? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 30, 2009

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN ANAK GADIS KEDAH NI



ALOR SETAR: Seorang gadis bertindak nekad mengejar dan melanggar motosikal dinaiki lelaki yang meragut beg tangannya di Jalan Putra di sini, menyebabkan suspek terjatuh sebelum mangsa melompat ke atasnya dan mencekiknya sebelum ditahan orang ramai, malam kelmarin.Kejadian itu berlaku jam 9.50 malam ketika Huda Nasuha Hassan, 22, sedang menunggang motosikalnya bersendirian untuk pulang ke rumah di Taman Rakyat, Mergong di sini, selepas tamat bekerja di sebuah pusat beli belah di sini.Huda Nasuha berkata, apabila tiba di tempat kejadian, seorang lelaki bermotosikal memintas dan merentap beg tangannya yang diletakkan dalam raga motosikal sebelum memecut melarikan diri."Pada mulanya saya tergamam dengan kejadian itu, tetapi nekad mengejarnya dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikal lelaki berkenaan apabila dia terperangkap dalam kesesakan di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut."Akibat perlanggaran itu kami terjatuh dan saya yang berbaju kurung melompat ke atas badan suspek dan mencekiknya."Melihat keadaan itu orang ramai datang membantu menahan suspek," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.Huda Nasuha berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan kerana kakinya cedera dihempap motosikal."Suspek juga merayu supaya dilepaskan selepas memulangkan beg tangan yang diragut, tetapi saya nekad mahu menyerahkannya kepada polis," katanya.Huda Nasuha berkata, dia sanggup bertindak berani mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit kerana terlalu geram dengan perbuatan lelaki terbabit."Malah, tindakan itu juga didorong perasaan terlalu bencikan peragut kerana angkara mereka menyebabkan seorang rakan karib saya mati, tahun lalu,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

-Berita Harian-



Sekalung tahniah diucapakan kepada Saudari Huda Nasuha Hassan ni kerana berani untuk mengejar peragut yang meragut beliau.Kepada peragut-peragut diluar sana pikiaq la dua tiga empat kali kalau nak meragut tu ingat wanita bukan semuanya lemah.Laju juga adik kita ni ye bawa moto ligan peragut.Kalau dah geram apa pun boleh terjadi.........Nasib tak jadi apa-apa dekat adik kita ni cedera sikit sahaja........

Sunday, June 28, 2009

PAS AMALKAN ETIKA SYAITAN..................

ZAMBRY PERTAHAN HARUSSANI




Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZIpengarang@utusan.com.my
IPOH 27 Jun - ''Apabila mufti tegur Barisan Nasional (BN), mereka tepuk tangan tetapi apabila tegur mereka, mufti kena hentam."
Itulah reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir terhadap tindakan pengikut Pas yang membidas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (Gambar) gara-gara kenyataan beliau tentang kerajaan perpaduan.
Zambry berkata, Mufti Perak bukan orang politik dan beliau membuat teguran sebagai seorang ulama yang cintakan kesejahteraan.
''Sikap penyokong Pas ini tidak melambangkan mereka mewakili parti Islam kerana Islam mementingkan keadilan,'' katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pemuda Pas Perak yang melahirkan rasa kecewa mereka terhadap pandangan Harussani ekoran kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO.
Harussani sebelum ini melahirkan rasa kecewanya dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi terlalu taksub sehingga sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik masing-masing.






Memetik kata-kata yang dilontarkan oleh Tan Sri Harussani bin Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak dalam Wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini beliau meyatakan "Kita memaki hamun sesama kita dan berpatah arang,berkerat rotan.Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali .Ini bukan daripada etika Islam ini etika Syaitan"Sudah cukup mengambarkan bahawa betapa kecewanya beliau terhadap kegagalan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dan usaha untuk meyatukan orang islam dan melayu negara kita.Apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan prinsip PAS maka berkandaq-kandaqlah maki hamun yang beliau akan terima.Saya amat bersimpati kepada Tan Sri Harussani bin Zakaria kerana beliau benar-benar ikhlas untuk meyatupadukan kaum melayu dinegara kita tetapi ini yang beliau dapat dari usaha beliau ini.Kadang-kadang saya terfikir dan merasa kasihan kepada golongan-golongan ulama ini yang tidak memihak kepada parti-parti politik tertentu tetapi mereka ini akan dikecam dan dihina jika prinsip dan kenyataan golongan ulama ini berbeza daripada mereka.Hinggakan akan ada yang dicop sebagai Ulamak UMNO ,Tok Imam UMNO ,Lebai UMNO dan sebagainya.Kalau golongan Mufti dan Ulama tidak dihormati siapa lagi yang harus kita rujuk jika ada satu-satu masalah.Oleh itu kepada golongan-golongan yang cuba merendah-rendahkan martabat Mufti dan Ulama ini diharap muhasabah lah diri dan cermin lah dulu diri anda sebelum menghentam golongan-golongan ini.Impian atau matlamat Mufti adalah satu untuk menyatupadukan Islam dan Kaum Melayu di negara kita agar lebih kuat dan tidak sewenang-wenangnya dihina dan ditindas oleh orang lain .Jika tidak dari sekarang beliau menegur bila lagi beliau akan menegur tak kan sampai Negara kita kucar-kacir baru beliau akan membuat sesuatu.Kepada PAS janganlah terlampau taksub.Saya melihat PAS ini taksub contohnya jika di sesuatu Masjid itu Imamnya ialah orang UMNO mereka sanggup lari keluar kariah dan sembahyang jumaat di kariah lain hanya kerana imamnya ialah orang UMNO.Tetapi UMNO tidak pulak jadi macam, tu jika Imamnya PAS tidak pula sampai lari keluar kariah.........Jadi kepada PAS sekali lagi saya menyeru ubahlah sikap janganlah terlampau taksub sehingga lupa diri menghina sesama islam......INGAT ISLAM ITU BERSAUDARA

Saturday, June 27, 2009

KATA NIK AJIS UMNO NI KOMUNIS



Amboi-amboi Tok Guru sedapnya mulut ye menyamakan UMNO sama dengan Komunis dan ajaran sesat ayah pin.Sapa yang menyanjungi komunis sebenarnya ni bukan ka Brother Anwar Bin Ibrahim .Tuan Guru tak kata apa pulak kat dia ye .Janji orang Tok Guru tak pa kan UMNO ni sejahat-jahat parti ye tu yang macam-macam tuduhan yang tok guru dok bagi tu ye kat UMNO ni .Kalau kerjasama dengan DAP ok je leh halalkan semua.Kalau dengan UMNO macam-macam alasan yang tok guru bagi .Yang tak sedapnya Tok Guru dok tuduh UMNO ni Komunis tu yang jadi dok geram tu.Sejahat-jahat kami lah orang-orang UMNO ni tak pernah pulak dok kata macam-macam kat parti tok guru.Ingatlah tok guru UMNO lah satu-satunya parti yang mempertahankan tanah air sewaktu zaman komunis dulu.UMNO yang menentang habis-habisan untuk memerdekakan negara kita .Kalau tak dak UMNO lah yang berjuang nak harap puak-puak parti Tok Guru tak tau la nak jadi lagu mana..............HIDUP UMNO....................

Thursday, June 25, 2009

HAJI HADI ,NASHARUDIN,DITOLAK DI MANEK URAI


Kempen Hadi di Manek Urai belum ada dalam jadual

KOTA BHARU 24 Jun - Ketiadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai 14 Julai ini menimbulkan tanda tanya.
Kedua-duanya bukan sahaja tidak muncul malah tidak ada sebarang poster mereka digantung di sekitar kawasan berkenaan.
Pada masa yang sama, timbul cakap-cakap mengatakan mereka tidak dibenarkan berkempen kerana bimbang akan menjejaskan undi Pas.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun menjelaskan, ia sebahagian daripada strategi kempen parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.
"Perancangan agar poster kedua-duanya tidak dinaikkan, tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan baru-baru ini. Ia semata-mata strategi pilihan raya.
"Sehingga kini tidak ada dalam jadual kami untuk mereka turun berkempen. Tidak ada sebarang arahan dan permintaan dari sesiapa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, Abdul Hadi mencadangkan supaya sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan bagi mengatasi kemelut politik yang berpanjangan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dan ia mendapat sokongan padu daripada Nasharudin.
Cadangan tersebut mendapat tentangan hebat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan sehingga timbul kemelut dalam parti sekali gus menggugat pakatan pembangkang.
Bagaimanapun selepas perjumpaan khas di antara kepimpinan tertinggi Pas Isnin lalu, Nik Abdul Aziz memohon maaf serta menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan kepada Nasharudin termasuk meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok.
Ekoran itu, pemimpin pakatan pembangkang telah mengadakan mesyuarat khas dan memutuskan sebulat suara menolak cadangan kerajaan perpaduan sambil menyifatkan ia fitnah dan tohmahan jahat UMNO walaupun idea itu dicetuskan oleh Abdul Hadi sendiri.
Abdul Fatah berkata, Pas telah mendapat semangat baru dan akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Pilihan Raya Kecil Manek Urai selepas isu kerajaan perpaduan dapat diselesaikan.
"Dengan pembatalan kerajaan perpaduan, saya yakin pengundi di Manek Urai semakin bersemangat untuk mengundi Pas kerana tumpuan dan fokus mereka semakin jelas.
"Para pekerja parti juga semakin berkobar-kobar untuk bekerja memenangkan Pas," katanya.




