“Adakala Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya, adakalanya Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia, Kerana Dia ingin menguji hamba2Nya “
BARU-BARU ini saya ke klinik gigi. Sambil menunggu saya ternampak seorang insan berkopiah yang berwajah bersih dan berseri sedang membuat temu janji dengan doktor gigi yang sama. Sambil saya menunggu giliran, saya hendak menegur insan itu.
Tetapi saya lihat raut wajahnya tidak berseri lagi, malah dia kelihatan marah dan wajahnya berkerut-kerut. Rupa-rupanya dia sedang membaca akhbar Harakah.
Saya pernah lalui apa yang dia lalui. Tiap kali saya membaca Harakah, saya terasa marah yang amat. Kerana banyak beritanya melaknat dan memunafik mereka yang sebangsa dan seagama.
Tidak ada yang baik diberitakan tentang kerajaan malah mengeji dan mencaci, hingga saya terasa mual. Ustaz, bukankah perbuatan ini menyalahi agama kita yang suci?
Kini, Harakah sudah pun menular di masjid saya. Alangkah terperanjat saya, tempat suci yang saya berjemaah kepada Allah Yang Esa, telah digunakan untuk perbalahan politik. Saya berasa amat kecewa sekali.
Sebagai seorang ibu, saya inginkan anak saya mempunyai masa depan yang sihat dan tidak dilaknat Allah.
Ustaz Nik Aziz, saya puji parti pimpinan ustaz kerana begitu inovatif menggunakan masjid untuk menyebarkan maklumat.
Ini belum pernah dilakukan oleh kerajaan BN yang semakin terencat idea. Malah kerajaan baru Selangor pun menyebarkan maklumat di masjid-masjid di seluruh Selangor. Mungkin parti pimpinan ustaz boleh mengajar parti UMNO dalam segi sebaran maklumat terkini.
Namun, pada masa yang sama, saya sudah hilang hormat kepada ustaz. Mengapa ustaz biarkan akhbar Harakah menyebarkan umpatan dan keji-kejian terhadap ramai insan sebangsa dan seagama?
Ustaz, saya mengaku bahawa ilmu saya tentang agama masih cetek, tetapi sebelum tidur, saya akan membaca al-Quran. Bermula dengan Surah Al-Baqarah lagi Allah telah berfirman, bahawa kita orang Islam jangan mengikut telunjuk orang-orang kafir, kerana mereka tidak akan reda kepada Islam selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka.
Saya lihat bukan saja parti UMNO membuat begitu malah parti pimpinan ustaz pun tiada bezanya.
Ustaz Nik Aziz, saya harap parti pimpinan ustaz dapat ketepikan perasaan marah seperti Saidina Ali ketepikan marahnya apabila ia ditempelak di zaman Rasullullah dahulu.
Saya amat berharap Pas dan UMNO bersatu menjadi golongan parti yang kuat, berwibawa dan tidak gentar pada ugutan orang-orang kafir. Seperti yang ustaz sedia tahu (bukankah ustaz selalu membaca al-Quran) di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka tidak akan reda kepada Islam hingga kiamat.
Setiap hari saya sujud kepada Ilahi semoga UMNO dan Pas bersatu, jangan seperti 'Hamas dan Fatah' yang selalu berbalah, yang menang ialah 'Yahudi'.
Ustaz Nik Aziz, besar kemungkinan selepas ini ustaz akan turunkan 'fatwa' mengkafirkan saya, mungkin juga ustaz akan melaknatkan saya.
Namun saya sedar, saya tiada hak untuk melaknat atau mengkafir sesiapa kerana saya ini hanya insan kerdil yang perlu merintih simpati daripada Allah yang Esa. Alhamdulillah di sanubari saya, Allah dan Nabi amat kasihkan saya. Amin
Oleh : IBU TUNGGAL SUBANG JAYA SELANGOR ,
Di petik dari Forum Utusan Malaysia 9 Jun 2009
Ambilah iktibar fatah dan Hamas di Palestin ,janganlah kita berbalah sesama kita yang akhirnya menguntungkan pihak lain .Dah ada ruang dan peluang untuk bersatu usahakanlah semoga berjaya.Kepada pemimpin-pemimpin politik di kedua-dua belah pihak buangkanlah sifat ego masing-masing demi kekuatan ummah .Ingat ISLAM itu menuntut umatnya semoga bersatu padu dan bertolak ansur sesama kita .Dan ingat kita tidak selamanya akan hidup di dunia ini .Kita semua akan dipersoalkan di akhirat kelak apa yang kita telah lakukan didunia ini .Renung-renungkanlah wahai kaum muslimin dan muslimat sekelian.Tidak menguntungkan kita berbalah sesama kita mencari kesalahan .Marilah kita sama-sama berdoa dan bersatu supaya kita kuat dan kita tidak sewenang-wenangnya dipijak oleh pihak lain ..........
2 comments:
Alhamdulillah.
Ingatlah firman Allah Taala:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119) Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119].
Terima kasih diucapkan kepada senjaliza atas hadis yang menginsafkan ini kepada semua yang membaca blog ini diharap renung-renungkanlah apa yang tercatit diatas semoga kita semua dilindungi allah............
Post a Comment