? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 24, 2008

Pas politikkan hukum hudud

Oleh HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut.
Beberapa pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika Pas gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, soal hudud jelas sengaja dibangkitkan kembali atas keperluan Pas untuk berhadapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana pengundinya majoriti orang Melayu.
Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya kawasan itu tidak ramai pengundi Melayu, Pas bukan sahaja sunyi sepi dalam isu hudud, malah sanggup pula menyokong calon DAP yang terang-terang tidak mahu menerima dasar mereka.
''Ini menandakan bahawa pakatan pembangkang ada masalah. Kalau pengundi faham dilema yang ada, saya percaya mereka tidak akan mengundi pembangkang kerana mereka tidak konsisten.
''Cara mereka, kalau di kawasan Melayu cakap lain di kawasan Cina cakap lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.
Kenyataan Husam itu dikritik hebat oleh sekutu Pas dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang menolak keras perkara tersebut dan menyifatkan hudud tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, kredibiliti Pas dalam menegakkan hukum hudud jelas boleh dipersoalkan kerana mereka tidak konsisten mengenai perkara itu.
Menurutnya, parti itu hanya mempolitikkan hukum Allah kerana bercakap mengenainya apabila ada keperluan.
Beliau menambah, jika dilihat di negeri Selangor dan Perak yang pembangkang berkuasa, soal hudud langsung tidak menjadi agenda mereka.
''Bila nak pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) yang majoriti kawasan Melayu, mulalah nyanyi lagu lama (hudud), tetapi bila tanya di Selangor atau Perak, dia kata matlamat untuk negeri kebajikan.
''Sebenarnya, macam mana Pas nak tegakkan hudud, kalau di Pulau Pinang pasal program tarian i-Dance itu pun mereka diminta tidak bersuara, ini kan pula hudud.
''Sebab itu, DAP cakap macam-macam pasal hudud, tetapi Exco agama pakatan pembangkang yang terdiri daripada orang Pas, senyap saja. Kalau betul mereka pejuang hudud, saya cabar Exco agama mereka letak jawatan,'' tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Razali Ibrahim berkata, kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa Pas menggunakan agama untuk tujuan politik.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor berkata, ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama.
''Jadi, ini bukan cara berpolitik yang bertanggungjawab. Sebab itu, saya amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan.
''Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap,'' jelasnya.

Korban kelima banglo ranap dijumpai


Oleh Nik Sukry Ramliniksukry@bharian.com.my
PASUKAN Smart membawa keluar mayat yang dipercayai pembantu rumah warga Sri Lanka, Lourdes Mary, di Bukit Antarabangsa, semalam.
KUALA LUMPUR: Polis menemui mayat reput dengan kepalanya terpisah daripada badan, dipercayai pembantu rumah warga Sri Lanka yang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, lebih dua minggu lalu. Mayat itu ditemui dalam lubang sedalam satu meter dengan kakinya ditindih katil di kawasan runtuhan, kira-kira 30 hingga 40 meter dari tapak banglo majikannya, Dr N Yogeswari, 40, yang terkorban dalam kejadian itu. Dengan penemuan mayat itu, korban kejadian tanah runtuh berkenaan kini disahkan lima orang. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata mayat itu ditemui anggota keselamatan selepas terhidu bau busuk ketika menjalankan operasi pemantauan dan pembersihan di kawasan runtuhan pada jam 6.30 petang.

"Ketika kerja mengorek, pasukan itu menemui cebisan anggota badan manusia yang sudah reput dan terpisah antara satu sama lain, seperti anggota tangan dan kaki. "Mayat itu juga sudah nampak tulang anggota badan dan kepala terpisah daripada badan," katanya ketika ditemui di Bukit Antarabangsa. Beliau berkata, semua cebisan daging serta anggota badan mayat itu dikumpul dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk ujian forensik,
Amiruddin berkata, keluarga suami Dr Yogeswari yang dipanggil untuk tujuan pengecaman, tidak dapat mengenal pasti identiti mayat itu. Bagaimanapun, tilam dan cadar yang ditemui berhampiran mayat berbaju kemeja-T merah jambu itu disahkan milik keluarga Dr Yogeswari. "Kita harap dapat mengetahui hasil ujian forensik dalam masa terdekat untuk mengesahkan mayat itu adalah pembantu rumah warga Sri Lanka yang sebelum ini dilaporkan hilang," katanya. Dalam kejadian tanah runtuh membabitkan 14 banglo pada 6 Disember lalu, empat mangsa terkorban, manakala pembantu rumah berkenaan yang dikenali Mary gagal ditemui sehingga operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 10 Disember.

