius.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin, memohon ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan keluarga tertuduh tidak mampu menyediakan jaminan RM10,000 dalam tempoh singkat. "Keluarga tertuduh hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5,000 dalam tempoh yang singkat kerana tertuduh akan melangsungkan persandingannya esok (hari ini)," katanya. Zamri menegaskan pihaknya memandang serius perbuatan jenayah itu kerana ia menghina kerajaan yang mempunyai institusi kesultanan yang unik dan stabil. Bagaimanapun, selepas menimbang tertuduh akan melangsungkan majlis persandingannya, hari ini Zamri menetapkan ikat jamin RM5,000 dan kes itu akan disebut semula 31 Mac depan. -Berita Harian

Friday, January 29, 2010

Mesin Wuduk Pertama Di Dunia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencuba mesin Auto Wudu Washer sambil diperhatikan Anthony Gomez semasa melancarkan mesin tersebut di Kuala Lumpur, 28 Januari. - Utusan

Ketua Imam Masjid Jamek, Mohd Adam Sarpan turut mencuba mesin

"Automatic Wudu Washer" -Bernama


Berbanggalah juga kita satu satunya syarikat dari Malaysia yang berjaya mencipta Mesin Mengambil Air Sembahyang pertama didunia.Selepas ini mesin ini akan berada di seluruh dunia dan kita semua harus berbangga dengan penciptaan mesin ini .Kalaulah Mesin ini dicipta oleh orang islam lagi berbanggalah kita tetapi walau macam manapun sekurang-kurangnya ianya memberi kemudahan untuk Umat Islam Beribadat kita semua patut juga bersyukur.



AACE hasilkan mesin wuduk automatik
KUALA LUMPUR 28 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan mesin wuduk automatik yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, AACE Tecnologies Sdn. Bhd. (AACE) di sebuah hotel di sini.
Bagi menyempurnakan pelancaran mesin yang dinamakan 'Auto Wudu Washer' itu, Perdana Menteri menadah tangan bagi mengalirkan air dari mesin tersebut sebagai simbolik mengambil wuduk.
Ketua Pegawai Eksekutif AACE, Anthony Gomez berkata, antara keistimewaan mesin itu ialah ia hanya memerlukan 1.3 liter air untuk seseorang itu menyempurnakan wuduk berbanding lapan liter air jika menggunakan paip biasa.
"Mesin ini boleh menjimatkan penggunaan air yang agak kritikal bekalannya terutama di negara-negara Asia Barat,'' katanya pada sidang akhbar selepas acara pelancaran itu. Hadir sama, Penasihat AACE, Dr. Taufiq Thiagi.
Katanya, sebagai contoh, mesin itu hanya memerlukan 10 juta liter air untuk kegunaan wuduk harian bagi dua juta umat Islam ketika musim haji di Mekah.
Anthony berkata, mesin itu akan dipasarkan pada Julai ini dengan harga kira-kira RM10,000 seunit.
Menurutnya, mesin tersebut mudah dipasang dan sesuai digunakan di kediaman, masjid, surau serta kapal terbang penumpang.
Selain mempunyai dua bahagian punca air, mesin wuduk automatik itu juga dilengkapkan dengan sistem pengering dan lampu.-Utusan Malaysia





Thursday, January 28, 2010

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bersatu

Masjid di Letakkan Kepala Babi
Surau di Parit Beting Muar Johor

Gereja Di Desa Melawati
Bagus la jika bersatu untuk mengutuk sekeras-kerasnya serangan keatas rumah ibadat ini.Politik letak ditepi dulu la dalam usaha kita untuk meredakan keadaan yang tengah panas ini kerana jika tidak ia akan menjadi lebih parah lagi jika tidak diambil tindakan.Tetapi adakah semua parti-parti ni ikhlas untuk bersatu.Jika dilihat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.Klik link ini untuk kenyataan penuh beliau http://kedahkekl.blogspot.com/2010/01/betul-ke-azmin-ada-bukti-pemuda-umno.html
Hairan yer bersatu atas sebab apa macam ni jika ia hanya untuk mencari kesalahan orang lain.Kalau mahu bersatu untuk mengutuk serangan ini biarlah ikhlas janganlah ada agenda untuk kepentingan diri masing-masing.


BN- Pakatan bersatu bidas serangan
Buat julung kalinya, pergerakan pemuda Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bersatu dalam mengecam beberapa siri serangan ke atas rumah ibadat.
Ia diterjemahkan menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini.
"Kami berpendirian yang isu ini melampaui batasan agama, politik dan bangsa. Apabila perpaduan rakyat Malaysia diancam, pemimpin muda sanggup mengenepikan perbezaan politik bagi mempertahankan keharmonian negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan media itu disiarkan menerusi laman sesawang pengerusi pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
Menurut kenytaan itu lagi, sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan.
Kumpulan pemuda itu juga beranggapan tindakan mencemarkan rumah ibadat suatu tindakan yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.
Parti-parti politik yang menandatangani kenyataan media itu ialah:
Pemuda Barisan Nasional,Pemuda Pakatan Rakyat,Pemuda Umno,Pemuda PKR,Pemuda MCA,Pemuda Sosialis DAP,Pemuda MIC,Pemuda PAS,Pemuda Gerakan,Pemuda PPP,Pemuda PBB,Pemuda SUPP,Pemuda SPDP,Pemuda PRS,Pemuda PBS,Pemuda Upko,Pemuda PBRS,Pemuda LDP -Malaysiakini


Masih Hidup Walaupun Tertimbus Selama 15 Hari

PANJANG UMUR: Remaja perempuan Haiti, Darlene Etienne diusung anggota penyelamat Perancis untuk dikejarkan ke hospital, awal pagi ini. Beliau ditemui masih hidup selepas selama 15 hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang melanda bandaraya itu .
Memang panjang umur betul la remaja ni yer.Sudah 15 hari tertimbus tetapi masih bernyawa la.Tak dapat untuk dibayangkan jika kita menghadapi musibah seperti remaja ini.Minta-mintalah kita semua dijauhkan oleh ALLAH S.W.T dari ditimpa bala ini yer.
Remaja Haiti selamat selepas 15 hari tertimbus

PORT-AU-PRINCE, Haiti: Anggota penyelamat Perancis menarik keluar seorang remaja perempuan daripada runtuhan bangunan kampus College St Gerard awal pagi ini, sesuatu yang menggemparkan selepas 15 hari gempa bumi melanda bandaraya itu. Darlene Etienne yang tubuhnya diseliputi habuk kelabu, dikejarkan ke hospital tentera Perancis. Beliau mengerang manakala matanya terbuka luas “Dia masih hidup," kata ahli paramedik Paul Francois-Valette yang menemani beliau ke hospital.
Keluarganya berkata Etienne, 17, baru memulakan pelajaran apabila bencana itu melanda dan memerangkap puluhan pelajar di bangunan kolej, asrama dan kediaman. Mangsa terahir yang diselamatkan ialah seorang lelaki yang ditarik keluar daripada runtuhan sebuah hotel 11 hari selepas gempa bumi itu. Sekurang-kurangnya 135 orang diselamatkan sejak gempa bumi pada 12 Januari lalu.- AP -Berita Harian