? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 6, 2009

BABI DI KEDAH DAN BUAH PALA PULAU PINANG


Cerita-cerita menarik minggu ini berkisarkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah dan Pulau Pinang.Apa yang menariknya di Kedah depa dok bekelahi pasai B.A.B.I sampai DAP merajuk berundur lari keluar pakatan.DAP menyatakan bahawa kerajaan negeri di bawah Pas tidak adil setelah mereka gagal mempertahankan rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar itu daripada dirobohkan.Melihat kepada isu ini, apakah muslihat DAP apabila mempertikaikan keputusan kerajaan negeri dan mendakwa kerajaan negeri tidak adil?Suasana ini cukup memeningkan kepala Datuk Seri Azizan ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak.Nak tutup DAP marah tak tutup rakyat sekitar lagi marah .Last sekali ambil keputusan tutup kandang BABI ni.Bila tutup macam-macam dok mai kacau Datuk MB kita ni sampai nak bercerai berai dah di Kedah ni istihar jadi BEBAS lagi wakil rakyat tungai DAP tak sokong dah Kerajaan Negeri pimpinan PAS .Itulah Pakatan Rakyat yang rapuh ,pakatan depa-depa ni tak kan lama berbanding dengan Barisan Nasional yang bijak untuk meyatupadukan parti kompenen dalam semangat muafakat.La ni Datuk MB Kedah dok pening cari tempat nak buka kandang BABI baru di Kg Cina di Pendang (Nama ja Kg Cina Melayu dengan Siam yang Banyak)penduduk-penduduk situ pulak tolak tak bagi Kandang BABI dibuka disitu habis tu tang mana yang sesuai tak tau la jangan di tempat Ustaz Azizan di Jerai dah la.

Tak habis lagi cerita di Kedah di Pulau Pinang pula timboi dah dok berjanji macam-macam dekat rakyat masa pilihanraya dulu nak bantu rakyat la ni alih-alih minta tolong juga dekat kerajaan pusat .Inilah politik nama dia mengaku kalah juga akhirnya wahai Lim Guan Eng ye.Dok salahkan kerajaan dulu pulak dah jadi masalah di Kg Buah Pala ni dah hang memerintah hang ja la selesaikan masalah bukan dok terhegeh-hegeh minta tolong dekat Kerajaan Pusat.Bak kata seorang penduduk dalam Utusan Malaysia hari ni "Ini semua cakap tak serupa bikin. Sekarang semua orang sudah tahu kerajaan negeri yang dipilih rakyat ini sebenarnya kelam-kabut.“Kampung ini kecil sahaja, itu pun tak boleh nak uruskan. Jangan haraplah nak mentadbir negara kalau begitu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Inilah gambaran sebenarnya kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak menabur janji manis tetapi sebenaqnya palsu semata-mata.Cerita-cerita Kerajaan Pakatan Rakyat di dua Negeri Utara ini tidak akan habis lagi selepas ini mesti ada lagi kepincangan-kepincangan yang akan timbul dan diharap rakyat semua dapat menilai sebaik-baiknya kerajaan mana yang terbaik berkhidmat untuk rakyat adakah Kerajaan BN atau PR (Pakatan Rapuh).

3 comments:

Admin CCZ said...

jangan depa patah mai kat Sg petani sudah..kalau kat baling macam mana?baling kawasan hitam kan?pembangkang kuat kat situ..macam mana lagenda?nak tawan kedah kena ada perancangan nie..

Ekeng A/L Etong said...

Babi di negeri Kedah
Buah pala di Pulau Pinang;
DAP lari dah
PAS masih sayang.

Buah pala di Pulau Pinang
babi di negeri Kedah;
Sapa kata PAS tak sayang,
nak rujuk, ada edah.

Babi di negeri Kedah
Buah pala di Pulau Pinang;
pasai dalam edah,
dok teriak sorang-sorang.

Buah pala di Pulau Pinang
babi di negeri Kedah;
sayang sayang buah kepayang
nak telan pahit nak kulum payah.

lagenda said...

Terima Kasih CCZ dan Ekeng....Pasai nak tawan Baling mesti kena ada strategi tak leh la nak cita kat sini tapi yang pastinya Pimpinan-pimpinan UMNO diBahagian Baling sudah ada usaha kearah itu untuk merampas kembali Parlimen Baling dan 2 DUN yang telah jatuh ke tangan PAS cuma kena mantopkan lagi usaha itu supaya rakyat terus merasa yakin terhadap BN.Kepada Ekeng terima kasih atas seloka ini dan lagi dok berkarang yer.