? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, February 25, 2011

Lisa Surihani Menduduki Carta Tertinggi Facebook Fans Selebriti Malaysia




Berikut adalah kedudukan terkini Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia yang masih dipegang oleh Lisa Surihani dengan jumlah peminat seramai 1.2 juta orang. Turut mengikut rapat pada tangga kedua ialah hos tv, Aznil Haji Nawawi (836,976) & tempat ketiga ialah Scha Al-Yahya (831,781).

1.Lisa Surihani : 1,245,525
2.Aznil : 836,976
3.Scha Alyahya : 831,781
4.Zizan Raja Lawak : 760,709
5.Yuna : 699,390
6.Awal Ashaari : 680,622
7.Fahrin Ahmad : 643,496
8.Liyana Jasmay : 617,951
9.Bunkface : 612,001
10.Diana Danielle : 596,927
11.Shaheizy Sam : 579,325
12.Faizal Tahir : 569,455

Fara Fauzana dikatakan terkeluar daripada Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia ekoran FB fanpage-nya telah diceroboh & didelete oleh orang yang tidak dikenalpasti. Namun, Fafau berjaya menarik semula 400 ribu fans dalam masa sebulan. Berita Selanjutnya sila ke

http://www.ohbulan.com/kedudukan-terkini-carta-facebook-fans-selebriti-malaysia/

Thursday, February 24, 2011

Mantan Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Ilani Ishak Meninggal Dunia


Allahyarham Datuk Ilani Isahak



KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama, Datuk Ilani Isahak, 57, meninggal dunia jam 6.05 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Allahyarham yang akan menyambut hari lahir ke-58 bulan depan dilaporkan menghidap kanser. Jenazah Allahyarham dilaporkan akan dibawa ke rumahnya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail tengah hari ini. Ilani pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan selama dua penggal bermula 1990 hingga 1999 atas tiket Parti Semangat 46.




Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Takziah kepada keluarga beliau

Wednesday, February 23, 2011

Roslan Ahmad Calon Barisan Nasional DUN Merlimau




Roslan calon BN untuk PRK Merlimau

Oleh AMRAN MULUP

JASIN 23 Feb. - Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd., Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.

Pemilihan Roslan, 44, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 2,000 ahli dan pemimpin UMNO serta parti komponen BN di Bilik Gerakan BN Pekan Merlimau di sini hari ini. - Utusan

Tu Dia Lepas Pesta Kutip Duit Syiling ,Ni Kutip Beras Pula Dekat Lebuhraya


Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.




ORANG ramai dan penduduk kampung berhampiran tidak melepaskan peluang mengutip beras yang bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan beras terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Tanjung Malim, 22 Feb. - Utusan
Tu dia selambanya dok kutip beras hari tu kutip syiling ni kutip beras lepas ni apa pula tak tau la.Tapi kejadian ini amat memalukan la bukan hak kita sepatutnya kita bantu mangsa kemalangan ni tak dok pi belasah beras lepas tu balik bagi makan keluraga pula kat rumah dah tak kenal erti haram dan halal. Berita Selanjutnya tengok kat bawah



KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tuesday, February 22, 2011

Zizan Raja Lawak,Dira Pengacara Baru Melodi

DIRA ABU BAKAR
ZIZAN RAJA LAWAK




PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) akan meninggalkan Melodi rupanya benar apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan kedua-dua pengacara itu berkuatkuasa April ini.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.

Sebelum dikenali sebagai pelakon, Dira telah pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda.Dia juga pernah menjadi penyampai radio Xfress FM pada tahun 2007 manakala Zizan merupakan pengacara program Gelanggang Raja Lawak di Astro Prima (saluran 105).

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, pihak TV3 tidak menafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi.-BERITA SELANJUTNYA DI MSTAR ONLINE

Monday, February 21, 2011

Kes Bunuh Sosilawati:Pembantu Dah Kena 20 Tahun Kita Tunggu Pula Hukuman Kepada Dalangnya........




DUA pekerja Ladang, U Suresh dan K Saravanan dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman 20 tahun terhadap mereka hari ini.


