KEDAH AMALKAN BUDAYA WONDER PET
Oleh Anak Kedah :
Perghhh tabik spring aku kat Akai ust Azizan nie.. bukan apa budget buat TITI dari 120k dapat kurang hingga jadi 6k sahaja.... dengan budaya Wonder Pet maka begitu banyak duit rakyat dapat diselamatkan.... Ayuhhh teruskan budaya ini dan duit lebih tu buat pie bayaq elaum MKK kat Kulim yg dok hingaq elaun tak dapat tuuu.... he he he....Gotong-royong jimat belanja kerajaan
KUALA NERANG - Gotong-royong merupakan salah satu cara terbaik untuk berjimat cermat termasuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau sendiri pernah menasihatkan penduduk di satu kawasan yang memohon kepada kerajaan untuk membina jambatan di kawasan itu dengan kos RM120,00.“Apabila saya minta disemak semula kos itu, datang kontraktor baru kemukakan cadangan kos projek RM70,000 sahaja tetapi banyak material berkualiti dikurangkan. Akhirnya saya cadangkan supaya penduduk sendiri gotong-royong dengan kerajaan keluarkan belanja untuk jengkaut dan beberapa perkara lain yang mereka tak mampu lakukan.“Akhirnya kos yang dibelanjakan hanya RM6,000 sahaja dan jambatan itu dapat disiapkan dengan sempurna,” katanya ketika berucap pada majlis penutup gotong-royong perdana peringkat daerah Padang Terap, di sini.Azizan berkata, amalan gotong-royong sudah sekian lama menjadi budaya hidup masyarakat nusantara dan terlalu banyak kebaikan diperolehi daripada amalan itu.“Bagaimanapun, akibat perkembangan zaman yang menyaksikan wang ringgit semakin mempengaruhi kehidupan kita, budaya murni ini semakin lama semakin terhakis. Amalan upah mengupah semakin mengambil alih dan kita sendiri mula meninggalkan budaya yang sangat baik itu,” katanya.Berikutan itu, kata Menteri Besar, kerajaan negeri amat menggalakkan jika ada kelompok masyarakat yang mahu menghidupkan amalan gotong-royong demi manfaat semua pihak.Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi; Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dan Pegawai Daerah Padang Terap, Mat Noh Ahmad yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap (MDPT).Azizan berkata, konsep gotong-royong adalah amalan masyarakat sejak zaman dahulu untuk membangunkan sebuah petempatan tanpa mengharap bantuan selain mendapat hasil yang terbaik.“Penduduk dahulu sememangnya pandai mengurus kewangan mereka sendiri kerana semua perkara mereka lakukan sendiri. Berbalik kepada persoalannya kini, kerajaan setempat sedang berusaha untuk berjimat cermat berikutan masalah ekonomi negara yang tidak menentu dan wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat bagi perkara lain pula,”katanya.Azizan berkata, amalan gotong-royong juga dapat memupuk semangat masyarakat penyayang yang sentiasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.Menurutnya, kepentingan menjaga kebersihan membawa banyak faedah terutama dapat mencegah penularan wabak penyakit seperti Chikungunya yang menyerang masyarakat di daerah ini kebelakangan ini.Sementara itu, beliau mahu semua pihak mengambil peluang ini untuk lebih mengenali antara satu sama lain dalam suasana yang lebih santai.“Gotong-royong ini bukan sahaja menjadikan kawasan kita cantik dan bersih, tetapi hubungan antara penduduk lebih erat kerana masing-masing memainkan peranan dan bekerjasama ke arah matlamat yang sama.“Tiada lagi sikap mencurigai kerana semua orang harus bekerjasama dan berinteraksi untuk hasil yang lebih baik lagi,”katanya.Sehubungan itu,beliau mahu amalan ini diteruskan kerana kemesraan bukan sahaja antara penduduk malah hubungan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) juga dapat dipertingkatkan. (sinar harian)
DI PETIK DARI KEDAHLNIE
Video Silibus KAFA
15 hours ago
2 comments:
kalau gotong royong...nanti kontraktor akan gulung tikar...tak gitu...
Betoi tu ijad bukan tak bagus amalan gotong royong ni .Nanti kontraktor kena gulung tikar pulak bukan kontraktor yang sokong kerajaan saja yang kontraktor sokong pembangkang pun sama ja la
Post a Comment