Memang sudah dijangka bahawa kedua-dua tokoh PAS yang mencadangkan kerajaan perpaduan ini akan ditolak di Manek Urai .PAS takut jika mereka berdua turun berkempen di Manek Urai maka mereka akan kehilangan undi yang banyak dan tidak mustahil mereka akan tewas pada PR ini.Untuk itu bagi menyakinkan kembali penyokong-penyokong PAS kepada beliau maka Tuan Presiden ini membuat pusingan U dengan menyatakan UMNO yang terhegeh-hegeh ingin mewujudkan Kerajaan Perpaduan.Apa ni Tuan Guru sampai macam tu sekali ye tuduhannya memang lidah bercabang juga ye.Bila beliau sudah gagal untuk menyakinkan Pakatan Rakyat untuk menerima Kerajaan Perpaduan beliau telah menuduh UMNO dengan bermacam-macam cara.Kegagalan Hj.Hadi Awang,Presiden PAS dan juga Timbalan Presiden PAS untuk mewujudkan kerajaan perpaduan adalah tragedi malang kepada perpaduan umat melayu yang kini dahagakan satu komitmen kepimpinan parti politik melayu.Sejak dari perancangan Presiden PAS dalam muktamar pas yang lalu, sudah dijangka akan menghadapi tentangan dari PKR,DAP. Sejak dari penubuhan parti PAS di era tahun 40an,kepimpinan PAS tidak mempunyai stand atau prinsip perjuangan.prinsip mereka berubah ikut angin,bagaikan lalang,mereka buat cadangan,mereka batal dan mereka kata fitnah.suluh dulu muka tu,elok dak mereka-mereka ini.besar dengan serban sahaja.Itulah bila nakhoda berkepala lima,masing-masing nak jilat merata,lepas tu badan pun dan jadi miang merata.mana tak miang,satu kepala dah nyanyok,satu kepala takut dengan cadangannya sendiri,satu kepala depan belakang pun boleh tibai,satu kepala lagi kira nak jaga kepala babi aja dan satu kepala lagi pompuan tukang angguk.Macamana nak jaga melayu kalau lah macam ni.mampuiiiiiiiiih la.Bangsa melayu kita nak pergi mana, tolong habaq mai......... tolang sedarlah hai orang-orang melayu dalam PAS,buka mata.minda buka segala-galanya................. apa pun Insyaalah BN akan menang di Manek Urai...................

Monday, June 22, 2009

AKHIRNYA BERJAYA JUGA DAP-PKR MENGAGALKAN USAHA PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN








Oleh Arshad Khan/ Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 23 Jun - Pakatan pembangkang yang bermesyuarat di sini hari ini memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penubuhan kerajaan itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO.




Berjaya juga untuk DAP dan PKR menggagalkan usaha untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS.Memang sudah jelas dan nyata PKR dan DAP akan berusaha untuk menolak sekeras-kerasnya usaha ini kerana jika ianya berlaku PKR dan DAP akan berputih mata.Dan ianya juga direstui oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz sejak dari awal-awal lagi beliau tidak bersetuju mengenai kerajaan peprpaduan ini.Bagi beliau lebih baik bekerjasama dengan parti dari kaum lain daripada UMNO yang kesemua ahlinya ialah orang melayu.Kepada Tuan Guru Hj Hadi dan Ustaz Nasharuddin usahlah berputus asa.Tunjukanlah kepada rakyat yang anda berdua bukan boneka kepada DAP dan Anwar Ibrahim.Usaha untuk menyatupadukan orang melayu ini memang agak lambat dan mempunyai banyak cabaran oleh itu jangan kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh pakatan rakyat ini.Teruskan lagi usaha ini sampai berjaya kerana UMNO sentiasa membuka pintu untuk PAS bekerjasama untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan.






Sunday, June 21, 2009

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIII
AL-WATHIQU BILLAH AL-SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH




WASIAT RAJA-RAJA MELAYU DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG DIPERBUAT SEMASA MERDEKA PADA TANGGAL 31 OGOS 1957



"Kami wasiatkan kepada
zuriat keturunan kami
7 perkara yang mana
jika kamu bersatu padu
dan berpegang teguh
kepadanya selama itulah
kamu akan aman damai
dan selamat sejahtera"




Tujuh Perkara itu ialah :



PERTAMA, Kami namakan dan kami panggil akan dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung,PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (Sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA),


KEDUA, Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu ,selain gunung-ganang,tasik dan hutan simpan,TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,



KETIGA, Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu,Kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,


KEEMPAT, Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,



KELIMA , Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,


KEENAM , Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU,dan



KETUJUH, Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)





Dipetik dari : Risalah Jabatan Penerangan Malaysia

Saturday, June 20, 2009

TAK TENTANG APA MACAM NI WAN AZIZAH OII........

PKR TAK TENTANG- WAN AZIZAH

SHAH ALAM 19 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menentang sebarang usaha berhubung cadangan Pas untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO.
Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR berpendirian sedemikian kerana percaya perbincangan itu tidak melibatkan pembentukan kerajaan perpaduan.
"Sebenarnya itu adalah rundingan sahaja, bukan melibatkan kerajaan perpaduan.
"Kita tidak menentang mana-mana pihak untuk berunding dengan sesiapa sekiranya ia melibatkan kepentingan negara dalam apa jua bentuk," ujarnya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun kelahiran Aung San Suu Kyi ke-64, di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Wan Azizah mengulas cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengadakan perbincangan serta mengadakan kerjasama dengan UMNO mengenai pembentukan kerajaan perpaduan pada masa depan.
Cadangan itu dibuat kerana ia dilihat mampu menyelesaikan masalah negara termasuk kemelut politik atas dasar untuk kebaikan rakyat secara keseluruhan.
Dalam pada itu, Azizah menegaskan, semua parti di bawah pakatan pembangkang iaitu PKR, DAP dan Pas amat komited dalam segala perkara yang melibatkan perbincangan dengan mana-mana pihak yang dirasakan mampu memberi manfaat kepada negara.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan perbincangan Pas untuk pembentukan kerajaan perpaduan dengan UMNO adalah tidak betul kerana perkara itu ditolak sebulat suara oleh ahli Pas ketika muktamar tahunan parti itu awal Jun lalu.
"Walaupun kita terbuka kepada semua pihak untuk berbincang, akan tetapi dalam perkara membabitkan kerajaan perpaduan Pas-UMNO adalah tidak berapa betul.
"Malah jika dilihat hari terakhir muktamar pun, ahli Pas dilihat tidak menerima cadangan itu. Tidak ada kerajaan perpaduan," ujarnya.

Dipetik dari: UTUSAN MALAYSIA


Membaca mula-mula berita ni sejuk gak hati ya la tajuk pun best bunyinya PKR tak tentang Kerajaan Perpaduan.Baca sampai habis baru tau, tak tentang apa macam ni dah memang tentang la tu cakap ja tak tentang.Memang sama ja la hang ni dengan laki hang pandai auta....Selagi ada geng-geng ni memang la usaha untuk menyatupadukan PAS UMNO tak akan berjaya.Di pihak UMNO dah terbuka tiada masalah untuk menerima PAS tetapi dipihak PAS macam-macam lagi dugaan yang dok ada.Apapun kepada PAS jangan la dok termakan pujuk rayu oleh sesetengah pihak yang cuba menggagalkan usaha ini kalau mahu umat melayu dinegara kita terus bersatu.....

Friday, June 19, 2009

AKHIRNYA NIK AZIZ MENGALAH JUGA.............