Kes bunuh Sosilawati: Dua pekerja ladang dipenjara 20 tahun


SHAH ALAM: Dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian selepas berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius. Pada 15 Oktober tahun lalu, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lalu, manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama. - BERNAMA
Pembantu dah kena Dalang Sebenaq tunggu masa la lepas ni akan dijatuhkan hukuman.........

Sunday, February 20, 2011

Barisan Nasional Telah Bersedia Untuk Menawan Kembali Negeri Kedah





UMNO Kedah buat rombakan kecil struktur pentadbiran


ALOR SETAR: Badan Perhubungan UMNO Kedah membuat rombakan kecil terhadap struktur pentadbirannya yang menyaksikan dua timbalan ketua bahagian dilantik masing-masing sebagai setiausaha dan bendahari.

Pada satu mesyuarat malam tadi yang berakhir awal pagi ini, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang sebelum ini Setiausaha Kerja UMNO Negeri dilantik sebagai setiausaha perhubungan yang baru menggantikan Datuk Nawawi Ahmad. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim pula dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sejak awal tahun ini. Jawatan Ketua Penerangan kekal dipegang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata pelantikan dua timbalan ketua bahagian mengisi jawatan setiausaha dan bendahari berbanding tradisi melantik daripada kalangan ketua bahagian sebelum ini adalah kerana beliau mahu ketua bahagian menumpukan kepada bahagian masing-masing bagi menghadapi pilihan raya.

"Saya dah bincang dengan ibu pejabat dan Presiden (Datuk Seri Najib Razak) dan saya ambil pandangan mereka, maka saya buat keputusan ini. Saya nak ketua-ketua bahagian beri 100 peratus perhatian kepada bahagian masing-masing.

"Semua 14 bahagian (ada 15 bahagian di Kedah dengan Ahmad Bashah Ketua Bahagian Alor Setar) akan beri tumpuan kepada jentera masing-masing. Datuk Nawawi sendiri merasakan sukar untuk beliau bergerak dan menumpukan kepada tugas UMNO negeri dan bahagian Langkawi.
Ini menyebabkan kurang tumpuan kepada Langkawi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Beliau berkata, bagi setiausaha kerja yang baru, pelantikan akan diisi secepat mungkin yang mana jawatan itu akan diisi oleh individu yang bekerja secara sepenuh masa.

Ahmad Bashah berkata, UMNO negeri juga mewujudkan sebuah jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan beliau sendiri dan ketua-ketua bahagian serta ketua-ketua sayap akan mengetuai jawatankuasa tertentu.

Senarai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya UMNO Kedah

IT
Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri UMNO Kedah)

Jalinan Rakyat
Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita UMNO Kedah)

Poster/Gerak Kempen
Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda UMNO Kedah)

Daftar Pemilih
Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik)

Pengundi Luar
Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena)

Agensi dan NGO
Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap)

Sistem Blog
Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi)

Kursus dan Latihan
Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani)

Pembangunan
Datuk Johari Baharum (Ketua Bahagian Kubang Pasu)

Kebajikan
Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Bahagian Baling)

Keselamatan
Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai)

Polling/Counting Agent
Datuk Mohd Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang)

Pengangkutan
Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok)

Makanan
Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai)

Barong/Pondok Panas
Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun)

Isu/Risikan
Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah)

Tugas-tugas Khas
Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu) - BERNAMA



Alhamdulilah nampak gayanya UMNO Kedah telah bersedia untuk menawan kembali Negeri Kedah dari Pakatan Rakyat.Kami sebagai rakyat mendoakan Kedah akan kembali ke Barisan Nasional dan diharap juga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pilihanraya ini dapat melakukan gerak gempur untuk menawan semula hati pengundi-pengundi terutama sekali pengundi-pengundi muda .Kepada yang dilantik dan diamanahkan untuk melakukan kerja-kerja Pilihanrya lakukanlah dengan sebaik mungkin jangalah gah sahaja kepada jawatan tetapi kerja untuk Parti tidak dilakukan .BN Menang Kedah Senang ...............