RUMAHKU, KERETAKU...



Disebabkan kesunyian akibat kematian isteri, Ngah Muhamad, 90, mengambil keputusan tinggal di dalam kereta jenis Volvo 122 S keluaran tahun 1966, sejak enam tahun lalu. Biarpun tidak disisih keluarga, Ngah lebih selesa hidup berkelana tinggal di dalam kereta itu bagi mencari ketenangan.
Sebelum ini tiga tahun Ngah tinggal di sekitar Stesen Bas Lama Tanjung Kuala Terengganu dan berpindah ke Kuala Besut sejak 2006 hingga kini.
Kereta yang dimilikinya sejak ia mula dipasarkan itu, diletakkan di dalam garaj Masjid Alor Teratai, Kuala Besut,

Waspada sambut tahun baru

Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS
KEHADIRAN tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai upacara yang kebiasaannya menelan perbelanjaan yang besar. Orang ramai diajak berkumpul di tempat-tempat yang tertentu sama ada secara terbuka mahupun tertutup dan mereka disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mengasyikkan serta bertentangan dengan syarak.
Bahkan di sesetengah perhimpunan tersebut ia dicemari dengan aksi pergaulan bebas di antara kaum lelaki dan perempuan, pesta tari-menari, penggunaan pakaian yang menjolok mata bahkan adakalanya minuman keras turut disajikan sambil masing-masing menunggu kedatangan detik 12 malam yang menunjukkan masuknya tahun baru.
Maka sorak-sorai serta jerit-pekik gembira bergema apabila jam tepat menunjukkan pukul 12. Hiburan-hiburan berunsur maksiat ini akan berterusan sehingga ke pagi hari. Ini sebenarnya budaya kaum yang ingkar kepada perintah Allah yang telah menjadi ikutan muda-mudi Islam pada masa ini.
Budaya sebegini begitu giat dipropagandakan di negara-negara Islam melalui serangan ideologi oleh musuh-musuh Allah agar umat Islam terpesong daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Hakikatnya, kita telah diperingatkan tentang niat buruk golongan ini melalui Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)." (al-Baqarah: 120)
Malangnya terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mengendahkan peringatan tersebut dan ramai yang bukan sekadar terlibat dalam upacara sambutan tahun baru ini malah ada juga yang menganjurkan, mempromosikan dan menggalakkan sambutan hari tersebut. Sebenarnya terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Quran mahupun sunah yang melarang perbuatan menyerupai tingkah-laku kaum yang menolak agama Allah di dalam perkara yang menjadi sifat dan khusus bagi mereka. Termasuk dalam perkara seumpama ini adalah meniru mereka dalam menyambut hari-hari perayaan dan pesta-pesta mereka.
Setiap sambutan yang dikhususkan pada hari tertentu dan sambutannya berulang-ulang setiap tahun serta diagung-agungkan oleh orang-orang bukan Islam maka ia termasuk dalam kategori hari-hari perayaan yang terlarang bagi umat Islam menyambutnya. Apatah lagi umat Islam mempunyai hari-hari perayaan tersendiri yang diredai oleh Allah SWT dan ia membatalkan seluruh hari-hari perayaan lain yang tidak disyariatkan.
Daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata: "Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) pada masa jahiliah, maka Baginda bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri." (riwayat Imam al-Nasa'i di dalam Sunannya no: 959)
Daripada Tsabit bin Al-Dhahhak r.a bahawasanya dia berkata: Seorang laki-laki telah bernazar pada masa Rasulullah SAW untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu dia mendatangi Rasulullah SAW lalu berkata: Sesungguhnya aku telah bernazar untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu Nabi SAW bertanya: Apakah di dalamnya terdapat salah satu daripada berhala-berhala Jahiliah yang disembah? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Apakah di dalamnya terdapat salah satu dari hari-hari besar mereka? Mereka menjawab: Tidak. Rasulullah SAW bersabda: Tepatilah nazarmu kerana tidak perlu menepati nazar di dalam berbuat maksiat kepada Allah dan di dalam hal yang tidak dipunyai (tidak mampu dilakukan) oleh manusia. (riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3313)
Lihatlah bagaimana berhati-hatinya Rasulullah agar kita tidak membuat sesuatu perkara yang bersamaan dengan tarikh hari-hari perayaan golongan yang syirik kepada Allah.
Tentu sekali menyambut hari-hari besar musuh-musuh Allah seperti pesta sambutan tahun baru bersama mereka di seluruh dunia memiliki implikasi yang lebih berat di sisi syarak.
Umat Islam dilarang mengikuti budaya-budaya sesuatu kaum yang bertentangan dengan syarak dan sesiapa yang meniru budaya tersebut maka di akhirat kelak mereka akan tergolong bersama-sama dengan kaum yang memusuhi Allah tersebut. "Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3512)
Tambahan pula Allah SWT telah menjadikan kelompok-kelompok yang ingkar kepada perintah-Nya memiliki hubungan yang akrab di antara satu sama lain. Maka keterlibatan orang-orang Islam dalam upacara-upacara golongan yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya menunjukkan mereka telah menjadi sebahagian daripada kelompok yang zalim tersebut sebagaimana ditegaskan dalam surah al-An'am ayat 129.
Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka. Sikap sebegini dicela oleh Allah SWT melalui firman-Nya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujaadalah: 22)
Seperti yang telah sedia maklum, upacara-upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta-pesta yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berunsur maksiat dan Allah SWT telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atas muka bumi ini dengan perbuatan-perbuatan terlarang. Ini dijelaskan dalam surah Ghaafir ayat 75.
Berdasarkan paparan yang telah dikemukakan di atas, maka tidak boleh hukumnya seorang Muslim untuk menganjurkan, menghadirkan diri, mempromosikan ataupun membantu mengadakan perayaan-perayaan hari-hari besar yang tidak ada landasannya dalam Islam seperti sambutan tahun baru. Ini kerana ia termasuk perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti dalam surah al-Maaidah ayat 2.
Pun begitu, tidaklah pula menjadi kesalahan sekiranya setiap kali munculnya tahun baru, seseorang Muslim itu melakukan muhasabah terhadap apa yang telah berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membuat perancangan dalam memperbaiki apa jua kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.
Oleh itu, apabila tibanya tahun baru maka tidaklah dilarang untuk seseorang itu menanamkan azam baru yang positif serta selari dengan syarak dan hendaklah pula dia bersungguh-sungguh untuk memastikan azam tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan.
Apa yang lebih baik, umat Islam mengutamakan tahun baru hijrah menurut kalendar yang telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaan kalendar hijrah ini juga lebih wajar untuk diperluaskan dalam urusan-urusan harian seluruh umat Islam. Hendaklah umat Islam merasa bangga terhadap agama Islam yang dianutinya serta syiar-syiar yang berkaitan dengannya.
Janganlah kita menjadi umat yang tidak mempunyai pegangan, lantas mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanamkan dalam masyarakat kita dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada jalan yang lurus lagi diredai Allah.
Hindarkan diri kita daripada menjadi ejen-ejen yang mempopularkan gaya hidup musuh-musuh Islam serta memasyhurkan budaya-budaya kuning mereka sehingga ia mengalahkan atau menggantikan cara hidup dan akhlak-akhlak yang Islamik.