Nik Aziz cuba akhiri kemelut

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOBpengarang@utusan.com.my
KOTA BHARU 18 Jun - Selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan keras menyanggah cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya bersetuju mengatur pertemuan dengan dua pemimpin parti itu yang mencetuskan dan menyokong idea tersebut.
Beliau berkata, penyelesaian isu itu tidak memerlukan muktamar khas diadakan, sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu telah meminta untuk berbincang dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan beberapa pemimpin lain.
''Ini perjumpaan ukhuwah, secara persahabatan, akan jemput presiden dan timbalan, juga beberapa orang lain yang saya sendiri diberi kuasa untuk memilih,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata, perjumpaan itu akan diadakan sama ada ada di Kelantan atau di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.
Semalam Nik Abdul Aziz membidas Nasharudin dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok dan menyertai UMNO jika benar pemimpin itu mahu menjayakan cadangan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.
Beliau dilaporkan menyifatkan tindak-tanduk Nasharudin seperti membuat sampah di dalam parti dan sekali gus menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli.
Nik Abdul Aziz berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Nasharudin kelmarin bahawa Pas menerima dengan hati terbuka keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai keikhlasan parti itu berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.
Beliau turut ditanya sama ada isu itu mungkin boleh dibincangkan dalam muktamar khas seperti yang dicadangkan oleh Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib.
''Muktamar khas ini besar sangat, jadi saya atas nama Mursyidul Am dah minta jumpa beberapa orang dalam Pusat bagi menyelesaikan kemelut ini,'' katanya.
Mengenai reaksi Nasharudin, beliau berkata, Timbalan Presiden Pas itu sehingga kini tidak menghubunginya untuk memberikan sebarang penjelasan.
Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun membetulkan laporan media hari ini bahawa beliau tidak meminta pemimpin itu melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pas seperti yang ditafsirkan oleh wartawan.
''Saya minta dia letak jawatan Ahli Parlimen Bachok, saya tiada hak minta dia letak jawatan Timbalan Presiden. Parlimen Bachok dalam negeri saya jaga," katanya.
Beliau juga menegaskan pendiriannya bahawa kerajaan perpaduan sudah tidak perlu kerana pakatan pembangkang telah mencerminkan dan memberi makna bagi kerajaan perpaduan.
''Apa pasal kita nak cari yang lain sedangkan hari ini sudah ada perpaduan. Kelebihan pakatan pembangkang hari ini kerana telah meredakan Islamophobia dan ia tidak akan wujud kalau kami memerintah.
''Penyakit Islamophobia yang disebarkan oleh Eropah dapat diredakan di Malaysia melalui pakatan hari ini, orang Cina, orang India tidak takutkan Islam lagi. Ini kelebihan yang saya rasai.
''UMNO tidak boleh buat kerana ia sendiri pun Islamophobia, tak mahu Islam dan melawan Pas," ujarnya.


Alhamdulilah akhirnya Datuk Nik Aziz terbuka juga hati mahu berjumpa dan berbincang tentang kerajaan perpaduan ini.Perkembangan yang amat baik dan diharap perjumpaan dengan Hj Hadi dan Ustaz Nasa berjalan dalam keadaan baik tanpa emosi yang boleh menggagalkan usaha untuk menyatupadukan orang melayu dan islam di negara kita.Syabas dan tahniah tok guru macam nilah baru orang akan lebih menghormati Tok guru kerana boleh juga dibawa berbincang .Ingat Tok Guru PAS DAP boleh bersatu tak kan UMNO PAS tak boleh .Banyak beza jika dilihat antara DAP dan PAS kerana mempunyai ideologi berbeza bergabung hanya atas dasar politik sahaja dan hanya untuk menumbangkan kerajaan BN.Tetapi jika PAS bekerjasama dengan UMNO bannyak manfaat yang kedua-dua pihak akan dapat selain orang melayu bertambah kuat syiar islam dinegara kita akan terus terbela.Apapun semua rakyat mahukan usaha ini benar-benar berjaya.Kepada Tok Guru Nik Aziz terimalah usaha untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan ini jangan banyak sangat alasan yang boleh menggagalkan usaha ini.INGAT ISLAM ITU BERSAUDARA................

Thursday, June 18, 2009

ANUWAR HANG TAK PAYAHLAH DOK SIBUK-SIBUK NAK JADI HERO.....

Datuk Abdullah bin Morad

80 peratus rakyat tidak mahu Chin Peng pulang


Berita Harian 16 Jun 09

YAN: Kajian yang dilaksanakan Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kira-kira 80 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mahu bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang atau diberi kerakyatan negara ini. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad (Gambar)berkata, kaji selidik berkumpulan yang membabitkan 10,000 responden itu mendapati rata-rata masyarakat tidak bersetuju jika Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Beliau berkata, kaji selidik itu dilakukan Jabatan Penerangan terhadap pelbagai kaum di seluruh negara berikutan wujud cadangan daripada pihak tertentu yang mahu supaya Chin Peng dibenarkan pulang atas dasar kemanusiaan."Kajian mendapati rakyat semua kaum tidak dapat menerima Chin Peng kerana kekejaman yang pernah dilakukannya sewaktu zaman darurat dan selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya selepas merasmikan Program Sepakat Bestari di sini, semalam. Katanya, kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Chin Peng dibenar pulang atas alasan kerajaan pernah membenarkan beberapa anggota komunis pulang ke tanah air hanya akan menimbulkan kekeliruan. "Negara boleh menjadi porak peranda dan rakyat akan terkeliru jika isu Chin Peng terus dimainkan oleh pemimpin politik pembangkang sebagai modal meraih simpati. Walaupun rakyat menolak kepulangan Chin Peng, masih ada pemimpin politik menjadikan ia isu," katanya.Beliau berkata, pemimpin berkenaan seharusnya mengambil kira suara rakyat dari semua kaum yang cintakan negara ini serta perlu menghormati prinsip Rukun Negara serta keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang. Sementara itu, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) berkata, Anwar seharusnya berusaha membela nasib bekas tentera yang berjuang mempertahankan negara pada zaman komunis, bukannya membawa masuk Chin Peng ke Malaysia. Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani, berkata ramai bekas tentera yang cacat anggota akibat berjuang mempertahankan kedaulatan negara pada zaman komunis kini masih menerima elaun bulanan hilang upaya antara RM56.20 hingga RM400 sebulan saja. Katanya, jumlah elaun itu harus diperjuangkan semua pihak termasuk Anwar supaya taraf hidup nasib bekas tentera yang berjasa dan berkorban demi tanah air mereka dapat dipertingkatkan, bukannya membawa masuk Chin Peng."Dianggarkan 400 orang lagi bekas tentera yang menentang komunis cacat anggota masih menerima elaun hilang upaya kurang RM100 hingga RM400 sebulan dan ini memberi kesan besar terhadap ekonomi kehidupan mereka terutama pada zaman sekarang. "PBTM meminta Anwar bersama membantu memperjuang nasib pejuang negara ini bukannya menambahkan penderitaan jiwa mereka dengan berusaha membawa masuk Chin Peng," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada bekas tentera di Kota Bharu. Muhammad berkata, ideologi komunis masih wujud di Malaysia dan ini dapat dilihat kepada mereka yang memberi sokongan kepada komunis seperti cadangan membawa masuk bekas ketua PKM itu dan tindakan Anwar jelas bertujuan mendapat publisiti murah. Beliau berkata, PBTM akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bekas Polis untuk mengadakan satu perhimpunan secara aman dalam menyatakan hasrat kepada kerajaan supaya jangan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia.


Tu dia kajian dah dibuat rata-rata rakyat Malaysia menolak kepulangan Chin Peng.Anuwar nak kata apa pulak la pas ni.Mesti dia akan kata kajian ni tak betoi.Tapi hakikatnya Anuwar oii rakyat dah menolak hang janglah cuba-cuba nak bawa balik Chin Peng pulak walau apa pun alasannya...Sensitiflah lah sikit dengan permintaan rakyat.Kata pejuang untuk rakyat......

Wednesday, June 17, 2009

CERITA SPONTAN NIZAR DAN MARAH TOK GURU

































KUALA LUMPUR 17 Jun — Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tindakannya melaungkan “Hidup Rakyat, Bubar DUN” sebaik mengangkat sumpah pada sidang Dewan Rakyat Isnin lepas adalah satu tindakan spontan yang tidak dirancang.
Ia juga merupakan satu peluang keemasan bagi beliau untuk meluahkan perasaan kerana kecewa dengan situasi politik di Perak, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. “Jika saya membuat perkara sama di jalan-jalan di Perak, sudah tentu saya akan digari, jadi ia adalah satu peluang keemasan bagi saya. Ia merupakan satu situasi spontan yang memberi kesan yang luar biasa,” katanya.Isnin lepas Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis “Bubar DUN” pada songkoknya. Beliau juga melaungkan “Hidup Rakyat, Bubar DUN” (Perak) sebaik mengangkat sumpah.
Ditanya mengenai perbuatan yang dilihat seolah-olah membawa budaya samseng di Dewan Rakyat, Mohammad Nizar berkata tindakannya hanya sekadar mempertahankan perlembagaan negara untuk rakyat Perak.
— BERNAMA





Memang spontan la cara hang tu tak ubah macam yang dok kat bawah gambar hang tu la.Dok biasa bersidang bawah pokok dengan atas pokok masuk dalam parlimen jadi macam tu la.Hang dok ingat bersidang bawah pokok lagi kot terbawa-bawa masuk sampai ke Parlimen kena dengan Pandikar baru hang tau.Apa pun alasan hang perkara dah berlaku lepas ni kalau hang nak buat lagu tu lagi terpulang la boleh dok rehat lagi makan gaji buta.Sampai Timbalan Presiden Hang pun terkejut apa cerita ni .Bukan semua orang syok hang dok buat macam tu kroni kroni hang boleh la dok perangat hang saja.Macam ni orang hempa boleh kata hang ni pejuang untuk rakyat .Kepada Datuk Seri Nizar oii janglah dok buat macam ni lagi orang dah meluat dah.Rakayat pun lagi dok meluat dekat hang............








