ZAMBRY PERTAHAN HARUSSANI
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZIpengarang@utusan.com.my
IPOH 27 Jun - ''Apabila mufti tegur Barisan Nasional (BN), mereka tepuk tangan tetapi apabila tegur mereka, mufti kena hentam."
Itulah reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir terhadap tindakan pengikut Pas yang membidas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (Gambar) gara-gara kenyataan beliau tentang kerajaan perpaduan.
Zambry berkata, Mufti Perak bukan orang politik dan beliau membuat teguran sebagai seorang ulama yang cintakan kesejahteraan.
''Sikap penyokong Pas ini tidak melambangkan mereka mewakili parti Islam kerana Islam mementingkan keadilan,'' katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pemuda Pas Perak yang melahirkan rasa kecewa mereka terhadap pandangan Harussani ekoran kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO.
Harussani sebelum ini melahirkan rasa kecewanya dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi terlalu taksub sehingga sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik masing-masing.
Memetik kata-kata yang dilontarkan oleh Tan Sri Harussani bin Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak dalam Wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini beliau meyatakan "Kita memaki hamun sesama kita dan berpatah arang,berkerat rotan.Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali .Ini bukan daripada etika Islam ini etika Syaitan"Sudah cukup mengambarkan bahawa betapa kecewanya beliau terhadap kegagalan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dan usaha untuk meyatukan orang islam dan melayu negara kita.Apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan prinsip PAS maka berkandaq-kandaqlah maki hamun yang beliau akan terima.Saya amat bersimpati kepada Tan Sri Harussani bin Zakaria kerana beliau benar-benar ikhlas untuk meyatupadukan kaum melayu dinegara kita tetapi ini yang beliau dapat dari usaha beliau ini.Kadang-kadang saya terfikir dan merasa kasihan kepada golongan-golongan ulama ini yang tidak memihak kepada parti-parti politik tertentu tetapi mereka ini akan dikecam dan dihina jika prinsip dan kenyataan golongan ulama ini berbeza daripada mereka.Hinggakan akan ada yang dicop sebagai Ulamak UMNO ,Tok Imam UMNO ,Lebai UMNO dan sebagainya.Kalau golongan Mufti dan Ulama tidak dihormati siapa lagi yang harus kita rujuk jika ada satu-satu masalah.Oleh itu kepada golongan-golongan yang cuba merendah-rendahkan martabat Mufti dan Ulama ini diharap muhasabah lah diri dan cermin lah dulu diri anda sebelum menghentam golongan-golongan ini.Impian atau matlamat Mufti adalah satu untuk menyatupadukan Islam dan Kaum Melayu di negara kita agar lebih kuat dan tidak sewenang-wenangnya dihina dan ditindas oleh orang lain .Jika tidak dari sekarang beliau menegur bila lagi beliau akan menegur tak kan sampai Negara kita kucar-kacir baru beliau akan membuat sesuatu.Kepada PAS janganlah terlampau taksub.Saya melihat PAS ini taksub contohnya jika di sesuatu Masjid itu Imamnya ialah orang UMNO mereka sanggup lari keluar kariah dan sembahyang jumaat di kariah lain hanya kerana imamnya ialah orang UMNO.Tetapi UMNO tidak pulak jadi macam, tu jika Imamnya PAS tidak pula sampai lari keluar kariah.........Jadi kepada PAS sekali lagi saya menyeru ubahlah sikap janganlah terlampau taksub sehingga lupa diri menghina sesama islam......INGAT ISLAM ITU BERSAUDARA
2 comments:
Bagi saya pandangan Sahibusamaha Mufti Perak itu mewakili sebahagian besar Masyarakat Melayu yang kecewa dengan keputusan PAS tidak bertegas dengan idea mereka yang nyata digagalkan oleh PKR dan DAP. Ada yang mengatakan ini "keputusan Syura". Tetapi ia tidak dibincang dalam parti masing-masing dahulu. Ia dibuat keputusan oleh Majlis Presiden PR yang memang dikuasai DAP dan PKR. TGNA memang mendapat advice dari orang sekelilingnya yang anti kerajaan Perpaduan. Mereka mengenepikan kemahuan majoriti Rakyat Malaysia khasnya masyarakat induk dan bumiputera.
Setuju dengan pandangan senjaliza itu.Memang pada hakikatnya PAS menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR .Mereka mengenepikan kemahuan majoriti rakyat yang mahukan perpaduan tercapai antara kedua-dua parti yang akan menjadi titik tolak wujudnya kerajaan perpaduan.
Post a Comment