? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 17, 2009

CERITA SPONTAN NIZAR DAN MARAH TOK GURU

































KUALA LUMPUR 17 Jun — Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tindakannya melaungkan “Hidup Rakyat, Bubar DUN” sebaik mengangkat sumpah pada sidang Dewan Rakyat Isnin lepas adalah satu tindakan spontan yang tidak dirancang.
Ia juga merupakan satu peluang keemasan bagi beliau untuk meluahkan perasaan kerana kecewa dengan situasi politik di Perak, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. “Jika saya membuat perkara sama di jalan-jalan di Perak, sudah tentu saya akan digari, jadi ia adalah satu peluang keemasan bagi saya. Ia merupakan satu situasi spontan yang memberi kesan yang luar biasa,” katanya.Isnin lepas Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis “Bubar DUN” pada songkoknya. Beliau juga melaungkan “Hidup Rakyat, Bubar DUN” (Perak) sebaik mengangkat sumpah.
Ditanya mengenai perbuatan yang dilihat seolah-olah membawa budaya samseng di Dewan Rakyat, Mohammad Nizar berkata tindakannya hanya sekadar mempertahankan perlembagaan negara untuk rakyat Perak.
— BERNAMA





Memang spontan la cara hang tu tak ubah macam yang dok kat bawah gambar hang tu la.Dok biasa bersidang bawah pokok dengan atas pokok masuk dalam parlimen jadi macam tu la.Hang dok ingat bersidang bawah pokok lagi kot terbawa-bawa masuk sampai ke Parlimen kena dengan Pandikar baru hang tau.Apa pun alasan hang perkara dah berlaku lepas ni kalau hang nak buat lagu tu lagi terpulang la boleh dok rehat lagi makan gaji buta.Sampai Timbalan Presiden Hang pun terkejut apa cerita ni .Bukan semua orang syok hang dok buat macam tu kroni kroni hang boleh la dok perangat hang saja.Macam ni orang hempa boleh kata hang ni pejuang untuk rakyat .Kepada Datuk Seri Nizar oii janglah dok buat macam ni lagi orang dah meluat dah.Rakayat pun lagi dok meluat dekat hang............








Lagi satu cerita ni syok jugak nak dikongsi.Marah sampai macam ni sekali dekat Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharuddin pasai Kerajaan Perpaduan ,Datuk Nik Aziz minta dia masuk UMNO.Apa tunggu lagi ustaz, UMNO sedia terima ustaz, kalau nak masuk UMNO .Buat apa duduk lagi dalam PAS jika usaha untuk menyatupadukan orang islam dan melayu ditentang dengan habis-habisan oleh seorang Tok Guru pulak tu.Lepas ni mesti dia akan suruh Presiden PAS Hj Hadi Pulak masuk UMNO bukan boleh kira Tok Guru Kita ni.Cakap dia saja yang betoi cakap orang langsung tak mau dengar.Betoi la hari tu anak dia kata Tok Guru kita ni sentiasa menerima nasihat yang tak betoi oleh orang-orang kanan dia .Relax la Tok Guru janglah marah-marah sangat baru cadangan bukannya jadi betoi-betoi lagi pun..........

2 comments:

Abuzar said...

Kisah "Presiden PAS & Kumpulan UG" hari ini hampir menyamai peristiwa 1977, dimana Presiden PAS, Datok ASRI MUDA dan KUMPULAN 20 terus mengasak MB PAS Kelantan Datok Hj. MOHAMMAD NASIR yang jujur & disenangi/ pro-rakyat. ... yang pro rakyat selalunya benar.

Dalam umno dah ramai ustaz2 spt Ustz Nakhaei Ahmad, Ustaz Dasuki Ahmad, Ust dr Yusuf Nor, Ustz Hamid Osman, Ustz Jamil Khir, dll ... maka akan bertambah lagi bilangan ustaz2 umno. Bila lagi jawatan2 utama parti nak pilih & lantik ustaz2 ni?

Mengapa AMNO tak lantik para2 ahli agama ini jadi Presiden ke, Timbalan Presiden ke, PM ke, TPM ke, jadi Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Panglima ATM, KSU2 dikementerian ke, ....? asyik2 jadi tukang baca doa saja dimajlis2 tertentu .. imam kampong pun boleh hafal ..

lagenda said...

Terima kasih diatas komen Abuzar itu...Dalam PAS sendiri pun ada 2 golongan Ulama dan Profesional dan nyaris-nyaris juga golongan ulama ini tewas dalam pemilihan baru-baru ini.Bukan UMNO tidak memberi peluang untuk ahli-ahli agama ini untuk menjawat jawatan yang penting akan sampai juga satu hari nanti.Itulah yang Presiden PAS mahukan Kerajaan Perpaduan ini diwujudkan moga-moga insyaallah jika dilaksanakan ahli agama diberi tempat yang sepatutnya didalam kerajaan...Janganlah terus menghentam mahu menjahanamkan usaha perpaduan ini.Dengan DAP boleh dengan UMNO tak kan tak boleh sesama islam lagi tu.......