Lagi satu cerita ni syok jugak nak dikongsi.Marah sampai macam ni sekali dekat Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharuddin pasai Kerajaan Perpaduan ,Datuk Nik Aziz minta dia masuk UMNO.Apa tunggu lagi ustaz, UMNO sedia terima ustaz, kalau nak masuk UMNO .Buat apa duduk lagi dalam PAS jika usaha untuk menyatupadukan orang islam dan melayu ditentang dengan habis-habisan oleh seorang Tok Guru pulak tu.Lepas ni mesti dia akan suruh Presiden PAS Hj Hadi Pulak masuk UMNO bukan boleh kira Tok Guru Kita ni.Cakap dia saja yang betoi cakap orang langsung tak mau dengar.Betoi la hari tu anak dia kata Tok Guru kita ni sentiasa menerima nasihat yang tak betoi oleh orang-orang kanan dia .Relax la Tok Guru janglah marah-marah sangat baru cadangan bukannya jadi betoi-betoi lagi pun..........

Tuesday, June 16, 2009

WONDER PET KA WONDER P_G

KEDAH AMALKAN BUDAYA WONDER PET
Oleh Anak Kedah :

Perghhh tabik spring aku kat Akai ust Azizan nie.. bukan apa budget buat TITI dari 120k dapat kurang hingga jadi 6k sahaja.... dengan budaya Wonder Pet maka begitu banyak duit rakyat dapat diselamatkan.... Ayuhhh teruskan budaya ini dan duit lebih tu buat pie bayaq elaum MKK kat Kulim yg dok hingaq elaun tak dapat tuuu.... he he he....Gotong-royong jimat belanja kerajaan

KUALA NERANG - Gotong-royong merupakan salah satu cara terbaik untuk berjimat cermat termasuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau sendiri pernah menasihatkan penduduk di satu kawasan yang memohon kepada kerajaan untuk membina jambatan di kawasan itu dengan kos RM120,00.“Apabila saya minta disemak semula kos itu, datang kontraktor baru kemukakan cadangan kos projek RM70,000 sahaja tetapi banyak material berkualiti dikurangkan. Akhirnya saya cadangkan supaya penduduk sendiri gotong-royong dengan kerajaan keluarkan belanja untuk jengkaut dan beberapa perkara lain yang mereka tak mampu lakukan.“Akhirnya kos yang dibelanjakan hanya RM6,000 sahaja dan jambatan itu dapat disiapkan dengan sempurna,” katanya ketika berucap pada majlis penutup gotong-royong perdana peringkat daerah Padang Terap, di sini.Azizan berkata, amalan gotong-royong sudah sekian lama menjadi budaya hidup masyarakat nusantara dan terlalu banyak kebaikan diperolehi daripada amalan itu.“Bagaimanapun, akibat perkembangan zaman yang menyaksikan wang ringgit semakin mempengaruhi kehidupan kita, budaya murni ini semakin lama semakin terhakis. Amalan upah mengupah semakin mengambil alih dan kita sendiri mula meninggalkan budaya yang sangat baik itu,” katanya.Berikutan itu, kata Menteri Besar, kerajaan negeri amat menggalakkan jika ada kelompok masyarakat yang mahu menghidupkan amalan gotong-royong demi manfaat semua pihak.Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi; Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dan Pegawai Daerah Padang Terap, Mat Noh Ahmad yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap (MDPT).Azizan berkata, konsep gotong-royong adalah amalan masyarakat sejak zaman dahulu untuk membangunkan sebuah petempatan tanpa mengharap bantuan selain mendapat hasil yang terbaik.“Penduduk dahulu sememangnya pandai mengurus kewangan mereka sendiri kerana semua perkara mereka lakukan sendiri. Berbalik kepada persoalannya kini, kerajaan setempat sedang berusaha untuk berjimat cermat berikutan masalah ekonomi negara yang tidak menentu dan wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat bagi perkara lain pula,”katanya.Azizan berkata, amalan gotong-royong juga dapat memupuk semangat masyarakat penyayang yang sentiasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.Menurutnya, kepentingan menjaga kebersihan membawa banyak faedah terutama dapat mencegah penularan wabak penyakit seperti Chikungunya yang menyerang masyarakat di daerah ini kebelakangan ini.Sementara itu, beliau mahu semua pihak mengambil peluang ini untuk lebih mengenali antara satu sama lain dalam suasana yang lebih santai.“Gotong-royong ini bukan sahaja menjadikan kawasan kita cantik dan bersih, tetapi hubungan antara penduduk lebih erat kerana masing-masing memainkan peranan dan bekerjasama ke arah matlamat yang sama.“Tiada lagi sikap mencurigai kerana semua orang harus bekerjasama dan berinteraksi untuk hasil yang lebih baik lagi,”katanya.Sehubungan itu,beliau mahu amalan ini diteruskan kerana kemesraan bukan sahaja antara penduduk malah hubungan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) juga dapat dipertingkatkan. (sinar harian)

DI PETIK DARI KEDAHLNIE

Memang baguih la kalau macam ni .Kerajaan BN dulu pun dok buat jugak gotong royong ni bukan kerajaan negeri la ni ja.Ka hempa duit tak dak dah ........sampai elaun MKK pun dah tak terbayaq.Ingat ka MKK hempa kerja ikhlas tak payah bayaq elaun pun tak pa kerja tetap jalan.Tapi hempa pun kalut jugak ye kalau elaun tak bayaq sabit la semua pakat nak jadi MKK.

Monday, June 15, 2009

MEMANG PATUT PUN KENA HALAU


DASAR KERAS KEPALA


Depa-depa ni memang syok dok kena halau.Boleh la cuti 2 hari tak payah mai sidang dewan.Dasar jenis pembangkang-pembangkang juga la.Syok juga jadi pembangkang ni apa tak payah buat bangkang ja pas tu rehat dapat gaji.Jenis keras kepala macam ni la baru ari ni angkat sumpah lepas tu boleh buat kurang ajar dalam dewan .Cukup-cukuplah Nizar oii buat hal dalam di Dewan Undangan Negeri Perak janganlah dok bawa ke Parlimen pula.Banyak hal yang lebih penting lagi untuk kepentingan rakyat yang hendak dibincangkan bukan nak tengok hang dok buat problem saja.Lepas dua hari ni buat hal lagi dapat cuti lagi.Macam tu ja la kerja pembangkang.Macam mana la hempa ni nak memerintah Malaysia asyik buat hal ja.Kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tahniah atas ketegasan tuan speaker dan jangan bagi muka kepada puak-puak ni.

Sunday, June 14, 2009

ANWAR CUBA MEMBAWA BALIK CHIN PENG KE MALAYSIA



Anwar: Benarkan Chin Peng pulang


Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini."Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.Menurut Anwar, ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China."Kita ada perjanjian damai. Kita bawa balik perbagai tokoh termasuk, Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain. Bagi saya, atas dasar kemanusiaan dan konsisten dengan dasar, kita kita harus maafkan (Chin Peng)."Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya.Chin Peng, 85, tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.Dilahirkan di Perak sebagai Ong Boon Hua pada 1923, Chin Peng dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.Perjanjian damaiDia kemudiannya mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM), yang disokong oleh China, melancarkan perang gerila terhadap penjajahan British dan kerajaan Malaysia, antara 1948 dan 1960.Ahli-ahli sejarah menganggar kira-kira 2,000 tentera British dan pasukan keselamatan Malaysia terkorban serta 7,000 anggota komunis.PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia.Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi "ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan yang telah dilakukannya".Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup".Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - akan "memutarbelit" kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk "Anwar sokong Chin Peng" atau "PKR suara baru komunis".

Di petik dari Kedahlanie.............


Bukan untuk memutarbelitkan apa-apa tetapi pejuang Komunis seperti Anwar ini tidak harus disokong oleh semua rakyat Malaysia.Sudah terang dan jelas bahawa Anwar cuba untuk menjadi hero .Beliau cuba untuk membangkitkan kemarahan pejuang-pejuang yang menentang komunis dahulu.Tidakkah beliau berfikir kesengsaraan rakyat yang hidup masa zaman komunis dahulu.Dan tidakkah beliau berfikir segala pengorbanan yang dicurahkan oleh anggota-anggota keselamatan, ada yang mati dan cedera.Sama-samalah kita fikirkan tentang saranan oleh Anwar ini .Apakah agenda yang cuba di bawa oleh beliau dan PKR dalam usaha untuk menjadi jaguh dalam isu ini..Sudah Terang Lagi Bersuluh......Kepada saudar-saudara sekelian bacalah serba sedikit sejarah tentang Chin Peng ini di bawah yang dipetik dari http://darulehsantoday.blogspot.com/ semoga menjadi iktibar kepada semua......





