? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 14, 2011

Al-Quran Terkecil Ditemui di Kelantan


NASKHAH al-Quran kecil 24mm panjang dan 17mm lebar milik Abdullah 3


Lagi al-Quran terkecil ditemui


KOTA BHARU - Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini.

Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal.

Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid. -KOSMO

Friday, February 11, 2011

Bukti PAS Bijak Memerintah Negeri Kedah

Tudia keluaq dah bukti kerajaan PAS bijak memerintah Negeri Kedah dengan peningkatan hasil balak yang cukup lumayan dan ini jugalah yang dicanang-canangkan oleh mereka setiap kali berceramah dikampung-kampung untuk membuktikan mereka cukup bijak untuk memerintah berbanding kerajaan BN dulu .Apabila dikatakan Kerajaan PAS Kedah tak pandai buat kerja, maka mereka pun segera membuat perbandingan antara kutipan cukai balak dan yang lain-lain dengan kerajaan terdahulu. Yang tidak diterangkan ialah berapa luas pula kawasan balak pada zaman kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang... yang tidak diterangkan juga ialah, berapa perolehan daripada GLC-GLC yang diculalangkitkan oleh mereka. Satu lagi apabila Menteri Pelancongan kata, Kedah membazir peruntukan tinggi yang diterima untuk memajukan sektor pelancongan, maka berkokok sakanlah orang-orang Kerajaan Negeri menafikan perkara itu adakah ini yang PAS kata mereka pandai memerintah tak kan hanya tahu memerintah dengan Balak saja kot yang sektor lain tidak pula dicanang-canangkan oleh mereka.Peruntukkan untuk sektor pelancongan dan peruntukan dari kerajaan pusat kepada Negeri Kedah cukup tinggi tetapi mereka yang dikatakan bijak ini tidak pula pandai untuk menarik pelancong melawat Negeri Kedah .Pandai buat kerja lagi ka tu? Kalau setakat membanyakkan hasil balak dengan menebang balak lebih banyak dan mencekapkan penebangan balak di kawasan baru dan lama, sampai gondol dan berlakunya banjir besar, sesiapa pun cekap memerintah kalau macam tu.Oleh itu kepada Kerajaan negeri PAS jangan takbur jangan menafikan apa yang BN telah buat di Negeri Kedah selama ini semuanya tidak baik.




Tuesday, February 8, 2011

Anwar Ibrahim bertukar Karier Jadi Penyanyi La Pula

Anwar Ibrahim ketika majlis pelancaran album Teratak

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pertama kali menyumbangkan suara dalam sebuah lagu berjudul Teratak yang merupakan sebuah projek amal Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan kumpulannya, d*Crew.

Menurut Anwar, walaupun hanya memainkan peranan kecil dalam projek itu, beliau amat gembira kerana ia merupakan inisiatif untuk menarik minat golongan muda.

“Saya melakukannya sebab Gwo-Burne desak. Saya sangat tidak selesa tetapi cuba berlatih di kamar mandi. Memang saya gemarkan muzik seperti Elvis Presley dan sebagainya, tetapi ini serius.

“Apabila Gwo-Burne bawa saya ke studio, saya mendapati bahagian saya paling susah! Tetapi saya enjoy dan cuba menjiwai lirik sebaik mungkin. Ada sedikit perubahan dibuat agar lebih sesuai dengan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran album Teratak di Subang Jaya, Selasa lalu.

Album Teratak merupakan sebuah projek amal bagi mengumpulkan dana membantu meningkatkan prasarana di kawasan penempatan pengundi berpendapatan rendah.

Sementara itu, Gwo-Burne berkata, apabila pertama kali mendengar suara Anwar, dia hampir menitiskan air mata kerana terharu dengan nyanyian beliau yang bernada sayu.





Peminat cilik Datuk seri Anwar Ibrahim


Katanya, menulis lirik untuk Ketua Pembangkang itu adalah satu cabaran baginya terutama apabila Anwar mengakui lebih gemarkan lagu berentak rancak.