Tuesday, December 23, 2008

Kempen guna blog boleh kena tindakan disiplin

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.
Katanya, Tataetika Ahli UMNO mempunyai garis panduan yang jelas berhubung perkara itu.
"Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO menghalang apa jua penerbitan, penyiaran, penulisan dalam risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya yang mengandungi unsur menyokong, memfitnah, mencela dan mengeji ahli-ahli parti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Lembaga Disiplin UMNO di Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ahmad Rithauddeen berkata, selaras dengan kandungan Tataetika Ahli UMNO itu, pihaknya telah mengambil tindakan memberi amaran kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor kerana didapati bersalah berkempen menggunakan blog pada pemilihan UMNO peringkat bahagian yang lalu.
Beliau turut mengingatkan ahli UMNO yang mempunyai sebarang masalah melibatkan pemilihan dalam parti agar tidak membawa kes mereka ke mahkamah kerana boleh digugurkan keahlian jika berbuat demikian.
Beliau berkata, Perkara 20.7 Perlembagaan UMNO dan Perkara 18C Akta Pertubuhan 1966 dengan jelas menyatakan apa jua kepentingan melibatkan parti politik adalah dilarang dibawa ke mahkamah.
Katanya, setakat ini, tiga kes daripada UMNO Bahagian Tanah Merah, Ledang dan Kota Tinggi telah dibawa ke mahkamah.
Akibat perbuatan itu, katanya, ketiga-tiga pihak yang membawa kes berkenaan telah dipanggil oleh pihaknya dan wakil UMNO Bahagian Tanah Merah sudah pun digugurkan keahlian.
Sementara itu, wakil daripada dua bahagian lagi sedang melalui perbicaraan untuk memberikan penjelasan mengapa mereka membawa kes ke mahkamah.
"Perlembagaan UMNO dengan jelas menyatakan jika ada pihak mengetengahkan sebarang kes parti ke mahkamah, akan gugur keahlian," katanya.
Menurut beliau, jika ada sebarang masalah atau rasa tidak puas hati, ia perlu dibawa kepada saluran yang betul dalam parti seperti Lembaga Disiplin dan bukannya kepada pihak diluar.