SEJARAH CHIN PENG




CHIN Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi bersenjata yang didokongnya banyak menumpahkan darah.Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.-Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.Di jangka seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat anggota kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.Elok rasanya kita menyingkap sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina. Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International TradeUnion Organisation (Profintern). General Labour TradeUnion’ di Singapura turut dipengaruhi komunis. Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth.Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur. Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis. Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong.Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah jerangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dengan Tungku Abdul Rahman dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (PNM). Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu.


Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini. Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis. Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri.Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang. Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan. tapi beliau gagal. Pada tahun 1950, komunis telah melancarkan perperangan di muar johor yang mana sebuah balai polis yang terpencil di kampung bukit kepong telah menjadi mangsa keganasan kominis. Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal.Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975). Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?

Di petik dari :Darulehsan.blogspot

Kepada anda sekelian hayatilah apa yang tersurat dan tersirat mengenai Chin Peng ini dan sama-samalah kita semua rakyat Malaysia untuk menentang segala usaha untuk membawa balik Chin Peng ini ke Malaysia.Ingat Komunis tetap Komunis mereka bukan wira yang harus kita semua kenang.Kepada Anwar usahlah anda cuba untuk menjadi hero dengan berusaha untuk membawa balik Chin peng..............

Saturday, June 13, 2009

ANWAR DAN DOKUMEN KE MAHKAMAH



Permohonan Anwar dapatkan dokumen didengar 22 Jun


KUALA LUMPUR 12 Jun - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat bekas pembantunya sebelum perbicaraan bermula, akan didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Jun ini.
Menurut peguam Sankaran Nair yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Pada Rabu lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya pendakwa raya membekalkan semua dokumen dan barangan berkaitan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, yang dihadapinya.
Perbicaraan kes liwat tersebut akan didengar oleh Hakim Mohamad Zabidin mulai 1 hingga 24 Julai ini.
Dalam permohonan itu, Anwar memohon pendakwa raya membekalkan keseluruhan kandungan pita rakaman litar tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil daripada mangsa serta beberapa barang di kondominium tersebut sebelum perbicaraan berlangsung.
Beliau juga memohon dibekalkan nota-nota ahli kimia, kenyataan-kenyataan saksi, senarai saksi yang akan dipanggil dan nota semua doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta Hospital Pusrawi yang memeriksa mangsa.
Ia dikemukakan dengan alasan beliau melalui peguam caranya telah membuat beberapa permohonan bertulis tetapi tiada jawapan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya selaku responden.
Menurutnya lagi, dokumen-dokumen dan barangan tersebut adalah relevan dan mustahak bagi beliau menyediakan pembelaan dan sekiranya tidak dibekalkan, ia akan menyebabkan prejudis dalam kes beliau.
Di samping itu, beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA dan rakaman CCTV, menyediakan notis alibi yang sewajarnya dan sekiranya dokumen serta barangan tersebut tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes itu.
Sekiranya pendakwa raya gagal mematuhi perintah supaya dokumen dan barangan itu dibekalkan, Anwar memohon beliau dibebaskan serta-merta daripada tuduhan liwat tersebut.
Di samping itu, beliau memohon supaya sebarang prosiding di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan sementara menunggu permohonan mendapatkan dokumen tersebut selesai dan perintah-perintah berkenaan dipatuhi pendakwa raya.
Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.

Di petik dari Utusan Malaysia


Buat la apapun wahai Anwar orang semua dah tau hang ni pelakon yang cukup pandai.Lakonan hang memang cukup menjadi sehingga berjaya memperdayakan semua orang.Tak kira dari kalangan orang kenamaan,golongan ulama,rakyat biasa semuanya terpedaya dengan pidato hang.

KEPALA PENENTANG KERAJAAN PERPADUAN




HADI MALUKAN PEMBANGKANG



Oleh HERMAN HAMIDherman@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 12 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kata pemimpin veteran DAP itu, ini perlu berikutan cadangan untuk berunding dengan UMNO adalah satu pelanggaran secara nyata terhadap kejujuran kerjasama dalam pakatan pembangkang.
''Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP dan PKR serta Nik Aziz kerana mencetuskan cadangan untuk berunding dengan UMNO yang merupakan satu pelanggaran jelas terhadap keikhlasan beliau bekerjasama dengan DAP dan PKR.
''Diharapkan pada masa depan Abdul Hadi perlu berfikir dua kali sebelum membuka mulut. Beliau sekarang sudah memalukan pakatan pembangkang," katanya dalam kenyataan.
Abdul Hadi yang mempertahankan jawatannya pada Muktamar Agung Pas tanpa bertanding minggu lalu berhadapan kecaman hebat daripada pemimpin pakatan pembangkang berikutan idea kerajaan perpaduan.
Malah pemimpin Pas turut tidak terkecuali daripada mengkritik cadangan tersebut dengan Nik Aziz sendiri telah melabel mana-mana pemimpin di dalam Pas yang mempertahankan idea tersebut sebagai 'boneka UMNO'.


Tu dia Kings Of Singh telah mula bersuara.Sapa tak kenai dia ni memang penentang utama Kerajaan Perpaduan.Sapa saja dia akan tegur .Hari tu dia tegur Anwar sampai suruh kawan tu bertaubat...La ni dia tegur Hj Hadi pulak memalukan pakatan pembangkang la apa la.......Jadi kepada Haji Hadi nak tunduk dengan desakan oleh Karpal ka atau mahu kerajaan perpaduan ni menjadi kenyataan .......Tepuklah dada tanya iman.......... Jangalah tepuk dada tanya selera.........

Friday, June 12, 2009

MELAYU DIAMBANG PERPECAHAN

'Melayu di ambang perpecahan'


ALOR SETAR 11 Jun - Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Aziz Deraman berkata, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang "kacau bilau".
Katanya, perpecahan membabitkan orang Melayu juga kian melebar kerana berlaku "kesombongan politik dalam parti, antara parti atau dengan rakyat"
"Sudah sampai masanya parti-parti politik Melayu mencari formula baru untuk mengukuhkan perpaduan Melayu," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Dunia Melayu: Citra KeIslaman dan KeMelayuan di Nusantara pada Wacana Dunia Melayu di sini hari ini.
Wacana dua hari itu bertemakan Citra KeIslaman dan KeMelayuan di Nusantara bermula semalam. Ia dihadiri budayawan dan sasterawan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.
Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena), berkata pihak tertentu perlu berusaha menggerakkan satu kesedaran baru dalam diri orang Melayu bagi memantapkan ekonomi dan sosial mereka.
"Kepimpinan baru negara memperkenalkan gagasan '1Malaysia' dengan matlamat utama mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. Perpaduan tidak mudah dicapai tanpa menekankan kepada nilai-nilai budaya.
"Keberanian baru orang bukan Melayu akhir-akhir ini sudah tidak terbendung dan penentangan berterusan tanpa tindakan akan hanya membawa kemusnahan kepada negara," katanya.
Beliau berkata, seluruh pemimpin dan lapisan rakyat Malaysia perlu menghayati dasar-dasar nasional khususnya perlembagaan dan Rukun Negara selain faktor geografi dan demografi serta sifat-sifat negara bangsa untuk mencapai impian 1Malaysia. - BERNAMA



Melihat kepada apa yang diperkatakan oleh Datuk Aziz Deraman ini sedikit sebanyak menampakkan ada kebenaranya.Jika kita tidak bersatu dari sekarang orang-orang melayu semua akan berpecah.Inilah yang dimahukan oleh sesetengah pihak yang mahukan orang-orang melayu terus berpecah sampai bila-bila.Jadi kepada pihak-pihak yang terus menerus menentang kerajaan perpaduan ini diharap ubahlah fikiran anda demi untuk umat melayu dan umat islam .

Thursday, June 11, 2009

Peperangan antara Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz

















KOTA BHARU: Mursyidul


Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti."Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.


Sumber dari :Harian Metro 11 jun 2009

Sampai hati Tuan guru Nik Aziz dok tuduh golongan yang menyokong cadangan Tuan Guru Hj Hadi ni boneka UMNO ye.Memang marah betoi ye Tuan Guru Nik Aziz kita ni kat UMNO ye pasai apa pun tak tau .Nak kata kerajaan Pusat tak bantu Kerajaan Negeri Kelantan tak munasabah sangat macam-macam kerajaan pusat dok bantu dah disana.Kalau macam ni lah caranya untuk menyatupadukan orang-orang melayu dan islam tapi dihalang sampai bila-bila orang-orang melayu kita tak kan dapat bersatu ,daripada berpecah 2 dah jadi 18 dah ni .Kepada Tuan Guru Haji Hadi Usahakanlah semoga berjaya Kerajaan Perpaduan ini rakyat di bawah mahukan ianya semoga berjaya .Dan kepada Tuan Guru Nik Aziz diharap lembutkanlah hati tu untuk menerima kerajaan perpaduan ini demi untuk kesejahteraan rakyat. Kepada kawan-kawan semua yang membaca blog ini sila berikan komen sat tentang isu ini PRO dan KONTRA mengenai Kerajaan Perpaduan.......

