ALOR SETAR: Seorang gadis bertindak nekad mengejar dan melanggar motosikal dinaiki lelaki yang meragut beg tangannya di Jalan Putra di sini, menyebabkan suspek terjatuh sebelum mangsa melompat ke atasnya dan mencekiknya sebelum ditahan orang ramai, malam kelmarin.Kejadian itu berlaku jam 9.50 malam ketika Huda Nasuha Hassan, 22, sedang menunggang motosikalnya bersendirian untuk pulang ke rumah di Taman Rakyat, Mergong di sini, selepas tamat bekerja di sebuah pusat beli belah di sini.Huda Nasuha berkata, apabila tiba di tempat kejadian, seorang lelaki bermotosikal memintas dan merentap beg tangannya yang diletakkan dalam raga motosikal sebelum memecut melarikan diri."Pada mulanya saya tergamam dengan kejadian itu, tetapi nekad mengejarnya dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikal lelaki berkenaan apabila dia terperangkap dalam kesesakan di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut."Akibat perlanggaran itu kami terjatuh dan saya yang berbaju kurung melompat ke atas badan suspek dan mencekiknya."Melihat keadaan itu orang ramai datang membantu menahan suspek," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.Huda Nasuha berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan kerana kakinya cedera dihempap motosikal."Suspek juga merayu supaya dilepaskan selepas memulangkan beg tangan yang diragut, tetapi saya nekad mahu menyerahkannya kepada polis," katanya.Huda Nasuha berkata, dia sanggup bertindak berani mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit kerana terlalu geram dengan perbuatan lelaki terbabit."Malah, tindakan itu juga didorong perasaan terlalu bencikan peragut kerana angkara mereka menyebabkan seorang rakan karib saya mati, tahun lalu,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.
-Berita Harian-
Video Silibus KAFA
14 hours ago
3 comments:
Huda Nasuha ni memag segak. Ada rupa. Anak dara pulak lagi. Tenguk air muka nampak ok la. Tapi kalau sapa-sapa yang teringin nak melamar Si Huda ni buat bini, kena beringat sikit. Kena fikir panjang.
Kalau buat silap, siap badan. Dia boleh loncoq keluar bilik. Kalau takat dia celapak atau kalih naik atas badan kira ok lagi. Tapi kalau hinggap penendang dia.... atau kena penumbuk dia ka.... nahas!
Kena gigi, gigi berterabur. Kena telinga, bengang sebulan. Kenang hidung, terpelancut habis tahi hidung.
Tahniah Huda Nasuha!
Jangan cakap macam tu ekeng.....jatuh saham dia sat gi .Tapi dia leh lompat cekek peragut tu yang dahsyat tu sampai tak terlawan peragut tu terkejut kot ingat anak dara kita ni lemah .Bertuah la sapa dapat Huda Nasuha ni boleh jaga diri sendiri.......Kepada Ekeng ambil la buat menantu......atau pun Is one, Is Two ,Is teri......
Gulp !
Nak ingat rupa ... klu terjumpa dia .. confirm taknak kaco . Karang terpelanting aku.
Tapi aku respek laa kan , berani mempertahankan diri .
Post a Comment