Tengku Ahmad Rithauddeen kecil hati


KUALA LUMPUR - "Kecil hati saya," kata Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berhubung dakwaan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) kononnya lembaga itu lambat bertindak mengendalikan laporan amalan politik wang dan rasuah dalam parti.
"Mereka (anggota Lembaga Disiplin) kadang-kadang sehari atau dua hari tak balik rumah tetapi mereka (Mubarak) kata kita ini tak bertugas.
"Kecil hati saya. Mereka ini senanglah kata kepada kita. Ahli Lembaga Disiplin ni bukan (orang) muda. Nak cari (pilih) mereka ini bukan senang kerana mereka perlu terdiri daripada veteran, perlu jujur, bekerja untuk parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Mubarak, dalam satu kenyataan Jumaat lalu berkata, kelewatan Lembaga Disiplin UMNO seakan-akan mahu perkara yang diadu itu dilupakan secara perlahan-lahan.
Timbalan Presiden Mubarak, Datuk Abdul Aziz Rahman mencadangkan supaya Lembaga Disiplin mengambil langkah segera bagi memastikan perkara itu dapat ditangani.
Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, sejak 29 Januari lalu, panel penyiasatan lembaga berkenaan sudah bersidang sebanyak 39 kali bagi mengendalikan laporan salah laku membabitkan 39 bahagian manakala Tribunal Lembaga Disiplin sudah bersidang sebanyak 10 kali membabitkan 25 bahagian dan panel rayuan sebanyak dua kali membabitkan dua bahagian. - Bernama

Keahlian Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena digantung


KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin UMNO menggantung keanggotaan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin selama dua tahun bermula 17 Disember lalu kerana didapati bersalah mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, anggota wanita bahagian sama, Halimah Hanafi pula digantung selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana membuat aduan palsu mengenai politik wang, kesalahan pertama seumpamanya yang diambil tindakan sedemikian berkuat kuasa pada tarikh sama.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahamad Kuris Mohd. Nor pula diberi amaran kerana didapati bersalah berkempen untuk mendapatkan jawatan menerusi blog miliknya yang melanggar Tataetika Ahli UMNO di bawah Perkara 5.3, Perkara 7.1 dan Perkara 8.1.
Dua anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Batu iaitu Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abdul Rahman yang didapati bersalah menjadi ejen untuk mengadakan majlis makan (untuk tujuan berkempen) malam juga diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin.
Dalam kes Halimah, Tengku Ahmad Rithaudeen berkata, beliau mengatakan wujudnya politik wang dalam pemilihan bahagian dan membuat laporan namun selepas dipanggil untuk lembaga membuat penyiasatan anggota wanita itu mahu mengubah aduannya pula. - Bernama

Sunday, December 21, 2008

Bush dan Kasut


Baghdad, 14 Disember 2008
Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq.
Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.
Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
***********
Menarik bukan? Wartawan tersebut, dijadikan HERO oleh Iraqians. Mereka menganggap benda ini sebagai wajar.


Welcome to Kedah

Introduction
The state of Kedah spans approximately 9, 425 sq. km in the northern part of the Peninsular and together with Perlis, Perak and Kelantan, shares a common border with neighbouring Thailand. It has the distinction of being the "Rice Bowl of Malaysia", the Kedah-Perlis rice plains produce more than half of the country's home grown rice supply. Alor Setar, the state capital, is the seat of Government and the business centre of the state.
The flat expanse of padi fields against a backdrop of rolling hills provides a picture of utter serenity that lulls the senses. Off its western shore, are clusters of sun-drenched islands that comprise the legendary islands of Langkawi. Kedah also owes its fame to the archeological discoveries at the Bujang Valley, which furnished evidence of the existence of an early civilization dating back to the 6th century A.D. With its islands, legends, historical relics, hill stations and scenic aterfalls, Kedah offers the visitor a variety of sights, sounds and fun-filled activities - from beach combing to diving, water skiing, picnicking or merely to take in the sights.

