Kemarin aku ada sembang dengan orang PKR yang bekerja dengan seorang ADUN. Jadi pegawai pribadi ka apa tak tau lahhh, dia Melayu, ADUN tu bukan Melayu. Dia bagitau ada second wave sedang diusahakan oleh BN untuk menarik 5 ADUN PKR dan DAP untuk masuk BN atau jadi bebas tetapi sokong BN macam dibuat di Perak. La ni nak dibuat pulak di Kedah.
Ketua ‘katak’ ni Melayu, dan pernah mengetuai first wave bulan Mei hingga November 2008 yang lalu. Dia ni disyakki terlibat dalam membuat claim terlajak beberapa bulan sudah dan didapati ada kes oleh SPRM. Kalau lompat clear balik laaaa…
Depa ni kalau nak lompat kena pi lima sekali, 4 tak cukup korum, 3 lagi la tak cukup! BN ada 14, kalau pi lima jadi 19, terbalik la kerajaan lani, naik kerajaan katak pulak di Kedah macam Perak.
Aku buleh pakai gak cerita ni bila baca berita semarak babi dalam kedah lanie… hamper sama versi nya tu… isu pokoknya ialah babi di kg apa tak tau tengah Bandar Alor Setar. Ha kampong berjaya..harap-harap berjaya la kali ni. Dah 30 tahun tak berjaya!
Cerita lompat ni dulu dengaq dah.... sampai terpelanting seorang Exco dan Adun.. terlucut habih… kena pilihanraya semula di Bt Selambau. Aku rasa ada sangkut paut dengan lompat melompat ni..betoi dak ustaz?
Aku pun naik pening dengaq cerita ni…ustaz azizan dengan kawan2 dia tentu lagi pening..nak buat kerja lagu mana, dok kira nak kepung kandang takut orang lari! Yang puak kot bawah dok desak buat itu buat ini, nak itu nak ini.. yang kandang dok nak pecah… nak keja lagu mana nieee.. orang KL tak tau ka?????
Lompatan depa ni tersangkut tang dua ADUN saja….Sidam dengan Bt Selambau..kalau dua ni pun jalan, ayo-yo jahanam la Kedah. Aku rasa nak pesan la kat Bt Selambau tu..hang tu ganti orang…dari jual kereta terpakai, dah jadi ‘orang terpakai’ la nie..jangannnlaaa tersangkut dengan puak-puak posmen karat tu. Sikit ka orang kerja untuk menang by-election hari tu..aku pun tumpang-tumpang juga nak bagi menang.
Mai kita pakat pesan kat depa ni..jangan dok bunyi dah bab lompat ni..buat la kerja elok-elok majukan Kedah dan rakyat Kedah. Kalau nak duit, berenti jadi tok wakil, pi menega.! Tak dak sapa nak kacau. Pada Anwar Brahim dengan Lim Kit Siang, tengok-tengok la adun-adun hampa ni….
DI PETIK DARI :http://penyapulidi09.blogspot.com/
Cerita lompat lagi memang banyak sunguh ye katak-katak kat Malaysia ni.Tapi tak pa la apa nak diherankan dah hempa jugak yang mau macam ni .Dulu Anwar juga yang kata tak dak masalah boleh dapat MP BN untuk lompat pi dekat PR.La ni hempa terima la akibatnya .Kalau ada geng-geng yang dari PR nak lompat parti mai kat BN di negeri Kedah ni ok la tu baguih la .Dok dalam Kerajaan PAS la ni pun bukan dok buat apa yang dok banyak kot jalan billboard gambaq MB saja dok kaya syarikat billboard tu ja la .Kat Perak pun dok dengaq jugak lagi nak lompat melompat ni .Apa yang pasti cerita lompat ni tak kan habis la sampai PRU ke 13 .Dok cemuih dengaq macam ni la .Ada saja cerita lompat melompat ni.Kawan-kawan ada komen tak tentang ni...............
4 comments:
Ketua Katak ni dapat habuan motor besak kot.... jangan pecaya sangat depa ni.........
Ya la bukan boleh percaya sangat depa-depa ni.Gempaq saja lebih......
I tak percaya DAP dan Peliwat. Kalo DS Azizan pun lompat BN dan terus jadi MB saya lebih rela.
dalam politik pun ada katak...
Post a Comment