MANOHARAN TUNTUT BUKAN MELAYU DIBERI STATUS BUMIPUTERA
08/07/2009 1:32pm UTUSAN MALAYSIA
SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.
Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.
Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
"Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - Bernama
Contoh Soalan Psikometrik PTD
1 week ago
4 comments:
Sedaya upaya budi bahasa diutamakan tetapi dalam kes Manoharan ni boleh kot dikecualikan. Kurang Ajar..Itu saja. Tak ada isu, sengaja create isu.
Tolong pi bagitau kat Hinu tu sat!
Negara India dibagi nama India pasai penduduk asal dia adalah orang India. Negara Cina dibagi nama Cina pasai penduduk asal dia orang Cina. Jepun (Japan) dibagi nama Jepun (Japan) pasai penduduk asal dia orang Jepun (Japan). Thailand dibagi nama Thailand pasai penduduk asal dia orang Thai. Banyak lagi contoh Korea, Somalia, Fiji, Turki....
Tapi Amerika, Australia, Israel, Singapura dan kawasan yang sewaktu dengannya, tak boleh bubuh nama negara ikut nama bangsa pasai depa bukan penduduk asli. Depa ni....?
MALAYSIA (TANAH MELAYU) dibagi nama MLAY SIA pasal penduduk asal dia orang MELAYU (MALAY).
Nak nafi apa lagi?
Kawan setuju dengan komen Ekeng A/L Etong.....
Kalau di Amerika sekali pun hindu ni duduk, dia hanya dapat taraf warganegara bukan bumiputera, sebab di Amerika pribumi (red indian) asal telah dihapuskan. Itulah yang sedang digunakan DAP melalui PAS dan PKR.....
Sangat-sangat bersetuju dengan pandangan dan komen ccz,Ekeng,dan Yang Gambi .Depa ni dah lebih tuntut macam-macam dok tekan kerajaan.Diharap kerajaan tidak akan melayan tuntutan puak-puak ni walau apapun yang terjadi
Post a Comment