Sapa-sapa jumpa Proton Tiara Putih ni hubungi Polis Terdekat Sat

KLANG: Seorang surirumah ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan luka di beberapa anggota badan, dipercayai ditikam suaminya dalam satu pertengkaran di rumah mereka di Taman Sri Andalas, pagi tadi. Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, dua anak perempuan pasangan berkenaan berumur 23 dan 14 tahun turut cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Polis sedang memburu suspek berusia 54 tahun itu yang turut melarikan tiga lagi anak mereka dengan menaiki Proton Tiara putih dengan nombor pendaftaran WGT 8569.

Sumber Berita Harian online


Tak berperikemanusiaan langsung.Laki jenis apa la dia ni sanggup membunuh bini dan mencederakan anak dia .Orang yang tidak waras sajalah yang sanggup buat macam ni.......Sapa-sapa yang terjumpa Proton Tiara Putih ni hubungilah balai Polis yang terdekat sat ye.........

Ada juga penyokong PAS yang sokong Kerajaan Perpaduan ni ye




Penulis Tamu - moniermatdin


Melayari blog dan berbagai laman diskusi yg pro-Pakatan, saya rasa agak terkejut dan terkedu - begitu teruk sekali TG Haji Hadi, Ustaz Nasharudin, Dewan Ulamak serta tokoh-tokoh PAS yang disinonimkan dengan UG (Unity Government) itu dihentam bertubi-tubi.Melihatkan ulasan serta komen-komen pedas yang menyusul, tidak salah kalau saya katakan TG Presiden, Timbalan serta Alim Ulamak yang bersama-sama dengan Dewan Ulamak PAS Pusat ini kelihatannya pada mata ahli benar-benar berbuat salah dan melawan arus kehendak ahli.Persoalannya, memandangkan bukan satu rahsia lagi bahawa media alternative di alam siber ini didominasi sepenuhnya oleh penulis dan juru komen pro-Pakatan; maka apakah benar ulasan-ulasan dan komen-komen pedas (yg kadang-kadang tidak langsung melambangkan akhlak ahli-ahli PAS) itu mampu menggambarkan senario yang sebenarnya di luar sana? Apakah ianya benar-benar melambangkan pendapat dan suara hati pendokong tegar PAS yang bersama-sama dengan parti sejak di zaman susahnya hinggalah ke zaman ini di mana PAS kini sudah pun menjadi penentu kpd perimbangan kuasa politik negara.Apakah mungkin mereka-mereka yang selama ini mengharapkan PAS menjadi kuda tunggangan untuk ke puncak kuasa - kini terasa terancam andainya PAS memilih untuk tidak mahu lagi terus diperkudakan sedemikian rupa? Jika benar begitu, maka malang sungguhlah ahli-ahli PAS yang termakan dengan umpan mereka, sehinggakan PAS sebagai sebuah parti hatta Presiden, Timbalan Presiden serta Dewan Ulamaknya sudah tidak lagi mampu membuat pendirian yang tersendiri. PAS terpaksa terus-terusan dipertunggangkan sedemikian rupa-rupa kerana ahli-ahlinya gemarkan suasana yang sebegini.Lantaran itu, ahli-ahli PAS daripada perkumpulan ini akan cepat melenting dan terus naik histeria, marah dan memaki hamun secara membabi buta apabila Presidennya sendiri - yang perjuangan politiknya bukan setakat di Marang, Tganu tetapi sudah menjangkau jauh ke persada antarabangsa bersama-sama dengan Gerakan Islam yang lain di seluruh dunia hinggakan ke tahap ada Media Asing pernah menuduhnya sebagai Militan kerana pernah bersama-sama dengan Pemimpin Sebuah Gerakan Mujahidin di sebuah negara asing suatu ketika dahulu - apabila Presidennya ini mengeluarkan suatu gagasan atas dasar kemaslahatan perjuangan, maka ahli-ahlinya secara tiba-tiba tanpa memahami manevour politiknya ini terus menghentam membuta tuli?Apakah mereka ingat gagasan itu dibuat atas keputusan peribadi, tanpa merujuk kepada rakan-rakannya yang lain di seluruh dunia yang sudah masak dan lali dengan jatuh bangun gerakan Islam di negara lain dalam mengharungi alam politik ber-pilihanraya sistem demokrasi yang semua kita tau mana mai asalnya ini?Saya secara peribadi, memang tidak berkenan langsung dengan UMNO Bar** ini; apatah lagi dulu saya pernah bersama dengan UMNO, dan saya bersama-sama dengan PAS kerana mahu lari daripada dunia UMNO ini. Maka apakah logik saya sewenang-wenangnya boleh bersetuju dengan apa jua cadangan yg dikaitkan dengan UG bersama-sama UMNO itu? Kalaulah nak dikira benci UMNO, sayalah yg paling benci sbb saya pernah bersama mereka dan masuk PAS kerana tahu apa bezanya.Dalam ceramah-ceramah saya sewaktu dijemput menceritakan kenapa saya keluar UMNO dan masuk PAS suatu ketika dulu, perkara pertama yang saya sebut ialah Mereka-Mereka yang dilahirkan PAS, yang keluar keluar saja drpd perut ibu mereka sudah pun PAS, mereka tidak akan dapat appreciate atau pun menghargai nikmat Tuhan yang melahirkan mereka sebagai PAS itu; samalah juga dengan kita yang dilahirkan Islam, kita kurang menghargai nikmat Islam kita ini kalau nak dibandingkan dengan org bukan Islam yang menganut ajaran Islam setelah lama mengkajinya. Samalah dengan saya yang masuk PAS, saya boleh nampak PAS dari kaca mata org luar yg melihat PAS seperti bulan yang bergemerlapan - yg mungkin tidak sama dengan pandangan mata kasar org PAS sendiri .Dalam proses mencari jalan pulang, saya pernah bersama-sama dengan Tabligh, kemudian pernah hampir-hampir menjadi penyokong Abuya yang tegar (x pernah miss beli buku koleksi tulisan Abuya waktu itu). Kemudian masuk d.a.p (duduk atas pagar) untuk beberapa waktu sehinggalah saya ditakdirkan hadir dalam satu ceramah TG Hj Hadi di Kedah waktu itu. Meringkaskan cerita, pencarian saya berakhir setelah diberi hidayah melalui ceramah TG Hj Hadi itu yang penuh berilmu, padat dan berisi dengan ayat Quran dan sirah Nabi.Untuk pengetahuan tuan-tuan, secara rendah diri saya nak habag, malam itulah pertama kalinya dalam hidup saya, saya mengetahui bahawa dalam Quran ada Surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47. Dan malam itu jugalah saya memahami ayat-ayat berkenaan hukum mencuri, zina, bab hudud qisas dsg. Saya masih ingat kata-kata TG Hj Hadi:"Kepada orang-orang UMNO yang ada mendengar ceramah saya malam ini, kalau tidak percaya dengan apa yang saya cakapkan ini, kalau ingat saya penipu, baliklah semak dalam Quran surah-surah yang saya sebut tadi"Malam itu juga saya balik cek Al-Quran; memang wujud surah-surah itu.Semenjak itu saya mula merapatkan diri dengan PAS; dan secara ironiknya pula saya kemudiannya diberi kekuatan untuk mengisi borang PAS (bukan senang utk org UMNO totok mcm saya utk isi borang PAS) selepas berkesempatan bersalam dan menyentuh tangan seorang Ulamak yang begitu menonjol auranya di mata saya - iaitulah TG Nik Aziz sewaktu beliau datang merasmikan sebuah masjid di Permatang Pauh - tak silap saya masjid Kg Sama Gagah, kalau tak salah saya.Sejak hari tu, saya mendokong dan menatang PAS seperti menatang dulang yang penuh; dalam siri-siri Usrah dan Tarbiyah PAS yg saya sertai selepas itu, saya ditarbiyahkan tentang bab WALA, bab IJTIHAD seorang Amir, bab PAS INI SEBENARNYA ADALAH BADAN DAKWAH - PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berselindung dan mengambil kesempatan di sebalik kebebasan untuk bersuara dan berceramah sewaktu p.raya untuk menyampaikan mesej dakwah, bab yang mengatakan bahasa Pas masuk p.raya bukan semata-mata kerana nak menang p.raya, bukan semata-mata nak jadi PEMERINTAH, tapi skop PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sebagai sebuah Badan Dakwah sebagai penegak yang hak dan penolak yang batil (amar makruf nahi mungkar) adalah lebih dari itu. Perjuangan PAS bukan setakat di Malaysia atau di dunia ini sahaja, tapi perjuangan kita insyallah akan sampai ke SANA - kita semua akan ditanya di SANA nanti apa yang sudah kita lakukan untuk menjadikan Islam sebagai Sistem Hidup sewaktu kita di dunia ini!Lantaran itu, melihatkan pertelingkahan dan debat serta komen yang amat kurang sopan antara sesama ahli (dan juga mungkin ada org luar yang menyondol masuk sebagai batu api), saya tertanya-tanya: Apa sudah jadi pada PAS yang aku kenali dulu? Manakah perginya Wala' dan akhlak ahli-ahli PAS sebagai anggota sebuah Gerakan Islam sebuah Badan Dakwah ini?Entahlah - mungkin inilah akibatnya apabila PAS sebagai sebuah parti terlalu membenarkan mereka-mereka daripada pelbagai FIKRAH cuba memaksakan nilai-nilai dan matlamat perjuangan mereka kepada parti (to force their values onto PAS).Lantaran itu, berdasarkan tarbiyah yg saya terima sejak saya menyertai PAS itu, buat masa ini saya akan bersama-sama dengan Pimpinan PAS, Tuan Presiden TG Hj Hadi, Timbalan dan Dewan Ulamaknya.Dan saya yakin mereka-mereka yang melalui prosess tarbiyah yang sama akan juga mempunyai pendapat dan pandangan yang sama dalam perkara ini.Saya memilih untuk berbeza pendapat dengan para pendokong PAS yang memilih untuk berbeza pendapat dalam hal ini.Wallah hu aklam.