Betulkah Mat Sabu kalah kerana faktor 'orang luar'?

Mat Zain Mat Isa Sun Dec 21, 08 10:23:34 am MYT
Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin terasa. Meski pun penamaan calon hanya akan dilakukan pada 6 Januari depan, cakap-cakap mengenai siapa yang bakal dipilih mewakili parti-parti dalam pilihan raya itu telah bermula sebaik penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal, akhir November.
Iklan





Teka-teki itu terjawab di sebelah pihak petang semalam (Sabtu). Barisan Nasional telah mempertaruhkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk dipilih pengundi pada 17 Januari nanti.
Di pihak lawannya, sudah ada kesepakatan di kalangan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan kerusi itu kepada PAS. Nama calonnya bagaimana pun masih belum diputuskan.
Cuma yang hampir pasti, laluan untuk Mohamad Sabu (Mat Sabu), bekas calon pada pilihan raya umum, Mac lalu, sudah hampir tertutup. Kedengaran suara-suara sangat lantang di kalangan pendokong dan jentera PAS di Terengganu sendiri kononnya Naib Presiden PAS itu tidak dapat diterima pengundi.
Alasan utama diberikan ialah kerana Mat Sabu 'orang luar'. Maka, di atas sangkaan dan dakwaan untuk memenuhi selera pengundi yang mahukan anak tempatan, pihak dalaman PAS sendiri menuntut agar seorang anak tempatan dipilih sebagai calon kali ini.
Penulis merasa terpanggil mengulas kesimpulan itu. Apatah lagi satu analisa turut disiarkan sebuah tabloid mingguan, hari ini (Ahad, 21 Disember) bagi memperkuatkan kesimpulan tadi.
Bagi penulis, menyimpulkan kekalahan Mat Sabu semata-mata atas faktor dia 'orang luar' adalah satu penilaian sangat simplistik dan agak gopoh. Bahkan, ia satu ketidak adilan terhadap tokoh yang dianggap 'ayam sabung' PAS itu.
Begini saja lah! Apa kata kita teliti semula perangkaan keputusan pilihan raya kawasan itu Mac lalu dan kita bandingkan dengan apa yang berlaku di situ pada 2004 dulu, boleh?
Mac lalu, Mat Sabu mendapat 31,934 undi berbanding Razali 32,562. Majoriti kemenangan calon BN ialah 628 undi. Seorang calon Bebas, Maimun Yusof (Tok Mun) mendapat 685 undi.
Sebagai perbandingan, pelbagai pihak mengemukakan perangkaan undi diperolehi kedua-di pihak di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Jumlah diperolehi PAS di keempat-empat Dun (termasuk Dun Bandar ditandingi KeADILan) ialah 33,279 undi.Undi BN pula 31,486.
Beza undi kemenangan PAS atas BN ialah 2,243. Angka itu jika ditolak undi nenek tua tadi, masih ada 1,558. Mereka pun kata, jika tidak kerana Mat Sabu 'orang luar' dia sepatutnya telah menang dengan majoriti 1,558 undi!
Nanti dulu saudara! Jangan mudah buat kesimpulan. Kita analisa lebih terperinci sikit.
Undi dipungut Mat Sabu berbanding empat calon Dun merosot 1,795 undi. Kita namakan mereka undi lari. Betul, Mat Sabu tidak sepopular calon-calon Dun.
Tapi tidak kesemua undi lari itu pergi kepada Razali. Beza undinya dengan calon-calon BN di empat Dun ialah 1,076 undi lebih banyak.
Ertinya ada 719 undi lari yang tidak juga mengundi BN. Kita simpulkan 685 daripadanya pergi kepada Tok Mun dan 34 undi lagi tidak mengundi mana-mana calon.
Soalnya, apakah undi 685 kepada Tok Mun itu semata-mata kerana tidak berkenaan kepada Mat Sabu? Apakah tidak mungkin ia kerana simpati kepada nenek itu?
Penulis menyimpulkan bahawa faktor simpati terhadap calon Bebas itu juga satu kemungkinan kekalahan PAS. Bayangkan andaikata 685 undi itu tidak bersimpati kepadanya dan mengundi Mat Sabu, apakah BN masih menang?
Itu satu. Ertinya, kekalahan Mat Sabu bukan semata-mata kerana dia 'orang luar'.
