Monday, January 31, 2011
Ariel Peterpan dijatuhi Hukuman Penjara Kes Video Lucah
BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.
Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.
Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.
Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.
Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.
Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.
Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.
Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.- BERNAMA-MSTAR ONLINE
Posted by lagenda at 6:03 PM 0 comments
Saturday, January 29, 2011
Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan Keluar PKR

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan mengumumkanmelepaskan semua jawatannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.
Berikut adalah petikan pengumuman beliau yang dibuat pada kira-kira 10.40 pagi Sabtu;
"Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru." -Mstar Online
Akhirnya keluar juga yer ayam tambatan PKR ni ingatkan boleh bertahan dengan Anwar rupa-rupanya tidak.Selepas ini akan ramai lagi yang akan keuar dari PKR sama-sama kita nantikan.....
Posted by lagenda at 12:23 PM 0 comments
Thursday, January 27, 2011
Shahaizy Sam Dapat Rumah,David Teo Kongsi RM 4.5 Juta...

David Teo dan Lisa Surihani

Farid Kamil antara pengarah muda yang sedang meningkat naik dibawah naungan MIG.

Shaheizy Sam menerima sebuah rumah Semi-D serta pakej umrah bernilai RM30,000.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo gemar berkongsi rezeki hasil rezeki yang diperoleh daripada penerbitan filem dan drama syarikatnya. Foto TheStar Mohamad Azhar
PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG) mengeluarkan sebanyak RM4.5 juta untuk memberi hadiah kepada individu-individu yang menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat itu pada malam penghargaan dan penyampaian bonus “1 Dekad, 49 Filem” yang diadakan di Hotel One world, di sini, Rabu.
Hadiah-hadiah yang diagihkan itu diberi sebagai tanda penghargaan dan menganggap keuntungan yang diperoleh harus dikongsi dengan semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, dia gembira kerana acara tahunan itu lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan pihaknya meraih jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.
"Ini satu pencapaian buat MIG dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan lain-lain.
"Bila kita berkongsi keuntungan yang diperoleh, rezeki kita akan lebih murah pada masa akan datang.
"Saya percaya, tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata," katanya.
Pada majlis tersebut, pelakon Shahaizy Sam dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.
Farid Kamil pula menerima wang tunai sebanyak RM30,000.
Dalam pada itu, Lisa Surihani dan Putri Mardiana masing-masing menerima wang sebanyak RM15,000, manakala Azad Jazmin, Angah dan Nora Danish menerima RM10,000 setiap seorang.
Pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim pula dihadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5, diikuti pula dengan pekerja-pekerja MIG turut menerima sebuah rumah Semi-D.
Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.
Enam di antara merka berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan boxoffice.
Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.
Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.
Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem yang antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.
Posted by lagenda at 3:16 PM 1 comments
Wednesday, January 26, 2011
Gambar Banglo 18 Bilik Ummu Jah Isteri Pengasas Al-Arqam

BANGLO kontroversi 18 bilik yang didiami Ummu Jah dan lapan anaknya di Haramain, Mekah kini disiasat pihak berkuasa
Banglo Ummu Jah anak beranak
Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my
BANGLO kontroversi 18 bilik yang didiami Ummu Jah dan lapan anaknya di Haramain, Mekah kini disiasat pihak berkuasa.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah banglo 18 bilik yang dihuni oleh Ummu Jah, isteri kedua pengasas ajaran Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Mohamad bersama lapan anaknya sejak Jun tahun lalu di Haramain, Mekah.
Menurut sumber, Ummu Jah, 57, perlu mengeluarkan belanja dianggarkan sebanyak RM240,000 (Riyal 294,762) setahun atau lebih kurang RM20,000 (Riyal 24,563) sebulan kepada pihak ketiga untuk banglo yang masih belum dapat dipastikan sama ada dimiliki oleh seseorang atau pihak bank.
Ummu Jah menetap di situ sejak 28 Jun 2010 bersama anak-anaknya hasil perkahwinannya dengan Ashaari atau lebih dikenali dengan gelaran Abuya.
“Siasatan mendapati, Ummu Jah telah membuka dua restoran yang dinamakan Restoran Ashaari di Mekah dan Jordan. Kita percaya dia mendapat pulangan yang agak lumayan untuk menampung kehidupannya di sana termasuk membayar banglo itu.-Kosmo Online
Posted by lagenda at 12:45 PM 0 comments
Wednesday, January 19, 2011
Mohd Azhar Vs Normala di DUN Tenang.
Mohd Azahar Ibrahim calon BN untuk DUN Tenang
LABIS: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.
Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi. Azhar adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Ibrahim Daud. Ahad lalu, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, dipilih sebagai calon pakatan pembangkang.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada Sabtu ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, daripada BN pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis-Berita Harian
Posted by lagenda at 5:26 PM 0 comments
Kerusi DUN Pelabuhan Klang di isytihar Kosong
Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong
SHAH ALAM 19 Jan. - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuat kuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Badrul Hisham, yang memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat, telah keluar dari parti itu pada 29 Oktober 2009. - Bernama
Bakal ada lagilah nampak gayanya PRK selepas di Tenang kali ni Kemungkinan ke Pelabuhan Kelang pula .Maka akan habislah lagi Duit Rakyat..........
Posted by lagenda at 4:12 PM 1 comments
Wednesday, January 12, 2011
Penyanyi Aman Shah Mengaku Salah Berkhalwat

PENYANYI dan pelakon, Aman Shah Abu Kassim, 57, dan pasangannya, Rohana Awang, 33, (belakang) mengaku bersalah atas tuduhan khalwat dan didenda masing-masing RM3,000 atau penjara tiga bulan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya, hari ini. -Berita Harian
Posted by lagenda at 6:20 PM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