Di Petik dari :http://kedahlanie.blogspot.com/





1MALAYSIA DILANCAR BESAR-BESARAN










PUTRAJAYA 10 Jun - Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Jun ini.
Program yang dijangka disertai 10,000 orang terdiri dari kalangan anggota Kabinet, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin Sabah dan Sarawak, pemimpin parti-parti pembangkang serta perwakilan golongan muda itu akan memperjelaskan kepada umum pendekatan dan gerak kerja gagasan tersebut.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, mesyuarat Kabinet hari ini memberi lampu hijau supaya gagasan itu dilancarkan bermula pukul 8 pagi.
"Di situ nanti, lambang dan lagu 1Malaysia akan dilancarkan secara rasminya.
"Signifikannya pelancaran ini adalah supaya dapat memperjelaskan kepada khalayak tentang konsep, kaedah, pendekatan dan gerak kerja 1Malaysia yang disusun setiap masa agar mencapai matlamat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pihak kementerian sedang menyusun serapi mungkin pelancaran program ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Gagasan 1Malaysia diumumkan Najib April lalu bagi meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak pihak mengemukakan pelbagai tuntutan atas nama 1Malaysia yang jika diamati lebih menjurus kepada faedah kaum tertentu sahaja dan bukannya untuk semua anggota masyarakat.
Ahad lalu, Najib berkata, gagasan 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau tersirat.
Kata Perdana Menteri, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru sebaliknya matlamat akhir gagasan iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas.



Bersama-samalah kita semua rakyat Malaysia menjayakan Gagasan 1Malaysia demi mengukuhkan lagi perpaduan kaum antara kita dan supaya terus aman makmur sampai bila-bila .............

Wednesday, June 10, 2009

SEDIH PILU MENYAYAT HATI............AL FATIHAH


Kanak–kanak 3 tahun maut dilanggar ibunya



SUBANG 9 Jun – Seorang bapa tidak menyangka kelakuan ganjil anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun bangun seawal pukul 6 pagi untuk mencium tangannya menjadi petanda buruk bakal menimpa kanak-kanak comel itu.
Nur Umairah Zazeli, maut selepas digilis oleh kereta yang dipandu oleh ibunya sendiri, Norzaida Zainal, 24, di Kampung Melayu Subang, di sini malam kelmarin.
Bapa kanak-kanak itu, Zazeli Che Soh, 32, berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap anak perempuannya itu merupakan petanda dia akan pergi untuk selama-lamanya.
Menceritakan kembali peristiwa itu, dia berkata, ia berlaku sekitar pukul 9.30 malam semasa isteri dan anak perempuannya itu mahu pulang selepas mengunjungi ibu mertuanya di Kampung Melayu Subang.
“Pada hari kejadian, saya baru pulang ke rumah selepas bekerja dan terkejut apabila menerima panggilan kecemasan daripada isteri.
“Saya bergegas ke rumah mertua dengan menaiki motosikal yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Katanya, dia terkejut melihat anaknya tersepit di bawah kereta dan terus membawanya ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia di sana.
“Walaupun sedih dengan kejadian tersebut, saya tetap reda dengan ketentuan takdir,” kata Zazeli sebak.
Jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Subang petang semalam.



Salam takziah kepada keluarga ini .Semoga bersabar dengan dugaan yang ALLAH berikan .Setiap yang hidup pasti akan mati....AL FATIHAH...........

Setia juga Minah Saleh ni ye


Gambar ini menceritakan kesetiaan seorang wanita untuk mengahwini teman lelakinya yang menerima musibah apabila mukanya menjadi hodoh.Persoalannya disini berapa ramai kah wanita-wanita dinegara kita yang sangup menerima jika teman lelaki mereka terjadi begini.................


Tuesday, June 9, 2009

PAKAT-PAKAT LA KITA BERDOA YE SEMOGA TERMAKBUL LA DOA MAK CIK KITA NI






“Adakala Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya, adakalanya Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia, Kerana Dia ingin menguji hamba2Nya “




'SAYA SUJUD KEPADA KEPADA ILAHI SEMOGA UMNO PAS BERSATU'


BARU-BARU ini saya ke klinik gigi. Sambil menunggu saya ternampak seorang insan berkopiah yang berwajah bersih dan berseri sedang membuat temu janji dengan doktor gigi yang sama. Sambil saya menunggu giliran, saya hendak menegur insan itu.
Tetapi saya lihat raut wajahnya tidak berseri lagi, malah dia kelihatan marah dan wajahnya berkerut-kerut. Rupa-rupanya dia sedang membaca akhbar Harakah.
Saya pernah lalui apa yang dia lalui. Tiap kali saya membaca Harakah, saya terasa marah yang amat. Kerana banyak beritanya melaknat dan memunafik mereka yang sebangsa dan seagama.
Tidak ada yang baik diberitakan tentang kerajaan malah mengeji dan mencaci, hingga saya terasa mual. Ustaz, bukankah perbuatan ini menyalahi agama kita yang suci?
Kini, Harakah sudah pun menular di masjid saya. Alangkah terperanjat saya, tempat suci yang saya berjemaah kepada Allah Yang Esa, telah digunakan untuk perbalahan politik. Saya berasa amat kecewa sekali.
Sebagai seorang ibu, saya inginkan anak saya mempunyai masa depan yang sihat dan tidak dilaknat Allah.
Ustaz Nik Aziz, saya puji parti pimpinan ustaz kerana begitu inovatif menggunakan masjid untuk menyebarkan maklumat.
Ini belum pernah dilakukan oleh kerajaan BN yang semakin terencat idea. Malah kerajaan baru Selangor pun menyebarkan maklumat di masjid-masjid di seluruh Selangor. Mungkin parti pimpinan ustaz boleh mengajar parti UMNO dalam segi sebaran maklumat terkini.
Namun, pada masa yang sama, saya sudah hilang hormat kepada ustaz. Mengapa ustaz biarkan akhbar Harakah menyebarkan umpatan dan keji-kejian terhadap ramai insan sebangsa dan seagama?
Ustaz, saya mengaku bahawa ilmu saya tentang agama masih cetek, tetapi sebelum tidur, saya akan membaca al-Quran. Bermula dengan Surah Al-Baqarah lagi Allah telah berfirman, bahawa kita orang Islam jangan mengikut telunjuk orang-orang kafir, kerana mereka tidak akan reda kepada Islam selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka.
Saya lihat bukan saja parti UMNO membuat begitu malah parti pimpinan ustaz pun tiada bezanya.
Ustaz Nik Aziz, saya harap parti pimpinan ustaz dapat ketepikan perasaan marah seperti Saidina Ali ketepikan marahnya apabila ia ditempelak di zaman Rasullullah dahulu.
Saya amat berharap Pas dan UMNO bersatu menjadi golongan parti yang kuat, berwibawa dan tidak gentar pada ugutan orang-orang kafir. Seperti yang ustaz sedia tahu (bukankah ustaz selalu membaca al-Quran) di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka tidak akan reda kepada Islam hingga kiamat.
Setiap hari saya sujud kepada Ilahi semoga UMNO dan Pas bersatu, jangan seperti 'Hamas dan Fatah' yang selalu berbalah, yang menang ialah 'Yahudi'.
Ustaz Nik Aziz, besar kemungkinan selepas ini ustaz akan turunkan 'fatwa' mengkafirkan saya, mungkin juga ustaz akan melaknatkan saya.
Namun saya sedar, saya tiada hak untuk melaknat atau mengkafir sesiapa kerana saya ini hanya insan kerdil yang perlu merintih simpati daripada Allah yang Esa. Alhamdulillah di sanubari saya, Allah dan Nabi amat kasihkan saya. Amin


Oleh : IBU TUNGGAL SUBANG JAYA SELANGOR ,


Di petik dari Forum Utusan Malaysia 9 Jun 2009



Ambilah iktibar fatah dan Hamas di Palestin ,janganlah kita berbalah sesama kita yang akhirnya menguntungkan pihak lain .Dah ada ruang dan peluang untuk bersatu usahakanlah semoga berjaya.Kepada pemimpin-pemimpin politik di kedua-dua belah pihak buangkanlah sifat ego masing-masing demi kekuatan ummah .Ingat ISLAM itu menuntut umatnya semoga bersatu padu dan bertolak ansur sesama kita .Dan ingat kita tidak selamanya akan hidup di dunia ini .Kita semua akan dipersoalkan di akhirat kelak apa yang kita telah lakukan didunia ini .Renung-renungkanlah wahai kaum muslimin dan muslimat sekelian.Tidak menguntungkan kita berbalah sesama kita mencari kesalahan .Marilah kita sama-sama berdoa dan bersatu supaya kita kuat dan kita tidak sewenang-wenangnya dipijak oleh pihak lain ..........