Yang kedua, kita teliti pula undi di kawsan sama pada 2004 lalu. BN diwakili Razali, manakala PAS mempertaruhkan Dr Syed Azman Syed Nawawi. Dia bukan sahaja ada kelulusan akademik tinggi, AJK PAS Pusat, bekas Ahli parlimen 1999, tetapi paling penting (dalam konteks penghujahan ini) ialah beliau anak tempatan Kuala Terengganu.
Semua kita tahu beliau kalah dengan majoriti 1,933 undi kepada Razali. Itu tidak mengejutkan sebab kawasan-kawasan lain pun PAS kalah teruk ketika itu, hingga hilang kerajaan negeri.
Apa yang perlu diteliti, kekalahannya dengan hampir 2,000 undi itu juga tidak sepatutnya berlaku. Jika dijumlahkan undi-undi peringkat Dun, PAS mendapat 29,750 undi berbanding BN dengan 30,375 undi. Beza undi majoriti hanya 625 undi yang memihak kepada BN.
Syed Azman mendapat 29,061 undi, iaitu 689 undi kurang daripara calon-calon PAS di empat Dun. Sekali lagi kita istilahkan 689 itu undi lari. Jika tidak kerana undi itu, Syed Azman sepatutnya kalah hanya 625 undi, bukannya 1,933 undi. Berbeza bukan?
Maka kesimpulan penulis yang kedua, kalau dikatakan undi lari dalam kes Mat Sabu ialah kerana dia 'orang luar', bukankah fenomena serupa telah dialami Syed Azman yang merupakan anak tempatan?
Untuk kesimpulan ketiga, kita teliti lagi keputusan 2004 itu. Razali mendapat 30,994 undi, iaitu penambahan 619 undi lebih daripada empat calon BN di Dun. Ada 70 undi lari dari PAS yang tidak mengundi mana-mana calon.
Dalam ertikata lain, faktor peribadi calon BN itu turut memainkan peranan. Kita boleh simpulkan bahawa Razali telah mendapat undi peribadi sebanyak 619 undi.
Kita andaikan jumlah itu kekal pada 2008. Bermakna 1,076 undi peribadi diperolehinya Mac lalu hanya melibatkan 457 undi tambahan. Apa peliknya tambahan sebanyak itu kerana jumlah keluar mengundi di kawasan itu meningkat 5,267 orang berbanding 2004 lalu.
Sepertimana disebutkan, besar kemungkinan Mat Sabu tidak akan dipilih semula. Kalau penulis sendiri berada di tempat beliau pun, penulis tidak akan menerima tawaran bertanding semula, setelah diberi tanggapan sebegitu negatif.
Namun, itu bukan persoalan yang nak diperbahaskan di sini. Analisa semula oleh penulis ini hanyalah untuk mengajak kita lebih teliti dalam mengamati sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang kesimpulan.
Berdasarkan analisa ringkas tadi, penulis sekali lagi menyangkal dakwaan kekalahan Mat Sabu tempohari semata-mata kerana dia 'orang luar'. Maaf cakap, bagi penulis kesimpulan itu adalah satu kedangkalan, menggambarkan kerja gopoh dan minda simplistik pihak terbabit.
Ia juga seolah-olah mengesahkan bahawa orang Terengganu sangat tebal sentimen kenegeriannya. Sedangkan hakikatnya tidak begitu, sebab penulis juga orang Terengganu.
Paling utama, dakwaan tadi satu ketidak adilan yang sangat dikesali terhadap fakta sebenar, lebih-lebih lagi terhadap Mat Sabu sendiri. - mks._

mawi dan ekin


Mawi bersama isterinya, Ekin melambaikan tangan kepada para peminat selepas majlis pernikahan mereka di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru semalam.

Tanding 5 penjuru?

Oleh Zulkiflee Bakar dan Nor Aziah Jaafar
KUALA LUMPUR 20 Dis. – Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari ini dijangka menyaksikan pertarungan lima penjuru.
Selain bakal menemukan dua musuh tradisi iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas, pilihan raya berkenaan juga diramal akan turut disertai oleh dua calon Bebas dan seorang calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
Hari ini di Kuala Terengganu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon BN.
Pengumuman mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman.
Pas pula dijangka mengumumkan calonnya esok. Mingguan Malaysia difahamkan selain Mohamad Sabu, tiga nama turut dihantar kepada kepimpinan Pas pusat untuk dipertimbangkan