“Idea selalunya datang apabila saya berada dalam keadaan murung, suatu masa dahulu saya meluahkan emosi menerusi lagu. Sekarang, saya menggunakan ‘kelebihan’ itu untuk mendekati masyarakat dengan cara baru,” kata Gwo-Burne yang menyasarkan kutipan RM200,000 hingga RM300,000 untuk jualan amal Teratak.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu projek Teratak ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pakatan Rakyat.

“Semua orang mengadakan majlis makan malam atau majlis amal dengan menjual meja untuk mengumpulkan dana. Ini dipanggil ‘politik baru’ tetapi sejak dahulu lagi sudah ramai orang buat, akhirnya saya jual meja pada dia, dia jual meja pada saya.

“Disebabkan saya masih baru (dalam politik) saya mahu cuba sesuatu yang lain untuk menjana lebih dana sumbangan kepada golongan miskin dalam kawasan Parlimen kami,” jelasnya yang menulis gubahan solo istimewa untuk Anwar.

Album mini tersebut merupakan cetusan idea beliau yang terbabit dalam hampir keseluruhan projek termasuk perancangan dan fotografi istimewa sebagai penghias album Teratak.

Manankala, adiknya, Gwo-Tynde Loh pula bertanggung jawab ke atas arahan seni termasuk rekaan penghias album, laman web dan bahan-bahan lain.

Empat lagu dimuatkan dalam album mini tersebut antaranya Teratak yang menampilkan The Wayfarers dengan lagu istimewa dari Anwar dan Elizabeth menerusi Feeling Fun selain Jia (Teratak dalam versi Mandarin) dan We Are All The Same.

Kesemua lagu diterbitkan oleh DJ Hope dengan lagu ditulis oleh Danny Tan, lirik oleh Faisal Mustafa, Ivone Tjuatja Dharma (Teratak) dan Gwo-Burne (Teratak dan Feeling Fun) serta disusun oleh James & Co.

Cakera padat edisi terhad Teratak tidak dijual, sebaliknya merupakan ‘cenderahati’ percuma apabila anda menyumbang minimum RM25 kepada dana kebajikan anjuran pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai cakera padat terhad Teratak, layari www.kelanajayamp.com atau www.uni-tee.org untuk memuat turun trek pilihan anda. -MSTAR ONLINE
Dah bertukar karier pula ke Bang Nuwar ni ,Dah penat kot berceramah dah nak jadi penyanyi pula memang elok la tu jadi penyanyi lepas ni mungkin ada bakat jadi pelakon pula kot sapa tahu kan ..........

Monday, February 7, 2011

Safee Sali Sah Bermain di Indonesia




Safee Sali sah ke Pelita Jaya dengan kontrak selama setahun

PETALING JAYA, 7 Feb. - Penyerang kebangsaan, Safee Sali hari ini mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya dengan kontrak selama setahun.

Safee secara rasmi akan menandatangani kontrak bersama kelab yang berpengkalan di Jawa Barat itu mulai 14 Februari depan dan akan menggunakan jersi bernombor 10.

Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini dan berdepan Kuala Lumpur, pada Sabtu dalam aksi Liga Super akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee. - Utusan

Gambar UFO Di Sabak Bernam Selangor


TIGA pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.



SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Monday, January 31, 2011

Ariel Peterpan dijatuhi Hukuman Penjara Kes Video Lucah






BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.

Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.

Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.- BERNAMA-MSTAR ONLINE

Saturday, January 29, 2011

Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan Keluar PKR





PETALING JAYA: Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan mengumumkanmelepaskan semua jawatannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.

Berikut adalah petikan pengumuman beliau yang dibuat pada kira-kira 10.40 pagi Sabtu;

"Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru." -Mstar Online


Akhirnya keluar juga yer ayam tambatan PKR ni ingatkan boleh bertahan dengan Anwar rupa-rupanya tidak.Selepas ini akan ramai lagi yang akan keuar dari PKR sama-sama kita nantikan.....