YB PAS DOK BUAT APA NAK JUMPA PUN SUSAH




ABDUL Rahman Talib menunjukkan hakisan tebing Sungai Ketil yang hampir mendekati kawasan penempatan penduduk di Kampung Mengkuang Masjid Kuala Pegang, Baling, Kedah, semalam. - utusan/Azman Md Noor






Hakisan tebing Sg. Ketil serius

Oleh AZMAN MD. mailto:NOORutusankedah@utusan.com.my

BALING 8 Jun - Ketika pemimpin parti sibuk bermesyuarat menentu hala tuju parti dan kepimpinan Pas, segelintir penyokong parti tersebut kecewa dengan sikap wakil rakyat mereka yang gagal ditemui bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Ini berikutan masalah hakisan tebing Sungai Ketil di Kampung Mengkuang Masjid yang semakin membimbangkan penduduk dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan termasuk wakil rakyat.
Malah masalah itu dibangkitkan sendiri oleh penyokong parti itu kepada Utusan Malaysia yang membuat tinjauan mengenai hakisan tebing sungai tersebut.
Setiausaha Pas cawangan Kampung Mengkuang, Abdul Rahman Talib mengakui mereka sudah ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang, Johari Abdullah sebanyak empat kali bagi mengemukakan masalah hakisan.
''Sudah empat kali saya ke pejabat wakil rakyat ini tetapi masih gagal menemuinya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun telah menemui setiausaha wakil rakyat berkenaan namun masalah yang menghantui penduduk masih belum selesai.
Abdul Rahman berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak setahun lalu dan penduduk semakin bimbang kerana setiap kali banjir, tebing akan runtuh dan menghampiri rumah mereka.
Katanya, kepada siapa lagi penduduk hendak mengadu kerana sebagai wakil rakyat sepatutnya dia turun padang untuk mengetahui masalah rakyat.
Seorang lagi penduduk, Kamariah Saman,68, berharap pihak berkenaan datang melihat kawasan tebing sungai berkenaan yang semakin hari semakin membimbangkan.
''Kami semakin bimbang kerana hakisan sering berlaku selepas air sungai melimpah," katanya
Masalah hakisan tersebut cuba dibawa kepada pengetahuan wakil rakyat kawasan itu tetapi masih gagal.
Beliau berharap masalah penduduk ini dapat diatasi bagi membuktikan wakil rakyat bertanggungjawab terhadap masalah rakyat seperti yang dijanjikan semasa dalam kempen pilihan raya lalu.



Monday, June 8, 2009

Muhasabah la diri Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Husam....


Dalam dua tiga hari ini selepas muktamar PAS banyak orang menyebut tentang kerajaan perpaduan .Cadangan ini sebenaqnya mai dari Presidennya iaitu Tuan Guru Haji Hadi Awang dan disokong oleh Timbalannya Ustaz Nasarudin Mat Isa.Idea ini amat baik demi untuk merapatkan kembali hubungan persaudaraan sesama islam dan melayu yang sedikit longgar akibat daripada perbezaan politik .Tapi pada masa yang sama idea oleh Presiden PAS ini ditolak oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa kerana depa mengatakan jika diwujudkan Kerajaan Perpaduan PAS akan menjadi Kuda tungangan UMNO dan Pakatan Rakyat akan hancur .Tuan Guru Nik Aziz mengatakan tak perlu nak bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO penuh dengan penipuan dan bermacam-macam lagi tuduhan yang tidak berasas .Inilah masalahnya yang saya nampak apabila nak berpakat depa kata macam tu kata macam ni lama-lama melayu berpecah sesama sendiri .Dalam hal ni sapa yang untung orang lain dok bertepuk tangan dok tengok orang melayu semua berpecah belah bukan setakat 2 dah jadi 14 dah .Yang dok pakat menolak takut Kerajaan Perpaduan ini benar-benar terjadi adalah dari PAS .Pemimpin UMNO yang lain menyambut baik langkah ini kerana mereka sudah nampak kebaikkan yang akan semua dapat tak kira dari UMNO atau PAS jika ianya direalisasikan.Kepada sesetengah pihak dalam PAS yang takut sangat idea penubuhan kerajaan perpaduan ini muhasabah la diri kita sesama islam wajib untuk bersaudara sesama kita terlebih dahulu barulah dengan pihak lain.Adalah lebih baik mejadi kuda tunggangan kepada UMNO dariapada menjadi kuda tunggangan kepada DAP.Adakah anda semua mahu negara kita dijajah semula? Adakah anda mahu anak cucu kita selepas ini mendiami negara yang tidak aman? Kalau ini terjadi generasi akan datang akan menyalahkan kita generasi sekarang jadi fikir-fikirkanlah renung-renungkanlah semoga segala usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini diberkati oleh ALLAH S.W.T ...................................Buat Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Husam Musa berfikir baiklah jangan berfikir negatif sahaja semata-mata demi penyatuan umat islam dan melayu dinegara ini ......................

Sunday, June 7, 2009

UMNO ni macam kucin ye perangai



SHAH ALAM, 7 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno umpama kucing, "baik di depan tetapi awas di belakang kita dia akan curi ikan kita."Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini."Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilandan pemerhati muktamar.Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah."Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.
Tak kan macam kucin kot Datuk Seri berpada-pada la sama dok tuduh tu pun .UMNO banyak berjasa kepada agama bangsa dan negara sudah terbukti.........Nak apa lagi ..............setidak-tidak kucin UMNO ni dia baik boleh bawa berbincang jugak contoh dia macam kucin kat atas dengan burung tu la baik ja.Tapi tak pa la janji Datuk ada kata juga nak berunding dengan UMNO tu pun dah cukup baik.................

Tangan sudah dihulur menunggu masanya saja untuk disambut

UMNO sedia kerjasama
Oleh ARSHAD KHANpengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Jun - UMNO bersedia bekerjasama ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang dicadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika ia terbukti baik untuk rakyat dan negara ini.
Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, elemen terpenting bagi mewujudkan kerajaan seperti itu adalah semua pihak perlu ikhlas.
Katanya, hanya keikhlasan akan menjadi kunci kejayaan kerajaan perpaduan.
"Sekiranya semua ikhlas mahu lihat kehadapan, terima hakikat bahawa sekarang penting untuk mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13, sedar cabaran global, insaf, kestabilan dan perpaduan perlukan usahasama yang betul-betul bermakna tanpa pertimbangan politik masing-masing.
"Saya percaya syor dan cadangan untuk bersatu boleh menghasilkan pulangan yang baik kepada negara, rakyat dan agama," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.
Namun kata Abdul Hadi, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia sesuatu yang baru di kalangan rakyat.
Hishammuddin turut bersetuju agar gagasan seperti itu melalui perbincangan yang mendalam sebelum dilaksanakan.
"Kegagalan akan hanya menyebabkan keadaan menjadi lebih keroh dan bagi saya itu satu risiko yang terlalu besar untuk dipikul oleh semua terlibat, " katanya.
Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perlu ada ketelitian yang mendalam sebelum kerajaan perpaduan diwujudkan.
Malah, beliau juga meminta Abdul Hadi agar menerangkan secara lebih terperinci lagi kerajaan perpaduan yang beliau maksudkan itu.
"Perkara seperti ini perlu sangat teliti, tetapi jika ia untuk kebaikan, apa salahnya jika diteruskan," katanya.


Sudah jelas dan nyata bahawa di pihak UMNO juga secara terbuka bersetuju untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.Biaq pi la puak2 lain nak kata apa mengenai kerajaan perpaduan ni yang penting usaha ini harus diteruskan demi agama bangsa dan negara.